Sometimes it's easier to be honest and open with a stranger than someone you've known your whole life..
Pagi tadi entah bala apa yang menimpa, saat mahu menghidupkan modem dan router yang sepi semalaman, tiba-tiba modem buat hal. Dia tidak hidup. Kaku. Mati. Keras kejjung orang Terengganu panggil. Aaa sudah!! Takkan sebab semalam layan bola kat tv, internet merajuk kat saya kut..errr. Saya pula jenis yang tak jumpa tv berbulan-bulan rasanya boleh senyum panjang lagi. Tapi kalau sejam takde Internet kat rumah...alamat persis anak ayam yang kehilangan ibu nya la...errr.
Tengah hari tadi, saya dan Mekdi bawa modem dan perkakasannya ke TM kat Cyberjaya untuk diperiksa, yer la, mana tau modem ni belum 'mati' lagi, tapi dia pengsan je. Saya saspek la.. Periksa punya periksa, rupanya adapter modem tu yang rosak. Patut pun keras kejjung, tak nyala 'nyawa' dia. hehe. Alhamdulillah, dia kasi adapter baru. Free!... so dapat la saya berada di sini malam ni. Sempat lagi tu, modem saya di akhir-akhir tahun sebegini kasi jantung saya terrenggut seketika..hehe.
Biasanya akhir-akhir tahun sebegini, kebanyakan blogger buat wrap up cerita untuk tahun yang bakal ditinggalkan. Saya tak tahu saya nak wrap up tentang apa. Cerita saya cerita biasa. Sungguh! Cerita yang entah apa-apa pun ada. Cuma satu kesempatan yang saya tak boleh lupa, kesempatan agung yang dikurniakan Allah kepada saya dan kedua orang tua pada bulan Mac yang lalu. Sampai sekarang saya masih lagi terbayang-bayang suasananya, bau, tempat, saudara seagama, senyum mesra semuanya.Betapa seronok, betapa tenang, betapa bahagia, Allah je Yang Tahu.
Ahaa, dan tahun ni jugak la bendul saya kena langkah lagi sekali,ngeee. Syukur, waktu tu, mungkin dah pernah kena langkah pada tahun 2009. Jadi kali kedua ni, kurang terkesan sikit rasanya. Alah bisa tegal biasa orang kata. Bukannya teruk sangat pun. Serius!
Tak lupa kehadiran orang baru yang menambahkan seri dalam keluarga kami pada tahun ni, Umar Khaliss!! cucu pertama mak dan ayah, dan Eija, menantu mak ayah yang kedua selepas Aisyah. Kesian Eija, morning sickness dia teruk sangat, sampai kena masuk hospital. InsyaAllah bertambah lagi anak menakan saya tahun hadapan. Doakan..
Semoga tahun baru yang akan datang ni membawa seribu kebaikan dan sejuta ketabahan buat kita semua. Andai saya tersasar, tegur la saya, bimbing la saya, agar saya bisa bangkit. Agar saya bisa senyum di kemudian hari. Mungkin ini yang terakhir untuk tahun ni, insyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi di tahun hadapan..heh!
PS: Saya tiada azam tertentu tahun ni,cuma.. saya ingin menjalani hidup seperti biasa saja. Cukup.Bangun pagi dan bersyukur atas segala nikmat yang Dia kasi. Manis pahit kehidupan, semoga Allah jadikan saya dan kita semua manusia yang bersyukur, redha dan sabar.