Muhasabah...

Tuesday, August 03, 2010
Hari Ahad petang, lepas asar. Aku memandu ke Shah Alam melalui ELITE highway untuk melawat adik aku di sana.. dan Incik Hitam dari dulu hingga kini tetap jadi peneman setia ke mana saja aku pergi. Ahh Incik Hitam...

Ternyata, saat memandu seorang diri merupakan saat yang terbaik untuk muhasabah diri. Berkeliaran minda memikir segenap perkara yang sedang menghujani kehidupan. Tentang keluarga, mak ayah di kampung, adik-adik yang sudah mula merantau keluar. Tentang kerja yang tak pernah ada kesudahan, tentang kematian...err..Banyak yang difikirkan dan sungguh...hakikatnya kehidupan tak semudah seperti yang ditinta di kanvas putih ni.

Radio Flyfm yang berkumandang dengan lagu-lagu untuk carta antarabangsa seolah sepi pada pendengaran telinga. Memang jauh sungguh fikiran menerawang ketika sedang memandu pada petang tu. Ditambah dengan lebuh raya yang sedikit lancar menambah kemahsyukan ketika bermuhasabah... he he..

Dan bila tersedar je dari muhasabah, barulah aku perasan bumper depan Incik Hitam sudah hampir nak cium belakang sebuah lori. Astarfirullahalazim!!!. Itu lah Fida..berangan sangat!! Eh bukan berangan, tapi muhasabah fasal kehidupan sangat kan!?...err

Alhamdulillah, aku selamat tiba di rumah adik aku walaupuan agak lewat petang. Hampir beberapa minggu tak jumpa mereka, ternyata adik aku Hilmi dan adik ipar aku, Aisyah semakin 'sihat', hehe. (Jangan marah nooo kalau terbaca ni). Harap-harap baby kat dalam perut tu pun sihat-sihat juga ikut mak dan ayah dia. Bakal anak saudara aku yang pertama dan cucu sulung mak dan ayah, insyaAllah mujahid.. semua tak sabar nak tunggu mujahid kecil ni keluar menatap dunia. Tak lama lagi dah..sabar Mak Long Nor yer....sabar...

Lepas solat magrib, aku meminta izin untuk pulang. Maklumlah malam sudah menjelang. Memandu seorang diri bagi seorang gadis pada waktu malam membuatkan rasa seriau itu datang. Tapi terpaksa juga aku tempuh. InsyaAllah, aku tahu aku tak keseorangan. Dia ada.

Entah mengapa, sejurus enjin dihidupkan, tangan tiba-tiba automatik pi tukar siaran radio dari flyfm ke ikimfm, ada ayat-ayat suci al-Quran dari Sheikh Said Al-Qhamidi yang diperdengarkan oleh stesen radio berkenaan pada ketika itu. Syukur, dalam kebingitan mengharungi jalan dengan puluhan kereta, masih ada tenang sudi menjengah jiwa.

Elok je masuk ke Elite highway, ayat-ayat suci Al-Quran yang dialunkan menemui ayat terakhir. Tak lama kemudian muncul iklan-iklan radio. Bosan dengan iklan, tangan aku terus tekan punat nombor 1 untuk ke stesen flyfm. Kononnya stesen radio kegemaran. Flyfm masih dengan carta antarabangsanya.

Ketenangan semakin pudar. Telinga kembali sunyi. Aku pun menerawang lagi...eh muhasabah lagi.

Fida...Fida...

MORAL OF THE STORY? errrrrr... hurmm...ermmmm... mmmmm..... ingatlah orang yang tersayang ketika memandu??..errr

22 comments:

Abd Razak said...

Salam Saudari Afida...

Semoga Sdri sentiasa dalam rahmat dan redha~Nya..

Kalau terus menerawang tu, harus sampai ke Trengganu...:)

MaizaC'Joe said...

Salam kak Fida

sihat ka tue.. fikiran merawang ingat sapa tue :) emm.. ketika memandu berseorangan mula la kita fikir mcm2.. Maiza pun kadang nak tercium bumper kwn lain jg.. Alhamdulillah Allah pelihara.. Ingat!! ingatlah orang yg tersayang....

Afida Anuar said...

@Abdul Razak-->salam saudara abdul razak... alhamdulillah..moga saudara pun begitu juga..

ahaa, kalau ikutkan menerawang tu, memang dah sampai dah..cuma tersalah ambil jalan je..hehe..

@Maiza-->salam mai..hehe..teringat kat semua orang yang akak sayang:D..
ahaa, itu la..time memandu tak leh menerawang teruk2 sangat, sikit2 dah la.hehe

sahromnasrudin said...

salam..sy setuju..waktu memandu adalah waktu terbaik utk memikirkan sesuatu kerana kita tenang..kdg2 idea nak tulis blog pun dtg pd waktu pagi ketika memandu ke tempat kerja...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Perkataan `muhasabah` bermakna ` org yg dihitung/dihisabkan berasal dr katadasar `hisab`. Biasaya mrk yg muhasabah mestilah ada ukuran atau pegangan apa yg hendak dihitugkan sebagai garis panduan. Dlm Surah AlIsra`:14 ٱقۡرَأۡ كِتَـٰبَكَ كَفَىٰ بِنَفۡسِكَ ٱلۡيَوۡمَ عَلَيۡكَ حَسِيبً۬ا (١٤) مَّنِ ٱهۡتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَہۡتَدِى لِنَفۡسِهِۦ Bacalah Kitab (AlQuran), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (14) Sesiapa yang beroleh hidayat petunjuk , maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri.
Tetapi kalau dah hampir diluar perhitungan dan kesesaran tu mcm kisah Puteri Balqis spt ternyata dlm Surah ANaml:44
Wallahualam

uNcLeJoE said...

highway elite belum cukup papan tanda seperti mana satu-satunye jalan menghubungkan kota tinggi ke desaru... setiap 10 KM akan terjumpa.... elakkan kecelakaan di musim perayaan - walaupun bukan musim perayaan ... ada lagi, pandu dengan cermat dan banyak lagi lah... rasanya JKR pasal tahun lepas kot... di jalan yang tersangat sempit dan sering berlaku kemalangan... sekali ada treler kat depan atau lori besar jangan harap nak potong...

apa apa pun... kesabaran lah kunci segala2nya...

muhasabah lah selalu ekkk... ada kah muhasabah sehingga tidak fokus kepada pemanduan... bahaya jugak...

hmmmm

Kamsiah said...

salam fida...kalau hubby akak,drive sorg2..dia suka mengalunkan azan...terutama malam2...

fndrocka said...

aku ingatkan adalah kau nak tulis pasal muhasabah...pasal puasa yg belum ganti ke...pasal solat sunat ke...rupanya pasal pemanduan yang tidak berhati2..huhu.muhasabah jugak tu

DrSam said...

moral of the story tu...jangan mengelamun semasa memandu...sampai bumper lori yang gedabak pun hampir disondolnya :)

naimisa said...

serius, saya gelak baca moral cerita ini... :D

Afida Anuar said...

@Sahromnasrudin-->Ahaaa..terbongkardah rahsia, rupanya dapat idea utk tulis blog time memandu!!..ehehe

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt...thanx Tajnur,atas perkongsian yang dihurai dari ayat-ayat suci Al-Quran..

. Iyer, ada yang dihisab sepanjang perjalanan saya tu. Lebih kurang perancangan masa depan kut..err.., insyaAllah...

@UJ-->eh UJ, banyak la papan tanda kat highway ELITE tuh!..serius!hehehe..tak pernah sampai lagi kota tinggi -desaru tu..tengok la, satu hari nanti..insyaAllah..

ahaa, itu la..muhasabah sangat kan!!

@Kak Kamsiah-->Wahh bagus tu kak kamsiah... boleh praktik jadi bilal..insyaAllah..

@Fndrocka-->bole la..muhasabah diri ketika memandu..sempena musim perayaan ni;)..amacam? hehe..

@Dr Sam-->hehe..thanx Dr Sam..for teh real Moral of the Story..ekeke

@Naimisa-->hehe..saya pun gelak bila baca moral of the story yang saya reka sendiri;)

Rashid said...

salam

fida, kuatnya fikir..
Bermusahabah diri satu cara yang baik sekali untuk melihat diri dan dunia.

Sesungguhnya kita ini hanya musafir sementara je.. tiba saatnya kita ke sana jua..

Tirana said...

Berangan ke muhasabah? hehehe..

Afida Anuar said...

@Cikgu Rashid-->salam.. hehe, takde la kuat sangat pun cikgu, biasa2 je.

@Kak Tirana-->berangan..eh muhasabah..hehe

penjejak maya said...

salam,

saya pun kuat berangan gak mase memandu tu sampai terlepas simpang hehe..

shameel Iskandar said...

salam.

Menerawang adakalanya memberikan kita kekuatan.

menerawang adakalanya memberikan kita keinsafaan.

menerawang ttg hidup dan kehidupan.

menerawang ttg manusia dan kemanusiaan

menerawang ttg insan dan keinsanan.



Tetarik dgn frasa ni "ingatlah orang yang tersayang ketika memandu??". bagi sy inilah kaedah terbaik utk menjadi pemadu berhemah sbb, bla ingat org tersayang akan mengundang sayu dihati dan sebak di dada, lalu kenderaan yg di pandu tidak melampaui hadnya.

Afida Anuar said...

Penjejak Maya-->owhh saya berangan2 pun, tak pernah lagi terlepas simpang..hehehe...(konon)

Shameel-->dia punya frasa lebih kurang, berhati2 ketika memandu, ingatlah orang yang tersayang.. ke mcm mana? hehehe

nahmy said...

itulah yg diorang dok kata..."pemanduan berhemah'. selamat memandu....

luahfikiran said...

Salam,
Kita memang disuruh bermuhasabah diri. Dari situ kita dapat menyedari hakikat diri kita - - hubungan kita dengan Pencipta. Betapa kecil dan lemahnya diri kita ini, betapa banyak kesalahan/kesilapan kita kepadaNYa. Bermuhasabah sahaja tidak memadai. Ia perlu dituruti dengan tindakan pembetulan dan pembaikan. InsyaAllah, kita sama2 lakukan.

Afida Anuar said...

@Nahmy-->ahaa..berhemah ke? mcm jauh panggang dari api je..err..

@Luahfikiran-->Salam..InsyaAllah..thanks atas nasihat.. akan cuba buat yang terbaik..

Pn Kartini said...

salam dear:)

aduhai..lamunan terhenti dek belakang lori ekk..
rasanya...tak yahh laa mengelamun yaa..bahaya!!!

Afida Anuar said...

Salam my dear kak tinie...

hehe..itu la. Orite bos..insyaAllah lepas ni akan lebih berhati2..

 

Browse