Datang Bulan...

Monday, August 16, 2010
Malam ni dingin sekali. Kes ribut waktu berbuka tadi mungkin. Kebiasaannya malam-malam lepas tak sedingin ni. Aku rasa la. Waktu solat terawih pun hujan masih turun renyai-renyai. Ditambah dengan bacaan mendayu-dayu dan sedap dari imam muda, hafiz yang diimport oleh AJK surau blok kami. Rasa macam....

What a night....

Tapi sayang, ahli jemaah tak semeriah malam pertama dan kedua hari tu. Ahli jemaah perempuan la. Ahli jemaah lelaki aku kurang periksa. Mungkin ahli jemaah perempuan ni ramai yang datang bulan kut..errr..
SAMDOL: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
AHMAD GAHARU: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI".
hehe...-dari Baharambam-
InsyaAllah, I'll be here again soon. Not too soon, but soon;)
hmm..apa-apa la. Selamat bersahur!..

29 comments:

PrincessKawaii said...

selamat berpuasa ye =)

Sesumpah said...

biasa lah tuh awal bulan je full



(:

theblabber. said...

rindu suasana terawih kat mesia.

MaizaC'Joe said...

Salam Kak Fida

moga sihat hendaknya :)

hehe... tak ramai sibuk buat kuih raya kot... eh.. cm awal ja buat kuih kan.. boleh jadi datang bulan serentak.. :)

Abd Razak said...

Salam Saudari Afida..

Moga sdri sihat hendaknya..

Ya, semalam semasa heading toward Seri Kembangan tengok awan gelap sangat, (dalam hati - nak ribut lagi rasanya). Alhamdulillah sampai rumah hujan pun mula turun hingga waktu isya'.

Selamat bersahur..

Tirana said...

Selamat bersahur...so far belum tinggal puasa dan belum miss taraweeh lagi..alhamdulillah

Afida Anuar said...

@Princess-->selamat berpuasa juga!

@Sesumpah-->tengah bulan separuh. Akhir bulan?...hehe

@theblabber-->Miezi,moh ler balik Msia bulan pose ni. Sambut raya terus..hehe

@Maiza-->Salam mai..nak buat kuih raya awal lagi rasanya. Pasai tu akak saspek datang bulan...pernah jugak haritu satu rumah kitaorang ni datang bulan serentak..ehehe

@Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak..

ohh saudara tinggal berdekatan sini? saya ingtkan merentasi laut china selatan;di Sarawak sana.

@Kak Tirana-->Alhamdulillah kak tirana...

Abd Razak said...

Salam...

Saya hanya bermusafir di KL ni dalam seminggu jer, ada urusan di sini..:)

sahromnasrudin said...

salam ziarah...itu fenomena biasa di Malaysia..anggaplah ia sebagai budaya normal heheheheh

Noli said...

sila datang lagi ke rumahku..hehe..selamat poser akak

Afida Anuar said...

@Abdul Razak-->Salam..ooo..dah agak dah. Macam urusan penting je. Apa-apa moga dipermudahkan ya saudara.

@SAhrom-->Salam...ahaa..budaya ya..alhamdulillah, malam ni macam meriah la pulak terawih tadi...

@Noli-->InsyaAllah Noli....raya nanti..tungguuuuuu..

Bro Bayu said...

datang bulan? hehe...agak daring post ni bila tgk tajuknyer

UJ said...

bahagghambang nggoh la .. erkkk
..lambat tol nak raya hehehe

Afida Anuar said...

@Bro Bayu-->ngeh ngeh ngeh...saje kasi tajuknya daring2 gitu...

@UJ-->haaaa UJ dah pkir nak raya!!!isk isk isk...

penjejak maya said...

salam,

bulan mengambang tu ke hehe..

naimisa said...

dekat pintu masjid atau surau pun kena ada tanda "TERIMA KASIH. SILA DATANG LAGI."

Baru ada 'sense' sikit orang-orang nak datang surau/masjid.

Kamsiah said...

fida,posa kena penuh baru dapat duit raya hehehe

Afida Anuar said...

@Kak Kamsiah-->err..nampaknya fida tak dapat duit raya la tahun ni kak..kehekhek..

@Naimisa-->ahaa..saya pun rasa mcam tu jugak naim;)

@PEnjejak Maya-->Salam..hehe..iyer..ala2 bulan mengambang tu la...

alehkayong said...

salam Ramadhan n salam pengenalan..

shameel Iskandar said...

Apabila ramadhan semakin menuju penghujung, jemaah pasti surut dan susut. Mereka mula beralih arah ke tempat2 lain .

Afida Anuar said...

Alekayong==>salam ramadhan..dan selamat kenal..

Shameel-->beralih ke masjid lain kut shameel...waAllahualam..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Penetapan taqwim Islam adalah berdasarkan dari firman Allah Taala,`"Dialah yang menjadikan matahari mengeluakan sinar dan bulan memantul cahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa....
(Surah Yunus, ayat 5)
Sebenarnya, konsep kalender boleh dirujuk kpd perkara/ benda yg beredar termasuk matahari dan `datang bulan!`. Memandangkan `datang bulan` org pmpuan tak sama, eloklah mrk buat kalender sendiri dan yg lebih penting mrk perlulah menyucikan dirikan diri spt terdpt dlm Surah Albaqarah:222
Biasalah gangguan hormone dan emosi tidak stabil ketika itu, bykkan rehat jika tidak semua kena marah ....

Hamzah Ian said...

har har har..

Hamzah Ian said...

har har har..

Afida Anuar said...

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt... Tajnur!.. Alhamdulillah..Lama betul Tajnur tidak kelihatan, walau tidak di blog saya tapi di blog kawan2 yang lain pun Tajnur tiada..Risau juga saya kalau2 Tajnur tidak sihat ke..Moga Tajnur sihat2 selalu..dan selamat berpuasa, moga kita beroleh taqwa..

PS:Jangan risau..datang bulan saya tiada yang kene marah..sungguh!.hehe

@Hamzah lan-->errr..hehehe

fndrocka said...

biasalah...awal bulan full..datang bulan tak full dah.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
AlHamdulillah, Allah kurniakan keadan sihat walafiat dan setakat ni sejak dari kecil rasa2 saya tak pernah ambil rawatan dari kelinik atau hospital kecuali medical check-up utk pengesahan jawatan. Kalau jaga pemakanan, buat senaman selalu, tekun ibadah,sabar jgn tension2 selalu InsyaAllah, Allah SWT akan kurniakan kesejahteraan kpd kita. Cuma pada bulan puasa ni sibuk bertadarrus, muzakarah dan rujuk kitab2 tafsir muktabar tp bila dah rindu kena juga blogwalking...Wassalam

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
AlHamdulillah, Allah kurniakan keadan sihat walafiat dan setakat ni sejak dari kecil rasa2 saya tak pernah ambil rawatan dari kelinik atau hospital kecuali medical check-up utk pengesahan jawatan. Kalau jaga pemakanan, buat senaman selalu, tekun ibadah,sabar jgn tension2 selalu InsyaAllah, Allah SWT akan kurniakan kesejahteraan kpd kita. Cuma pada bulan puasa ni sibuk bertadarrus, muzakarah dan rujuk kitab2 tafsir muktabar tp bila dah rindu kena juga blogwalking...Wassalam

Afida Anuar said...

@Fndrocka==> fitrah kejadian perempuan fnd... alhamdulilah..terima seadanya..

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Alhamdulillah..lega saya mendengarnya... jelesnya..sejak kecil dah berapa kali saya ke klinik. Pernah dibedah sekali, dulu2 la. Syukur Alhamdulillah..Allah bagi kesejahteraan buat Tajnur..

assume juga, mungkin Tajnur kesibukan di bulan Ramadhan. Memang betul!..Semoga beroleh taqwa... insyaAllah.

 

Browse