Masalah...

Thursday, July 15, 2010
Waktu dinihari..ada sahabat kata kat saya..

"Sebenarnya masalah di dunia ni bukan masalah pun...Masalah sebenar bila dok dalam kubur nanti"...

WaAllahualam.

15 comments:

Abd Razak said...

Salam Saudari Afida..

Moga saudari beroleh kesihatan yang baik..

Masalahnya masa di dunia tidak mahu beramal soleh dan banyak melakukan larangan Allah, maka akan menjadi masalah yang sangat besar ketika di alam barzakh kelak.

Jadi, kurangkanlah masalah tidak taat di dunia maka kuranglah masalah di dalam kubur nanti..

nahmy said...

assalmualaikum & selamat pg khamis fida,...sesuailah dgn apa yg saidina Ali cakap....hidup adalah 'tidur' dan mati itu 'terjaga'. semoga 'jaga' kita di kubur esok adalah jaga di dalam satu dari taman-taman syurga

Tirana said...

Masalah di dunia, kita boleh cari penyelesaiannya tapi masalah dalam kubur, tak ada penyelesaian melainkan ketika hidup di dunia, kita sudah bersedia secukup-cukupnya.

Khairi said...

Masalah cuma elemen dunia. Di sana, tidak ada masalah.

Semua dah jd hakiki. Masalah cuma ilusi.

uNcLeJoE said...

dan itu lah realiti....

Rbain said...

Hidup tiada masalah bagi mereka yg berjiwa lebih besar dari masalah hidup sedang dihadapi. Org yg berhati /berjiwa kecil tewas dengan masalah kecil.Para wali Allah berjiwa sangat besar. Sbb tu disebutkan أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ(٦٢) ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَڪَانُواْ يَتَّقُونَ (٦٣). (Yunus : 62) Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (62) (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa.

Umpama garam yg hanya dapat memasinkan air yang sedikit tetapi tiada sebarang kesan bila ditabur di telaga/sungai/lautan.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Allah SWT bersifat Maha Penyayang, mahukan manusia hidup bahagia dgn menurunkn AlQuran sbg panduan hidup dan manusia tidak dlm kesusahan Surah Toha:2 مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
Kalau kita bermasalah dikubur, bemakna kita mmglah bermasalah tak berkesudahan sampai hari akhirat. Nauzubillah. Mengikut tafsir AlQurthubi dlm Surah AtTaubah:101 سَنُعَذِّبُہُم مَّرَّتَيۡنِ ثُمَّ يُرَدُّونَ إِلَىٰ عَذَابٍ عَظِيمٍ۬ Kami akan azabkan mereka dua kali ( azab dunia dan siksaan kubur), kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar (azab Hari Akhirat). Wallahualam

MaizaC'Joe said...

Salam Kak Afida

masalah di dunia kadang kala susah juga nak di selesaikan, tapi masih boleh selesai jika kita berusaha bersungguh-sungguh mencari penyelesaian.. InsyaAllah pasti mudah.. Masalah di alam sana.. jika kita dah bersedia memang payah nak menghadapinya.. kan...:) moga sihat ya akak....

sahromnasrudin said...

wah..hebat ayat tue..tak pernah akan kua statement tu

Afida Anuar said...

Abdul Razak-->Salam saudara..alhamdulillah sihat2 di sini.moga saudara sihat2 di sana...

insyaAllah..saudara..

Nahmy-->waalaikumusalam n selamat hujung minggu nahmy...insyaAllah,impian setiap hambaAllah...

Kak Tirana-->betul kak..tapi manusia sekarang, duk fikir masalah dunia yang lebih2..masalah akhirat...waAllahualam

Khairi-->hurmm...benar sekali..ilusi yang jangan sampai buat kita menyesal seorang diri..

UJ-->sambung eh UJ.."yang hakiki"..

Rbain-->Rbain, nampaknya jiwa saya masih kecil lagi..

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. sebab tak ikut panduan yang Allah kasi..sebab tu bermasalah..waAllahualam

Maiza-->Salam mai..benar mai..moga mai pun sihat2 selalu..

Sahromnasrudin-->bukan ayat saya sahrom..tapi dari sahabat jauh....waAllahualam..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Apabila terbaca Surah Yunus:62 yg dituliskan ole sdra Rbain, mengingatkan dari Tafsir Ibnu Katsir mengenai segolongan org beriman yg menegakkan sunnah Rasulullah saw (yg Allah gelarkan wali2 Allah - manusia biasa) ketika dunia mengalami kerosakan akidah dan maksiat berlaku dimana2. Golongan ini dicemburui oleh para Anbiya` dan syuhada` krn wajah mrk bercahaya diatas mimbar2 yg bercahaya diakhirat nanti mengikut hadis Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Malik Al-Asyari. Wallahualam

shameel Iskandar said...

Masalah itu lumrah dan kelaziman dlm kehidupan. Adakalanya manusia tersesat dlm belantara keliru. adakanya manusia hanyut dalam samudera celaru. mrk buntu lantaran masalah yg dtg menyerbu. masalah tak pernah surut dan susut, malah semakin mengunung sejajar dgn peningkatan usia.

Masalah di dunia hnaya seketika, tapi masalah di akhirat itulah yg kekal selamanya. Sabda Nabi s.a.w " kubur itu adalah salah satu taman dari taman2 syurga dan ia juga salah satu lubang dari lubang2 neraka."

Amat bermasalah jika kita bermasalah dalam beragama terutamanaya dlm berakidah krn ia mndatabgkan masalah yg besar, iaitu kubur kita nnt mnjdi pra-neraka.

Afida Anuar said...

Tajnur--> Waalaikumusalam wbt...subhanaAllah..bisakah kita jadi golongan sebegitu? waAllahualam..

Shameel-->benar shameel...tersentuh baca komen shameel kali ni.

Rbain said...

Terima kasih Tajnur. Sebuah perkongsian yang sangat menarik.

Pertanyaan Fida perlukan jwpan..Mgkn Tajnur boleh tolong jawab.

Afida Anuar said...

kita tunggu yer Rbain..insyaAllah kalau Tajnur buka ruangan ni, dia akan jawab..

 

Browse