Memetik Bintang Kebahagiaan...

Thursday, December 31, 2009
Ada yang dah buat 'wrap up' untuk tahun 2009, maklumlah dah nak masuk tahun baru. Ada juga yang sudah siapkan list resolusi untuk tahun baru. Tak kurang masih ada juga manusia yang belum punyai apa-apa resolusi, seperti aku contohnya, erkk..

Sesungguhnya tahun 2009 terlalu banyak duga dan duka jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni. Dari awal tahun sehinggalah ke saat-saat penghujung tahun pun masih ada sekelumit duka yang sempat menjengah. Dugaan betul!! phewww...

Tapi Alhamdulillah, Dia bagi aku kekuatan untuk mengharungi segala liku dan paku yang ada di sepanjang jalan hidup aku. Tanpa Dia, mana mungkin aku sekuat ni. Tanpa Dia, mana mungkin aku setabah ni. Aku memang tabah kan?erkk..(^-^)

Namun tak kurang banyak juga perkara yang membahagiakan hidup yang datang menyinggah. Perkara yang bisa buat aku tersenyum dan ketawa. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Kadang kala selepas turunnya ribut petir yang begitu meresahkan jiwa, rupanya ada pelangi yang Dia nak hadiahkan. SubhanaAllah.

PS: Asyik benor mimpi bab panjat bulan pastu petik bintang. Apa kata 1st resolusi aku untuk tahun baru ni....aku buat jejak kaki ke bulan.. erkk..

Selamat menempuh tahun baru buat semua...

Sayang..

Wednesday, December 30, 2009
"Sayangilah siapa sahaja yang ada di bumi,
nescaya kamu akan disayangi siapa saja yang ada di langit"

-Hadith riwayat At-Thabrani dan Al-Hakim-

PS: Aku sayang kalian semua..

Tercium Putera Raja.. Eh Putera Katak..hehe

Tuesday, December 29, 2009

Sekarang aku dah ada aktiviti baru yang menyihatkan badan selain berbadminton...Renang. Sejak aku beli baju renang muslimah beberapa bulan yang lalu, boleh dikatakan setiap minggu aku akan berkunjung ke pusat kejiranan di sebelah rumah aku ni untuk berenang. Kolam renangnya cantik bangat, ala-ala macam kat resort gitu. Besarrr...

Kadang-kadang aku pergi berenang 2 kali seminggu pada hujung minggu. Kadang-kadang malam kerja pun layan. Satu sesi rm2 je. Bukannya apa, at least boleh la aku memantapkan skill renang aku (eceh, macam pandai sangat berenang:P), di samping dapat menurunkan berat badan aku yang sudah sedia turun ni..haha perasan turun(^-^)

Pernah satu hari. Betul-betul selepas hujan. Kami berdegil jugak nak pergi berenang. Hasilnya, kami berenang bersama-sama seekor katak yang sesat kat dalam kolam tu..eewwww. Nasib baik tak ter'kiss' katak muda tu. Agak-agak boleh bertukar jadi putera raja dak kalau tersalah 'kiss' dia? hahaha (fida koya!!).

Hujung minggu agak ramai orang yang berkunjung terutama budak-budak. Tapi aku suka sebab meriah. Dan aku juga suka perhati, bila mana bapa-bapa dan pakcik-pakcik duk sibuk mengajar anak-anak mereka dan anak-anak buah mereka berenang. Mak-mak dan makcik-makcik tak nampak sangat duk berenang-renang. Ramai duk santai kat tepi jek. Yang ramai berenang-renangnya yang muda-muda macam kitaorang la...(mengaku muda tuhh...heh!). Aku suka tengok aksi budak-budak yang nak belajar berenang. Ada yang takut-takut. Yang menangis pun ada. Ada yang terus pandai. Macam-macam la keletah yang sangat kelakar dan seronok bila diperhati. 2,3 tahun pun dah diajar berenang. Caya lah budak-budak sekarang..

Aku rasa zaman dulu-dulu ada jugak ayah aku ajar anak-anak dia berenang. Tapi kat sungai la, bukan kat kolam renang camni. Kat kampung aku mana la nak jumpa kolam renang camni. Tapi ye la, dulu-dulu, umur pun kecik lagi. Berenang pulak kat tepi-tepi sungai je. Pi tempat dalam sikit dah ketar lutut, takut buaya la, apa la, haihh macam-macam. hehe..

Apa entah motif cerita pasal renang ni..erkk

PS: Jom berenang(^-^)

Gundah..

Saturday, December 26, 2009
Pagi ini begitu indah,
Tapi kenapa hati ini pula yang gundah.

Tuhan, ampunkan dosa-dosa hambaMu yang hina ini.


Perkongsian..

Thursday, December 24, 2009
Entah kenapa malam itu tempat itu lapang sekali.Tiada kesibukan, kurang pergerakan. Semua tetamu seakan berteleku kaku dalam zikir dan fikir. Seseketika bunyi dengus nafas dihela perlahan bersama rintihan. Ada suara esakan tangis, namun perlahan cuma. Bunyi rintihan yang tertahan bersama alunan bacaan Al-Quran bagai melodi yang sungguh mengasyikkan.

Aku masuk ke dalam taman itu bagai sandera yang pasrah. Ku bawa hatiku yang rawan, fikiran yang kelelahan dan nafsu yang masih liar. Aku tidak mahu dan tidak mahu berpura-pura lagi. Inilah diriku wahai ILAHI….Tidak punya kesucian, tidak memiliki keindahan yang dapat aku persembahkan. Inilah diriku yang penuh cela dan noda. Tanpa dapat berselindung, KAU Maha Tahu segala.

Mengapa takdirnya aku ke sini? Ke daerah suci di bayu syurga. Dingin, nyaman dan tenang, istirehat seketika di jalan mujahadahku yang derita. Bukan kerana kebaikanku, tetapi kerana kasih saying-Mu,yang membawa aku di sini. Kau izinkan kaki dan hati yang berdosa ini singgah seketika bagi menatap jalur-jalur cahaya dalam relung diri yang gelap gelita. Benar kata-Mu seperti yang ku dengar sejak dulu, keampunan-Mu sentiasa mendahului murka-Mu.

Kucecahkan dahi di hamparan hijau itu. Seakan ku tuang segala kabut dan serabut fikrah yang kusut. Ku nafikan licik dan strategi segala yang pernah berdetik di minda ini. Fikrah inilah yang mencipta dosa demi dosa. Sesah akal ini ya Allah, palu akal ini ya Rahman, dengan belantan inzar dan tazkirah-Mu. Tuhan, kembalikanlah biduk akalku ke pangkalan takdir-Mu. Fikrah sudah letih belayar tanpa arah.

Sujud dan rukuk aku di sana. Menelanjangi segala aib dan dosa. Tanpa aku mengadu, Kau pun tahu. Namun, itulah wadah tanda menyerah, aku “Abdullah”…aku hamba Allah. Aku pasrah. Aku kalah. Cintaku sekelumit cuma,hampir tiada. Saat ini aku hanya berbekal harapan. Benteng terakhirku hanya rasa tidak berputus asa. Kata kekasih-kekasih-Mu selalu memujuk aku: Kejahatan yang menyebabkan engkau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

Dalam rasa malu, takut dan harap, masih aku memberanikan diri untuk meminta lagi. Lalu di malam itu, di Raudah itu, ku catatkan gugusan permintaan. Satu demi satu melalui puisi hati. Ku biarkan pena menari,mencari makna dan kata hanya berpandukan rasa. Malam itu walaupun malu, aku tetap meminta syurga.pendahulu bicara hanya ini:

Ya Latif, Berikan aku hati yang lain Yakni hati yang lebih yakin

Hati yang lunak ….agar mampu mencintai-MU

Malam itu adalah malam yang paling panjang dalam sejarah hidupku. Dapatku luahkan segala dan semua. Seakan tercabut “tulang” yang mengait dalam sanubari sekian lama. Namun tiba jua saat berpisah, aku terpaksa melangkah. Pamitan pun berlaku dan gamitan pun berlalu. Sayu benar terasa ketika hatiku terus merayu:

Aku dambakan kebaikan....
yang melahirkan kebaikan
aku pohon ketenangan …yang memberikan ketenangan.
Pinggirkan segala sengketa lampirkan semua cinta
tanpa dendam… tanpa prasangka
Jika benar yang kau ajukan permintaan di Raudah itu…hanya ALLAH!

Petikan artikel dari segmen MUHASABAH ANIS (Ogos 2009)

Oleh: Pahrol Mohamad Juoi

PS: Buat perkongsian semua. Maaf aku tak sempat untuk mengarang sebarang entry pagi ni disebabkan kesilapan teknikal, semoga ceria selalu....till then.

Langkah Pertama..

Wednesday, December 23, 2009
Petang semalam, selepas siap bancuh milo buatan sendiri dan minum-minum di pantry, minum sambil meneman cik Laili menelan jus matenye, aku sempat membelek-belek akhbar versi orang putih yang terdapat di sebelah toaster. Belek-belek sambil mencari headline yang menarik. Owhh yer,ada bangunan runtuh lagi kat Terengganu. Adusss, dah yang keberapa dah runtuh, kali ni kat Kuala Berang pulak. Sinonim betul Terengganu dengan keruntuhan bangunan! haihh, ni yang buat aku rasa tak berapa nak mengaku orang jati Terengganu ni, erkkk.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki, Laili sempat menjeling ke arah aku. Barangkali suruh dilihat lelaki tersebut. Sempat aku pandang sepintas lalu, tapi masa tu dia sudah membelakangi aku. Orang cina kut. Putih semacam je aku tengok. Kat opis aku ni ramai jugak chinese, tapi tak semua aku kenal. Lebih-lebih lagi kalau wing sebelah sana atau opis di tingkat satu lagi la aku tak kenal.

Aku menyambung pembacaan. Ada perkara lagi penting yang harus aku ambil tahu dari lelaki yang tidak pernah aku kenali itu. Laili menyambung meminum jus matenya di sebelah aku. Tiba-tiba lelaki tu datang mengambil bahan-bahan bancuhan air yang terdapat berhampiran kami. Lepas ditutup botol nescafe, diambilnya pula botol creamer. Aku masih lagi khusyuk dengan berita 'sensasi' di Terengganu tu. (konon, haha). Tiba-tiba aku perasan, lelaki tadi terkial-kial nak buka penutup botol creamer.

"Haih susah pulak nak bukak ni, tangan basah kut" , tiba-tiba dia bersuara. Mengadu pada kami gamaknya.

Melayu rupanya. Mati-mati aku ingatkan Cina! Nampak dari gaya dia nak buka botol tersebut memang susah. Aku pun menawarkan diri untuk membantu memandangkan aku yang berdiri paling dekat dengannya berbanding Laili. Harap-harap dengan kekuatan yang aku ada, aku dapat membuka botol creamer tersebut, eceh.

Dengan izin Allah, dengan sekali pusing je penutup botol itu longgar terus terbuka.

"Wahh kuat jugak awak eh," pujinya. Aku sengih.

"Bukan saya yang kuat,tangan tu basah kut, pasai tu tak leh bukak", aku menafikan yang aku ni kuat, haha.

"Eh jangan bagitau kat orang tau, saya tak boleh bukak penutup ni," pesan dia sebelum dia keluar.

"Malu saya nanti", sambungnya lagi.

Kami sengih. Laili dah mula gelak guling-guling bilamana lelaki tu hilang dari pandangan kami.

"Taktik....1st step tu", kata laili.

"Hah? Taktik? 1st step?? Taktik apa pulak?" soalku pelik.

"Ye la, kalau dia boleh buka botol tu, tak dapat la dia nak cari alasan untuk bersembang, kira taktik la tuh",jelas Laili.

Pandai-pandai jek Laili. Entah-entah dia memang betul-betul tak dapat buka. Aku memang tak fikir lain dah, memang fikir dia tak dapat buka je la. Memang niat nak tolong dia ikhlas. Memang lurus, tulus, mulus aku ni kan? eceh.

MORAL OF THE STORY: Jangan buka penutup botol versi kat pantry kami kalau tangan basah...hehe.

Sekadar coretan di pagi hari. Till next entry. Enjoy your day!!


Berkasih Sayang

Tuesday, December 22, 2009
Adik-adik aku yang kecik, Huda dan Lah dah pandai telefon rumah aku kat Putrajaya ni. Siap hafal nombor telefon lagi. Memandangkan telefon dari rumah ke rumah sekarang 'macam free', jadi diaorang apa lagi. Kadang-kadang tanpa pengetahuan mak ayah, Lah dan Huda telefon aku. Macam-macam yang dipot pet pot pet.

Ada satu malam, tengah aku bercakap di telefon dengan mak aku, Huda dan Lah bergaduh besar. Dapat dengar sayup-sayup Huda menangis kat belakang. Lepas habis sembang dengan mak, tiba-tiba mak bagitau Huda nak cakap dengan aku. Suara Huda perlahan. Macam nak tahan tangis. Tapi aku tahu, dia tengah menangis.

"Kak Nor, Lah tak sayang Huda, Lah kata, Lah tak kisah kalau Huda mati", kata Huda sambil menyemburkan tangisannya di gagang telefon.

"Larrr, bukan Lah tak sayang Huda, Lah sayang Huda tu, cuma Huda degil kut. Kakak mesti sayang kat adik dia", kata aku memujuk Huda.

Dah faham benor dah situasinya macam mana kalau adik-adik aku yang kecik dua orang ni bergaduh.

pot pet pot pet...

Tiba masa aku bersembang dengan Lah, dan Lah tak mengaku yang dia kata dia tak sayang Huda. Memang menafikan betul-betul.

"Tak baik Lah buat macam tu kat Huda, nanti Huda mati betul-betul macam mana?Kesian kat Huda" aku dengar Lah dah lain macam. Tiba-tiba dia pun menangis....huhuhu..

Lepas tu aku pujuk Lah. "Kalau Lah sayang Huda, pergi minta maaf kat Huda, pastu peluk Huda, cium kat pipi Huda dan kata Lah sayang Huda".

"Kalau Lah tak buat macam tu?" soal dia ragu sambil memperlahankan tangisan.

"Maknanya Lah pun tak sayang Kak Nor", eceh pandai pulak aku bab pujuk-memujuk ni, hehe

"Ok ok, Lah buat," janji Lah.

"Besok Kak Nor tanya Huda tau!", kata aku sambil tersengih mengenangkan gelagat adik-adik kecil aku ni.

Keesokannya Lah telefon aku lagi. Amboi mentang-mentang dapat green light dari mak ayah untuk guna telefon tu. Kali ni suara mereka ceria. Kedengaran Huda kat sebelah pun tengah gelak-gelak. Dah ok la tu gamaknya.

"Ada Kak Lah peluk dan cium Huda semalam?" tanya aku pada Huda.

"Hehe, ada. Dia peluk kuat, sampai jatuh Huda," adu Huda. Aku dengar Lah kat belakang cuba membela dirinya. Tapi aku tahu, mereka dah berbaik-baik.

"Ok, semalam Lah dah peluk dan cium Huda, apa kata hari ni Huda pulak yang cium dan peluk Lah. Buat sekarang!"

"Alaaaaaaaa Kak Nor...",huda

Apa motif aku cite kes perang Huda dan Lah ni eh?hehehe. Teringat waktu kecik-kecik dulu. Kalau gaduh dengan adik-adik, mak la yang peningnya. Kesian kat mak. Kadang-kadang sebab benda yang kecik pun boleh gaduh. Lepas gaduh-gaduh baik balik. Gelak-gelak balik. Kalau dah nama adik-beradik tu, macam air kene cincang, cincang banyak mana pun, takkan putus. Harapnya macam tu la.

Tapi yang pelik ada juga yang putus. Entah pedang yang macam mana yang diaorang guna tuk cincang air tu..haihhh...

PS: Sayangilah adik-beradik anda..

Nota Hati Tentang Cinta..

Monday, December 21, 2009
Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki...
jika jiwamu tulus kerana Ilahi...
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!

-Pahrol Mohd Juoi-

Beberapa minggu yang lepas, aku sudah mengkhatamkan 'Nota hati seorang lelaki' oleh Pahrol Mohd Juoi. Aku rasa semua orang patut baca kisah-kisah pendek dari penulis yang terdapat di dalam buku tersebut. InsyaAllah ada 'sesuatu' yang boleh diambil untuk dijadikan pengajaran dalam hidup di dunia dan akhirat. Huh, macam jadi promoter buku pulak. erkk..

Kelmarin, kat MPH Alamanda, aku sempat sambar satu lagi buku karangan beliau. 'Tentang Cinta'. Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada tandingan, kata beliau. Tapi malangnya aku tak berkesempatan untuk menghabiskannya lagi disebabkan aktiviti renang. Berenang bersama katak...erkk. (Dalam kolam renang tu, ada seekor katak yang sedang berenang-renang bersama kami, putera katak mungkin,hehe). Tengok la hari ni atau besok akan cuba dihabiskan 'tentang cinta'.

"Cinta merangkumi banyak perkara,sebut saja cinta pasti teringat cinta lelaki dan wanita,terus terlupa pada yg 'lain'"- Ammat Grimlock-

PS: Jom bercinta;)

Berlalu..

Sunday, December 20, 2009
Think i'm done with my break.....

Dahagakan Banjir..

Monday, November 23, 2009
Huda, adik bongsu aku sudah mula menuntut hadiah dari aku atas kejayaannya mendapat nombor 1 dalam peperiksaan akhir tahun. Yer la, sebelum dia periksa akhir tahun hari tu, aku juga yang beria berjanji bagai dengan Huda dan Nabilah.

"Kalau Huda dan Lah dapat nombor 1, Kak Nor beli hadiah. Tapi nombor 1 je tau, nombor lain tak aci"

Tengok-tengok Huda je yang dapat. Memang la diakui Huda ni rajin sikit dari Nabilah. Nabilah pulak dapat nombor 9. Senyap je Nabilah time aku telefon. Tak seceria Huda dan tak de bersungut nak hadiah. Ye la dah dapat nombor 9.

Tapi disebabkan aku ni seorang yang berjiwa kakak,erkk(perasan!)..hehehe, aku belikan juga Nabilah hadiah. Sama seperti Huda. Buku..

Kalau kat Putrajaya ni, mana lagi tempat paling best nak beli buku kalau tak MPH Alamanda. Awal-awal pagi Sabtu yang lepas aku dah terpacak kat situ. Ingatkan aku la yang paling awal. Rupanya ramai lagi yang lagi awal dari aku. Aku tengok budak-budak la yang ramai. Maklumlah dah cuti sekolah. Bagus mak ayah diaorang, bawa pergi kedai buku. Macam-macam ragam budak-budak boleh ditengok. Seronokk..

Tapi kanak-kanak kat belah negeri aku sana pada musim tengkujuh begini, mana la nak fikir ajak mak ayah pergi kedai buku. Mana dengan banjir lagi, hujan tak henti-henti. Fikir nak main banjir je la. Macam aku dulu-dulu.hehehe.

Time pergi mengaji di rumah Tok We Pit adalah time paling ditunggu-tunggu pada musim tengkujuh ni. Yer la, kalau time lain nak keluar rumah memang mak tak bagi. Berbeza sekali kalau bukan musim tengkujuh. Nak pergi mengaji punyala liat.

Time musim tengkujuh la dapat main air hujan yang bertakung dengan banyaknya. Bestt! Lepas balik mengaji,dengan Quran dan raha di tangan kanan, payung di sebelah kiri. Kami harung air yang tak sampai paras tumit kat hujung jalan. Konon-konon harung air banjir la.,hehehe. Dahagakan banjir kami ni. Maklumlah dah berbelas-belas tahun kampung kami tak banjir besar. Tak silap aku, last banjir besar waktu aku umur 6 tahun kut. Kut..

Balik rumah, faham-faham je la. Seluar memang lencun. Mak dah pot pet pot pet. Memang mak tahu keterujaan kami nak pergi mengaji, bukannya nak pergi mengaji pun sebenarnya. Tapi nak main air.hehehe... Kisah lama..

PS: Kekok rasanya bilamana pukul 8 masih di rumah baru lepas sarapan. Biasanya masa ni aku tengah bersesak-sesak di depan Tol Sunway....hehehe.

Cyberjaya...here i come!!!;)

Kau Masih Lagi Bukan Manusia Budiman Yang Layak Dijadikan Sandaran..

Thursday, November 19, 2009
Siapa kata aku boleh melupakan semua rasa yang pernah aku rasa. Rasa masin, manis, pahit, tawar dan masam semuanya aku tak boleh lupa. Rasa-rasa yang bisa mengindahkan hidup dan kadang-kadang bisa mendukakan. Ah, tiada apa lah dengan duka itu. Hanya perkara biasa yang sekali sekala memberi makna kepada erti hidup. Kan?

Memandangkan aku seorang perempuan dan hidup di kota besar..seorang diri tanpa penjaga, mak ayah selalu pesan, kalau aku bawa kereta sorang-sorang dan ada orang yang tak dikenali tahan kereta aku di tengah jalan minta tumpang, jangan sesekali aku berhenti. Tak kisah la pakcik tua ke yang tahan, orang mengandung ke...bahaya! Aku ingat pesan mak ayah tu. Tuntutan dunia sekarang, memang menuntut aku menjadi kejam....Alhamdulillah, sepanjang aku drive sorang-sorang, tiada lagi mana-mana hambaAllah yang tahan kereta aku minta tumpang. Phewww, nasib baikk!!..

Mak ayah juga ada berpesan, kalau pi jalan mana-mana dan ada orang tak dikenali minta tolong, tak payah la kak nor nak tolong. Biar orang lain aje yang tolong. Kata mereka. Bukan mak ayah tak kasi aku berbuat baik, tapi aku tahu, mereka bimbang takut ada udang di sebalik mee. Aku akur dan aku faham.

Tapi tengahari tadi, aku tahu tiada kesempatan langsung untuk dia ambil atas kebaikan yang patut aku lakukan, namun aku masih kaku berdiri tidak membantu. Menyesalnya aku rasa!! Lepas tu baru la hati duk membebel sorang-sorang, marahkan diri yang tak buat apa-apa untuk membantu. Walaupun dia tak bersuara minta tolong, tapi..... pandai-pandai la aku tolong dia kan??

Aku rasa la, time tu ketua syaitan duk bisik kat telinga aku..

"Tak payah tolong la dia. Nanti orang kata kau nak tunjuk baik. Depan orang ramai pulak tu. Tak pun orang kata kau nak tolong dia sebab dia lelaki, ada rupa. Biarkan je la dia.."

Aku ikut bisikan ketua syaitan tuh..

Adehhhh...rupanya aku masih lagi bukan manusia budiman yang layak dijadikan sandaran:(

Manusia Yang Masih Punyai Harapan..

Tuesday, November 17, 2009
Laut pun ada pasang surut, apatah lagi hidup.

Lama aku fikirkan. Patut ke aku publish entry ni?Atau aku patut biarkan hati aku jek yang membebel mengomel tak puas hati sorang-sorang. Adat dunia. Manusia tak sama natijahnya. Apatah lagi akal mahupun pangkatnya.

Sudahnya aku sendiri yang haru. Terlalu mengikut telunjuk. Terlalu 'skema'. Betul la kata orang, jadi baik sangat pun tak boleh. Nanti orang pijak kepala. Jadi jahat sangat, nanti dibenci orang. Harus, manusia seperti mana yang aku patut jadi? Jadi manusia yang tak baik sangat dan tak jahat sangat? (konfius) erkk...tengok la..

Sakit hati dengan ketua kes petang semalam masih lagi berbekas di hati. Salah ke aku nak habiskan cuti aku di Subang ni jika ini minggu terakhir aku di sini? Itu pun ketua masih nak mempersoalkan pengambilan cuti aku. pot pet pot pet rungutannya...Tapi dah cuti tu hak aku. Kalau bukan hak aku, aku tak kisah.

Patut la, orang-orang lama di sini, kalau mereka nak cuti. Mereka terus cuti je. Bagitau kat ketua kemudiannya. Mulanya aku pun di ajar begitu, namun aku tak sedap hati. At least nak bagitau jugak sepatah. Yer la, aku kan 'skema' orangnya. Haaa, ni la akibat skema. Ok,lepas ni aku takmo skema lagi dah dengan ketua aku tu.

Skema pun tak guna kalau manusia tu tak hargai. Iyer dak?

Justify Full

Cicah Mencicah..

Friday, November 13, 2009
Sekarang asyik hujan belah petang. Asal petang je hujan, asal hujan je petang. Nasib baik aku suka hujan. Cuma, bilamana hujan di kala petang tatkala kami memulakan perjalanan untuk pulang dari tempat kerja yang jauh berbatu-batu tu, terasa sedikit sedu dalam jiwa.

Bukan sedu disebabkan hujan turun, tapi sedu sebab jem kat jalan memang tak hingatt dunia! Terutama dekat tol pj kat sunway tu. Eh hari biasa memang jem pun kat situ, tapi bila dicampur dengan hujan, jem dia lagi mahsyuk orang kata, hehe...

Jem sapu kat roti, pastu minum pulak kopi panas time hujan petang. Memang mashyuk sangat-sangat...Masalahnya jem yang kami alami ni tak leh sapu kat roti. Jadi apa mau buat?

ermmmmmmmm.......

Apa????? Masukkan tol dalam toster pastu cicah kopi panas?????

Apa Pun Yang Terjadi, Moga Aku Bisa Berjalan Tanpa Henti..

Wednesday, November 11, 2009
Selepas 'cut over' projek ni, aku ingat kami boleh la bersenang lenang di pejabat sambil menunggu lampu hijau dari bos untuk menghantar kami balik ke ibu pejabat di Cyberjaya, rupanya banyak lagi kerja yang kami kene buat especially bab queue. Kalau sebiji dua queuenya ok la jugak. Ni sampai beribu-ribu. Sabo je la..

Kalau ikutkan tempoh keberadaan aku di sini, tak sampai 2 minggu je lagi. Lepas ni sebahagian dari kami akan pulang ke Cyber. Aku berharap sangatlah nama aku merupakan antara nama yang akan dihantar pulang. Bukannya aku tidak suka berada di Subang ni, cuma.. bila mana mengingatkan ranjau perjalanan pergi dan balik dari Putrajaya ke Subang dan Subang ke Putrajaya yang penuh liku dan paku.. aku jadi tawar hati untuk terus berada di sini. Lagi pun, aku belum menjejakkan kaki lagi ke ibu pejabat baru yang sudah pun berpindah bangunannya berhampiran balai bomba Cyberjaya. Teringin jugak aku nak jejak kaki ke sana. Nak merasa cubicle baru, bangunan baru, suasana baru. Doa-doa la moga aku dapat balik..

Minggu lepas sempat aku menyelidik, pembaca-pembaca yang masuk ke blog aku melalui enjin carian 'google'. Kebanyakan mereka masuk kerana meng'google' kata kunci 'langkah bendul'. Boleh dikatakan 80% daripada carian yang dibuat adalah langkah bendul. Eh ye ke 80%? Pandai pulak aku buat statistik ni yer..hehehe.

Aku pernah menulis perihal langkah bendul pada akhir tahun lepas sejurus aku dapat menghidu bahawa bendul aku bakal dilangkah oleh adik lelaki aku. Bukanlah menulis kerana aku tidak puas hati bendul aku dilangkah, cuma sekadar berkongsi cerita. Alhamdulillah, pada bulan 6 yang lepas adik aku selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Mantap betul, dia langkah bendul abang dan kakak dia sekaligus. Gelabah kakak dan abang dia dibuatnya nak jawab soklan-soklan panas dari wartawan yang tak bertauliah..hehehe..Cerita basi ni, tapi takpe la.

Harap lepas ni bendul aku tak dilangkah lagi dah. Tapi kalau Allah dah takdirkan kene langkah lagi...erkkk..

Belum kene langkah lagi ni... ayuh berusaha supaya tak kene langkah!!! hehehe

PS: Kalau dia yang terbaik untuk hambaMu ini, permudahkanlah urusan kami ya Allah.....

Lawan Fitrah

Wednesday, November 04, 2009
Shift 7pm-7am 1 november 2009. Subang.

Pertama kali dalam hidup satu malam suntuk aku tak tidur. Keesokan harinya otak rasa weng semacam. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat 'cut over' projek ni berjalan lancar. Cuma 2 malam aku merasa keje shift malam sampai pagi. 2 malam tu pun dah cukup untuk mengharu birukan segala proses biologi badan aku. Kalau 6 malam, waAllahualam, tatau la nak jadi apa dengan aku.

Terfikir jugak macam mana la orang-orang yang bekerja di malam hari mampu bertahan sampai bertahun-tahun. Dah biasa kot!...

PS: Apa la yang Incik Ajis sengih sorang-sorang kat belakang tuh, isk isk isk..

Kesian Sama Itu Melayu..

Friday, October 30, 2009
Petang semalam, kami diberi taklimat akhir mengenai cut-over projek kami ni di Kelana Jaya. InsyaAllah semoga segalanya berjalan lancar pada hujung minggu ni. Walaupun kami sedar,mematikan system lama yang sudah berusia 25 tahun dan menghidupkan system baru sememangnya banyak halangan yang terpaksa ditempuh,kami berharap kami semua mampu mengatasinya. Macam system ni kami yang punya pulak..lalalalalala;)

Apa pun, let's bring it on (tiru ayat intan,hehehe)

Cuma satu yang aku terkilan dengan satu adegan video yang dimainkan semalam, mengenai sejarah kejayaan mereka(baca:client kampeni kami) dengan pelbagai projek mega. Disambutnya dengan acara membuka botol 'air kencing syaitan'. Cina, India, Orang Putih atau lebih senang cakap orang kafir yang melakukannya aku boleh terima...tapi bila ada muka melayu yang siap mengangkat gelas yang berisi 'air kencing syaitan', aku mula rasa lain macam. 'Siottt'... Itu yang terpancul dalam hati aku.

Kesian melayu atau lebih tepat lagi, kesian melayu islam. Terlalu mengikut cara orang kafir. Setakat dibuka botol 'air kencing syaitan' tu, tuang dan minum....apa yang hebat sampai melayu islam pun boleh terikut???Aku rasa kalau dari awal dulu, mereka(baca: orang Islam yang berkuasa) berkeras dan punyai pendirian bahawa ini tidak boleh dilakukan. Aku rasa mereka(baca: orang kafir) tiada masalah dalam menghormati agama Islam.Ini.... dah diberi lampu hijau dari awal. Salah siapa?

Kesian betul sama itu melayu...

Kalau ada yang nak terasa, silakan terasa... sungguh aku tiada niat nak menyakitkan hati sesiapa. Aku cuma menyatakan pandangan aku yang terpendam.

Nak kata aku kolot ke...tak dapat terima adat orang zaman sekarang ke. Kata lah..tapi kalau sesuatu perkara tu sudah membelakangkan larangan Tuhan, yang salah tu tetap salah!

Apa pun,aku tidak punyai sebarang kuasa untuk membetulkan apa yang telah berlaku, kerana kuasa aku terlalu sedikit. Aku tak mampu. Sungguh! Aku cuma boleh menyatakan hakikat kejadian yang berlaku di hadapan mata. Hakikat kejadian pada akhir zaman. Supaya semua boleh berfikir. Bagi yang tidak pernah bertembung dengan perkara sebegini, alhamdulillah. Tapi bagi yang sudah biasa dan mempunyai kuasa untuk menghentikan, fikir-fikirkan apa yang mampu anda buat. Mendiamkan diri dan membiarkan...atau... tepuk dada tanya imam.

Teringat aku pada satu kisah benar yang diceritakan oleh pensyarah aku sewaktu di matrik PJ. Beliau mengenali seorang CEO sebuah syarikat. Muslim. Melayu. Rakan-rakan kongsinya(baca:orang kafir) pasti menghormati beliau dan tidak menghidangkan 'air kencing syaitan' atau menyambut sebarang kejayaan dengan tuangan 'air kencing syaitan' kerana beliau sudah berkeras dari awal. Tu time depa kat luar negara tuh. Waktu masuknya solat fardhu, sebarang mesyuarat akan ditangguhkan. Alhamdulillah, rakan-rakan kongsi(baca: orang kafir) boleh terima, bahkan mereka lebih menghormati pendirian beliau(baca: CEO muslim tu). Hebat kan?

Owhh teringat juga kisah sewaktu aku berada dalam projek pecah penjara yang lalu. Walaupun kami berada dalam syarikat bukan Islam yang bukan berasal dari Malaysia, dan client projek pecah penjara juga bukan berasal dari Malaysia dan mereka sudah semestinya orang kafir, sewaktu meraikan kejayaan fasa pertama projek pecah penjara, ada juga desas desus kedengaran mereka ingin meraikannya dengan tuangan 'air kencing syaitan', Alhamdulillah, itu tidak berlaku kerana mereka menghormati kami yang kebanyakannya muslim yang berada dalam projek pecah penjara tersebut. Pada hari kejadian, kami dijamu dengan pelbagai jenis kek. Ok kan?

PS: Disebabkan cut-over projek ni, kemungkinan besar aku terpaksa jadi 'kelawar' selama seminggu. In case something wrong somewhere. Demmm!

Wanita Kelawar...

Thursday, October 29, 2009
Mungkin... aku terpaksa lagi menjaga hati-hati orang-orang yang aku sayang. Cuma aku agak terkilan, mengapa orang-orang yang aku sayang tidak pernah cuba nak menjaga hati aku....

Owhh yer...aku lupa, hati aku kan beku. Tak perlu dijaga. Biarkan aje...hehe

Kalau sejarah yang lepas nak berulang pun, berulang la. Apa daya aku nak menghalang. Apa kudrat aku nak melambatkan. Tapi aku masih punyai masa....we'll see what best i can do.

Maafkan aku kerana mempunyai hasrat yang keliru sebegini...tapi aku cuma wanita biasa. Yang tak kuat, dan tak rapuh.

PS: Minggu depan, buat pertama kalinya dalam hidup, aku terpaksa jadi wanita kelawar selama 6 hari. Siapa ada tips untuk jadi wanita kelawar yang berjaya?erkk

Air Mata Jatuh Lagi...

Tuesday, October 27, 2009
Semalam aku telefon kampung. Walaupun baru hari Sabtu yang lepas aku telefon, tapi selepas mendengar satu forum di tv9 berkenaan 'Si Tanggang' pada hari sebelumnya, aku jadi tergerak hati nak telefon kampung lagi.

Huda adik bongsu aku yang darjah 1 angkat.

"Kak Nor!!!" Ceria suara Huda macam biasa. Namun ada kelu di hujungnya.

"Hari ni Huda kene cucuk. Kat lengan. Sakittt sangat!!!", adu Huda.

"Alolololo ciannya Huda",

Pot pet..pot pet... selesai sembang dengan Huda. hehe..banyak citer Huda ni.

"Panggil mak. Kak Nor nak cakap ngan mak", pinta aku.

Mesti mak aku pelik. Tak sampai 2 hari dah telefon balik. Biasa dalam seminggu 2 kali jek aku telefon. Pasti ada sesuatu, mungkin itu yang bermain di benak mak. Aku biarkan apa jua andaian yang datang. Suara aku ceria macam biasa. Masih bertanya khabar semua orang di kampung, ayah...ayah baru jek ke surau. Adik-adik semua sihat. Tok pun sihat. Orang kampung semua. Kemudian cerita pasal kerja. Cerita pasal makan. Pasal rancangan kami sekeluarga untuk masa akan datang. Dan cerita-cerita biasa, bla bla bla....

Cuma bezanya pada penutup perbualan kami.

"Mak maafkan Kak Nor kalau Kak Nor ada tersilap kata atau perbuatan yang buat mak terasa hati. Kak Nor tahu, Kak Nor banyak susahkan hati mak. Ampun ye mak.Tolong bagitau ayah sekali", dengan nada ceria walaupun pada hakikatnya setitik demi setitik manik jernih mulai jatuh ke pipi.

Entah mengapa itu yang terhambur keluar dari mulut aku. Yer, selama aku berjauhan dari keluarga, jarang sekali aku mengucapkan kata maaf kepada orang tua aku. Kebiasaannya cuma pada hari pertama aidilfitri. Tu pun selalunya lidah aku kelu cuma air mata yang menzahirkan kemaafan kepada kedua orang tua. Hari-hari lain, kalau aku ingin bertolak balik ke kota, setakat peluk cium minta restu. Cuma kadang-kadang kalau tersilap perlakuan, cuma 'ampunnn mak' ...'ampunn ayah' tu pun dalam nada yang tidak serius. Kata maaf yang sebenar, jarang sekali aku ucap. Aku baru aku sedar itu. Ya Allah....

Kata Ustazah Sharifah Hayati dalam forum Si Tanggang tu,

"Bagi yang duduk jauh dari mak ayah, telefon mereka sekerap mungkin. Takpe habiskan duit untuk telefon mak ayah. Ucap kata sayang buat mereka. Minta maaf dari mereka sementara mereka masih ada. Nanti mereka dah tiada......"

Air mata aku jatuh lagi.....

Usah Jadi Pungguk Jika Tiada Bulan Untuk Dirindu....

Monday, October 26, 2009
Lama betul aku 'bercuti', patutnya aku kembali dengan semangat baru, cerita baru, kekuatan baru dan azam baru untuk meneruskan coretan agar lebih mantap. Namun, kelu,bisu dan kaku itu masih tetap membelenggu diri dan juga platform putih ni. Entah mengapa hakikatnya begitu. Mungkin aku sekarang ini bukan aku yang dulu lagi... mungkin.

Orang sekeliling aku kata aku ni kalut orangnya. Cepat gelabah. Cakap pun laju semacam apatah lagi kalau berjalan. Tapi kegelabahan yang aku alami itu pun bukannya 24 jam sehari, cuma pada keadaan yang tertentu je, kan? erkk. Contohnya kalau sesuatu keadaan muncul di luar perancangan. Tapi sapa yang tak gelabah kalau sesuatu berlaku tanpa dirancang. Iyer dak?

Baru-baru ni, gelabah punya pasal, aku boleh terpanggil mak Prem 'amma'. Nak panggil 'aunty' sebenarnya, boleh pulak terkeluar 'amma'... wakakakakaka. Habis kawan-kawan gelakkan aku. 'Amma' pun gelakkan jugak. Aku dah tak tahu nak letak muka kat mana. Tebalkan aje la muka aku yang tak berapa tebal ni. 'Amma' pun, amma la...ekekekeke. Yang aku gelabah tu pesal?! ...adehhh..

Dan disebabkan beberapa kejadian yang tidak berapa best bagi aku berlaku disebabkan kekalutan dan kegelabahan yang aku tonjolkan, maka baru-baru ni aku cuba untuk jadi manusia 'cool' seperti manusia kebanyakan yang lain. Kali pertama, memang susah. Walaupun mulut aku keep saying, 'ok i'm cool'... 'i'm cool'... tapi hati aku tak boleh menipu. Aku tetap gelabah pada hakikat yang sebenarnya. Aku tetap mencuba, kali kedua..ketiga dan seterusnya. Tapi... aku tetap aku. ~sigh...

Tiba-tiba tadi aku terfikir, kenapa aku perlu menunjukkan sifat seperti yang orang lain mahu? Atau kenapa aku perlu menjadi orang lain? Bukankah bagus kalau aku jadi aku yang sebenar. Biar orang lain tahu yang aku ni kalut orangnya, biar orang tahu style cakap aku ni laju, speed jalan aku pun laju. Kadang-kadang aku blur tak bertempat. Aku juga tak pandai nak marah kat orang walaupun memang dia patut kene marah. Ada lagi, aku tak pandai ambil hati orang yang selalu merajuk. Aku juga tak pandai bergurau, aku rasa la..hehe.

Ada lagi?

"Ada!!, ada!!!"

erkkk....

PS: Sahabat-sahabat yang dikasihi...maaf agak lama aku 'bercuti' kali ni.

Jenama Baru..

Thursday, October 08, 2009
I am trying to find my new brand of courage.
My old one, is gone:(
I think...

ps: sapa-sapa ada terjumpa, bagitau la noo..

Lumrah Hidup...

Wednesday, October 07, 2009
Jika hati kita bersih, nescaya diri kita akan senang. Semua masalah yang datang, bukanlah satu masalah yang berat. Tapi, hanyalah satu lumrah kehidupan, satu perkara biasa. Jika kita terasa hati, senyumlah. Berdoalah agar senyuman itu mampu mengikhlaskan semua perkara. Tak perlu kita simpan, tak perlu kita membalas, malah lepaskanlah..

(copy ayat dari akunya status kat Facebook, entah mana aku terjumpa ayat ni..)

Hari ni 7 oct,genaplah usia aku '72' tahun. Iskk, dah tua benor aku ni. Gigi pun takdak, tinggal gusi jek ni haa...hehehe. Terima kasih kepada semua yang hantar message ucap selamat ulang tahun hari lahir. Terima kasih juga kepada yang plan nak belanja aku makan. Tak sabo ni!! hehehe.

Aku pun nak ucap selamat ulang tahun hari lahir jugak la kat diri sendiri.

Fida...selamat ulang tahun hari lahir!!

Sekian..

Yang Pertama..

Monday, October 05, 2009
Sebulan sekali pasti muncul perasaan yang tidak best ni. Perasaan yang boleh buat jiwa kacau dan hati tak tenteram, erkk. Buat apa pun, rasa serba serbi tak kena. Boleh pulak perasaan ni muncul di saat-saat kritikal macam ni. Arghh tak mengerti betul!

Hari ni aku berjalan sorang diri ke cafe di hujung bangunan. Member tapau semua puasa. Ada puasa 6, ada puasa ganti. Ada yang puasa 6 dan ganti. Aku sorang je yang tak puasa sebab Allah dah kasi raya in advance:D. Dapat raya in advance pun, ganti puasa tak habis lagi ...adehhh.

Aku berjalan sepantas mungkin. Perut dah lama bergendang minta diisi. Alhamdulillah, sampai jek kat cafe, manusia tidaklah begitu ramai seperti selalunya. Aku sampai lambat gamaknya. Lauk pun dah banyak yang habis. Ambil je la apa yang ada. Ayam goreng dan sayur bayam. Simple..

Time pakcik cafe tu tengah kira-kira nasi aku ni, tiba-tiba aku terpandang satu kata-kata yang tertulis kat bahagian depan kemeja pakcik tu. "Rock, rock jugak, solat jangan tinggal!". Lebih kurang begitu la kut kata-katanya. Alhamdulillah, harap pakcik cafe tu tak tinggal solat Jumaat lagi dah..erkk. Semoga dia istiqamah dengan kebaikan yang dia dah buat pada bulan Ramadhan yang lalu. InsyaAllah...semoga aku jua pun begitu:D

PS: Hujung minggu baru ni perut aku tersangat lemau. Banyak sangat open house! Maaf ada yang aku tak sempat pergi. Yang terpergi bukan pada waktunya juga pun harap dimaafkan. InsyaAllah lain kali jangan lupa jemput lagi yer...hehe

-Di hadapan kediaman Fakhzan bersama teman-teman x-infy. Part aiskrim dia yang aku tak leh lupa, fuh! Tahun depan buat lagi eh Fakhzan! Terima kasih(in advance)...hehehe.....-

Murtad Maya..

Friday, October 02, 2009
Butakan mata, pekakkan telinga, tenangkan hati. Konsep ini banyak aku gunakan bilamana berhadapan dengan bisikan-bisikan halus yang begitu menyakitkan jiwa. Alhamdulillah, aku masih mampu tersenyum walaupun dalam hati, Allah saja yang tahu.

Bermula bulan lepas, kampeni xxx ni sudah mula mengberhentikan penghantaran payslip melalui email. Kalau kami nak cek payslip tersebut, kami terpaksa menggunakan web. Pada awalnya memang tidak menjadi masalah kerana selalu juga sebelum sampai email payslip tu, aku akan cek menggunakan web tersebut. Namun sejak perberhentian payslip melalui email itu, web tersebut seolah mengalami entah-apa-apa-masalah. 2 bulan kami tidak mengetahui jumlah sebenar gaji atau elaun yang kami dapat.

Hari ni, bos kami mengajar cara-cara untuk masuk ke web-payslip itu. Namun apa yang mendukacitakan aku, kami tidak dibenarkan menukar sama sekali profile information yang auto-display pada page pertama webpay tersebut. Sistem akan bermasalah katanya. Walaupun kami tahu, ia hanyalah informasi sementara yang terpampang, tapi.... religion: budha race: india.... apakah????

"Diaorang (orang kat India) tak kasi kita 'murtad' gamaknya", celah seorang kawan.

huh!!

PS: Sah depa tak test dulu sistem ni, kalau test takkan jadi macam ni!....isk isk isk...

Tuhan, Bantulah Hati...

Thursday, October 01, 2009
Sinar menjelma mesra. Dihirisnya sendu di jiwa lalu menukar menjadi bayu indah yang membelai hati. Namun, hati masih tertanya-tanya, adakah bayu indah itu benar-benar ikhlas membelai? Atau ....?

Tapi bayu indah itu akan pergi...jauh.

Kelu mula menyelubungi hati.

Sepi.

Tuhan, bantulah hati.........


Boneka di Bumi...

Aku setia dan tetap setia menantikan hari esok, walaupun aku pasti esok takkan menanti aku. Jadi apa yang pasti, aku akan terus menanti dan terus menanti selagi hidup ini dirahmati. Mengapa jiwa ini selalu dinodai oleh insan-insan yang kita sanjung? Di mana silap dan kebongokan diri sehingga kita terlalu alpa dengan nadi itu? Mengapa? Jawapan yang tak pasti....

Aku pasrah dan tetap pasrah terhadap apa yang terjadi. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ayat yang biasa digunakan oleh teman-teman terhadap diriku seolah untuk menyedapkan jiwa yang terhimpit. Aku redha. Aku belajar erti kesabaran dan penerimaan. Aku sedar semua ini tidak kekal. Boneka-boneka bumi, sedarlah bahawa watak kita suatu hari nanti tetap akan mati..... itu yang pasti..

(Nukilan Incik Ammat)

PS: Incik Ammat, terima kasih...

Kene 'Reject'...

Wednesday, September 30, 2009
Banyak peristiwa besar yang berlaku sepanjang aku tidak menulis, dari akhir ramadhan sehinggalah kepada sambutan Aidilfitri baru-baru ni.

Hakikatnya, bilamana aku berada di kampung aktiviti menulis terpaksa aku kurangkan. Bukan kurangkan sebenarnya, tapi terhenti terus baru-baru ni. Adehhh... dan untuk kembali menulis itu sedikit memakan masa. Ambil mood orang kata. Ini lah kekurangan aku. Harap dimaafkan.

Alhamdulillah, tahun ni kami sekeluarga dapat menyambut Aidilfitri bersama-sama lagi. Dimeriahkan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami iaitu adik ipar aku, Aisyah. InsyaAllah moga aidilfitri yang datang akan bertambah lagi ahli keluarga kami:D

Tahun ni juga, selepas tiga tahun, aku dapat menunaikan solat sunat aidilfitri di surau kampung di tepi sungai tu. Lama benar dah aku tak dapat berbuat demikian. Bukan tidak mahu, tapi tidak dapat. ABC orang kata.erkk..

Kisah raya.....aduhh banyak yang nak diceritakan. Tapi....... owhh yer, tahun ni aku dapat lagi duit raya. Alhamdulillah. Terima kasih kat hambaAllah yang sudi kasi. Dah kerja pun dapat lagi duit raya...sonokknyerr!!!

Sempat pulak dia membisik kat telinga aku.

"Haaa ni duit raya untuk orang yang tak kawin lagi. Tahun depan Kak Nor tak dapat dah tau!!",

Aku sengihh jek. Mekasihhh!! InsyaAllah tahun depan tak dapat dah:D

Tapi dia sorang je la yang kasi. Orang lain dah lama dah reject aku dari senarai penerima duit raya...huhuhu

Apa pun aku harap masih belum terlambat untuk aku mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua pembaca yang sudi berkunjung ke blog aku yang serba naif ni. Maaf Zahir dan Batin sekiranya aku ada terkasar bahasa atau bahasa aku di sini ada menyinggung sapa-sapa. Mohon diampunkan segala kekhilafan.

Wasalam..

Kosong Lagi..

Monday, September 14, 2009
Nampak je jasad aku ni masih setia berada di sini, tapi sebenarnya hati aku dah lama berada di kampung. Masa balik kampung baru-baru ni, hati aku memang dah nekad tak nak ikut balik kl. Nak duk kampung terus katanya. Nak tak nak, balik la jasad aku sorang-sorang ke bandar, tanpa hati.

Hati aku pulak sekarang ni relek jek dia duk kat kampung, jasad pulak yang merana kat sini..huhuhu. Aduhh lambat lagi ke jasad ni nak bersatu dengan hati...tak sabar dah rasanya:(

Tanpa hati,apa lah ertinya jasad, kosong tanpa makna..eceh.. bermonolog merapu pulak dah aku nih..isk isk isk..

Hari Sabtu baru ni aku sempat berkunjung ke PKNS di Bandar Baru Bangi. Niat di hati mahu mencari baju kurung siap satu pasang untuk aku. Sepasang dah la. hehe. Maklumlah tahun ni memang tak sempat nak cari kain dan upah orang jahit. Nak jahit sendiri, aku pulak fail bab jahit-menjahit ni. Senang cerita, cari yang dah siap jek la.

Mak aiii, punya la payah nak cari sehelai baju kurung siap yang betul-betul berkenan di hati. Payah macam nak cari seorang suami yang betul-betul soleh, erkkk. Maka melilau la aku dari satu kedai ke satu kedai. Masih tiada yang berkenan. aduhhhhh, memang payah rupanya. Nanti kalau beli yang tak berkenan kang, tak pakai pulak. Buat membazir jek.

Akhirnya aku buat keputusan nak pakai baju yang sedia ada jek. Tak pe la takde baju baru pun raya tahun ni. Lagipun baju sempena perkahwinan adik aku baru-baru ni masih elok. Tengah kaki melangkah ingin keluar dari PKNS tu, terpandang la satu kedai kat hujung selekoh yang telah menarik perhatian mata aku. Berderet kurung kosong bergantungan dan sememangnya kurung kosong ini menjadi minat aku sejak dulu;)

Haduiii...kalau beli kang, sah sah mak aku membelebel lagi. Dah banyak helai dah kurung kosong menjadi koleksi aku. Takkan kurung kosong lagi tahun ni. Aku menghampiri kedai tersebut. Kenapa la masa lalu tadi tak perasan eh kurung-kurung kosong ni? (Berfikir sejenak).

Aku belek-belek. Keluarkan sehelai. Kaler oren cerah. Cantik. Aku belek lagi. Keluarkan sehelai lagi.Hijau gelap ada benang-benang emas halus memanjang. Cantik jugak. Aku tengok saiz. M. Cun, memang tersangat padan dengan aku. Hati dah berkenan kat si hijau ni. Memang tak pandang yang lain dah. Sejak gapai, memang tak lepas dah. Dah berkenan yang amat. Tunggu masa nak sambar jek.

Nak beli ke...tak nak. Rege pun boleh tahan. Haduiii tahan telinga jek la kalau balik kampung nanti mak aku pot pet pot pet aku beli kurung kosong lagi. Hehehehe. Dah taste aku yang kosong-kosong, bukan yang bunga-bunga, nak buat macam mana... eceh.

"Ok la dik, yang hijau ni la".

Aku balik dengan hati yang berbunga-bunga. Eh silap, balik dengan hati yang kosong sebab sambar kurung kosong. Kalau sambar kurung berbunga-bunga baru balik dengan hati yang berbunga-bunga kan?..ekekekeke.

Lega...akhirnya tak sia-sia usaha pencarian aku hari tu.

PS: Sah cikgu perli lagi ni. Semalam entry pasal duit raya. Hari ni pasal baju raya. Ampunnn cikgu, saje nak amik feel raya. Macam takde feel nak raya langsung sekarang ni..hohoho.. (alasan!)

Sebab Bujang..

Sunday, September 13, 2009
Tahun lepas ada lagi orang kasi duit raya kat aku. Alasan depa sebab aku masih bujang walaupun dah kerja. Malu aku nak terima. Tapi orang dah kasi, terima jek la kan.

Agak-agaknya tahun ni aku dapat tak lagi duit raya eh?

Tahun ni aku bujang lagi.....dapat lagi kut..erkk..

hehehehe.. berangan!!!!

Tenang Dalam Gundah..

Friday, September 11, 2009
Kelu lidah untuk berbicara lanjut. Hati seolah terus sepi dari berbisik sendiri. Dalam kepala pula, ibarat ada darah panas yang menggelegak sambil berpusing ligat di dalam tempurung otak. Aduhhh......

Ujian apakah yang Allah berikan pada aku pada pengakhir Ramadhan ini?? Berita yang aku kira agak menggembirakan, tapi disebabkan ia lahir dari mulut insan yang aku sendiri tak pernah terfikir, maka aku jadi buntu untuk mentafsirkan khabar itu merupakan khabar gembira atau sebaliknya. Atau...bermimpikah aku? Cuma satu yang aku pasti. Jawapan aku pada khabar itu. Nekad!

Ramadhan sudah masuk sepuluh malam terakhir. Kat surau pun dah semakin berkurang makmum perempuan yang berkunjung. Mungkin sudah masuk fasa 'cuti'. Atau fasa buat kuih raya. Atau fasa jahit baju raya. Mungkin.

Fasa akhir Ramadhan pun akan berakhir tak lama lagi. 8 hari bukanlah lama. Cuma 8 hari lagi nak berterawih bagai, nak qiamulail, tahajud, tadarus. Lepas ni, bonus pahala yang Allah berikan akan ditarik balik. Kalau ada umur panjang, tahun hadapan pula kita akan berjumpa dengan bulan yang penuh dengan bonus pahala ni. Kalau umur panjang, tapi kalau kita dah dipanggil menghadap Dia sebelum tibanya bulan yang penuh bonus pahala, macam mana?

(Tetapkanlah imanku, iman ibu bapaku, iman saudara maraku, iman sahabat-sahabatku pada jalanMu ya Allah..)

Kerdil..

Wednesday, September 09, 2009
Di bawah langitMu...
Betapa kerdilnya aku...
Tersangat kerdil...

PS: Dah masuk 10 terakhir Ramadhan....aduhhh cepat sungguh jam berputar.

Selagi Masih Bernafas..

Tuesday, September 08, 2009
Balik kampung ketika cuti baru-baru ni begitu mendamaikan jiwa. Balik semata-mata untuk berpuasa bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah Dia kasi aku peluang berpuasa, berbuka sekaligus berterawih di surau di tepi sungai itu. Kalau ikutkan, minggu aku pulang ke kampung itu merupakan minggu aku 'cuti'. Mungkin berkat kesungguhan doa aku di bulan yang mulia, sungguh-sungguh mahu merasai nikmat berpuasa, berbuka serta berterawih di kampung, maka dia tangguhkan 'cuti' aku. Terima kasih ya Allah...

Hari pertama di kampung, walaupun penat memandu hampir 5 jam tanpa henti, aku tetap gagahkan diri untuk berterawih di surau. Surau yang terletak betul-betul di tepi sungai Terengganu. Adik kecil aku Huda dan Nabilah pun turut serta. Seronok mereka memimpin tangan aku sambil berjalan ke surau. Sejak aku balik, langsung mereka tidak berenggang dengan aku. Even time berbuka pun berebut-rebut mahu duduk di sebelah aku. Alahaii adik...adik...

Agak penuh ruang muslimat pada malam itu. Namun pada awal kedatangan aku, agak kurang yang memenuhi saf hadapan. Ramai yang berebutkan saf yang ketiga dan keempat. Entah mengapa.

Sempat juga makcik-makcik merangkap jiran-jiran kampung menegur akan kepulangan aku hari itu. Tidak kurang ada juga makcik-makcik yang bercerita tentang kepulangan anak masing-masing. Ada ceria dalam cerita mereka. Begitu jua dengan cerita aku. Ibu dan ayah mana yang tak gembira dengan kepulangan anak-anak mereka iyer dak?

Surau kampung aku masih menjemput imam terawih yang sama sejak 4 tahun yang lalu. Seorang hafiz muda yang mempunyai gaya dan lenggok bacaan al-Quran yang sangat mantap. Itu yang bagus. Bukan niat mahu membandingkan imam yang sedia ada. Tapi rata-rata, makmun di kampung aku agak lega dengan kedatangan beliau bagi mengimamkan terawih di surau itu.

Selesai saja imam mengaminkan doa usai rakaat ke-8 solat terawih. Berduyun-duyun lah golongan muda (baca: termasuk aku) yang mengangkat punggung untuk pulang. Yang tinggal hanya 2 saf dan semuanya aku tengok terdiri daripada golongan-golongan tua. Aduhh terasa begitu malu dengan sifat 'muda' yang aku miliki, namun aku tetap melangkah pulang. Letih sangat... pujuk nafsu.

PS: Kalaulah terawih tahun ni merupakan terawih terakhir dalam hidup.....

(alamak...dah dekat kul 10!!!....)

Titik Permulaan...

Thursday, August 27, 2009
Kali ni layan tag dari kawan baik Ayah Absyar pulak, Cik Kay. Rajin pulak aku melayan tag ni..hohoho

1. Anda rasa anda hot??

Erkkkk......kalau di tengah-tengah matahari yang panas terik...very-very hot..hehe

2. Upload gambar kesukaan anda...


3. Kenapa anda suka gambar ini??

Sebab..setiap kali tengok gambar ni mesti suka...hehehe.
Waktu ni kami berada di Infosys Mysore, India. Sedang menunggu kedatangan presiden India waktu tu. Apa entah nama dia. Abdul Kalam..ke apa yang Kalam. Berjanggut jugak la kami tunggu...

4. Bila kali terakhir anda makan pizza??
Awal tahun lepas, raikan farewell ketua testing kami, Karamjit.

5. Lagu terakhir anda dengar??
Raihan.. apa entah tajuk dia.. baru jek tak sat.

6. Apakah yang anda buat sambil selesaikan tag ini??
Tengah dengar nasyid fm..online. Kebetulan terbuka blog junior ni, dia auto pasang nasyid fm. Layannnn..

7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka di panggil??
Famili panggil Nor. Kawan-kawan panggil Fida@Afida. Masa sekolah menengah, aku glemer dengan panggilan Fied. Leen suka panggil aku Fifi. Macam Kay, aku juga rasa kelakar bila mana mana orang panggil aku Ida... Tapi aku lebih suka orang panggil aku Afida;)

PS: Kay, no 8 skip eh..erkkk..

Atu Raye..

(Tag dari Ayah Absyar, Pengalaman Kelakar Waktu Pose Dulu Kala)

Pengalaman yang tidak berapa kelakar, tapi tak mengapalah, meh kita sama-sama baca..erkk

Seingat aku, aku sudah mula berpuasa seawal 6 tahun. Baguskan aku? eceh (naik lif tekan sendiri pulak)..Cuma awal-awal tu, mak ayah aku ajar aku puasa sekerat hari dulu. Tapi kalau aku dapat habiskan puasa penuh satu hari, nanti masa berbuka mak ayah aku kasi seringgit. Memang pada awal-awal tu, berpuasa sebab nak duit. Nanti dapat banyak duit raya. Kalau puasa sekerat hari,dapat 50sen jek. Waktu dulu, dapat seringgit rasa macam dah banyak sangat. Tapi budak-budak sekarang, seringgit pun depa tak pandang...kan?

Bila diingat, skema betul aku. Tiada langsung cerita kelakar yang aku boleh kaitkan dengan puasa. Sebab tak pernah terlintas pun aku nak minum air paip seperti ayah Absyar;lagi sedap dari air sirap katanya. Tapi sejak dua menjak dah besar ni, tiap-tiap tahun pulak 'terpaksa' ponteng puasa. haihh!! erkk..

Masa kecik-kecik dulu, lepas jek berbuka dan solat magrib, aku,adik-adik, sepupu sepapat dan juga jiran-jiran pasti akan bermain bunga api, tanglung, mercun beramai-ramai. Banyak woooo jenis-jenisnya. Tak ingat dah aku. Tapi memang kecoh arr satu kampung. Sempat berlawan dengan kampung sebelah di seberang sungai tu mercun sapa lagi kuat. Owhh yer, pakcik aku pun ada sekali memantau kami bermain. Ala bukan memantau pun, dia yang bermain lebih..hehehe

Ada satu malam tu, dengan tanglung yang pelbagai rupa ni, kami sempat 'mengembara' dalam kampung. Masuk belukar, keluar belukar. Susur tepi sungai. Last sekali kami lepak di satu tempat berhampiran pokok yang agak besar. (Sekarang masih wujud lagi pokok tu). Secara tiba-tiba Din, jiran kami bersuara.

"Weh, tengok atas tu, nape putih tu??"

Belum sempat aku menjenguk ke atas diaorang semua dah mengambil langkah seribu. Lintang pukang lari. Aku yang tidak mengerti apa-apa waktu tu pun apa lagi,ikut sekali berlari. Tercungap-cungap. Kalau masuk lumba lari antara rumah-rumah kat sekolah ni,dapat nombor 1 dah ni.huh!

Sampai di depan rumah Din.

"Mu napok atu ke Din?" seorang 'ahli kembara' mula bertanya.

"Aku napok benda putih atas pokok, aku suruh mu tengok, mu gi lari tu bakpe?"

"Aku ingatkan atu, sebab tu aku lari"

"Weh bulan pose mana ada atu lar"

"Ada la, tok aku kata ada, atu raye"

Keesokan pagi,ketika kami melalui tempat kejadian bagi menuju ke rumah Tok We Pit untuk mengaji Al-Quran, 'hantu raya' itu dilihat masih bertenggek di dahan pokok. Kami memberanikan diri melihat lebih dekat. Mentang-mentang siang semua berani. Din sudah mula ketawa kecil. Rupa-rupanya, 'hantu raya' itu adalah guni yang tersangkut di dahan pokok.

Habis semua orang ketawa.

"Haa, kan aku dah kata, bulan pose mana ada atu!".

Diculik 'little green man'...

Menghilang secara tiba-tiba memang agak misteri. Namun bak kata PM kita yang mengetahui punca kekalahan teruk BN di Permatang Pasir, dia tahu punca kekalahan parti kesayangannya itu,namun dia enggan mendedahkannya . Begitu juga dengan aku. Aku tahu mengapa aku terpaksa 'menghilangkan diri' buat sementara, namun aku tidak betah untuk aku menceritakannya.(konon..hehehe).

Maaf kepada semua yang berkunjung. Maaf kerana tiada kesempatan untuk melawat blog teman-teman semua, apatah lagi untuk meng'update' blog sendiri. Terasa amat ketinggalan dengan khabar terbaru dari teman-teman sekalian. Kay, Khairi, InsyaAllah hutang tag itu akan dilunaskan.

Salam Ramadhan buat semua...

Wasalam..

Mutiara...

Thursday, August 20, 2009
Dari Anas r.a.,.doa Rasulullah SAW: "Ya Allah, aku berlindung padaMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, sia-siakan usia dan dari sifat kikir"

(HR. Muslim)

Indah..

Monday, August 17, 2009
Hidup memang indah. Apatah lagi jika kita memandang kehidupan ini sebagai satu anugerah yang patut kita isi dengan perkara-perkara yang indah. Bukan dengan perkara yang menyakitkan atau menyedihkan. Tapi bercakap memang senang kan? Sekali hati tercalar, mau gelabah dibuatnya nak mengindahkan kembali kehidupan. Kan?? Ker aku je yang macam tu? Asyik nak gelabah jek....erkkk..

Makan nasi ayam, ber'kicap'kan gula melaka. Boleh jadi indah...

Indah kerana dapat tengok lirik senyuman di wajah semua orang. Intan, Wawa dan Ina ketawa riang. Pelayan-pelayan kedai pun ikut senyum memanjang. Dan aku...owhh aku dah buat ramai orang ketawa kerana memakan nasi ayam ber'kicap'kan gula melaka....aku pun ikut ketawa sama lah. huh!

'Sedap' jugak nasi ayam ber'kicap'kan gula melaka tu...hehe

Moral of the story: Hitam jangan disangka kicap;)

"Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Kuasa".

PS: Kay, pinjam tagline kay tuk entry ni eh, kali ni je..pelissss..hehe

Nasi Menangis..

Thursday, August 13, 2009
Masuk jek jam 12 tengahari, perut sudah mengada-ngada minta diisi. Kreekk kruukk kreeek krukkk bunyinya. Pagi tadi hanya sekeping roti kosong je mengisi perut, patut la bunyi geroncongannya agak gedik dari biasa. Aduhh...

Alhamdulillah, tidak lama menunggu, ketua rombongan makan tengahari kami iaitu Lels datang mengajak kami semua beramai-ramai untuk mentapau lunch di cafe di hujung bangunan. Terus aku menghentikan kerja copy meng'copy' script dan mencapai dompet lusuh di tepi meja.

Tatkala menuruni tangga, kelihatan team member dari projek lain yang berpengkalan di tingkat bawah sedang bersiap-siap untuk jamuan makan tengahari. Ada juga kedengaran kami dijemput. Akan tetapi, memandangkan kami kurang yakin dengan jemputan itu, maka kami bertekad juga untuk ke cafe. Kang kalau depa tak jemput kang, malu kami...huhu.

Walaupun kelaparan hebat melanda diri, namun ia sama sekali tidak mengaburi mata dalam pengambilan jumlah makanan. Diet la konon, eceh..heheh. Nasi separuh, sedikit sayur goreng ,seekor ikan dan kuah sup secukup rasa. Cukup.

"RM3.50", kata Pakcik penjaga cafe.

Sejurus siap proses tapau menapau, kami bergegas pulang ke opis. Kebiasaannya kami makan di dalam opis jek. Senang. Sampai jek di opis, kami disuruh menghadiri jamuan yang berlangsung di tingkat bawah. Aduhhhh, nasi berlauk ikan aku ni macam mana?? Sapa nak makan??

Sesudah ucapan pendek dari ketua yang belum aku kenali, maka upacara makan-makan pun berlangsung. Ada nasi minyak. Lauk pauk pun banyak. Ayam goreng, filet ikan, daging masak kurma, acar, puding, buah-buah yang pelbagai. Memang makan besar la kami tengah hari tu. Makan sambil bergossiping. Opsss... bukan bergossiping, tapi bernetworking yer. hehehe.

Balik ke meja, tengok nasi tapau masih setia menanti untuk dimakan. Sedih pulak nengok. Nak bawak balik untuk makan malam, masalahnya aku makan nasi sekali sehari jek. Offer kat member-member, diaorang awal-awal dah menolak. Nak tak nak, aku terpaksa jugak bawak balik nasi berlauk ikan yang aku beli tengahari tadi. Rancangnya untuk dibuat makan malam. 2 kali la aku makan nasi hari ni...huhuhu

Tapi sayang, sayur goreng tu tidak tahan lama rupanya. Sudah berbau semacam. Butir-butir nasi yang tidak terkena sayur, aku gagah untuk disuapkan bersama ikan. Tapi yang sudah tercemar dek sayur itu, aku terpaksa buang. Kang dibuatnya perut meragam.... tak ke naya. Tengok nasi-nasi yang dibuang, dan dan teringat kat budak ni. Pasti dia akan mengutip dan makan nasi yang aku buang tu walaupun ia sudah tidak elok. Kan?

'Ya Allah.....ampunkan aku kerana membuang rezeki kurniaanMu. '

Aku rasa semacam bila buang nasi semalam. Tak pernah-pernah aku buang nasi. Kalau kat kampung, ada ayam tolong habiskan. Kat sini mana nak cari ayam?? owhhhh

Sejak kecil mak aku selalu kata, nasi akan menangis kalau kita tak makan dia walaupun sebutir. Semalam dah berapa puluh butir dah aku buang. Aduiii..

Sebab tu la, setiap kali sesudah makan, aku akan melicinkan pinggan dan tangan dari nasi yang hanya tinggal beberapa butir. Aku tak nak nasi-nasi tu menangis. Bukan kerana kelaparan, atau nak tunjuk aku memang suka habiskan makanan sampai licin, tapi aku tak nak nasi tu menangis.

Serius!

Tua..

Wednesday, August 12, 2009
Orang lain yang tak datang kerja, orang lain yang dipersalahkan...aduiii...

Bla bla bla dah nak masuk 3 minggu aku berulang alik ke MAS di Subang. Kejap sungguh masa berlalu. Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Entah sempat atau tidak untuk aku berjumpa dengan bulan yang mulia itu. Harap-harap aku masih dipanjangkan umur untuk merasai nikmat berpuasa pada tahun ni..

Pagi tadi jam agak teruk sebelum dan selepas tol pjs. Jam yang merenggut keindahan pagi hari. Namun aku cuba untuk ceria seperti biasa. Cuba sebenarnya. Kata orang, kalau selalu bermasam muka, nanti cepat tua. Entah benar atau tidak kata orang itu. Tapi entah mengapa hati aku mengiyakannya sungguh-sungguh. Benar barangkali.

Oleh itu aku cuba sedaya upaya mempraktikkan keceriaan dalaman dengan sebaik mungkin, cheewahhh..Dari dulu hingga kini. Maka tidak hairan la jikalau mereka-mereka itu menganggap aku masih student lagi. Awet muda rupanya aku ni.hehehe....(perasan!).

Tapi, hakikatnya aku dah tua dah la. Eh bukan tua, tapi matang.

Matang???!!

erkkk...

Mencari..

Thursday, August 06, 2009
Mencari sebuah destinasi yang tidak pasti...
Walaupun tidak pasti, akan tetapi perlu dicari...

PS: Ada sesiapa sudi bantu?erkk

Jakun..

Wednesday, August 05, 2009
Dalam kebisuan yang beku di dalam opis yang separa kaku, tiba-tiba terdengar deruan enjin kapal terbang yang akan berlepas. Kuat ngaumannya. Pasti membingitkan telinga-telinga yang berdekatan. Nasib baik aku berada di dalam ruang yang terkatup kemas. Kalau tidak....

Opis baru aku ni cuma terletak beberapa ratus meter dari hangar kapal terbang. Jelas kelihatan, ada beberapa buah kapal terbang yang keluar masuk setiap hari. Kata mereka, itu tempat kapal terbang dibaiki. Aku mengiyakan jek kerana aku masih baru di sini. Mungkin benar, kalau tidak apa lagi yang kapal-kapal terbang buat di dalam tu? Takkan tempat mereka parking pulak kan?! hehe..

Huh, bile tengok kapal terbang yang besar gedabak betul-betul di hadapan mata. Tiba-tiba teringat kisah ketika kami adik-beradik masih kecil. Kisah jakun dengan kapal terbang. Kisah yang tidak seberapa, tapi bila dikenang agak mencuit rasa:D

Saat kami adik beradik terdengar akan enjin kapal terbang membelah angkasa melintasi ruang udara rumah kayu kami, pasti kami semua akan berkejaran ke tingkap rumah. Lalu melambai ke arah kapal terbang sambil menjerit..

"Katta tebbang,tunggu ...nok naik sorang" (pelat lagi waktu ni, masih kecil la katakan...hehe. Kapal terbang pun dipanggil 'katta tebbang'. Apakah??? hohoho).

Begitu juga kisahnya ketika kami sedang bermain di luar rumah bersama sepupu-sepupu dan jiran. Dengar aje deruan enjin kapal terbang, kami semua akan berhenti bermain dan terus melambai-lambai ke arah kelibat kapal terbang itu sambil menjerit.... "Katta tebbang, tunggu....bla bla bla".

Macam la kapal terbang tu akan berhenti bila dengar jeritan kami kan??eheh

Jakunnya kami dulu. Bila diingat balik kisah ini dengan sepupu aku bebaru ni, kami bantai gelak tak ingat. Budak-budak sekarang pun tak macam kami dulu. Adehhhh...jakun betoll!

PS: Nasib baik besar ni dah tak jakun bila tengok kapal terbang. Kalau tidak, mau nak kene balun ni...hehe

Kadang-kala..

Sometimes, i survive by remembering...
sometimes, by forgetting...

This thing...it seems that i need to forget...
completely..permanently..

PS: Ahhh..beku lagi!

Tol Terbakar..

Thursday, July 30, 2009
Rutin hidup aku 100% berubah sejak seminggu yang lalu. Pagi hari tidak lagi sedamai dulu, petangnya pula agak haru biru dan lesu. Mungkin salah aku kerana menerima tawaran untuk memasuki projek yang menuntut aku untuk berada di client site ni. Tapi, dalam lesu biru dan tiada kedamaian itu, mungkin ini peluang aku untuk belajar sesuatu yang baru. Baru dalam haru..heh!

Arghhh...hidup, takkan selamanya damai, takkan selamanya tenang. Pasti ada badai gelora yang akan melanda...Dan bagi aku, perjalanan pergi dan balik dari Putrajaya ke Subang dan Subang ke Putrajaya setiap hari itulah badai gelora yang terpaksa kami harung. Mana taknya, sebelum Tol Sunway lagi kereta sudah mula merangkak-rangkak. Tambah teruk lagi kalau hari hujan. Dem!! Sampai lambat kami ke tempat kerja pada suatu pagi yang hujan itu. Dugaannnnn...

Apa pun, kami cuba untuk mengurangkan kos dan mengurangkan jumlah kereta di atas jalan raya dengan berkongsi kereta. Baguskan kami menyahut seruan kerajaan ni? Yus, Azeze dan Aida menjadi teman pergi dan balik kerja. Teman harung jam bagai. Teman sembang dan berangan. hehe.

Bercerita serba sedikit dengan apa yang aku buat di sini dalam seminggu pertama ni, aku dilatih dengan ilmu-ilmu penerbangan yang sepatutnya. Bukan ilmu untuk bawa kapal terbang boeing atau firefly atau helicopter, atau ilmu baiki enjin kapal terbang atau selidik kerosakan kapal terbang, tapi ilmu untuk menguji sistem penerbangan yang diluar pengetahuan aku sebelum ni. Agak bagus. Dan bermula minggu depan, aku akan mula ditugaskan dengan tugas yang sebenar. Tugas yang agak bosan, kata seorang kawan. Aku mengiyakan jek.. mungkin;)

Dah 10:45mlm!! Till then...

PS: Rasa macam nak bakar jek Tol Sunway tu. Tapi kalau suatu hari ditakdirkan tol tu betul-betul terbakar.....jangan cari aku eh.. gagagagaga...erkkk

lariiiiiiiiiiiiiiiiii....hehe

Kembali..

Wednesday, July 29, 2009
Gara-gara adapter modem meletup seminggu yang lepas, kami satu rumah terpaksa menahan diri dari bertenet bagai. Alhamdulillah, modem tak rosak cuma adapternya jek. Tapi tmnet tak tanggung pulak kerosakan adapter. Tanggung modem je katanya. Nak jimatkan kos, kami cuba mencari adapter modem tersebut memandangkan modem masih elok. Cari kedai komputer sekitar Cyberjaya, Putrajaya tiada. Malah kami telah habis tawaf semua kedai komputer di Mines pun tiada. Nasihat kawan, kami perlu ke Lowyat. huh! Entah bila la mau pergi tu.

Tiada pilihan lain, maka hari ni Muni merangkap ketua rumah kami telah pergi ke TmPoint Cyberjaya untuk membeli sebiji modem baru..hasilnya... Alhamdulillah...kembali ke alam maya;)

PS: Modem lama tanpa adapter tu, nak campak mana entah..huhu

Kerana Hitam..

Wednesday, July 22, 2009

Dari pagi, alam kelihatan muram. Mentari pagi entah menyorok di celah mana. Langit pula mendung semacam, seolah sedang bersedih akan sesuatu. Namun kesedihan alam seolah tidak mengganggu gugat akan senyuman yang bakal aku ukir. Senyuman di pagi hari. Seperti kata Dr Fadilah Kamsah, senyuman di permulaan hari itu akan membuatkan sepanjang hari anda indah. It's true!!

erkkk..well, sometimes not...huhu

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani", aku melangkah keluar.

Mendung pagi ini dirasakan agak berlainan. Sepanjang perjalanan, titis-titis hujan yang halus setitik dua turun menimpa Incik Hitam. Walaupun titis hujannya agak sedikit, namun kesan kekotoran yang bakal dirasakan Incik Hitam amat memedihkan mata-mata yang memandang. Owhh Incik Hitam, bersabarlah kerana dikau hitam. Namun usah dikau risau kerana kehitamanmu itulah yang menggugat kalbuku.....eceh, sempat bermonolog!

Hujan renyai-renyai mengiringi pagi hingga ke petang hari. Hari yang sungguh beku! Beku yang pantas memamah kulit gelap ini hingga ke belulang. Menggigil-gigil rasanya, namun gigil itu hanya sementara. Ia hilang tatkala ketua memanggil aku bagi mengkhabarkan satu berita.

Minggu depan kemungkinan besar aku akan pergi dari sini. Pergi untuk mengutip setitip pengalaman di tempat baru. Moga aku bisa belajar. Moga aku bisa tabah untuk mengharungi jem setiap hari pagi dan petang. Dan moga aku tetap jadi aku....memulakan senyuman di permulaan hari dan saban waktu sentiasa mengharap rahmat dari-Nya.

PS: Masih lagi bermimpi terbang ke Antartica, mengintai bintang nan satu. huh!

Kereta Orang Beranak.

Monday, July 20, 2009

Pertama kali aku membawa Incik Hitam pulang ke kampung, pakcik aku sudah sound suruh dibuang dua biji bantal kecil kaler krim yang aku letak di bahagian belakang Incik Hitam. Katanya, Incik Hitam kelihatan seperti sebuah kereta famili. Padahal tuannya masih bujang!

"Kak Nor, buang la bantal-bantal tu, nanti orang ingat Kak Nor dah kawin, ada anak. Pastu mesti takde orang ngurat bla bla bla", Pak Su aku.

Aku sengih jek.

Masa kenduri adik aku baru-baru ni, sepupu aku pulak sound.

"Kak Nor, apa kata Kak Nor tak payah letak bantal kecil kat belakang tu. Serius nampak macam kereta orang dah ada anak 2,3 orang bla bla bla",

Aku sengih lagi.

Baru-baru ni, ada member aku pulak sound.

"Weh, tak payah letak la bantal kat belakang tu. Serius kereta ko tak nampak macam kereta orang bujang!!"

Erkk...aku buat-buat sengih.

Apa pun, sampai sekarang, 2 biji bantal kecil kaler krim masih setia berada di bahagian belakang Incik Hitam.

"Kereta orang ada anak pun, ada anak la", aku

erkk..

Iklan..

Friday, July 17, 2009
Agak-agak kalau gambar macam ni, bole buat iklan poster tak? Seperti kata Saizul...hehe

PS: Ketua Penguji Projek 'Pecah Penjara' yang sudah berangkat pulang ke India bersama baju batik hadiah daripada kami, bergambar bersama kami buat terakhir kalinya.. owhh Saizul tiada dalam gambar..

Hikmah Dugaan..

Wednesday, July 15, 2009
Manusia berhak mengata, hati juga berhak untuk terasa. Mungkin manusia itu tidak memahami hakikat hikmah di sebalik dugaan. Biarlah...bukan salah mereka. Kerana aku juga pernah begitu suatu ketika dulu.

Dingin malam membangunkan aku dari pembaringan, tertidur rupanya aku dalam keriuhan ceramah Ustaz Azhar Idrus yang aku mainkan di windows media player. Aku jeling ke arah jam. Hampir 12.30 pagi. Kiranya hampir 2 jam jugak lah aku tertidur...owhh...

Ceramah Ustaz Azhar aku 'stop'kan. Hajat hati mahu terus menyambung pelayaran di alam mimpi. Namun entah mengapa, tangan aku pantas menggerak-gerakkan 'cursor', klik itu dan ini. Refresh apa yang patut. Masuk forum itu, masuk forum ini, dan semestinya topik hangat yang masih lagi rancak dibincangkan adalah keputusan pilihanraya di Manik Urai.

Alhamdulillah, PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Manik Urai walaupun kehilangan begitu banyak undi berbanding pilihanraya umum yang lalu. Entah di mana silapnya, namun inilah ketentuan yang telah Allah tetapkan. Pasti...ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku.

Ok, mata dan idea pun dah kuyu.Till then...

PS: Jom sambung mimpi;)

Manik, Jangan Dikau Terurai...

Monday, July 13, 2009
Hari Sabtu, Muni ajak aku join outing anjuran department dia. Destinasi kali ni adalah ke Chiling Waterfall di Kuala Kubu Baru. Lama tak mandi air terjun....jadi apa lagi...

Kami bertolak dari Putrajaya dalam pukul 8.30pagi. Banyak destinasi untuk pick up orang. Maka dalam pukul 11pagi jugak kami sampai di Rawang Town, tempat pertemuan semua peserta. Ada dalam 4 biji kereta yang berkonvoi ke sana. Lebih kurang pukul 12, kami sampai di tempat kejadian. Alunan air terjun dan muzik hutan menyambut kedatangan kami.....besttttnyerrrrr.... tak sabarrrr nak mandiiiiii!!!!! Tapi......

untuk sampai ke waterfall tu kami terpaksa meredah hutan,menyeberang 6 anak sungai dan perjalanan dikatakan memakan masa lebih kurang 45min-1 jam!... ohh noooo... aku hanya berselipar jepun!!!

"Selipar jepun,jangan kau putus di tengah perjalanan sudaaa", cakap-cakap aku sendiri kepada selipar jepun. Selipar jepun buat-buat sengih..heh!

Berbekalkan serangkap dua doa yang aku baca di dalam hati, kami yang seramai 14 orang 'pencinta alam' memulakan perjalanan memasuki hutan yang sederhana tebal. Alhamdulillah sudah ada 'track' yang memudahkan kami berjalan. Ikutkan kata Sasi, kami perlu berjalan lebih kurang 20min-30min sebelum bertemu dengan 'lintasan kedua,' check point pertama di mana kami terpaksa merentas anak sungai. Kemudian kami akan berjumpa 'lintasan ketiga', 'keempat', 'kelima' dan akhir sekali 'lintasan keenam' sebelum kami berjumpa dengan Chilling Waterfall.

Namun entah di mana silap jalannya, hampir sejam berjalan naik bukit, turun bukit, redah belukar bagai, signboard 'lintasan kedua' masih juga belum kami temui. Seperti terasa jauh ke dalam hutan. Desiran air terjun yang dari tadi sayup-sayup kedengaran dek telinga, kini langsung tidak kedengaran. Yang kedengaran, hanyalah muzik hutan yang sedang rancak memasuki cuping telinga menembusi gegendang terus ke otak...

Kami sudah sesat!! Yer kami sudah sesat. Itulah yang terlintas di fikiran masing-masing tatkala merasakan perjalanan yang kami tempuhi itu begitu asing. Alhamdulillah, nasib baik dalam hutan yang sederhana tebal ini, 'line' telefon bimbit masih berfungsi. Lantas, ketua kami Baanu terus menelefon Sasi bagi memastikan jalan yang telah kami ambil ini. Memang tersangat lain dari yang Sasi gambarkan. Aduuuuhhh....

Terbayang-bayang di kepala aku kisah mereka-mereka yang pernah tersesat di dalam hutan. Ada yang berhari-hari baru ditemui pasukan penyelamat. Ada juga yang berminggu-minggu. Jangan kisah kami sesat di hutan Chilling, terpampang di headline akhbar besok pagi,dah! (dah mula berangan yang bukan-bukan!!! erkkk)

Kami memutuskan untuk berhenti rehat sementara di tengah-tengah hutan, kerana ada di antara kami yang sudah kepenatan yang amat. Ada yang tergelincir sewaktu menuruni cerun, ada juga yang hampir pitam. Ya Allah, temukan kami dengan jalan keluar. Hati aku sudah mula berkata-kata..

Tiba-tiba ada 2 orang pencinta alam yang sanggup naik lagi ke atas bagi memastikan ada jalan keluar. Kemudian barulah kami beramai-ramai akan bergerak. Jika ada jalan keluar, jika tiada??

Sementara menunggu 2 orang team kami mencari jalan keluar, aku duduk bersandarkan sebatang batang pokok. Aku silau kiri kanan, atas bawah. Tiba-tiba terasa kecut bila teringatkan Incik U. Yer la, dalam hutan sebesar ini, Incik U mungkin berada di mana-mana. Sedang melingkar kat atas pokok ke, terselit di celah-celah daun ke... Owhh teringatkan Incik U, aku jadi tersangat kecut!!huh! Baik jangan ingat!!

Alhamdulillah, dalam 15 minit penantian, mereka kembali mengkhabarkan ada jalan keluar ke air terjun dan mengambil lebih kurang masa 10 minit. ALHAMDULILLAH. Sesudah 10 minit perjalanan, desir indah deruan air terjun sudah mula kedengaran. Hati aku sedikit lega.

Namun, bilamana melihat yang kami terpaksa menuruni cerun yang tersangat curam untuk turun ke air terjun sedikit menggerunkan hati aku. Dah la aku berselipar jepun! Nak tak nak, aku gagahkan hati,turun sedikit demi sedikit. Ada juga member-member yang hampir tergelincir. Dalam hati duk fikir-fikir, macam mana la kami nak balik nanti. Takkan kami nak daki bukit yang sangat curam ni!! Adehhh...

Sesudah berhempas pulas menuruni curam, akhirnya kami sampai ke gigi air. Owhh yer, di tepi belukar ternampak papan tanda 'Lintasan 6'!!! Ini bermakna kami telah 'miss' 4 lintasan dan perjalanan kami yang dikatakan sesat itu membawa kami ke lintasan yang terakhir!! Owhh

Berjalan tak sampai 3 minit sesudah lintasan 6 tu, air terjun Chilling sudah berada di depan mata...Akhirnya...SubhanaAllah, indah sungguh air terjun tu... aku apa lagi, letak jek bag pack di atas batu, terus membuat aksi kuak lentang..he he..

Syukur kepada Allah, kami ditemukan jalan keluar. Kalau tidak....erkkk

PS: InsyaAllah, dapat gambar nanti, aku cuba upload...

(Selamat mengundi kepada pengundi di Manik Urai yang akan mengundi besok !! jangan lupa, undilah PAS! Sempat berkempen ni..eceh..)

Rindu..

Thursday, July 09, 2009
Andainya jasad jauh di mata, pandanglah langit untuk seketika kerana mungkin aku juga turut memandang langit yang sama...

eerrrkk....

Kalau Dah Terpaksa Pergi..

Wednesday, July 08, 2009
Sepi pagi tadi berjaya merangkum semua rasa yang ada di hati. Rasa yang sukar dirungkai oleh kata, apatah lagi tinta. Entah bila akan terungkai...biarlah..

Projek 'pecah penjara' akhirnya sampai ke penghujung. Alhamdulillah. Hari ni kami bebas dari sebarang 'defects' untuk diuji. Apatah lagi bebas untuk bergaduh mesra dengan para pembangun. Atau dalam erti kata lain, kami sudah bebas dari 'penjara' itu. Namun kebebasan itu seolah tiada makna. Entah mengapa rasa sedih itu datang bertapa.

"Aku sudah tiada defect lagi untuk diuji!!!!". Kedengaran macam haru jek bunyi.

Namun keharuan itu dicelarukan lagi dengan berita yang ketua kami khabarkan. Projek 'penerbangan' yang sedang berjalan di 'client site' di Subang memerlukan lagi penguji perisian. Kemungkinan besar kami terpaksa berpindah ke sana! Berpindah ke SUBANG!!

Kenapa Subang???Kenapa bukan Cincin atau pun Rantai???!!! Kenapa??? kenapa??? Adehhhh...

Kalau dah terpaksa pergi...

PS: Fida, Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya? Kan?

Teka Teki..

Monday, July 06, 2009
Alam malam dan alam hati...
memang satu teka teki...

-A Samad Said-


Dari Sahabat Untuk Sahabat..

Friday, July 03, 2009

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertamanya, tahniah utk sahabat saya pasangan Wan Zuriati dan Mohd Faheem dengan kehadiran puteri sulung mereka pada 30 Jun 2009 di Hospital Pakar Damansara.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, anak pasangan ini masih berada di ICU dan masih dalam pengawasan doktor kerana kegagalan fungsi paru-paru(saya tak pasti nih..maaf lah). Saya mendoakan semoga Allah permudahkan urusan mereka, dan semuanya berjalan dengan lancar. Kepada sahabat-sahabat yg mulia, saya memohon sudilah kiranya kalian titipkan doa untuk kesejahteraan keluarga ini, semoga baby kembali pulih dan Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk baby, abi dan umminya.

Jika sahabat-sahabat ingin memberi sumbangan utk merigankan beban mereka, salurkan sumbangan ikhlas kalian melalui akaun Maybank (Muhammad Faheem Mohd Ezani, No Akaun: 1622-6329-0179) atau Maybank (Wan Zuriati Wan Sulaiman, No Akaun: 1622-6331-4248).

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga usaha ini dapat membantu meringankan beban mereka..Wassalam.

-Entry dipetik dari blog Ipah-
-Gambar dicilok dari blog Ajat-

Pelangi Di Hati..

Thursday, July 02, 2009
Betul la apa yang aku coretkan sebelum ini. Mata yang memandang tidak akan pernah mengerti bahu yang memikul.

Hidup aku ini tidak selalu cerah. Aku tahu akan ketentuan dariNya itu. Ada masanya hujan pasti akan melanda. Kadang kala diselangi ribut petir. Namun aku kira,itu semua rahmat dari Yang Maha Kuasa. Rahmat buat hambaNya yang serba hina ini. Cuma, aku sedikit terkedu dan kelu, kenapa ada juga manusia yang bernama kawan sanggup mempertikaikan rahmat yang Dia kurniakan pada aku ini?

Tak faham aku... dan sampai sekarang aku masih tidak faham..owhhh..

Mungkin hidup dia tidak pernah sekali pun dilanda hujan. Apatah lagi ribut. Maka seperti nenek-nenek tua dia membelebel soal ketentuan 'hujan ribut' yang Dia turunkan untuk aku. Seolah-olah aku yang bersalah atas apa yang telah terjadi pada diri aku. Aku tersenyum sendiri mendengar belebelan dia melalui telefon di suatu petang yang indah itu. Sekadar senyum.... Aduhai kawan....

Mungkinkah sebenarnya dia risau akan ketentuan Dia buat aku ini. Aku cuba bersangka baik.

Tapi kawan usah dikau risau, aku dah biasa dengan hujan ribut ni, ia mengajar aku menjadi manusia yang tabah dan bersyukur....dan pastinya pada pengakhiran hujan ribut ini, aku akan jadi tersangat gembira. Sebab apa?

Sebab, lepas hujan ribut itu, InsyaAllah selalunya akan ada sinar pelangi yang sangat indah menghiasi ruang hidup aku....

dan aku bahagia... ;)

SubhanaAllah...

Mencari Kekuatan Dalam Kelemahan..

Wednesday, July 01, 2009
Ya Allah, ampunkan aku kerana terlalu banyak meminta-minta. Sedangkan dosaku menggunung tinggi. Ampunkan aku ya Allah.. Ampunkan aku..

Sambung..

Monday, June 29, 2009
Tengok sorang demi sorang kawan-kawan aku sambung master, PHD, terdetik juga di hati aku nak sambung belajar lagi.Tapi, bila fikir nak kene apply loan, nak kene kasi komitmen, nak kene berkorban masa apa bagai, campur sikit kemalasan, bla bla bla, akhirnya hasrat tu aku pendam kan aje. Sampai sekarang.

Dan sekarang. semakin bertambah pulak komitmen yang datang bertenggek di bahu sendiri. Semakin terpinggir pulak hasrat aku itu. Macam mana ni??....Alahaiii...

Dia: Ala, nak seribu daya, kalau tak nak sejuta dalih kan? hohoho...

Erkkkk...

Mata Yang Memandang Selalunya Takkan Pernah Mengerti Bahu Yang Memikul..

Friday, June 26, 2009
.......adakalanya ingin aku khabarkan semua rasa, tapi aku tak berdaya .......

erkkk..

PS: Macam haru jek bunyinya....hehehe..

Antara Takdir dan Harapan..

Tuesday, June 23, 2009
Semakin celaru dan keliru aku dibuatnya. Tidak aku sangka, akhirnya aku boleh terjebak dalam persimpangan hidup yang betul-betul menyesakkan dada, betul-betul membingungkan kepala. Apakah aku terlalu naif untuk membuat satu keputusan arah mana yang patut aku pilih? Atau aku takut untuk mengecewakan dan terkecewa?

".....Ya Allah, tunjukkanlah hambaMu yang lemah ini jalan yang sebenarnya, Amin ya RabbalA'laminn....."

Usai patah terakhir doa itu dilafazkan, kedengaran daun pintu bilik aku dikuak. Aku berpaling. Ummi melangkah menghampiri sejadah tempat aku melabuhkan seribu pengharapan buat Yang Maha Kuasa. Lalu ummi duduk bersimpuh di sebelah aku. Ummi usap kepala aku yang masih berlapik telekung sembahyang yang belum aku tanggalkan. Aku jadi sebak.

"Nur, terima lah jodoh yang ummi dan ayah pilihkan untuk Nur ni. InsyaAllah, ummi yakin Adam dapat membahagiakan hidup Nur"

"Tapi ummi, macam mana dengan cita-cita Nur, Nur tak sanggup nak hancurkan cita-cita Nur ummi", aku cuba meyakinkan ummi buat terakhir kali.

"Nur, InsyaAllah suami Nur akan menyokong cita-cita Nur. Nur, ummi tidak pernah meminta apa-apa dari Nur, cuma kali ni ummi minta, Nur terimalah Adam untuk menjadi suami Nur. Terimalah Adam demi ummi. Ye nak?"

Mata ummi sudah bergenang dengan air. Lidah aku pula jadi kelu dan kaku. Aku tunduk membisu memandang tempat sujudku.

Ya Allah, apakah ini takdir yang telah Engkau tetapkan untukku? Jika ini takdirnya,aku pasrah ya Allah. Aku pasrah. Lantas tubuh tua ummi aku rangkul erat. Enggan aku lepas...

PS: Nur kasih punya pasal. Sekadar coretan merapu. hehe.. layannnn...

Bahagia..

Monday, June 22, 2009
Istilah bahagia itu tak semestinya kita dapat apa yang kita nak..Tapi belajar menghargai apa yang kita ada..

Kan?

'Kekasih' Yang Diambil Orang..

Wednesday, June 17, 2009
Hampir sebulan, lidah aku kelu dengan kata-kata. Hampir sebulan, jemari aku kaku untuk menari ria. Hampir sebulan, hati aku bisu untuk berbicara. Eh sebulan ke? Bukan 2 minggu jek ke? erkk...Aku boleh katakan ini semua gara-gara streamyx di rumah yang buat hal. Adehhh... sabar jek la.

Aku kembali, menggarap seribu cerita untuk diterjemah ke dalam sejuta kata. Aku tidak pasti sama ada jemari aku mampu untuk kembali 'menari' seperti selalu. Aku cuba. Maafkan aku kerana membiarkan sawang itu kembali bersarang. Bukan niat aku untuk mensawangkan satu-satunya blog aku ini, cuma...bilamana streamyx di rumah sewa kami buat hal ditambah dengan kesibukan di pejabat dan kesibukan persiapan perkahwinan adik lelaki aku, maka blog ni terpaksa aku korbankan...erkkk


Seminggu yang lepas, adik aku, Hilmi selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Aisyah di sebuah masjid di sebelah kediaman pengantin perempuan di Pusat Bandar Jengka, Pahang . Aku lega kerana selepas 3 kali lafaz akhirnya mereka selamat disatukan. Cerewet jugak tok kadi tu. Takde perkataan 'akan' pun, tak dikira sah lagi. Kesian adik aku..hehehe.


Kenduri belah kami pulak dibuat pada hari Selasa lepas di teratak buruk kami di Kampung Pulau Rusa,Kuala Terengganu. Cuma kenduri kesyukuran menyambut menantu yang dibuat secara kecil-kecilan. Maafkan aku kerana tidak menghebohkan jemputan di blog ini. Bukan niat tidak mahu menjemput semua teman-teman blog yang aku kasihi, akan tetapi..... nanti la, kenduri aku suatu hari nanti, aku jemput yer...InsyaAllah.


Aisyah, ahli baru dalam famili kami. Owh yer, ni adik laki aku yang no 3 kawin. Langkah bendul kakak dan abang dia. Kakak dan abang dia bile entah nak kawinnye..erkk


Bersama 'kekasih' yang sudah jadi milik orang.


Owh yer, ada orang kata adik ipar aku ni ada rupa Nurul Syuhada pengacara majalah tiga tu..hurmm...ye ke? Mungkin part lesung pipit tu kut..erkk..


Dan disebabkan adik dulu yang kawin berbanding kakak dan abangnya, maka agak teruk juga aku dan adik lelaki aku, Afnan kene sound dek segelintir hadirin yang hadir. Macam mana adik boleh kawin dulu daripada kakak dan abangnya. Dan semestinya aku la yang paling teruk kene sound memandangkan aku anak sulung.


Aku??...sengih je la.


Ada jugak hambaAllah yang tolong jawab. 'Coming soon!!'.. pandai-pandai dia jek.hehe

Kepayahan Itulah Kehidupan..

Thursday, May 28, 2009
Jemari aku menari lagi kali ni. Menari kerana mahu menghiasai laman serba naif ini. Cuba menari sebenarnya. Otak aku pula ligat mencari bait-bait perkataan yang patut aku letakkan di sini. Seakan buntu jadinya fikiran walaupun pada hakikatnya terlalu banyak perkara yang aku ingin kongsi dengan pembaca yang aku kasihi semua.

Owhh sebelum itu, diucapkan jutaan tahniah buat Khairi dan Isteri atas kelahiran cahaya mata mereka yang pertama, Muhammad Absyar. Aku doakan semoga Muhammad Absyar bisa menjadi pejuang yang berjuang menegakkan agama Allah di bumi tercinta ini suatu hari nanti. InsyaAllah. PS: Khairi, Ja moga berbahagia dengan kehadiran orang baru;).

Ok, berbalik kepada tujuan asal jemari aku menari pada kali ini. Tujuan? hurmmm.... tiada tujuan yang jitu sebenarnya, cuma aku ingin menyatakan sedikit kekecewaan di atas kekalahan pasukan bola sepak gergasi dunia Manchester United ke atas Barcelona. 2-0 pulak tuh!! Adehhh....

Apa pun hakikatnya, kegagalan sebenarnya merupakan tangga-tangga kejayaan. (Ayat kaber Man U kalah ni, kuikuikui) Kalau tak silap aku, zaman aku belajar dulu, tak kira la sewaktu di sekolah menengah ataupun di alam universiti, apa jua kegagalan atau kesalahan yang telah aku lakukan itulah yang banyak mengajar aku untuk memahami satu-satu perkara sehingga dapat lulus dengan cemerlang.errrrkk..

Begitu juga dengan hakikat kehidupan, tanpa kegagalan dan belajar dari kegagalan.... 'life is meaninglessness'. Kan?

p/s: Alamak..dah lambat!

Till then...

Mengintai Kedamaian..

Monday, May 25, 2009
Hujung minggu,Sabtu dan Ahad semalam dan malam semalam, streamyx kat rumah buat hal lagi, entah mengapa. 2,3 malam sebelum tu, ada jugak dia buat hal. Tapi sekejap jek. Ni sampai 2 hari 2 malam. Dah la kejadian itu berlaku di hujung minggu yang aku memang tiada plan untuk ke mana-mana melainkan sekadar melepak di rumah bertemankan tv, lappy, makanan-makanan, erkk.. owhh dan bayangkan lappy cap dell yang berwarna biru gelap itu tidak mampu dihubungkan ke alam maya!! Aku terasa seperti berada di alam gua. heh! hehehe...

Namun, ketiadaan streamyx tidak pernah mematahkan semangat juang aku untuk terus hidup mengharungi 2 hari cuti hujung minggu di rumah. Banyak benda yang bisa dilakukan. Tidur, makan, tidur, makan..bla bla bla..makan, tidur, makan, tidur....hehehe..nope la...just kidding;). My life is not about eating and sleeping and sleeping and eating. If i'll do only those, i'll be 'dead'..hohoho.

Meeting dengan pihak atasan 'projek pecah penjara' pada petang Jumaat yang lalu agak mengejutkan. Projek ini di 'extend' lagi sehingga akhir bulan 7. Bermakna aku akan berada di dalam 'penjara' sehingga waktu itu. huh! Lamanyaaaaa!!!

Apa yang menyedihkan, ada sebahagian daripada team member kami yang terpaksa berpindah ke 'client site' di Subang bagi meneruskan 'projek penerbangan'. Semakin sunyi jadinya ODC kami. Semakin pilu dibuatnya erkk. Namun apakan daya, kerja punya pasal....nanti kang tak pasai-pasai kene buang..huhuhu

p/s: Kedamaian itu masih setia aku intai...entah bila dia nak membalas intaian aku..erkk;)

 

Browse