Rindu Pungguk Pada Bulannya...

Friday, June 04, 2010
Satu pagi di hujung minggu, hari Ahad. Bersiap-siap untuk pergi menjenguk adik perempuan yang baru masuk UIA, Nadirah. Dia dipindahkan ke Matrik UIA di Nilai sejurus menghabiskan seminggu program orientasi di Matrik UIA PJ... Nasib baik dari Putrajaya ke Nilai cuma dalam 30km dan 'short cut' melalui jalan Dengkil agak menyenangkan. Tidak jem dan tiada tol!

Kalau ikutkan hati, hari tu aku cuma ingin berada di rumah sambil menghabiskan buku Ustaz Pahrol yang baru dibeli, Di Mana DIA di Hatiku, tapi dek pesanan mak semalam yang menyuruh aku menjenguk dia di Nilai sana. Anak yang baik hati ni akur akan suruhan bonda tersayang, biar ada halangan, tapi permintaan bonda tetap diutamakan.

Alhamdulillah, tidak susah untuk aku mencari blok kolej tempat dia menginap. Kalau ikutkan, aku mahu berada di situ beberapa ketika sambil bersembang apa jua cerita yang dia ingin luahkan, kemudian aku balik. Tapi lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Bila dia turun dari tangga kolej, aku lihat dia siap berpakaian kemas, bawa beg. Seolah-olah ingin mengikut ke mana saja aku ingin pergi. Sudahhh...

Masuk kereta, aku tanya dia mau ke mana. Dia kata tak kisah pergi mana. Asalkan pergi dari situ.Haru! Dah la tempat kat Nilai aku tak biasa sangat, last-last aku mengambil keputusan untuk bawa dia balik ke Putrajaya.

Sewaktu Incik Hitam membawa kami keluar dari kawasan kolej, tiba-tiba aku terdengar esakan dia. Sedikit demi sedikit. Aku tau dia menangis walaupun dia tak cakap. Dia menangis sebab rindu. Rindu keluarga. Rindu saudara. Rindu kampung. Dan bila dia dapat bersama aku, satu-satunya darah daging yang dia temui di bumi asing ni, lagi menambah sebak di dada dia. Aku tau tu.

Tapi aku jahat. Eh bukan jahat, aku nakal. Aku nakal sebab aku gelak sewaktu dia teresak-esak menahan tangis, huhu. Aku gelak bukan sebab tengok dia menangis, cuma teringat zaman aku dulu pun begitu; waktu mula-mula masuk Matrik UIA. Cuma, aku tabah sikit la dari dia..he..he. Jadi bila aku tengok dia menangis, macam aku tengok aku dulu-dulu, waktu pertama kali berada jauh dari kampung sendiri.

Bezanya, aku dulu-dulu mana ada abang kakak nak datang jenguk. Yer la,dah aku anak sulung kan...haha. Kalau rindu keluarga, aku telefon je mak ayah guna public phone, lepas segala tangis dan rindu kat telefon tu. Kadang-kadang habis duit syiling 3 ringgit telefon tu telan. Sampai hati. Tapi takpe, rindu punya pasal.Kalau nak lepas rindu betul-betul, tunggu cuti semester. Balik kampung!

Hampir 10 tahun berlalu kisah lalu, kini ada tikanya anak yang tabah ni juga menangis...menangis sebab rindu yang sama, ada juga datang menyapa...sekali sekala..

PS: Hari ni keje half day, (ye la kalau tak mana aku berupaya nak menghadap blog saat-saat macam ni kan?)... Kejap lagi nak bertolak ke Tanjung Karang. InsyaAllah ada masa dan umur panjang kita 'bersua' lagi on the day after tomorrow..or day after day after tomorrow;)

... Assalamualaikum...

9 comments:

Kehelan said...

salam...

dh agak dh Fida mesti half day... :)

Selamat Pengantin Baru utk adik Fida...

utk adik Fida yg nangis2 tuh... ckp kat dia, kita semua melalui menda yg serupa... jgn sedih2 ek!

teringt kat diri sendiri jugak dulu kala... dh la sorg2 tercampak jauh... nak tepon, public phone selalu penuh malam2! terpaksa tepon mahal2 siang2 hari... :)

Tirana said...

hehehe...boleh faham situasi adik Fida sebab kak tirana pun macam tu tapi masa di Adelaide, sapa nak pi jenguk...nak talipon pun, rumah mak tak dak talipon masa tu.. aduhai...tahan aje la sebab nak balik tak boleh..hehehe.. Sebulan dua macam tu..lama-lama ok..

Abd Razak said...

Salam..

Situasi orang muda selalunya begitu, layan jer..:)

BTW, safe journey to Tanjung Karang

uJ said...

ironinya la ngn UJ time duk UPM... kalau sapa2 tepon dr kampung bertaanya... tak nak balik kg ke? kalao nak balik...nak gi amik... UJ selalu jawab... tak pe la... tak payh susah2 amik... kalu nak balik orang balik je ngn bus mira ekspress time tu rm19.00 je balik kemaman hihihi

biasa la .. tuh... tu kan anak dara ek... sama ngn fida... so sekang leh tengok balik la ekk apa yang fida buat dulu... hehehe

Stridz said...

tersengih :D

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Bila terbaca entri Afida ni, teringat usia telah berlalu dgn begitu pantas sehingga apalah yg hendak dikejar dalam hidup ni? (Surah Almukminun: 9-100 حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَهُمُ ٱلۡمَوۡتُ قَالَ رَبِّ ٱرۡجِعُونِ (٩٩) لَعَلِّىٓ أَعۡمَلُ صَـٰلِحً۬ا فِيمَا تَرَكۡتُ‌ۚ كَلَّآ‌ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَآٮِٕلُهَا Hatta hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku [ke dunia] [4] (99) agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja'
Masa berlalu tak akan kembali. Rasa2nya hendak saja kembali ke masa lalu dan memperbetulkan mana yg terbuang begitu sahaja. Tapi manakan mungkin!

r.o.l. said...

Selamat menjadi kakak ipar, dan semoga adik Afida pula cepat-cepat jadi adik ipar pula :-) Insya-Allah, amin.

nahmy said...

rindu mengajar kita akan erti tabah? betul kan kak? pujuk adik tu dan sentiasa ingatkan dia melalui pengalaman kita dulu...kekadang hati tidak boleh terlalu lembut dan rapuh, esok mcm-mcm lagi 'peperangan' yg boleh menjauhkan kita lama dari keluarga yang akan kita hadapi..

Afida Anuar said...

Kay-->Salam kay,yeap... half day. Terima kasih kay..owhh fida aritu sanggup beratur...pastu time nangis tu, orang2 yang beratur kat belakang tu dengar...tapi buat donno je..hahaha..dulu dulu la...

Kak Tirana-->Kak tirana lagi jauh kan..lagi la...awal2 macam tu la kak..fida pun macam tu dulu..pastu lepas sebulan dua, alhamdulilllah..moga2 dia pun begitu..

Abdul Razak-->Salam..hehe..orang muda.. thanks saudara.Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang...

UJ-->wahh UJ,siap nak datang ambil tu..fida dulu2 balik ngan bus je..tambang bas dari kL ke KT RM25 je;).. anak teruna pun ada je yang lagu tu UJ..ehhe

Stridz-->pasai apa tersengih?erkk:P

Tajnur-->Waalaikumusalam.. yeap. Dulu tidak terasa sangat masa yang pantas berlalu..tapi sekarang,sungguh rasa dihambat waktu yang melulu. Moga Allah mmberkati masa kita yang telah lalu... benar..manakan mungkin bisa untuk kembali ke masa lalu...

r.o.l-->Aminnn..InsyaAllah.....Terima kasih rol...moga2 masin mulut rol..hehe

Nahmy-->betul tu nahmy..itulah yang saya cuba sampaikan kat adik..dah cakap dah kat dia, ni baru permulaan..banyak lagi duga dan liku yang dia kene lalu....

 

Browse