Untuk Dia...

Monday, December 27, 2010
Baru-baru ni hidup mengajar saya, jika sayangkan seseorang atau sesuatu, biar berpada-pada. Takut nanti sayang akan bertukar benci. Dan jika bencikan seseorang atau sesuatu juga biar berpada, tak mustahil suatu hari nanti orang atau benda yang kita bencikan itu akan bertukar menjadi orang atau benda yang paling kita sayang...

Hari ni, saya bercuti. Entah polisi mana yang company saya ikut, kalau cuti umum jatuh pada hari Sabtu dan Ahad, automatik hari Isnin tu kami akan bercuti. Yang saya biasa dengar, kalau cuti umum jatuh pada hari Ahad je. Tapi takpe, saya suka. Siapa yang tak suka cuti kan? Tambah lagi kalau bercuti pada waktu orang lain sibuk bekerja...hehe.

Rancangnya, saya cuma mahu bersenang lenang di rumah pada hari ni, tapi kebetulan pagi tadi housemate saya, Sal mengajak saya dan Mekdi menemani beliau ke Bangsar kerana ada urusan yang sangat penting. Kami mengikut senang. Lagipun kami kan cuti;)

Balik dari Bangsar, barulah kami tahu betapa beruntungnya kami berada di pinggir dunia ni. Di sini. Di Putrajaya/Cyberjaya ni. Sungguh! Sudah masuk tahun ke empat saya di sini, dan saya tahu Putrajaya sunyi dan juga 'sunyi'. Tapi, sesunyi Putrajaya pun, ia tidaklah begitu menyesakkan dada saya bilamana mendiaminya. Damai masih bersisa. Tenang masih terasa.

Bagaimanalah rasanya hati saya nanti, kalau bumi sunyi ini saya terpaksa tinggalkan, dan mendiam bumi lain? Hati, bertahan dengan saya ya!

PS: Kalau...

23 comments:

IMANSHAH said...

salam

mana ada planet bumi yang lain lagi cik adik oiii

Pn Kartini said...

salam my dear..:)

Ooo...hari ni cuti yaa...
Akak dah start meeting niihh..kiranya minggu ni meetinggg jekk kerjanya...aduhaii..:P

p/s
..terkdg walau dlm kekalutan..kesesakan..
ada juga yg rasa kesunyiannya....

DrSam said...

sedangkan pantai lagikan berubah...inikan pula hati manusia. Tiada yang kekal...yang muda akan tua. Yang cantik akan kerepot jua :)

Bagus kompeni tu. agaknya meraikan kemenangan Malaysia vs Indonesia kot :)

✿ CikCimi said...

er~ bgsar sesak yer?
:D

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sihat-sihat hendaknya..

Sebulan saya berada di KL, Seri Kembangan dan Shah Alam. Suasananya sangat jauh bezanya dari di Kuching. Bila kembali semula ke sini barulah terasa sunyi...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum fida..adakah itu bermakna permohonan awak menjadi guru semakin menjadi kenyataan

Yan said...

Salam Fida,

sebab tu akak berpindah dr KL ke Shah Alam. Sesak sangat KL. pening. Aman di Shah Alam

Anonymous said...

dalam lengkap melengkapi.....terzahirnya bahagia pabila saling memberi dan menerima....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam....

Bijen M. said...

Polisi Petronas.
Cuti jatuh Sabtu, ganti Jumaat.
Cuti jatuh Ahad, ganti Isnin.

nahmy said...

salam...sunyi??...sunyi?...betul ke afida? selagi ada sms, emel dan inspiron tu rasa sunyi takde le sgt kan? esok 'si abg' dah ada...lg tak sunyi

natni said...

part cuti tu behh

part tgglkn sni tuh xbeh

:S

Afida Anuar said...

@ImanShah-->Salam..err.. alahai cik abang, anggap je la bumi tu lebih kurang mcm tempat:P...amacam?heh

@Kak Tinie-->Satu hari tu je cuti kak.. Hari lain kerja macam biasa. Owhh yer, Isnin depan pun fida cuti gak. Sempena new year..lalalala

@Dr Sam-->Ahaa, entah la dr... nak kata meraikan kemenangan Malaysia, bukan company malaysia pun...hehe..

@CIk Cimi-->Sangat cimi..rasanya duk situ 2,3 jam pun dah tak boleh bernafas..huhu

@Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt. saudara abdul razak. MOga saudara juga begitu..

Sesak kan di tengah2 KL tu? rasanya kalau saudara mai putrajaya ni, mesti rasa aman seolah berada di Kuching..err..

@SAhrom-->Waalaikumusalam sahrom. WaAllahualam. Saya pun tak tahu la. Tunggu la result dia nanti. Nak kata yakin dapat, masa interview hari tu macam hampeh je saya rasa..huhu.. WaAllahualam.

@Kak Yan-->Salam kak yan..ooo.. shah alam pun kira ok jugak la..

@Anonymous-->setuju anon..memberi dan menerima....saling lengkap melengkapi. Macam adat dalam berumah tangga pulak yer.. waAllahualam.

@Bijen-->Woww..ala, same je... yang penting cuti..;)

@Nahmy-->hehe..maksud saya nahmy, sunyi takde kesesakan. Tak macam kat tengah2 KL nun. Kat sini aman..mcm tu la... ahaa, bab sunyi tu, lain pulak:P

@Intan-->:D

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Perjalanan hidup kita dar alam ruh, rahim ibu dan lahir ke dunia melalui bermacam2 liku. Dah terbukti kita telah dan sedang menempuhi sehinggalah kita akan memasuki alam barzakh dan akhirnya ala akhirah. Siapa yg tidak sedih meninggalkan kenangan bila berada disesuatu persinggahan. Tetapi manusia perlu dinamik dan sentiasa mencari pengalaman dan penghidupan terbaik asalkan kita ada bekalan ilmu. Kenapa tak berani hadapi cabaran baru, manalah tahu mungkin akan dapat lebih kedamaian dan insyaAllah akan dpertemukan jodoh yg lebih baik! Jodoh haiwan jodh menanti, jodoh manusia jodoh mencari.... Wallahualam

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam wbt. Tajnur!

Bukan saya tak berani hadapi cabaran. InsyaAllah berani. Apa jua yang Allah berikan kat saya nanti, insyaAllah saya redha, mana angin takdir nak bawa saya juga, saya redha. Moga2 ada yang lebih baik buat saya dan kita semua di dunia dan akhirat...tapi jika ditakdirkan masih di sini...pun saya syukur;)... ahaaa, jodoh...InsyaAllah Tajnur,akan ketemu nanti.. doakan..

starsyeea said...

salam...

yerppp...hati kak fida, tolong bertahan dengan dia ye...kak fida ni memang...ada je nak dibuatnye...:)

selagi bernama insan, kita tak pernah sendirian...jiwa bertuhan sentiasa tenang kan...semoga akak happy sll walau di mana berada...

nurkass said...

salam fida..
alamak..sunyi ek..mesti jiwa rasa kosong jek kan..rindu ada tak..hehe

Afida Anuar said...

Starsyeea... salam starsyeea...:)thanks dik..moga adik pun begitu. Di mana jua berada.

Kass-->salam kass.. haaa, bukan sunyi tu la kass, ni sunyi di putrajaya. Aman damai.. tak mcm kat tengah2 KL nun, serabut je rasa kalau pi sana..huhu

IMANSHAH said...

Gombak kira pinggir bandayara tak?

Afida Anuar said...

Hurmmm..kira pinggir jugak rasanya Shah... ahaa, tetiba rindu gombak. rindu UIA:D

Bijen M. said...

Jumaat cuti bola pula.

Afida Anuar said...

Bijen..

Jumaat cuti bola..sabtu cuti..ahad cuti..Isnin cuti sempena tahun baru yg jatuh pada hari sabtu... Alhamdulillah..cuti itu rahmat;)

ummu said...

assalamualaikum fida
tempat jatuh lagikan dikenang
inikan pula tempat menimba ilmu, kan Fida? lebih2 lagi kampus spt iium itu.

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam kak ummu...

kampus iium tu satu cerita...
ni putrajaya/cyberjaya kak..tempat mencari rezeki..huhu..rasa mcm dah sebati dah jiwa kat cni

 

Browse