Dari Jauh...

Friday, July 30, 2010
Doa...
Aku panjatkan buatmu,
Agar dikau bahagia selalu,
Walau di mana saja dikau bertamu...

PS:.........i love you..

Selamat Malam Bulan...

Tuesday, July 27, 2010
Ada satu kisah...yang dikisahkan oleh seorang sahabat dari Sungai Petani sana.
Kisahnya lebih kurangnya begini....

Ada seorang yang kelemasan di laut...dia berdoa supaya Tuhan selamatkan dia. Kemudian ada satu bot kecil datang. Dia tak naik bot tu. Dia kata takpe, nanti Tuhan akan selamatkan dia. Selepas tu dia pun berdoa lagi.

Tak lama kemudian ada sebuah kapal besar pula yang datang. Masih dia tak mahu menaiki kapal besar tersebut. Dia kata, nanti Tuhan akan selamatkan dia. Nak tahu apa yang terjadi kat dia? Lama kelamaan, dia pun mati kelemasan.

Pastu bila dia jumpa Tuhan, dia tanya Tuhan, kenapa tak selamatkan dia. Tuhan kata aku dah hantar bot kecil kau tak mahu naik. Hantar bot besar pun kau tak mahu naik juga. Lebih kurang macam tu la ceritanya..

PS: Moral of the story? Jangan 'jual mahal'??...errr...

Patah Hati...

Monday, July 26, 2010
Hehe, pagi-pagi tadi kisah tenang. Malam pula kisah patah hati. Fida-errr..;)

Minggu lepas, minggu kacau sedikit, minggu dugaan. Entah, project ni ada rasa yang tak berapa nak kena dengan jiwa. Sampaikan aku boleh terus execute plan malam harinya. Hantar resume! Pertama aku hantar ke company H dan satu lagi ke company I di Kulim. Dua je la dulu. Test market orang kata. errr.. uishh tapi senyap-senyap tau, jangan bagitau kat ketua!..haha

Company H memberi respond yang sangat positive. Besoknya terus dapat email untuk call interview. Alhamdulillah result positive. Tapi kerja pula yang tak berapa positive plus, kena travel ke KLCC sana, dekat client site. Company I pula, rupanya ada member aku cakap diaorang nak ambil fresh graduate je. Ok la tak kisah. Boleh cuba di tempat lain. Tamat kisah langkah pertama. Langkah kedua insyaAllah akan bermula. Doakan ya!

Tadi mak telefon. Sebenarnya dah bagitau kat mak pasal plan-plan ni minggu lepas lagi. Tapi entah mengapa tadi baru mak tanya... kenapa ada minta kat Kulim? Kenapa nak bawa diri jauh sangat? Ada terpatah hati kat sapa? Sapa ada kat Kulim? bla bla bla...

Ternganga jap dengar pertanyaan mak. Rasa macam tengah jawab soalan SPM. hehe..mak...mak.. ke situ pula yang difikirnya.

Patah hati... tak pernah lagi kut hati aku patah, setakat ni la aku rasa. Hati elok je kat dalam tu kan? Kan hati kan?

(Hati diam)...aaa sudah!!..errrr

Tenang...

Umpama tasik selepas hujan..
Diri selepas ujian...
Syukur masih ada tenang sudi bertandang...
Menjengah hati di balik diam.

PS: Lalu kita pun tersenyum :-)

Budak Baru dan ADUN Pulau Rusa...

Thursday, July 22, 2010
Tengah hari tadi. Waktu zohor. Kat surau. Usai solat. Selepas mengenakan tudung pink. Belek-belek bumbung tudung kat cermin. Cantik (perasan!hehe). Kemudian berlalu bagi mengenakan sarung kaki hitam yang diletak di tepi tempat cermin. Tengah menyarung sarung kaki memasuki jari kaki kiri, tiba-tiba aku perasan, ada rakan jemaah surau baru yang tak pernah dilihat mata sedang menggantikan tempat aku di hadapan cermin.

Siap menyarung kedua-dua belah stoking,aku bangun lalu tegur budak baru tu.

"Orang baru?" (Ramahnya Kak Fidaaaa!!!hehe)

Eh aku memang ramah, errr... bagi yang kenal aku la. Oh yer, aku pernah dapat gelaran Adun Pulau Rusa disebabkan keramahan aku waktu kat India dulu. Kak Nass yang kasi gelaran tu. Kan Kak Nass? haaa..apa-apa la Fida.

Ok abaikan kisah Adun Pulau Rusa tu. Berbalik kepada kisah budak baru. Budak baru ni dengan muka sengih campur ada riak-aku-budak-baru-tolong-ajar-aku senyum kat aku.

"Aa'a budak baru. Baru masuk hari Isnin baru ni", sambil hulur tangan tuk salam dengan orang lama; aku. Aku sambut salam tangan orang baru sambil senyum manis.

"Fara, baru je habis belajar", sambungnya lagi memperkenalkan diri.

" Ooo, Fida. Eh Kak Fida la kut noo. Masuk business unit mana?", aku..bla bla bla..... tamat.

Keluar dari surau, aku tersenyum sorang-sorang dalam hati bilamana mengingatkan aku pun pernah jadi budak baru juga waktu dulu-dulu. Sekarang bila dicongak-congak, rupanya sudah 3 tahun aku jadi budak baru dalam dunia ni, di sini, saat ini. Dia baru 3 hari, heh!

PS: 3 tahun. Mungkin masa yang sesuai untuk aku belajar bawa basikal roda 3? ke roda 2??..
Roda 2 la..baru mencabar sikit. Kan Adun Pulau Rusa!?..hehehe..

Nafas Baru...

Wednesday, July 21, 2010
Saya takut...saya berdebar. Saya takut kerana saya tak pasti adakah saya telah membuat keputusan yang tepat. Saya berdebar kerana saya telah mengambil satu langkah tergesa-gesa di malam hari selepas kejadian panas di petang harinya...huhu.

Sebenarnya, bukan langkah yang tergesa-gesa pun. Sudah lama saya merancangnya. Cuma tak execute jah orang kata. Saya cuba bertahan atas norma-norma seorang yang bergelar manusia. Tapi dah nama pun manusia, ada batas-batas perasaan dan rasa yang perlu dihormat dan dijaga. Begitu juga saya, perempuan kecil yang serba serbi kurang.

Sampai masanya.. sampai hadnya.... udara baru perlu disedut. Saya rasa saya perlukan udara baru. Sungguh!

Dunia...
bila kita baik hati, dia lempar kita dengan tahi..
bila kita senyum, dia balas dengan masam menguntum..
bila kita menangis, dia melonjak dengan sorak hamis..
eh bukan dunia...tapi penghuninya...
tapi bukan semua penghuninya la...sesetengahnya je.
hurmm... bukan sesetengah kot..mungkin seorang dua jah..errr....

PS: Rupanya rasa amarah itu, walaupun tak diluahkan..boleh menyebabkan pelbagai perkara yang tak terjangkau dek minda berlaku.

Istighfar..

Dia: Sesi luahan perasaan ke apa ni Cik Fida??!...

Mencari Warna Hidup...

Sunday, July 18, 2010
Malam ni sunyi sekali. Ditambah dengan hujan petang seolah-olah membantu membangkitkan aroma sunyi yang begitu mencengkam di hati. Ada apa dengan sunyi ini sebenarnya? Sunyi bertiga, bukan berempat. Sunyi dalam kedinginan bukan kehangatan.

Aaa sudah...dah mula!! errrr...

Akhirnya...Muni pergi meninggalkan kami, untuk berapa lama?..kami kurang pasti. Yang kami pasti...Muni sudah melangkah keluar dari rumah ni. Muni dah pergi meninggalkan kami. Aku, Mekdi dan Kak Sal seolah jadi anak-anak yang kehilangan 'mak' kini..err...hehe.

Kami menghantar Muni ke KLIA sejurus selepas makan tengah hari beramai-ramai buat kali terakhir tadi. Rintik-rintik hujan yang turun mengiringi perjalanan kami ke KLIA seolah menggambarkan rintik sedih yang hebat menghujani hati kami. Buat Muni, selamat maju jaya di Singapore sana!

Itulah...dikata adat berjumpa. Satu hari nanti pasti berpisah jua. Berpisah sementara atau selamanya, hanya Dia yang mengetahui segala.

Cuma...aku pernah bagitau dulu, bilamana Muni pergi... separuh kuat aku untuk berada di sini pun pergi sekali. Jadi.. aku perlu ganti kuat aku yang hilang tu. Tapi di mana harus aku cari? Di mana?

Ya Allah, Kau berilah aku setinggi sabar dan taqwa....
Kau peliharalah aku dalam kuat aku yang semakin hilang dalam sedar...

Masalah...

Thursday, July 15, 2010
Waktu dinihari..ada sahabat kata kat saya..

"Sebenarnya masalah di dunia ni bukan masalah pun...Masalah sebenar bila dok dalam kubur nanti"...

WaAllahualam.

Kena Serang...

Monday, July 12, 2010
Tak tahu la bala apa yang sedang menimpa. Sedang seronok bercakap dengan Nabilah menerusi talian telefon, Mekdi tiba-tiba menjerit. Tebuan!!..Tebuan!! Mula-mula aku ingatkan seekor tebuan tersesat masuk, aku buat dek je la. Sekali bila Kak Sal pun duk sibuk-sibuk perihal tebuan, aku jadi ingin tahu. Terus aku cakap kat Nabilah, ada orang datang. Kak Nor nak pi tengok sat. Bai.

Tu dia...tebuan duk bertenggek kat lampu panjang-cap-apa-entah-nama. Kalau seekor dua, mungkin tak ambil kisah sangat. Ni haa, sampai berpuluh-puluh ekor. Naik remang bulu tengkuk. Aaa sudah...nak buat macam mana ni. Nampaknya cahaya lampu yang terang menarik mereka ke situ. Kami tutup semua lampu. Bergelap sat. Tapi bala tak berhenti kat situ. Depa pi kerumun cahaya laptop kami pulak!! Kami perasan melalui cahaya laptop macam ada gerombolan tebuan yang memasuki rumah.

Nasib baik waktu tu aku dan Mekdi masih dalam kain sembahyang. Jadi aku memberanikan diri menutup semua tingkap dan memasang balik lampu. Mekdi penakut sikit..hehe. Bila suasana dah kembali cerah, kami dapat lihat dekat beratus-ratus kut tebuan duk bertenggek kat lampu panjang yang tidak ketahuan cap tu.

Parah..parah...

Nak tak nak, tak fikir lain dah.. tangan terus capai bygon.

Sssshhheeeeeerreeeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttt...

Tup tap tup tap tup tap..seekor demi seekor jatuh terbunuh akibat kepeningan dek penangan bygon. Selang beberapa ketika, kami juga ikut pening. Ye la. Rumah terkatup rapat. Udara bygon je yang duk berterbangan. Pening-pening lalat gitu. Jangan kami turut tumbang dah la. Bila buka sikit tingkap, tebuan tu pulak sibuk nak masuk. Haiippp..

Last-last Kak Sal beranikan diri keluar rumah. Pi report kat pak guard kat bawah. Rupanya bukan rumah kami je yang kene serang, satu blok rupanya. Yang kene sengat dengan tebuan pun ada, 2 orang.

Pukul 10.40. Kak Sal bersama seorang ahli bomba masuk meninjau ke dalam rumah kami untuk melihat keadaan tentera lebah yang duk berlingkar kat luar tingkap tak dapat masuk. Aku dan Mekdi diam di dalam bilik. Malas nak tukar baju, konon. Beria bomba tu kasi petua merapu kat K.sal untuk halau lebah. Suruh letak belacan la, minyak atar la kat tingkap. Bergurau dengan Kak Sal gamaknya. Aku dan Mekdi dah gelak-gelak dah kat dalam bilik.

Bila dia melalui peti ais yang terdapat sebiji durian yang adik aku bawa dari Terengganu semalam, tiba-tiba.. "Patut la tebuan serang!! ada durian ni haaaaa", heh!

Cinta...

Saturday, July 10, 2010
Cinta itu resah gelisah bercampur rindu..
Kelesah dan renyah bercampur mahu..
errr..

PS: Seikat Kembang Merah:)

Jatuh Gaung...

Thursday, July 08, 2010
Ada satu rasa...yang melekat dalam jiwa..
Jauh amat di dalam sana seolah sudah lama diduga tika..
Hendak dibuang ditimba, tali pula tak sampai sedepa..
Tolonglah hamba merungkai ia agar tiada duka melanda.

Jangan terlalu jauh melayang terbang,
Nanti hilang tiada orang sudi nak kenang,
Hari ni bukan hari koya bukan juga hari jiwang,
Dah dah, pergi kerja...hurmm....nanti lambat wahai Cik Fida sayang;)

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaa
aaa
a
(jatuh gaung)

keh keh keh..Fida geylong:p

PS: Ni kes German kalah ke? err..

Rasa di Hujung Jiwa...

Tuesday, July 06, 2010
Nampaknya semi final dan final world cup terpaksa aku korbankan. Dah nekad! Game pukul 2.30 pagi, dan aku...takkan nak layan game waktu cenggitu di food court di situ. Anak dara waktu dinihari di luar rumah!! No No No. Aku pun ada prinsip juga dalam hidup. Kalau pukul 10 tu at least aku boleh consider lagi la untuk berada di luar rumah..tapi kalau dah sampai tahap 2.30 pagi sampai subuh.... Fida kata takpe la tak tengok Ozil main time final dan semi final pun. Eceh macam yakin je German masuk final..hehe

UJ kata kena jaga-jaga kalau keluar malam, takut nanti saham jatuh. Terima kasih UJ atas nasihat. Sebab tu Fida kata dalam entry sebelum ni, kes keluar tengok bola boleh menyebabkan prestasi seorang anak dara manis yang jarang keluar malam itu tercalar serta merta....err..kes bola. Fida..Fida...aduhh macam mana nak kasi calar tu hilang eh? Any advice? Pakai wax boleh?huhu

Mengimbau tahun 2006. Musim piala dunia tahun tu aku berada di kampung. Kerja sementara di Terengganu ketika tu. Yang bestnya...piala dunia waktu dinihari tu hanya aku dan ayah je yang berjaga malam layan bola. Jarang dapat spend masa tengok bola dengan ayah sebenarnya. Tapi tahun tu, sebab piala dunia... ayah sokong Brazil, aku tau tu:D

Adik-adik laki semua berkelana. Adik-adik perempuan yang lain pula memang sejak azali tak minat bola. Jadi hanya aku dan ayah. Mak memang geleng kepala tengok kami anak-beranak sanggup bersengkang mata layan bola. Aku sengih je la tiap kali mak menggelengkan kepalanya..hehe

Ayah siap pesan kat aku sebelum tidur.. macam biasa.
"Kak Nor, nanti kalau bangun nak tengok bola kejutkan ayah sekali eh".

Mak yang khusyuk kat meja tengah belek-belek buku student dia, cepat-cepat sound kami.

"Nak bangun tengok bola, punya la senang...sanggup tahan mata, tapi nak bangun tahajud.... ", mak sambil mata masih khusyuk duk memeriksa buku-buku student dia.

Sentap sekejap!

Ayah cepat-cepat naik atas masuk bilik. Aku boleh buat muka kerang wangi depan mak;)

Tapi nanti pukul 2, senyap-senyap aku ketuk pintu bilik ayah..

"Ayah, bangun cepattt... bola dah nak mula."

Anak Dara Melayu Terakhir...

Sunday, July 04, 2010
Anak dara.. di rantau orang dan jauh dari pandangan mak ayah. Pastilah terasa sedikit bebas. Aku pun tak terkecuali dari merasa sedemikian. Bukanlah bebas yang boleh menjahamkan tu, cuma bebas untuk keluar malam setakat makan-makan bersama kawan-kawan. Kalau kat kampung, keluar malam adalah bermakna keluar bersama mak ayah yer. Keluar malam bersama kawan-kawan di kampung tidak pernah sekali pun tercatat dalam sejarah hidup. Sekian.

Alhamdulillah, aku bukanlah kaki keluar malam. Aku rasa last aku keluar malam adalah 3 bulan lepas. Tu pun nak jumpa kawan-kawan yang lama dah tak jumpa, ada reunion. Memang dah jadi tabiat, kalau tiada hal penting malam-malam hari aku memang takkan keluar. Suka duk rumah je. Maklumlah, anak dara melayu terakhir la katakan..

Tapi sejak piala dunia ni..errr..
Prestasi Fida yang tak keluar malam sudah mula tercalar?..haha.

Ala hujung minggu je, tu pun pasai tv rumah rosak dan aku paksa adik aku yang duk Nilai tu temankan sebab dia datang bermalam di rumah aku pada hujung minggu. Nak ajak teman serumah,depa pula tak minat bola..huhu.

Kawan aku kata, kalau ada la makcik-makcik yang baru plan nak datang meminang, tertengok aku duk layan bola kat foodcourt tu, cancel terus plan nak hantar rombongan!

hahaha apa-apa la.

PS: Skuad Maradona jadi sayur rebus semalam..alahaii kesian..

Orang Jauh...

Thursday, July 01, 2010
3,4 hari lepas termasuk hari ni, merupakan hari-hari yang...hectic. Demm.. i could lost 2 pounds of my weight because of these days, trust me...haha. You know honey, they asked us to rework those things due to requirement changes, but they did not give us an ample time to do that. How come? Ahaa..Fida dah mula...merungut! err.

Bukanlah merungut, tapii...entah la.

Abaikan la. Ni haaa, ada seekor rama-rama besar masuk bilik. Orang dulu-dulu kata, kalau ada rama-rama masuk rumah, maknanya ada orang jauh nak datang.. eh ke orang jauh tu dah datang? tapi senyap-senyap?.. hehe. Adoiii..apa-apa la fida oii!

Time for bed huh?..... i guess i'll see you soon then..

Assalamualaikum..

 

Browse