Bola dan Cinta...

Tuesday, June 22, 2010
Perasaan untuk menonton piala dunia memang tidak dapat dibendung lagi. Semalam aku cuba menyaksikannya secara online. Portugal Vs Korea Utara, tapi hampa kerana kualitinya tidak sama dengan apa yang dipapar di skrin tv. Asyik tersekat-sekat dan boleh dikatakan langsung tidak menepati kehendak mata untuk melihat.

Dan bila baca forum sambil mendapat update dari seorang dua kawan menerusi YM, tahulah aku Portugal sedang berpesta gol. 7-0 angka yang diguna untuk membelasah Korea Utara sememangnya boleh buat Christiano Ronaldo nyenyak tidur. At least nyenyak untuk satu malam...hehe. Apa pun kita tunggu Jumaat ni, adakah team Christiano mampu membelasah team Kaka dengan angka yang sama, atau... alaaaa...Kaka pula tidak bermain Jumaat ni. Kalau tak, dapat tengok Kaka dan Christiano bermain. Mereka pemain hebat dari kelab yang sama, beraksi di atas padang yang sama, tapi menyarung jersi lain-lain...amacam?..eh jap..depa hebat ke?erkk

Aduhh!! anak dara dah menulis perihal bola. Habis la semua orang muntah hijau baca...haha. Ok, cukup bicara pasal bola. Apa kata bicara pasal lelaki dan bola..erkk bola lagi!! Muntah biru dah ni Fida oiii..hehe

Bagi aku, bola dan lelaki memang tidak dapat dipisahkan langsung, dan aku pula dibesarkan dalam suasana lelaki yang minat bola. Ayah dan dua orang adik lelaki aku begitu minat akan sukan yang satu itu. Sehinggalah tempias minat juga sedikit sebanyak terkena kat aku.

Jadi, disebabkan lelaki-lelaki dalam dunia aku merupakan lelaki yang minat bola dan pandai bermain bola kononnya, tidak dinafikan aku juga sedikit tertarik kepada lelaki yang minat kepada bola. Tapi 'minat bola' ni takde la sampai termasuk dalam senarai ciri-ciri yang wajib ada pada calon suami nanti, aku rasa la...tapi kalau ada bagus juga...erkk.

Cuma bila aku dapat tahu ada sesetengah lelaki di luar sana yang langsung tak minat bola, aku jadi pelik, tapi aku boleh terima. Alaaa, tak berdosa pun kalau tak minat bola. Iyer dak? Lelaki tak minat bola ni, lebih kurang macam perempuan tak minat masak... eh ke macam mana? Bagi aku lebih kurang macam tu la.

Bola di sini adalah bola sepak. Sekian.

13 comments:

penjejak maya said...

salam,

lelaki kalau tak minat langsung bola tu bukan la lelaki sejati ..

moga hasrat tu tercapai hehe..

aNiSa hANg tUaH said...

tgok bola mmg best bg sesape yg betul2 minat :)

Abd Razak said...

Salam..

Moga sihat hendaknya..

Saya dah kurang minat :)
Now dah bermulanya Tenis Wimbledon Open, so lebih kat situ lak..:)

Khairi said...

wahahaha. ehem tahu juga awak pasal bola ek hehe.

hurrmmm... fida cuba usha kedai mamak tengok siaran langsung. tapi bila awk bertempik gol kat situ mmg nampak agak janggal jugak la hehehhee.

uJ said...

hehehe cuba buat macam yg khairi suruh tu... betol la jugak pe yang diakatakan tu.. lelaki dengan bola.. sebab bola pun simbol pada lelaki erkkkk...

tapi memang ada lelaki yang tak minat bola... tapi bile world cup jadi minat... sebab world kan...

pe pe pun rasenye cam tk sesuai je kalo lelaki tak minat bola dengan pempuan tak minat masak...

tapi tak tahu nak letak analogi lain...

Afida Anuar said...

Penjejak Maya-->Salam...lelaki sejati..hurmm betul jugak. Kalau perempuan tak minat masak, bukan perempuan sejati? eh saya minat masak!..haha dan dan..btw insyaAllah moga makbul hasrat:D

Anisa-->anisa tak minat?a'a, kalau dah minat apa saja..

Abdul Razak--> Salam..alhamdulillah..sihat..moga saudara pun begitu jua..

Kurang je saudara..minat masih ada kan?hehe... wowww nampaknya saudara mempunyai minat baru pula...selamat melayan tennis;)

PS: Saya tak pandai main tennis..erkk

Khairi-->Eh mesti la tau..erkk,bukan lelaki je yang tau pasal bola tau:P

ingat nak usha kedai mamak jugak, tapi..bila fikir2...nak pi ctu..pompuan di tengah2 lelaki..terus tak jadi..tapi teringin nk tengok bola ni..adehh..

PS:saya tempik dalam hati je:pP

UJ-->eh ada UJ..lelaki,bab bola memang tak minat langsung, piala dunia pun tak layan..... dan perempuan, bab bola serba serbi tau, tapi bab masak..serba serbi tatau...huhu.. macang2..

fida,dua dua tau..eceh..perasan!

Pn Kartini said...

salam my dear..:)

minat bola rupanya yaa..:)
Kalau akak tgk bola..mesti Zzzzzzz!:)
Pe2..moga dik fida sihat di sana:)

Tirana said...

Kak Tirana dulu2..masa sekolah, minat gak bola tapi sekarang ni dah tak berapa. Kalau suami tengok, tumpang sekali. Kalau dia tak tengok, kak tirana pun tak tengok..hehehe..

aideeb said...

aku pun xminat bola..

wlpn aku xminat bola tp aku wakil ofis aku dulu join tournament futsal kat banyak tmpt dah...

(pelik plak dr mana turunnya kebolehan aku main futsal...)

lelaki xminat bola?...banyak la...Malaysia je yg asik makan bola..tido bola..actually banyak lagi sukan lain yang best...

said...

hehe fida aku salah sowang dlm kump 0 interest dlm bab2 bola.. tennis aku suka sbb dulu layan anime prince of tennis.. hehe

Afida Anuar said...

Kak Tinie-->Salam my dear kak tinie;)... iyer..minat la jugak bab piala dunia ni..mak fida pun geleng kepala tau anak gadis dia ni minat bola..hehe...pe2..moga akak pun sihat2 selalu di sana..;)

Kak Tirana-->hehe..fida pun entah2 sok2 bila tak minat.. tapi sekarang ni memang layan... berdebar pulak rasa malam ni..takut england n german terkeluar jugak ikut perancis habis la...heheh

Aideeb-->ahaa deeb..tu bakat terpendam tu...mana tau lagi dicungkil2..boleh lawan christiano ronaldo satu hari;)

Dd-->sebab alam sekitar kut dd, sebab tu yang aku boleh minat bola ni...aku rasa kalau aku pun layan prince of tennis, mesti aku minat tennis gak..hehe..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Tidak semestinya kelelaki an itu mesti dikaitkan dgn bola! Lelaki sejati itu, apablia ia tahu meletakkan keperluan kerja,penghidupan ibadah, sukan dan kepakarannya sesuai dgn tempat dan masanya. Sebagai seorg lelaki yg aktif mmglah kecergasan sgt diperlukan tetapi kalau dah sampai lupa kerja/tanggungjawab kpd diri, masyarakat dan hubungan dgn Maha Pencipta dsbnya, maka jatuhlah mertabatnya (Surah AtTin:4-5 ) لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬ (٤) ثُمَّ رَدَدۡنَـٰهُ أَسۡفَلَ سَـٰفِلِينَ (٥)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan lengkap sesuai dengan program pembangunan). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah .
Wallahualam

Afida Anuar said...

Tajnur..

Waalaikumusalam wbt..benar sekali Tajnur.. bukan disebabkan bola sepak untuk menilai lelaki itu sejati atau tidak, tapi apa yang Tajnur katakan tu... waAllahualam..

 

Browse