Micro Teaching...

Saturday, October 30, 2010
Lama dah tak menulis panjang lebar kat sini. Entry akhir-akhir ni pun ciput je. Kata orang macam melepaskan batuk di tangga je entry-entry tu, entah la. Apa nak jadi dengan Afida Anuar sekarang ni pun saya tak tahu la. Nak kata dihimpit kesibukan yang melampau kat pejabat..tak. Nak kata sedang berurusan jual beli planet sampai tiada masa untuk mencoret secara panjang lebar pun...tak. Habis?! Krisis bulan tak balas senyuman eh? errr..

Hari ni saya telah mengambil cuti satu hari kerana saya dikehendaki membuat satu micro teaching di Pusat Matrikulasi UIA Petaling Jaya. Yang harunya, saya tidak mengetahui bahawa rakan baik saya Haedir, yang juga merupakan salah seorang lecturer di department IT di situ ditugaskan untuk menilai micro teaching saya.

Terketar-ketar juga saya dibuatnya. Maklumlah rakan baik sendiri yang menjadi penilai. Selama ni duk ber huuu haaa huuu haa je dengan dia, tiba-tiba hari ni....... Tapi dia memang professional. Dia serius je sewaktu saya membentangkan topik tersebut, cuma saya yang tergabra lebih. Entah apa-apa..

PS: Mata tak nak katup. Kepala dan weng. Besok pagi-pagi hari mau ke Mahjong... eh Manjong:).. Dah tahap kena paksa mata pejam ni.

17 comments:

Pn Kartini said...

Salam dear..:)

teringat zaman2 dulu..masa micro teaching..!!'anak2 murid' semua pandai2..;)
memang menggerunkan!!:):)

Admin P@P said...

Salam.
Semoga micro teaching tersebut mendapat penilaian yang cemerlang. Rakan anda juga sangat profesional dan beliau sewajarnya melihat kepada aspek yang telah ditetapkan dalam penilaian.

Tahniah. TQ

sahromnasrudin said...

tahniah!!! bakal pensyarah awak ya

luahfikiran said...

SALAM,
INSYAALLAH, SEGALANYA OK. SEMOGA CERIA DI HUJUNG MINGGU INI DAN HARI2 SETERUSNYA

nurkass said...

salam fida..
yakin pada diri dan tawakal pd allah..insyaallah semuanya ok..

ps > gi manjung ke..bestnyer..nak ikutt!!

aliff muhammad said...

Afida,

Bakal pensyarah ni.. all the best. Hati-hati memandu ke Manjong tu.

Menulis perlukan disiplin.

Abd Razak said...

Salam Saudari Afida..

Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang~Nya...

Moga sdri mendapat kejayaan dalam penilaian Micro Teaching tu, and drive carefully to Manjong..:)

r.o.l. said...

Salam, afida. Er, maaf bertanya, tapi apakah itu micro-teaching? Kepala saya dah mula bayangkan macam-macam :-) Bukan malas nak Google tapi ingin dengar dahulu definasinya daripada orang yang melakukannya. Primary data huhu.

uNcLeJoE said...

ehhhh fida... interview di UIA ekk... nanti kerja sana lak ke?

Afida Anuar said...

@Kak Tinie-->Salam kak tinie..ahaa, itu la.. semua pandai2..tercungap2 kat depan tu haaa..

@Admin P@P-->Salam..harap2nya begitu la.. alhamdulillah..moga2..

@Sahrom-->salam Sahrom...huhu, tatau lagi.Mencuba, mana tau ada rezeki.. Ni baru 1st stage. Ada 2 lagi stage:D

@Luah Fikiran-->Salam LF...alhamdulillah.. moga2 saudara LF dan keluarga pun ceria2 selalu..

@Nurkass-->Salam kass..insyaAllah. Nak kata yakin ..mcm tak..nak kata tak..mcm yakin..ahaaa..lambat sangat bagitau. Fida dah balik rumah dah ni:D

@Alip-->Salam Alip. Mencuba je. Mana tau rezeki. Tapi kalau bukan rezeki, redha. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang. Sampai putrajaya hampir magrib tadi..jem kat Elite..huhu

@Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak..InsyaAllah..moga2. Alhamdulilah..selamat pergi dan kembali...jauh jugak rupanya manjong tu..1st time sampai..

@ROL-->Salam rol..apa yang rol bayangkan ni? hehe. kalau tak salah pemahaman fida la, micro teaching tu lebih kurang macam kita demo cara pengajaran/lecture kita di hadapan para penilai. Eh jap nak tengok apa abang google ckp..hehe.. lebih kurang mcm tu la rol.

@UJ-->Salam Uj.. tatau lagi. Baru stage 1. Ada 2 lagi stage. Kalau ada rezeki dan lepas semua interview, insyaAllah bertukar kerjaya la ke bidang pendidikan..kalau tak..redha je la. Tapi lambat lagi nak tau resultnya UJ, 5,6 bulan lagi...huhu..

Sebenarnya hari tu ada hantar resume ke Matrik UIA tuk jawatan lecturer kat department IT. Tak sangka lak dipanggil tuk terview dan kene buat micro teahing... Alhamdulillah ok,tapi biasa la ada komen positive, ada komen negative...

Afida Anuar said...
This comment has been removed by the author.
tajnur said...

Assalamualaikum wbt
AlHamdulillah dah adapun pengalaman `micro teaching` dgn memasukkan semua konsep pengajaran dan pembelajaran yg dipelsjari semasa diU. Diantara kaedah pedagogi ialah memasukkan conceptual learning, konstruvisme, mastery learning, inquiry learnig, kaedah kritis dan kreatif dsb. Anyway, itu hanyalah abjad2 je dimana apabila kita mengajar, kesemua itu dah dirangkumkan bersama. Kan dulu, saya ada syorkan beralih ke bidang pendidikan krn kerjayanya tidaklah stress! Semoga berjaya dgn permohonan tersebut. Wassalam

Afida Anuar said...

Tajnur..Waalaikumusalam wbt.

Ahaa, pengalaman pertama. Kalau ada rezeki, insyaAllah berpindah bidang la saya...resultnya pun lambat lagi, 5,6 bulan lagi . Ada 2 lagi stage. Doakan ya Tajnur..mana la tau saya berjaya berkat doa teman2. Tapi kalau tak dapat pun, saya redha ..

hehe..saya ingat dulu2 ada Tajnur syorkan bidang pendidikan. Tapi saya tak nafikan, semua bidang pun ada stressnya yang tersendiri...mungkin pendidikan ni kurang sikit kut dari bidang yang saya ceburi sekarang..waAllahualam

naimisa said...

kalau begini, mudahlah dapat lulus Micro Teaching itu nanti...Insya-Allah.

Selamat jadi warga MARA.

Afida Anuar said...

Hehe naim..ni mesti baca separuh entry je ni:P..

bukan MARA la naim, UIA:D...insyaAllah kalau ada rezeki..

Bro Bayu said...

nak gak jadi lecturer kat UIA..best nyer....tapi mesti minimum qualificationnya master kan? huhuhu
Mana tau boleh keje ngan kak fida..hehe

Afida Anuar said...

Bro Bayu, waAllahualam. Tapi kak fida takde master pun, dia panggil je interview. CUma dia tanya la perancangan masa depan nak sambung master ke idak. Kak fida jawab la InsyaAllah...ada plan, tapi waAllahualam..

Bro bayu, kak fida hantar je resume. Tak sangka di panggil.. tu pun tatau la resultnya mcm mana..insyaAllah la kalau ada rezeki..cuba bro bayu terai hantar.. mana la tau dapat kerja sekali...

ahaa, ramainya yg nak keje ngn kak fidaaa!!..hehe perasan!

 

Browse