Love Happens...

Sunday, October 03, 2010
Assalamualaikum. Apa khabar?

Aku alhamdulillah. Masih dikurnia kesihatan dan kelapangan di hujung minggu yang indah ni. Moga semua pun begitu, insyaAllah.

Minggu lepas aku yang agak sibuk dengan kerja. Serius sibuk. Fasa kedua projek ni sudah bermula. Campur dengan kerja dari fasa pertama yang masih berjalan selari dengan fasa kedua betul-betul buat aku rasa semput. Nak kejar dateline lagi, nak clarify requirements yang macam mak nenek tu lagi, nak hantar UAT, SIT, Sanity Test Case kat client lagi, tu tak masuk defects yang berlambak nak kene retest setiap hari. Aa sudah!! anak sepi ni dah mula membebel pasal kerja. Takde sapa yang mahu layan fida oiii...he he

Yer tak yer.. apa barang kat rumah pun nak cakap pasal kerja. Ingat hidup ni tuk kerja je ke? eceh..

Pasal rumah terbuka ok? Mood raya aku walaupun dah tiada, tapi bab jemputan makan-makan ni, kalau tiada halangan, insyaAllah aku akan penuhi.

Alhamdulillah hari ni aku menerima dua jemputan untuk ke rumah terbuka sempena aidilfitri. Satu rumah Ina di Puchong, dan satu lagi rumah Shy di Putrajaya. InsyaAllah akan dihadiri kedua-duanya. Janji dengan Intan pukul 11.30 nak gerak. Kejap lagi nak kene siap-siap ni.

Rumah terbuka aku? Eh rumah aku sentiasa terbuka je. Jemput la sape-sape yang nak datang.. tau!

"Love happens"...Chapter 15. When one thing ends, something else begins ^-^...

Love happens lagi!!..aduiii..


PS: Antara jenis-jenis Software Testing
UAT- User Acceptance Testing
SIT - System Integration Testing.


22 comments:

natni said...

yeayy jom p beraya...
amboi dlm blog pon de uat sit bagai nih

^_______^

nahmy said...

saya akan cuba gunakan sistem 'UAT' & 'SIT' tu utk jemputan rumah terbuka yg diterima...hehh..heh

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Dlm sesuatu projek, yg ptg sekali dlm UAT ialah kehendak pelanggan! Saya pun masih ingat lagi kursus Computer & Advanced Network System tatakerja mesti ikut prosedur:
*Understanding requirements.
*Reviewing requirements documents.
*Creating acceptance criteria.
*Analysing the results of the tests.
*Determining whether the system can be accepted.
Biasa le tu, cuma perlu buat programming dan compiling! Tapi semua dah berlalu. Tak ingat lagi.
Owhh Love happens.. but it happens in so many ways. Chapter 15 tu, lain macm je bunyinye, mcm period pulak berlaku intermittently...

sahromnasrudin said...

salam..semua software tue sy tak pernah gune???

Pn Kartini said...

salam my dear..

alahaii...tk reti arr istilah2 IT nihh...huhuuhu...:)

Abd Razak said...

Salam Saudari Afida...:)

Moga sdri sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat~Nya..

Saya sempat ziarah Nilai 3 pagi tadi yang sentiasa buat 'rumah terbuka' setiap hari hehehe..:)

Penat...

Reading Review said...

love happen ke kalau keje banyak sgt keje cam kak fida nih..ada masa ke nak bercintan-cintun..hehe, fasa pertama then fasa kedua lepas tuh fasa seterus-terusnya..mungkin baru boleh spend utk diri sendiri...hehe, yang penting blogging tetap berjalan seperti biasa...

Afida Anuar said...

@Intan-->yum yum..alhamdulillah kenyang..hehe.

@Nahmy-->Sila-sila Nahmy...tak sabar nak tengok implementationnya mcm mana..hehe

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt! Wahhh Tajnur..satu-satu masih kemas tersimpan dalam ingatan tu. Iyer, begitu lah lebih kurangnya...Tengok love happens, dia cakap chapter 15 bab tu,saya ambik je la;)

@Sahrom-->Salam sahrom... semua tu bukannya software, tapi jenis2 testing type yang diguna dalam software testing. Diguna pakai oleh software tester.

@kak Tinie-->Salam kak tinie..takpe kalau tak reti pun. Tak penting istilah tu semua...;)

@Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak.. berkunjung ke semanjung lagi? berkunjung ke nilai 3 tu. Mesti banyak barang yang dishopping ni;)

@Bro Bayu-->Amboiii mendalamnya maksud bro bayu tu... bercinta dengan blog dah ler bro bayu...sebab tu blog berjalan seperti biasa walaupun 2,3 hari sekali baru update..hehe

aideeb said...
This comment has been removed by the author.
aideeb said...

coz..love is in the air...it may happens anywhere anytime anyhow

Naim said...

UAT? kawan saya ada pengalaman dlm bab QA Test ni...

kompeni apa ya? Mungkin dia nak cari angin lain pula...

M@YaZ said...

tajuk kasik kontroversi .. :P

rindu nye.. integration testing buat mcmmana ek? white box ek? kena ade recommendation tak? haha .. tak penah kena buat pun .. :P

Adliff said...

Cik Afida,

Tidaklah saya faham apa yang dibicara tentang UAT, SIT STC itu. (Aliff Muhammad orang sastera dan pengurusan sahaja).

Namun secara mudahnya, setiap perkara mesti ada persetujuan secara holistik daripada pengguna dan penyedia perkhidmatan bukan?

Bila berjumpa lagi dengan cinta, bergembiralah. To see heaven in a wild flower...

Khairi Mohd said...

ini kalau sy cikgu bm sy kasi 30 markah ni sbb perenggan last baru kena dengan tajuk ahahaha.

atau kena secara tersirat?

tapi kan kata2 chapter15 tu best ler hehe.

Afida Anuar said...

@Aideeb-->mana2? tak nampak pun..hehee.. still waiting deeb. Rasa yang dulu dah lama hilang,entah bila akan kembali...waAllahualam..

@Naim-->Saya dah kasi details kat sana kan?...memang company ni tengah cari orang pun. Cubalah kalau dia memang berminat nak tukar angin. Mana tau rezeki..insyaAllah..

M@yaz-->Saje je tajuk tu kasi gempak sket ajat...eleh tipu la kalau tak pernah buat:P:P

@Aliff Muhammad-->Salam encik Aliff..tidak mengapa lah Encik Aliff tidak memahami kerana itu semua tidak penting pun di sini...iyer, sepatutnya begitu la..

Dan bila berjumpa dengan cinta...hurmm..abaikan je la..

@Khairi-->err 30%?? Fail!!!.hehe..
Ni takde tersirat2 khairi... memang itu la..eceh.. yg chapter 15 tu memang saya amik sebijik2..part akhir..love happens..

Rashid said...

senyum .. serius saya suka orang yang sibuk.. hehe

Tambah suka bila orang yang sibuk itu selalu senyum ..

Kamsiah yusoff said...

fida...kena bg alamat/no hp kalau nak jumpa hehe...tganu mmg best,especially keropok losong

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid-->err, macam menggambarkan ciri2 saya je tu cikgu..sibuk dan selalu senyum..eceh....

Kak Kamsiah-->InsyaAllah kak...ada jodoh nanti kita jumpa..mcm mana yer nak kasi phone no n alamat tu...ooh email akak, nanti fida kasi phone number n address ke email akak... hmm...insyaAllah malam nnti la kut, nak kene siap2 pi keje ni....

pi dulu...

wan said...

kemas sungguh entry fida kali ni
macam gi kelas ari isnin time blaja kat uni dulu. siap ada SIT n UAT bagai..

p/s:isnin je budak2 laki uni tu kena pakai tie n long sleeve siap tuck in. ari lain pakai casual but kemas. :)

Afida Anuar said...

wan... ingatkan wan zuriati tadi. Wan mana eh..

Kemas? Rasanya berterabur bagai dengan UAT SITnya..huhu...ampun..

PS: apa kaitan budak2 laki kat uni dengan entry ni eh..konpius..hehe

munn said...

fida, love happens tu tajuk novel k?
coz ada satu movie tajuk yg sm gak..
if yes, sapa author kh?

Afida Anuar said...

Munn..yg aku tengok ni movie... author novel tu aku tak berapa sure lak..huhu...

 

Browse