'Mak'...

Tuesday, June 01, 2010
Hari ni..banyak perkara yang menimpa diri.
Entah cukup kuat atau tidak untuk aku hadapi.
Aku pasrahkan diri aku tahu semuanya ketentuan Ilahi.
Pasti ada suka yang terselit di sebalik semua ini.

Muni...teman serumah yang hampir 3 tahun bersama. Suka duka diharung bersama dia. Nampaknya Muni takkan lama bersama kami di rumah tu. InsyaAllah ada rezeki, dia akan berpindah ke tempat yang lebih baik untuk dia. Rezeki Allah, siapa sangka secepat ni rezeki Muni bekerja di tempat lain. Aku doa moga Dia permudahkan urusan Muni untuk menempatkan diri di situ.

Awal-awal lagi aku dah boleh agak ini akan terjadi. Six sense, biasa la..hehe. Kalau tak pindah tempat kerja, kahwin, atau ajal akan datang menjemput....nak tak nak kami pasti akan keluar dari rumah yang damai itu suatu hari nanti.

Ah nama tempat pun Damai..sememangnya memberi tempias kepada suasana rumah kami...damai...

Cuma yang bermain di fikiran aku.....bila Muni pergi suatu hari nanti, separuh kekuatan aku untuk menetap di rumah tu juga akan pergi mengikut Muni sekali. Mana aku nak cari ganti separuh kekuatan lain untuk aku terus menetap di situ untuk satu tempoh masa lagi? Di mana?

Muni, kami suka memanggilnya dengan panggilan 'Mak'..hehe. Yer la, watak ke'mak'kan memang jelas terserlah pada Muni. Apa-apa sikit Muni.. even nak makan nasi pun bagitau Muni. Baiki paip rumah bocor pun Muni, masak untuk kami anak-anak kecil ni pun Muni. Muni memang handal serba serbi. Maklumlah 'mak' kan..hehe

Aduhh, aku menulis ni bercampur baur perasaan sedih sebab aku tau Muni akan pergi. Aku gembira dia dapat kerja baru, tapi dalam masa yang sama.... aku tak nak dia pergi. Siapa yang nak baiki paip kalau bocor lagi? Sapa yang nak buat makaroni bakar yang best tu lagi? Nak buat puding roti? Buat bubur cha cha. Siapa? Siapa?

PS: Kapal induk yang menghantar misi bantuan ke gaza diserang, setakat yang di update 20 orang sudah meninggal. Ada sukarelawan dari Malaysia juga berada di atas kapal tu,ayuh ummat Islam, sama-sama kita doakan keselematan mereka semua....... Ya Allah selamatkan lah mereka dari Israel laknatullah...

14 comments:

Abd Razak said...

Salam..:)

Usah merasa bimbang, patah tumbuh hilang berganti. Andai 'mak' tu pergi fida sendirilah pengantinya, belajar dari apa yang telah dia tunjuki.

Moga Allah turunkan pertolongan kepada mereka yang terlibat dalam misi bantuan tersebut..ameen

Pn Kartini said...

Salam Dear..:)

Begitulah lumrahnya alam..
sesuatu pertemuan pasti ada perpisahannya..
Sesuatu yang mendatang pasti ada yg perginya..
Satu hakikat yang harus diterima biarpun perit....

Afida Anuar said...

ABdul Razak-->Salam saudara..huhu, belajar tu, dah sikit-sikit kut, erkk..cuma suasana pasti lain selepas ni... entah la.

InsyaAllah...moga Allah membantu mereka..

Kak Tinie--> Salam kak tinie..thanks akak atas kata2... nama pun kehidupan..itulah intipatinya..bertemu berpisah..hidup mati...suka duka..kalau tak, takkan diberi nama kehidupan iyer dak?

penjejak maya said...

salam,

ganti la ngan 'abang' lak hehe..

sama-sama la kita mengutuk kekejaman zionis..

Tirana said...

Patah tumbuh hilang berganti...hilang kabus nampaklah ia...hehehe..Jangan bimbang Fida..walaupun suasana takkan sama macam dulu, insyaAllah dan mudah-mudahan pengalaman baru itu nanti bakal mengajar sesuatu yang baru..

putri_xue said...

nanti weekend import muni datang umah balik..

[palie] said...

kak muni pi mana? dpt keje mana?

niwtode said...

fida, jgn sedih2. kalo muni pergi kerja kat tempat baru, ko tinggal sorg ke?

aku pnah tggl sorg gak masa menyewa. mmg kene berdikari lebih sket dari selalu huhu.

kalo tinggal sorg, nnt boleh bawa keluarga tinggal sama masa cuti sekolah. bole ajak adik2 dok rumah sewa ko nanti :)

Sesumpah said...

mari sign up di


http://www.millatfacebook.com/

Khairi said...

Fida kena cari pengganti Muni dengan segera la ni kalau tak nanti kebulur semua hehe.

DUlu2 selalu gak tukar hosmet, tapi tak pernah sesedih ini apabila diorang pindah. huhu.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Likailaa ( Bolehjadi) sudah sampai ketentuan Allah swt supaya Afida mengambil pengganti yg tetap, kali ni tak macam Muni, kena sama2 pergi beli barang2 mentah, sama2 memasak dan berkongsi hidup. Yelah dah dekat le tu....

Afida Anuar said...

Penjejak Maya--> Salam... hehe..niatnya macam tu la...erk...kalau ganti dengan 'abang' alamat mmg kene keluar terus la dari rumah ni..hehe

Kak Tirana-->Kak Tirana,yeap, fida sedang belajar menghargai benda sebelum ia hilang.. merindui benda sebelum ia pergi...

Halimah-->Kalau Muni dapat kat Sabah nun...nak import jugak ke?huhuh

Palie-->Dipersilakan tanya Kak Muni sndiri..hehe

Edot-->hehe..takde la tinggal sorang edot..kak Sal ada lagi..mekdi ada lagi..cuma pasti terasa kehilangan la nnti..

Sesumpah-->orite!! we'll do..thanks ya sesumpah..

Khairi-->Hehe..khairi..insyaAllah tak kebulur lagi..'anak-anak' kecil ni semua chef chef belaka..hikhikhik..

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Aminnn!!!... Moga-moga makbul doa Tajnur;)...dah dekat ke..jauh ke..waAllahualam.. saya pun tak tahu..bulan tak nampak pun lagi ni..hehe

Frodo Baggins said...

>>___<<


rilex2. jgn sedih.
pindah sabah ke?
lumrah pertmuan n ppisahan
ganti ngan cik abang ler
weeeeee~~


((doa misi bantuan ke palestin selamat.amin. :( ...)

Afida Anuar said...

Frodo...takde la Muni pindah sabah..harap2 dia tak pindah sabah..huhu..

ganti?Tengok la cemane;)

Aminnnn....

 

Browse