Semuanya Biasa...

Friday, December 31, 2010
Sometimes it's easier to be honest and open with a stranger than someone you've known your whole life..

Pagi tadi entah bala apa yang menimpa, saat mahu menghidupkan modem dan router yang sepi semalaman, tiba-tiba modem buat hal. Dia tidak hidup. Kaku. Mati. Keras kejjung orang Terengganu panggil. Aaa sudah!! Takkan sebab semalam layan bola kat tv, internet merajuk kat saya kut..errr. Saya pula jenis yang tak jumpa tv berbulan-bulan rasanya boleh senyum panjang lagi. Tapi kalau sejam takde Internet kat rumah...alamat persis anak ayam yang kehilangan ibu nya la...errr.

Tengah hari tadi, saya dan Mekdi bawa modem dan perkakasannya ke TM kat Cyberjaya untuk diperiksa, yer la, mana tau modem ni belum 'mati' lagi, tapi dia pengsan je. Saya saspek la.. Periksa punya periksa, rupanya adapter modem tu yang rosak. Patut pun keras kejjung, tak nyala 'nyawa' dia. hehe. Alhamdulillah, dia kasi adapter baru. Free!... so dapat la saya berada di sini malam ni. Sempat lagi tu, modem saya di akhir-akhir tahun sebegini kasi jantung saya terrenggut seketika..hehe.

Biasanya akhir-akhir tahun sebegini, kebanyakan blogger buat wrap up cerita untuk tahun yang bakal ditinggalkan. Saya tak tahu saya nak wrap up tentang apa. Cerita saya cerita biasa. Sungguh! Cerita yang entah apa-apa pun ada. Cuma satu kesempatan yang saya tak boleh lupa, kesempatan agung yang dikurniakan Allah kepada saya dan kedua orang tua pada bulan Mac yang lalu. Sampai sekarang saya masih lagi terbayang-bayang suasananya, bau, tempat, saudara seagama, senyum mesra semuanya.Betapa seronok, betapa tenang, betapa bahagia, Allah je Yang Tahu.

Ahaa, dan tahun ni jugak la bendul saya kena langkah lagi sekali,ngeee. Syukur, waktu tu, mungkin dah pernah kena langkah pada tahun 2009. Jadi kali kedua ni, kurang terkesan sikit rasanya. Alah bisa tegal biasa orang kata. Bukannya teruk sangat pun. Serius!

Tak lupa kehadiran orang baru yang menambahkan seri dalam keluarga kami pada tahun ni, Umar Khaliss!! cucu pertama mak dan ayah, dan Eija, menantu mak ayah yang kedua selepas Aisyah. Kesian Eija, morning sickness dia teruk sangat, sampai kena masuk hospital. InsyaAllah bertambah lagi anak menakan saya tahun hadapan. Doakan..

Semoga tahun baru yang akan datang ni membawa seribu kebaikan dan sejuta ketabahan buat kita semua. Andai saya tersasar, tegur la saya, bimbing la saya, agar saya bisa bangkit. Agar saya bisa senyum di kemudian hari. Mungkin ini yang terakhir untuk tahun ni, insyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi di tahun hadapan..heh!

PS: Saya tiada azam tertentu tahun ni,cuma.. saya ingin menjalani hidup seperti biasa saja. Cukup.Bangun pagi dan bersyukur atas segala nikmat yang Dia kasi. Manis pahit kehidupan, semoga Allah jadikan saya dan kita semua manusia yang bersyukur, redha dan sabar.

21 comments:

IMANSHAH said...

azam azam azam..say hanya ada satu azam, nak kurangkan minum teh ais..haip..hehe nanti saya update pasal nih..hehe

Tirana said...

Happy new year, Fida. Ada masa nanti kita jumpa ye..hehehe

nahmy said...

assalamualaikum dan salam tahun baru 201111...:P

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida...:)

Moga saudari beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat kasihan belas~NYA...

Terus istiqamah dari baik kepada lebih baik dan jangan cuba menurunkannya kepada tidak baik..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Biarlah masa berlalu meninggalkan kenangan manis dan pahit asalkan kita tetap teguh dgn pendirian kita terhadap Allah SWT. Dia Allah) yg mengajar kita erti kehidupan dgn berkeadaan gembira dan bersedih.Surah Najmi:43وَأَنَّهُ ۥ هُوَ أَضۡحَكَ وَأَبۡكَىٰ Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis.
Namun apa jua pengalaman hidup, jgn lupa perintah Allah SWT sepanjang masa w/pun sudah berkeluarga krn hati manusia mudah keras apabila dilalaikan sehari demi sehari.Surah AlHadid:16أَلَمۡ يَأۡنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن تَخۡشَعَ قُلُوبُہُمۡ لِذِڪۡرِ ٱللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ ٱلۡحَقِّ وَلَا يَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلُ فَطَالَ عَلَيۡہِمُ ٱلۡأَمَدُ فَقَسَتۡ قُلُوبُہُمۡ‌ۖ وَكَثِيرٌ۬ مِّنۡہُمۡ فَـٰسِقُونَ Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq (derhaka). Wallahualam

Khairi said...

Fida, adapter awk hari tu pun dah rosak kan? heheh. suka dia rosak ye.

Anyway, selamat tahun baru. usah biar dilangkah aje ye ;p

DAMAI SURIA said...

Slmt tahun baru 1432 hijrah & tahun baru 2011 kpd Afida. Semoga terus 'berketrampilan' diri bak mentari bercahaya di siang hari, bintang pula bersinar di mlm hari.(ewah..ewah)

Kamsiah said...

selamat menyambut tahun 2011...semoga kita semua menjadi lbh baik dari sebelumnya..

Pn Kartini said...

Salam my dear dik Fida:)

Selamat Tahun Baru 2011
Moga dilimpahi rezeki..dianugerahkan kesihatan yang baik...dilindungiNya selalu dan diberkati...

Sebut pasal azam tuu....er..er..nak rajin2 skit bersenam nihh..:P:P

Afida Anuar said...

@Imanshah-->Imanshah..eh tu saya tengok iman tengah togok teh ais tu...hehe. moga azamnya tercapai.. insyaAllah

@Kak Tirana-->Kak Tirana...ya Allah lamanya akak menyepi di ruangan ni.. InsyaAllah kak, itu lah, harap2 ada masa nanti dapat lawat akak..

@Nahmy-->Waalaikumusalam wbt.. pendek je ucapannya nahmy..hehe, saya gurau juga. Selamat tahun baru juga buat Nahmy sekeluarga..

@Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt. Saudara abdul razak..Alhamdulillah, moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya..

InsyaAllah, moga2 istiqamah itu ada walaupun dikit2.. Saya cuba:D

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tu dia, komen yang saya nantikan dari Tajnur..Terima kasih kerana sering mengingatkan, sering berkongsi... ayat-ayat suci Al-Quran dan tafsir. moga beroleh kebaikan kepada saya dan juga kita semua.

@Khairi-->hehe, haritu..eh tahun lepas la khairi, bukan adapter yang rosak, modem yang rosak... kali ni adapter. Kene panahan petir katanya..err..

Selamat tahun baru juga buat khairi,ja,absyar... ahaa, itu la. InsyaAllah moga2 lepas ni tak kena langkah dah...errr..doakan!

@Damaisuria-->Ewah ewah..Aminnn.. Moga damaisuria sekeluarga pun begitu juga...salam tahun baru..

@Kak Kamsiah-->Selamat tahun baru juga buat kak kamsiah sekeluarga. insyaAllah..moga2 ya kak.

@Kak Tinie-->Salam my dear kak tinie...selamat tahun baru juga buat akak sekeluarga... Aminn..moga akak pun sama, dilimpahi rezeki yang berkat, kesihatan yang baik dan sentiasa dalam perlindunganNya..

ahaa..jom akak pi joging;)

IMANSHAH said...

Salam

Buka Hati ada damai
Buka mata ada terang
Buka kasih ada sayang
Buka kotak komen ada ucapan Selamat Tahun Baru 2011
Semoga semua harapan yang tertunda dapat dikotakan di tahun 2011 ini. Amin.

ikhlas :

Sahabat mayamu,
Imanshah

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

Selamat Tahun baru kak Afida :) moga tahun mendatang lbh bersinar buat kita semua InsyaAllah.. ermm.. ada la yg tertentu Maiza terpaksa carry forward lah hehe... Alhamdulillah.. kalau tak salah usia perkenalan kita sudah setahn lbh.. manis perkenalan maya... moga terus kekal manis.. amen...

luahfikiran said...

SALAM,
KITA SAMA2 BERDOA AGAR TAHUN2 MENDATANG INI LEBIH BERMAKNA DAN LEBIH BANYAK PEMBAIKAN DIRI DILAKUKAN.

Afida Anuar said...

Imanshah-->Salam iman.. Nak kena balas dengan puisi jugak ke? errr..
Tak yah la eh..

ahaa, itu la. kena carry forward lagi...

Ikhlas..
sahabat mayamu
Afida Anuar;)

Maiza-->Waalaikumusalam mai. Selamat tahun baru mai...InsyaAllah...ahaa, itu la, kene carry forward.... Pejam celik..pejam celik..kejap je kan mai. moga terus kekal insyaAllah..

Luahfikiran-->Salam LF. InsyaAllah LF, moga2.

Admin P@P said...

Assalamualaikum.

Pengalaman dan kenangan 2010 boleh dijadikan panduan untuk menempuh 2011 dengan lebih yakin dan bersemangat.

Semoga sentiasa ceria dan maju dalam hidup.

TQ

DrSam said...

Salam afida. sama-sama kita minta dimurahkan rezeki, diberi keafiatan dan dipanjangkan umur agar berpeluang sekali lagi memohon keampunan dan keredaan serta beribadat kepadaNya buat bekalan perjalanan seterusnya.

ummu said...

assalamualaikum Afida
akak doakan yang baik2 je untuk Fida untuk hijrah 1432 ini.Moga2 doamu bersambut.
Tabahnya Fida,walau dilangkah bendul.Moga Allah berikan yang etrbaik untukmu

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabatku..semoga 2011 ini impian awak untuk menjadi pendidik kan tercapai..insyaAllah...

Afida Anuar said...

Dr Sam-->Salam Dr...InsyaAllah dr... Moga dimurahkan rezeki kita, diberi kesihatan dan dipanjangkan umur utk terus menghambakan diri kepadaNya..

Kak Ummu-->Waalaikumusalam kak... Aminn.. moga2 makbul doa akan. Moga sentiasa diberi ketabahan utk fida hadapi ujian yang satu ni;)

Sahrom-->Waalaikumusalam wbt..sahabatku... insyaAllah... ahaa, dalam seminggu dua ni bakal diketahui result interview hari tu..dup dap dup dap..hehe;)doakan!

naimisa said...

bendul kena langkah tidak mengapa. lebih baik daripada dipijak. Kalau dipijak, kemungkinan bendul akan patah. He3

Afida Anuar said...

Naim..hehe, kene langkah je. Tak kena pijak pun. Dun wori takkan patah punye;)

 

Browse