Pendamping Diri...

Friday, September 24, 2010
Tadi keluar pejabat agak lambat. Saat-saat nak balik, ada hal pula nak kene setel dengan team dari onsite. Bla bla bla...clarify gaps...bla bla bla...lalala... dekat Isyak juga baru aku keluar opis. Sekali sekala keluar opis tanpa melihat matahari petang, tak kisah la sebab bulan terang masih ada untuk dipandang;)

Sebelum sampai rumah, aku belok untuk ke food court di Precint 9 jap. Beli makan. Satu hari suntuk tak makan, perut memang bergeroncong hebat. Nak balik rumah masak? Fuh, kirim salam je la. Bukannya aku malas nak masak (konon), aku rajin bab masak memasak ni tau...eceh, tapi kalau setakat nak suap anak tekak aku sorang, baik beli je. Dah nama pun bujang kan. Bujang is simple, ke macam mana? hehe

Siap nasi goreng kampung bersama sup kosong yang ditempah, aku meneruskan perjalanan pulang bersama Incik Hitam ke Pangsapuri yang ada diletakkan nama Damai di belakangnya, tak jauh dari food court Precint 9 tu je pun. Parkirkan Incik Hitam kat tempat biasa...bla bla bla. Kunci streng Incik Hitam, kunci dengan master key sambil membaca. بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ. Bacaan dari dulu setiap kali nak tinggalkan Incik Hitam kat mana-mana. Alhamdulillah...Incik Hitam tak pernah lari..masih setia di sisi.

Aku berjalan tergesa-gesa menuju ke lif. Sampai depan lif, terserempak pula dengan beberapa orang ahli jemaah lelaki yang baru keluar dari surau usai solat isyak berjemaah. Surau di Pangsapuri kami cuma terletak berhampiran dengan lif. Aku dah tertunduk-tunduk malu dah. Ye la, mereka sudah selesaikan tanggungjawab terhadap Pencipta menunaikan solat isyak, sedangkan aku...baru je pulang dari urusan duniawi.

Dalam duk tunduk-tunduk malu tu, aku bersyukur kerana masih ada lagi lelaki-lelaki soleh yang wujud di pangsapuri ni. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Dan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Tapi seorang baru balik dari surau....seorang lagi baru balik dari opis. Hurmmmmmm.....

15 comments:

Khairi said...

hehehe... nak buat mcm mana Fida, kalau dah balik kerja lambat. mungkin depa tunggu awak balik dulu baru kuar surau bajet tembung kat lif heheheheh.

Abd Razak said...

Salam sdri Afida...

Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat sdri di sana...

Yang pergi surau beribadah dan yang baru balik dari opis mencari rezeki pun ibadah, yang penting semua ibadah terutamanya yang khusus tidak diabaikan.

Pn Kartini said...

Salam my dear dik fida..:)

Betul apa yang dikatakan saudara Razak...
sememangnya mencari rezeki jua satu ibadah..
Yang ptg..sesibuk mana sekalipun kita mencari rezeki..namun Dia tetap menjadi pendamping kita ...:):)

p/s: balik malam2 tu...hati2 ya..:)

aideeb said...

sbb tu setiap pekerjaan yg kita buat kita kene anggap ibadah lillahita'ala..supaya xsia2...ramai yg suka cakap kejar duniawi..tapi sebenarnya segala yg duniawi juga akan dikira di akhirat...

sahromnasrudin said...

salam...pasti salah seorang jamaah lelaki itu berbisik ' sungguh mulia wanita ini mencari rezeki.. dari awal pagi sehingga matahari telah menyorokkan dirinya..aku mendoakan semoganya rezekinya dipermudahkan oleh ALLAH SWT'....

Afida Anuar said...

Khairi-->hehe ada ada je. Depa pun tak kenal saya, saya pun tak kenal depa. Takde maknanya depa nak tunggu. Tapi sejuk je hati tengok...errrr..

Abdul Razak-->salam saudara abdul razak, Alhamdulillah...moga saudara di sana pun begitu jua..

InsyaAllah..niat bekerja kerana Allah..moga2 diterima, dan diberkati rezeki yang dikurnia..terima kasih saudara, keriana mengingatkan..

Kak Tinie-->salam my dear kak tinie...iyer kak, tapi segan betul malam tadi, boleh pula bertembung, selama ni tak pernah pun, heh....

insyaAllah kak ...

Adeeb--> Itu la deeb, aku termiss point tu.. harap2 diterima segala amal...

Sahrom-->salam...ya Allah kalau betul ada jemaah yang berbisik sedemikian rupa..alhamdulillah...sejuk hati saya mengetahuinya. Tapi tak semua akan berbisik begitu...waAllahualam..

niwtode said...

"Tapi seorang baru balik dari surau....seorang lagi baru balik dari opis."

ayat ni buat aku terpikir.. yang baru balik dari opis tu = fida.

pastu yg SORANG lagi baru balik dari surau tu, sape ekkkkk :P

dan yang pasti, bila jumpa orang tu Fida tunduk malu... hurrmmmmmmm...

tahun depan nasi minyak kat Ganu kite??

Naim said...

yang balik dari surau itu masih 'available' lagi tak?

maaflah nakal sikit soalan ni...

tajnur said...

Assalamualaikumw wbt
Mmg betul apa yg disa rankan oleh Sdra A Razak dan Pn Kartini. Apa yg nak dimalukan, krn kerja mencari rezeki sebahagian dari perintah Allah SWT dan sentiasa dlm Ibadah. Surah AlQasas:77 وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَٮٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.
Suah AlJumaat:10 فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَٱبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
Maknanya, urusan dunia yg kita cari semalaman merupakan sebahagian dr ibadah kita terhadap Allah SWT. Kalam Allah itulah merupakan `pendamping diri` kita terhadap Allah tidak kira dimana dan tika mana kita berada, hati kita sentiasa berada disisiNya, InsyaAllah!

penjejak maya said...

salam,

takpe la pulang lewat kerana mencari rezeki asalkan tak lupa tanggung jawab pada Tuhan..

Sesumpah said...

sejuk hati tengok masih ada lelaki yang bertaqwa dan tak khayal dengan duniawi





malu kat diri sendiri :(

nahmy said...

betul kata syeikh Abd Razak tu...bekerja juga adalah ibadah..asal shj kerana-Nya & tidak krn 'duniawi' tu

Afida Anuar said...

@Edot-->fuh, jauh sungguh ko berfikir edot, tu kiranya andaian je la..diaorang orang baik2, baru balik dari surau...eh aku pun baik gak, baru balik dari opis.. nasi minyak..doakan eh edot!

@Naim-->ahaa..itu la naim, waAllahualam..nak tanya segan...pandang wajah pun tak..eceh..

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt!... Tajnur..iye..selama ni kita hanya nampak ibadat yang zahir tu la ibadat. Tapi benar, setiap benda yang kita buat kerana Allah, pun merupakan ibadat. Terima kasih kerana mengingatkan...

@Penjejak Maya-->Salam PM., insyaAllah tak pernah lupa..

@Sesumpah-->Itu la..alhamdulillah. Masih ada di sini..di sana? mcm mana?hehe

@Nahmy-->insyaAllah Nahmy... moga2 Allah menerima segala amalan..

DAMAI SURIA said...

Sekali-sekala bawalah Incik Itam utk tujuan ukhrawi. Isilah Incik Itam dgn teman2 seibadah. Incik Itam will always ok n is ready to be there. Apa2 pun, sesuatu pekerjaan yg baik merupakan ibadah:)

Afida Anuar said...

@Damaisuria-->Alhamdulillah damaisuria..selalu juga bawa incik hitam ke tempat2 berkenaan..tu pun klu tuan dia rajin la;)

 

Browse