Bicara Ramadhan...

Friday, September 03, 2010
Bila blog sendiri pun tak sudi nak pandang...
Ada la tu cebis kusut yang bertandang...
Tambah dengan rajuk yang panjang....
Entah bila akan renggang...
Rajuk pun tiada siapa sudi nak kenang...
Akhirnya dibiarkan rajuk melayang...
Terbang dan hilang dibawa bayu petang...

Bila muncul malam gemilang...
Bersama gemerlapan bintang terang...
Tenang hadir menyapa riang...

'Ayuh sayang kita pulang'...

20 comments:

penjejak maya said...

salam,

ini mesti kes demam nak raya hehe takpe nanti dapat la pulang balik beraya jumpa famili tersayang..

selamat balik kampung dan moga selamat pergi dan balik..

Bro Bayu said...

Terbang dan hilang dibawa bayu petang...
hehe, like this phrase though it sound so sad..."bayu" is so poetic to be used in lyric, poem, and any literary works..and it affects my life too for my name is bro bayu

Abd Razak said...

Salam saudari..

Moga sdri sihat hendaknya terutamanya di saat-saat Ramadhan akan meninggalkan kita...

Merajuk dengan diri kerap merasa mengantok ketika sujud pada~Nya..

Selamat melangkah kembali ke kampong, moga Allah permudahkan perjalanan..

p/s: bila nak balik beraya?

Pn Kartini said...

Salam my dear..:)

Biarkan rajuk itu berlalu..
kerana ia bisa membuat hati nan pilu..
Pulihkan semangat dikampung yg selalu dirindu..
bahagia pasti akan bertemu...:):)

p/s: Balik kg elok2 ya...
Tak nak sedih2!:)

niwtode said...

awalnya nak balik ganu beraye~ pandu dengan selamat ye Fida. ingat orang tersayang.

ps: nikmatilah puas-puas beraya dengan parents. nanti nanti bila kene gilir-gilir.. jangan sedih sedih (mcm sape ehhh) huhu

NurulB said...

patut ler blog sunyi tanpa entry.rupa nya merajuk panjang eh fida..:)...

Afida Anuar said...

@Penjejak Maya-->SAlam PM..bukan kes demam sebab nak raya...tapi sebab err..heheh.. yer..PM pun sama..selamat pulang ke kg juga..moga selamat berjumpa dengan famili tersayang, insyaAllah...

@Bro Bayu-->Alamak..terguna nama bro bayu...gagaggaga..takpe la..nasib baik bro bayu suka...sound so sad ke? rasa mcm biasa je..hehe

@Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak..alhamdulillah pada tika Ramadhan nak meninggalkan kita ni, saya masih dikurnia kesihatan moga2 saudara pun begitu di sana ya.. iyer..saya pun merajuk dengan diri sendiri ni...nnti la saya pujuk..

InsyaAllah saya balik terengganu Rabu depan, lepas kerja terus gerak..doakan selamat sampai ya...

@Kak TInie-->Salam my dear kak tinie..hehe..tergelak pulak baca komen akak ni...ok ok, janji lepas ni tak sedih dah.... insyaAllah..doakan selamat sampai ya..

@Edot-->Aku balik kg rabu depan edot,lambat lagii..aduhaii.. lepas kerja terus gerak.. harap2 highway tak jem.. ahaaa,itula menikmati saat2 bujang sebelum tiba saat kene gilir2 balik kg...errr...

macam sapa?..macam ko?hehe

@NurulB-->Merajuk pada diri sendiri uyul..err..eh ada ke? hahhaa apa2 je la..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Kuatkan keimanan dan jangan putus asa supaya tercapai keyakinan diri dan aspirasi diri. Seharusnya pada penghujung Ramadhan ni, ada daya lonjakan mengamalkan ibadat dan menyelesaikn byk perkara remeh-temeh yg menghalang perjuangan hidup kita. Apalah nak dilayan sgt hati yg rajuk krn perjalanan ni singkat (ambil dr nama blog sdr Abd Razak) tetapi pencapaian masih jauh. Seharusnua juga bila sudah alik dr Umrah, aspirasi sudah ttn tinggi. Kena banyak2 bersabar krn perjuangan Rasulullah saw dan para Sahabat sehingga bergoncang bumi sehingga terkeluar dari mulut2 mrk,`Surah AlBaqarah:214 ..مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬ Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)

nahmy said...

rajuk jgn panjang-panjang
sampai tersesat jalan pulang
dirisau kelak terlepas pandang
lailatul qadar yg menjelma datang

ashrafi said...

Semoga dipermudahkan urusan kehidupan. Insha Allah.

shameel Iskandar said...

Biarkan rajuk melayang...
Terbang dan hilang dibawa bayu petang...

Rajuk kalau dibiarkan ia akan mencalar perasaan.

Ia akan membakar mcm api di dalam sekam.

sahromnasrudin said...

salam..ini kes rindu kat kampung halaman la ye? huhuhuhuuh

alehkayong said...

pulang dengan hati yang tenang k..insylah.

Tirana said...

Fida tak sabar nak balik beraya di kampung sampai mood nak blogging pun hilang ke?

unclejoe said...

hehehe... bila muram dtg waktu di bulan ramadan .. mungkin satu kelebihan... menanda kita lagi diberi ujian... kerana menambahkan lagi ketaatan... adehhh ni campur nak balik raya gak ni... lagi lah cepat nak balik kampung ni .... erkkk

Afida Anuar said...

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt!..Tajnur..saya bukannya sudah berputus asa ke apa..cuma terasa letih sangat dengan karenah projek ni..eh tercerita bab projek pulak..hehe.. InsyaAllah kesabaran masih membelenggu saya. Kalau saya tak sabar, rasanya dah lama..errr..ok abaikan.. huh,tak sabar nak balik beraya di kg..cuti panjang insyaAllah..

@Nahmy-->salam nahmy. Tak merajuk dah..yer...lailatulqadar..alhamdulillah masih ketemu jalan pulang

@Ashrafi-->InsyaAllah... thanks.

@Shameel-->tu dah biar dia melayang..maknanya dia dah pergi..lega..err

@Sahrom-->rindu kg, penat dengan karenah kerja.. smua bercampur baur.. huhu....

@Alehkayong-->insyaAllah..harap2nya

@Kak Tirana-->Mood blogging hilang sebab idea tuk mencoret2 tu direnggut dengan karenah kerja la kak..aduhaiii...

@UJ-->betul la kut UJ..bulan Ramadhan, dugaannya lagi hebat.. moga2 diberi kemudahan tuk hadapi ujian... aaaa...tak sabarnya nk balik kg!!!...
UJ,nnti fida emailkan phone no yer... boleh singgah beraya kat teratak fida kat pulau rusa tu;)

luahfikiran said...

Salam,
Layan perasaan nampaknya. Balik kampung nanti, ok lah tu. Selamat Berhari Raya dan Maaf Zahir Batin.

Afida Anuar said...

Salam LF... hehe.. saje melayan perasaan..sekali sekala orang kata..secukup rasa..eceh..

Selamat hari raya dan Maaf zahir batin buat LF sekeluarga juga...

Rashid said...

'okey sayang.. kita pulang..'

kerdipanbintang menyapa damai ..

Afida Anuar said...

wohaaaaa... eh tapi cikgu rashid, bukan kerdipan bintang yang menyapa..ni bintang lain yang ajak pulang ni..hahahha..

gurau je la cikgu..ok ok kerdipan bintang, jom kita pulang..eceh..

 

Browse