Tertawan...

Friday, October 15, 2010
Kebiasaannya pada waktu begini, saya sudah selamat belayar ke bulan. Tapi itu tidak terjadi pada malam ni, entah la, macam ada sedikit rasa yang menusuk sukma yang menghalang saya dari belayar (kononnya). Padahal....

Berita dari ibu yang saya terima tengah hari tadi benar-benar menggembirakan hati saya yang sedang berselirat dengan untai-untai kerja dan rasa. Alhamdulillah, saya sudah jadi makcik!!!!(ohh tuanya, hehe). Jadi petang tadi, sebaik keluar dari opis, saya terus meluncur ke Shah Alam dengan Incik Hitam. Meluncur tuuu..hehe. Incik Hitam boleh meluncur tau!;). Meluncur sebab nak tengok mujahid kecil yang sudah keluar menatap wajah dunia.

Syukur, adik ipar saya Aisyah dan mujahid kecil sihat. Teruja sungguh bila melihat raut mujahid kecil buat kali pertama. Teruja yang tak pernah saya rasa sebelum ni. Maklumlah, anak menakan yang pertama. Cucu sulung mak dan ayah!! Pasti terujanya lebih dari biasa kan? hehe.

Bla bla bla bersama mujahid kecil di salah sebuah hospital di Shah Alam benar-benar meralikkan, hampir pukul 10 malam juga baru saya tiba di Putrajaya. Bila tiba di rumah, banyaknya benda nak kena buat. Beg lagi yang nak kena pack. (Oh ya, besok malam saya akan pulang ke kampung saya di Terengganu sana...insyaAllah) .

Akhirnya... bila semua kerja dah selesai. Here i am..

Ok bersurai. Besok saya kerja, huhu

19 comments:

Abd Razak said...

Salam Saudari Afida...

Moga saudari sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera di sana..

Tahniah dapat anak penakan yang pertama. Moga dia menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada kedua ibubapanya, keluarga, bangsa dan agama.

Moga Allah permudahkan perjalanan sdri pulang ke kampung.

Tirana said...

Tahniah, dapat anak saudara baru. Kak tirana ni dah sampai masa untuk dapat cucu saudara baru...hehehe

Afida Anuar said...

Abdul razak-->Salam saudara abdul razak. Alhamdulillah. saya sihat2 saje di sini. Moga saudara juga di sana pun begitu jua.

Ohh orang sarawak panggil panakan ye..1st time dengar. InsyaAllah itu lah juga doa saya buat si mujahid kecil..

Kak Tirana-->Terima kasih kak tirana. Lega tengok akak kembali berblogging. Moga hubby akak sudah sembuh sepenuhnya. InsyaAllah...

ohhh dah nak jd nenek saudara ke kak tirana? tahniah2. Tak lama lagi jadi nenek pula. InsyaAllah..

luahfikiran said...

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. MELIHAT BAYI YANG BARU LAHIR MEMANG MENGEMBIRA DAN MENGASYIKKAN. KAIN PUTIH YANG SEPUTIH-PUTIHNYA !

APAPUN, SELAMAT PULANG KE KAMPUNG ! BERHATI2 MEMANDU

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..bertambah lagi umat Islam kita..semoga bayi ini akan menjadi anak yng soleh yang bisa berbakti kpd kedua ibubapanya, agama, bangsa dan negara..

Kehelan said...

tahniah Fida! Fida dh sebaris dgn kay... dh jadi makcik long! :)

Pak Shake said...

syoknya dapat adik....
syoknya dapat adik....
syoknya dapat adik....


haku nak carix mak hadik !
ha ha ha

aZr|n said...

tahniah dah jd makcik. comelnya mujahid kecil tu.

naimisa said...

belum boleh dipanggil panggil makcik lagi, sebab budak tu belum pandai bercakap.... -:D

nanti pertama kali mujahid kecil itu kata, "Makcik! Makcik!" - baru SAH anda diiktiraf sebagai makcik.

-----
'alaa kulli haal, alhamdulillah. saya doakan dia jadi anak soleh.

uNcLeJoE said...

tahaniah dah jadi mak cik.... hehhe.. dapat anak sedara pun best kan... apatah lagi anak sendiri...:-)"

Pn Kartini said...

Salam:)

Alhamdulillah...selamat semuanya..:)
Tahniah sebab dah jadi mak cik yang vogue gituu..:):)
Smile!!:):)

nurkass said...

salam rakan blogger..
tahniah Fida!! Balik KG ke?..nak ikut!!hehe

DrSam said...

salam. Alhamdulillah, bertambah seorang lagi mujahid kecil. semoga perjalana ke Ganukita selamat dan sejahtera.

shauqi said...

la.. igtkan anak kak fida.. nanti nak kawen jgn lupe invite..:)

Afida Anuar said...

@LF-->Alhamdulillah LF..sudah selamat pergi..dan selamat kembali.

@sahrom-->InsyaAllah SAhrom..thanks for doa..

@Kay-->ahaaa, itu la kay...dah sama taraf dah dengan kay:P

@Pak Shake-->aaaaaa..bukan adik la pak shake..anak sedare:P:P

@Azrin-->hehe..kita sama2 dah jadi makcik kan azrin..heh!

@Naim-->eh betul gak tu kan naim..hehe..eh nak tak suh dia panggil makcik la, nampak tua..ekekeke

@Uj-->itu arr UJ, buat rasa tak sabar nak dapat anak sndiri..errr..

@Kak Tinie-->Salam kak tinie..eh vogue ke fida n..err..layannn...

@nurkass-->Salam nurkass..hehe..ala, baru baca ni. Lambat tau..raya aji ni nak ikut balik kg lagi?hehehe

@Dr Sam-->InsyaAllah Dr sam..dah selamat balik ke ganu..n dah selamat kembali ke kota pn...huhu. lama tinggal blog ni..

@Shauqi-->nak dapat anak mcm mana tak kawin lagi shauqi oiii..eh klu kawin, insyaAllah aku jemput ko... dun wori;)

aliff muhammad said...

Cik Afida,

Tahniah dari saya.

Saya telah punya 12 orang anak saudara. Paling tua sudah 15 tahun, paling muda setahun lebih.

Afida Anuar said...

Alip...terima kasih. Alip punya dah ramai. Saya punya, ni yang first. Jadi teruja tu lebih skit..hehe.

deena farhana said...

salam pkenalan dr deena buat afida :)

tahniah dah jadi auntie..comel nephew :)

Afida Anuar said...

Salam perkenalan juga buat deeNa...

ahaaa, dah tua dah fida ni deeNa..dah pangkat makcik dah..ekekeke...

 

Browse