Tuesday, February 09, 2010

MB Di Hati Mahkamah, Bukan Di Hati Rakyat..

Mahkamah persekutuan pagi tadi mengishtiharkan MB perak adalah zamry.

Sekian.

PS: Sapa tau bus that cross the ocean?

Monday, February 08, 2010

Syaitan Tak Masuk Rumah Kami..

Tengah sembang-sembang di tengah rumah dengan teman serumah Sal dan Muni sambil Mekdi melayan citer Merlin semalam. Aku sempat berjenaka dengan Sal.

"Sal, tau tak rumah kita ni syaitan tak masuk dah", aku.

"Haa? Kenapa? Sebab selalu baca Quran?", soal Sal.

"Tak", jawab aku pendek.

"Habis tu sebab apa?" soal Sal ingin tahu.

"Sebab ada tv. Dah boleh ganti tugas syaitan", aku.

Sal ketawa. Aku sengih. Muni senyum.

Cerita pasal syaitan tak masuk rumah ni Muni yang ceritakan pada aku waktu kami pulang dari tempat kerja tempoh hari. Entah kenapa tiba-tiba aku terfikir untuk me’relate’kan kepada situasi rumah kitaorang yang waktu tu tv sedang rancak terpasang.

Begini ceritanya. Ada seekor syaitan, dia ingin menggoda manusia supaya mengikutnya. Tatkala sampai di pintu rumah seorang manusia ni, dia tak jadi masuk. Tanya sahabatnya yang juga seekor syaitan.

"Kenapa kau tak jadi masuk rumah manusia tu?"

"Takpe la, rasanya aku tak perlu masuk dah rumah tu. Sebab dah ada tv, dah boleh ganti tugas aku".

Renungkan, ada betulnya juga kisah perbualan syaitan di atas. Disebabkan tv kita jadi lambat untuk solat. Mesti nak habiskan dulu rancangan yang kita tengok tu baru kita nak solat. Kalau tak, nanti pasti terlepas cerita la. Tak tahu kisah la. Macam-macam lagi la alasan untuk menjadikan kita terlambat untuk solat.

Tak rugi pun kan kalau tinggalkan sekejap tv tu dan pergi solat yang tak sampai 10 minit. Kalau tv kita boleh menghadap selama berjam-jam,kenapa solat yang tak sampai 10 minit tu kita masih boleh bertangguh. Allah dan tv...mana keutamaan hidup kita?

Peringatan untuk diri sendiri juga, walaupun aku bukan kaki tv, tapi aku kaki lappy. Lappy dan tv tak banyak bezanya pun.

Tu baru kisah menjadikan manusia lambat solat. Kisah keburukan lain…pasti banyak kalau kita fikir-fikir. MasyaAllah..

Agak-agaknya la kan, syaitan zaman IT mesti jawab, tak jadi masuk rumah sebab manusia-manusia tu dah dilalaikan dengan blog, facebook, forum, youtube, ym, bla bla bla..erkk

PS: Dah dah, tak payah komen lagi. Pi la solat dulu kalau tak solat lagi. Lepas solat nanti baru komen eh;)

Till then..

Saturday, February 06, 2010

Lagi Sebulan..

Lagi sebulan apa?

Tunggu la, nanti akan dikhabarkan. Teruja sangat ni..

Betul la kan kata orang, bila kita duk nanti-nanti akan sesuatu, terasa masa berjalan macam siput..alahaiii... Tapi bila tiada apa yang dinanti..berdesupp dia berlari. Sampai tak terkejar kita dibuatnya kan?

Sebulan...boleh ke suruh kau berlari cepat sikit?erkk

Friday, February 05, 2010

Tukang Masak!??..

Balik dari kerja petang semalam, seorang teman baik yang bekerja di Terengganu sms. Suruh dibuka laman sesawang kerajaan Negeri Terengganu, katanya ada beberapa kekosongan jawatan. Aku teruja. Segera aku on lappy. Tapi hampa, laman sesawang yang dikatakan itu hanya memaparkan skrin putih, kosong. Aku kecewa.

Sudah bertahun-tahun aku berusaha mencari kerja di tempat kelahiran sendiri, apply sana sini. Namun bukan rezeki aku di sana lagi agaknya buat masa sekarang. Tambah pula dengan bidang yang aku ceburi ni, sedikit sebanyak agak menyukarkan. Tertanya-tanya gak aku, bila la gamaknya kat Terengganu tu nak buat satu bandar sebijik macam Cyberjaya ni? eerkk... (PS: Dato Mat said, ada dalam plan kerajaan negeri dak?)

Bukanlah aku tidak suka bekerja di pinggir kota ni, tapi entah la... perasaan untuk bekerja di kampung tu lagi terpahat di jiwa. Aku tak kisah, kalau orang kata bekerja di kampung itu tidak glamour. Tiada cabaran. Tiada persaingan. Tapi kalau dah kerja halal... apa salahnya kan?

Aku selalu pujuk diri sendiri, ada la tu rezeki aku untuk bekerja di sana nanti. Hakikatnya aku masih di sini. Nampaknya kene berusaha lebih lagi, ayuhh Fida!

Nak jadi tukang masak je la, aci?erkk

PS: Fida, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Titik.

Wednesday, February 03, 2010

Suka Tak Semestinya Cinta.. Kan?

Meskipun hanya rasa suka,
bukan sesuatu yang mudah untuk aku lawan.
Sungguh!!

Tuesday, February 02, 2010

Bicara Hati Di Petang Hari..

Petang ni langit begitu gelap. Guruh pun sudah mula berdentum dengan lembutnya. Bila-bila masa saja Dia akan menurunkan hujan. Aku mengharapkan hujan rahmat dariNya.

Aku sukakan hujan. Suka termenung dalam hujan. Suka mengelamun di tepi tingkap sambil menikmati hujan. Entah mengapa bagi aku hujan itu mendamaikan. Hujan itu membahagiakan. Hujan itu bisa menyejukkan jiwa yang kepanasan dan kegelisahan.

Tapi, hujan masih tidak turun-turun. Hati aku begitu gelisah..

Aku tertanya-tanya.... bagaimanakah caranya untuk aku keluar dari kepompong dosa yang membelenggu diri ini? Tabahkah aku? Bisakah aku?

Tiada lain yang aku pinta melainkan keredhaan dan rahmat dariNya untuk aku dan untuk semua orang yang aku sayang... ayah ibuku, adik-adikku, sanak saudaraku, sahabat-sahabatku, dan semua yang ada di sekelilingku...

Ya Allah, tunjukkan aku jalan keluar...

Monday, February 01, 2010

Rembat..

"Kadang kala penafian itu perlu, bila hati condong pada sesuatu yang bukan milik kita. Pedih, tapi pasti ada hikmahnya",


Mana entah aku rembat kata-kata ni, main rembat je..hoho. Dalam dunia ni banyak benda yang kita nak. Tapi ada antaranya yang kita tak dapat. Banyak juga benda yang kita tak mahu, tapi kita dapat. Kan? Kenapa? Sebab Allah Maha Mengetahui.


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" [Al-Baqarah:216]


Till then...


PS: Macam tak kene dengan jiwa pulak rasanya template ni...ermm..


Thursday, January 28, 2010

Teman Dalam Kubur..

Sudah masuk 2 tahun Incik Hitam menemani aku ke mana saja aku pergi. Sebagaimana setianya dia bersama aku, begitulah juga telitinya aku menjaga dia. Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun bersama, Incik Hitam tak pernah meragam walau sekali. Kondisinya memang tip top dari dalaman hinggalah luaran. Eceh, saje je nak puji lebih-lebih ni. Ye la, sapa lagi yang nak puji kalau bukan tuan dia sendiri kan? hehe..

Isnin lepas, aku bawa Incik Hitam untuk major servis di pusat servisnya di Serdang Raya. Kalau ikutkan jadual major servis kali ni sudah mencecah 40000km. Pukul 8 pagi aku dah sampai di pusat servis tersebut yang baru didatangi oleh 3 pelanggan termasuk aku. Memandangkan major service,maka aku dikehendaki menunggu selama 2 jam lebih menurut kata service advisor tu. Wooww lama jugak tu..Nasib baik aku ada membawa bersama "Bila Allah Menduga Kita". At least dapat juga aku mengisi waktu yang terluang di situ.

Biasanya kalau ke pusat servis, aku akan bekalkan bersama aku sebiji atau dua biji buku. Bukan aku tidak mengharapkan majalah-majalah atau surat khabar yang disediakan, tapi at least kebosanan menunggu itu tidak terlalu merenggut jiwa dengan adanya buku sendiri;).

Tambahan pula, pengunjung ke pusat servis itu seolah 'bisu' termasuk lah aku. Nak tak nak, kene ada jugak la bahan bacaan untuk mengisi masa yang ada. Kalau ada teman nak bersembang, lain cerita la pulak kan? hehe.

Hampir 2 jam setengah Incik Hitam siap diperiksa dan diganti alat mana yang patut diganti. Sabar betul aku menunggu. Dan sila lah percaya kos untuk major servis itu cuma RM5.77 sen. Wahh nak citer jugak kat orang ni..hehe. Rm 5.77 sen tu kos untuk retainer yang tiada dalam pakej free service. Waktu awal-awal aku membeli Incik Hitam yakni dua tahun yang lalu, alhamdulillah aku dihadiahkan pakej service free sampai 40000Km atau 2 tahun. Menarik kan?erkk.

Tu kira last free service la tu. Nampak gayanya next service ni takde dah la nak dapat kos-kos yang kecil sebegitu atau tiada langsung kos:(. Apa motif entah aku cerita pasal servis kereta ni...hurmm...

Apa pun, Incik Hitam merupakan benda yang tidak bernyawa yang dipinjamkanNya kepada aku di atas dunia ni buat sementara, dan walau hensem mana sekali pun dia pada pandangan mata aku, eceh, dia tetap benda. Ya.. dan manusia lagi penting dari benda-benda yang kita miliki.

PS: Banyak mana harta yang kita miliki , atau mendalamnya kecintaan kita kepada orang yang kita sayang, mereka takkan menemani kita di dalam kubur kelak melainkan amal soleh.

Sekadar peringatan buat diri sendiri...
WaAllahualam..

Till then..