Ujian Itu Teman Baik...

Sunday, December 05, 2010
Saya percaya setiap sesuatu yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Tak kira baik atau buruk setiap kejadian, alhamdulillah ujian Mtest yang lepas saya lulus dengan cemerlangnya. (Bab cemerlang tu saya saja tambah, hehe). Ye la, mana saya tau keputusan setiap ujian yang saya buat tu cemerlang ke idak, cuma yang saya tau saya lulus apabila saya dipanggil temuduga. "TAHNIAH, anda berjaya di panggil temu duga Kursus .................".

Syukur, alhamdulillah. Saya mungkin takkan berjaya tanpa berkat doa kedua orang tua dan doa sahabat-sahabat semua serta sahabat-sahabat di sini yang tak jemu-jemu mengisi ruang komen sebagai ucap doa dan semangat. Sekali lagi terima kasih yang tak terhingga...sayang semua;). Dan dan sayang..hehe

Lepas ujian pertama, kini ujian kedua menanti. Tapi ujian kedua kali ni buat saya rasa sedikit kecewa, dan agak tawar hati...errr. Pengajian Bahasa Inggeris SK yang saya pohon sewaktu mengisi borang dulu, entah mengapa di slip interview ditukar kepada Pengajian Bahasa Inggeris SJKT. SK ke SJKT, fuh satu perubahan yang amat besar tu. Sabor je la.

Apa pun, interview yang akan datang saya akan buat yang terbaik. Lulus atau gagal, semuanya Dia yang kasi, saya redha kerana saya tahu, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya dan untuk kita semua. Kan? Doakan yang terbaik ya!

Dari pentas jurutera ke perkampungan guru.... sekali lagi soalan yang bermain di fikiran. Bisakah?

PS: Moga ketemu...

22 comments:

UJ said...

alhamdulillah.. akhirnya dapat juga interview... UJ rasa tak kisah lah ke mana SK ke SJKC ke SJKT ke.. ok sahaja... yang penting niat kita untuk menjadi pendidik kan... didoakan yang terbaik selalu mengiringi...insyaAllah...

kalau tak silap UJ... terengganu hanya ada satu SJKT ... di jabor... sempadan kemaman kuantan tuh....

masz14 said...

tahniah fida. aku doakan ko dapat apa yg ko hajatkan. whatever it may be.

Abd Razak said...

Assalamualaikum sdri afida...

Moga sdri sihat hendaknya serta sentiasa dalam perlindungan~Nya..

Alhamdulillah, tahniah. Moga berjaya pada peringkat kedua nanti..

All The Best to You..!

nurkass said...

salam fida..sihat ke..
alhamdulillah..lulus akhirnya..walaupun yg dapat tu sama dgn yg fida mohon, pls don't give up..mgkn ada hikmah disebaliknya..

so, bila intvw tu..insyaAllah semuanya berjalan dgn baik..amin..

Yan said...

Good luck, Fida

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sekarang ni semua ditentukan awal2 lagi oleh KPM. Masa zmn kami, subjek mengajar ditentukan oleh Pengetua atau keperluan sekolah, jadi lupakanlah major dan minor kita di sekolah. Yang penting, kita boleh mengajar dgn yakinkan pd pentadbir dan ada pengetahuan subjek tsbt. Yg seronoknya disekolah ni, kita boleh tunjukkan segala kepandaian yg ada pada kita, kalau disekolah dahulu kena tenggelam dan memendam rasa, maka inilah masanya. Tunjukkan juga kita boleh komunikasi dlm bahasa tamil dan cantonese supaya memudahkan PnP w/pun kita mengajar BI, kalau x tak jalan! Seri Nandri, aprama paakalaam (OK, T/kasih, jumpa lagi)

:.Yus.: said...

tahniah kak

alhamdulillah nmpknya semakin hampir dengan cita2..

SJKT??but still cikgu kn?mg akn nmpk hikmah atas apa yg berlaku insyaAllah

gudluck kak interview nnt.moga berjaya :)

nahmy said...

assalamualaikum..
alhamdulillah..bisa atau enggak, kamu kena tentukan sendiri. ingat ya - apa-apa hal rujuk saja pada-Nya (sila baca dgn pelat indon!)

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

wahh.. congrats kak!!
chaiyok! hehe... moga lulus ujian peringkat ke dua dan seterusnaya.. Amen ya robb!

Cikgu Fida.. hehe... sesuai gak tu..

Afida Anuar said...

Uj-->Alhamdulillah UJ..baru lepas fasa pertama. Fasa kedua waAllahualam. ahaa, jika ditakdirkan lulus interview, dapat mengajar kat ctu ok gak, tiap2 mnggu boleh balik kg;)

Mas-->Thanks Mas, insyaAllah.. macam mana dengan saudara ko, dapat?

Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt. Terima kasih banyak2 saudara atas doa dan kata-kata semangat. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik.

Kass-->Salam kass, alhamdulillah fida sihat2 je. Moga kass di sana pun sama... insyaAllah 16hb ni interview dia..itu la, fida anggap pasti ada hikmahnya ni.

Kak Yan-->Thanks Kak yan..

Tajnur-->Waalaikummusalam wbt! Tajnur!..hehe awal tak awal dah ajar bahasa tamil ni...Bahasa tamil langsung saya tak tahu kecuali apa yang Tajnur tulis tu.. hindi tau la sket2. Tum Bohot Khushii hay..hehe

Yus-->cita2 yang pernah ditolak suatu masa dlu...apa pun thanks yus..doakan eh.

Nahmy-->Waalaikumusalam nahmy..iya, itu la. Apapun semuanya saya yang kena tentukan masa depan sendiri..(jadi ke nak baca dengan pelat indon ni? hehe)

Maiza-->WAaalaikumusalam wbt. Mai.. thanks..cikgu fida?...mcm tak je..err..hehe gurau je mai..

Pn Kartini said...

salam my dear..dik fida:)

TAHNIAH!!
satu permulaan yang baik ..SYUKUR
dan utk yang seterusnya..GOOD LUCK
...buat yang TERBAIK...!

sahromnasrudin said...

alhamdulillah afida..mungkin apabila awak ditempatkan di SJKT awak boleh berdakwah kepada murid2 ini akan keindahan Islam kerana agama Islam kita telah dipesongkan oleh ahli-ahli politik murahan yang menyebabkan orang bukan Islam semakin jauh dr Islam huhuhuhu

naimisa said...

Ya, bisa aja.

aliff muhammad said...

Good luck dear. All the best. Aliff doakan yang terbaik.

DrSam said...

Salam. Terlebih dahulu tahniah diatas kejayaan Mtest. kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha dan kesungguhan. Apa-apa pekerjaan pun jika di lakukan dengan minat dan kesabaran, isnyaallah boleh cemerlang.

Salam Maal Hijrah.

shameel Iskandar said...

Tahniah afida. moga dlm interviem nnt awk lulus jugak & dterima mnjdi guru.

Dari pentas jurutera ke perkampungan guru.... sbnrya secara jujur dan ikhlas, ramai juga member2 saya yg berkelulusan dlm kejuruteraan dan lain2( spt sains komputer, arkitek) yg beralih kerjaya kpd guru. mrk bukanlah penganggur krn dh ada kerja masing2 tp sy yakin tentu ada sebab tertentu mnybbkan mereka berlaih ke kerjaya keguruan.

IMANSHAH said...

salam
Tahniah ya..saya doakan semoga Afida akan berjaya..Selamat memeriahkan dunia perguruan

miSs dee 4 dino said...

salam fida,
wah, ke pentas perkampungan guru?
tahniah, semoga semuanya berjalan lancar yea..n if success..welcome to the teacher's life..:)

Afida Anuar said...

Kak Tinie-->Salam my dear kak tinie..thanks akak, berkat doa akak juga ni...insyaAllah interview minggu depan ni fida akan cuba buat yang terbaik..

Sahrom-->Salam sahrom.. itu la, muni pun cakap macam tu kat saya. Mana tau kalau saya lulus interview ni, ini peluang saya untuk berdakwah...insyaAllah

Naim-->:-)

Aliff-->Thanks Aliff, doakan yang terbaik untuk aliff juga..

Dr Sam-->Salam Dr Sam.. thanks. Itu la, dengan berusaha dan kehendak Allah. Salam maal hijrah buat Dr Sam sekeluarga juga

Shameel-->Thanks shameel, insyaAllah kalau ada rezeki saya jadi cikgu..ahaaa, kalau ikutkan hati, berat juga rasanya nak tinggalkan kerjaya sekarang... maklumlah, macam dah sebati, tapi..itu la... doakan yer shameel.

Iman-->Salam.. thanks iman..owhh iman pun cikgu, saya lupa... moga2 dapat memeriahkan..

Ieda==>salam ida..lama tak berkhabaran... belum tentu lagi la ida, baru lepas test..interview menunggu, kalau lepas interview nanti, barulah ke pentas sana..hee.. insyaAllah thanks ida..

miSs dee 4 dino said...

salam fida,
tidak berkhabaran tidak bermakna kamu kulupakan..saya harap kamu dapat lulus dengan cemerlang interview itu. yakin boleh!..insyaAllah..nanti update ya!

azzey said...

Afida Anuar: org kata ; alah bisa , tegal biasa...:)

Afida Anuar said...

Ieda-->Thanks ida..sekali lagi. InsyaAllah wajib update!..

Azzey-->ahaa, itu la... thanks..

 

Browse