Mencari Ruang...

Monday, December 20, 2010
Banyak cerita nak kongsi, tapi kekangan masa tidak mengizinkan. Sibuk sungguh!! errr Dengan hal interview, campur dengan event fun@work kat opis minggu lepas, kenduri kawan-kawan, ditambah dengan bermacam benda nak setel... fuh.

Dan weekend baru ni pula, saya berada amat jauh dari tanah Putrajaya, sekaligus jauh dari dunia maya dan Mr Inspiron biru saya ni. Saya berada di bumi serba hijau saujana mata memandang, Alhamdulillah...sedikit sebanyak dapat memberi 'vitamin' untuk mata saya yang sudah lama tidak mendapat 'vitamin'. Kononnya la.

Berkelah di tengah bendang sambil menikmati nasi lemak ayam goreng buatan Muni, tengok ikan puyu sawah duk melompat-lompat dalam raga (tak berpeluang untuk memancingnya), tatap ribuan bangau putih yang bertenggek diam kat petak sawah yang sudah dibajak, terserempak dengan ular tedung kat tengah jalan... ah mana nak dapat semua tu kat Putrajaya ni?

PS: Muni,Nisah, Mekdi, Intan, Nooril, Eija and not forget Halimah.... thanks... for everything, love, friendship and the joyful moments of life!

14 comments:

Anisa Hang Tuah said...

berkelah tengah bendang

cam best jeee

IMANSHAH said...

wah ikan puyu...lama x makan

Pn Kartini said...

salam my dear..:)
ooo patut pun diam je..
rupanya menikmati panorama di bendang yaa...:)
..jauh dari hiruk pikuk mesti rasa tenang je di sana..:)

natni said...

siyes kfid nmpk ular tedung...erkk

mcm sedap je bunyik ns lemak aym grg muni buat tu, huhu

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sihat hendaknya serta sentiasa dalam perlindungan~Nya..

o0oo...bermusafir ya!

Saya pun masih berada jauh dari tanah Kuching, insya Allah pagi ni akan berangkat pulang setelah sekian lama berada di luar negeri Sarawak. Doakan untuk saya ya!

Afida Anuar said...

@Anisa-->Sangat bestt Anisa, dengan angin sepoi2...ah mmg best la..

@Imanshah-->hehe... baru tau rupa ikan puyu. Selama ni dengar nama je..errr..;)

@KAk Tinie-->Itu la kak tinie,serius cantik pemandangan. Tenang je...

@Intan-->Siyes intan, leher dia menggerbang lagi. Nasib baik masa tu kitaorang dalam kereta..err..

PS: sedap sangat, sampai semua orang tambah 2 kali!

@Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt. Saudara...moga saudara pun begitu juga..

Ooo patut la tak nampak dekat trafik saya ni dari Kuching. Rupanya saudara di semenanjung. InsyaAllah, moga saudara selamat sampai di kampung halaman...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Ahaa ini mesti cerita pi utara rumah Muni di Perak atau adalah disebelah Kedah yg ada ura2 nak tukaq marajuk konon! Rupanya episod bersambung kembali. Tu diyaa ehhh. Baguih2! Cek Afida pi sana tentu kenai `tandop`, sepat ronggeng, lintah dsbnya. Mmmg seronok tp tu semua kenangan manih kot ada pun taklah seseronok masa kecik2! Lena ka tidoq sana, kdg2 tempat sawah ni selalu kena getit serangga masa tidoq. Tak apa semua tu pengalaman!

nahmy said...

salam...perkh! serghonok tu...

nurkass said...

salam fida..ooo gi cuci mata ngan fikiran ek..hehe..
sedapnyer pekasam ikan puyu..haihh..

aliff muhammad said...

Afida,

Dulu Aliff suka melepak kat tengah sawah bila tension. Dulu...zaman menjadi pelajar di utara.

Makan ikan pekasam paling sedap~

Afida Anuar said...

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt. Tajnur! hehe, jangan lah diungkit kisah merajuk tu, malu kalau diingatkan. entah apa2..haha.

errr..'tandop' tu, tak sempat kenal..apakah? ala sepat dengan lintah memang dah sedia kenal dah tajnur. Saya ni asal kampung tau. Malu la kalau lintah pun tak kenal:P (sepat saya kenal,rasanya..tapi sepat ronggeng...errr)...


Nahmy-->salam...sangat!..;)

Kass-->hehe..sekali sekala gi cuci mata kass, haaa, budak2 ni tangkap je ikan tu, tak buat pekasam pun rasanya. Ikan pun kecik2 lagi

Alip-->ooo alip belajar di utara....fida pulak kalau tension, lepak atas bukit kt gmbk ni..err..hehe.

Firdaus® said...

joyful needs in our life..
enjoy ur life~

sahromnasrudin said...

as salam sahabatku...awak bercuti ke mana nie?? happeningnya...semoga Allah terus merahmati awak ya...

Afida Anuar said...

Firdaus-->thanks firdaus...enjoy urs too..

Sahrom-->salam... pi perak je sahrom... itu la..sangat happening. Semoga Allah merahmati awk juga..InsyaAllah.

 

Browse