"Kekurangan" itu Satu Kelebihan...

Monday, September 06, 2010
Bulan Ramadhan tahun lepas, on the way ke tempat kerja, waktu tu aku kerja kat client site di MAS Subang. Perjalanan takde la jauh sangat, kalau tak jem kat Tol Sunway, dari Putrajaya ke Subang sebenarnya memakan masa cuma 30 minit je. Tapi disebabkan jem, sejam lebih jadinya. Masa tu seronok sebab pergi kerja beramai-ramai. Tak bosan. Jem pun tak de la kisah sangat. Kami menyahut seruan kerajaan untuk berkongsi kereta...baik kan kami?

Macam-macam cerita la sepanjang nak ke tempat kerja dan balik kerja. Ada satu hari tu, tak sure la aku naik kereta sapa, tapi waktu tu kami tengah melayan stesen radio hot. Maklumlah waktu tu menghampiri raya, masing-masing nak dengar lagu raya. Jadi stesen radio yang hangat tu la yang jadi pilihan. Even aku yang tegar suka dengar fly pun terpaksa switch ke radio hangat tu. Atas permintaan ramai kononnya.

Ada satu hari, ada seorang akak menceritakan persiapan dia menyambut aidilfitri. Katanya, setiap bulan dia dan suami akan memperuntukkan sebulan RM100 seorang semata-mata digunakan untuk persiapan di aidilfitri. Kiranya dengan duit itu, yang berjumlah RM2400, digunakan untuk beli persiapan raya anak-anak, ganti langsir baru ke, persiapan untuk ibu bapa mertua, duit raya, balik kampung dan sebagainya. Jadi takde la terasa sangat duit gaji yang keluar pada bulan raya tu.

Idea yang menarik. Jadi, bermula lepas raya tahun lepas, aku cuba mempraktikkan idea akak tu. Sebulan aku peruntukkan RM100 dari bahagian gaji untuk digunakan pada aidilfitri tahun ni kononnya. Dah berangan macam-macam nak beli, tuk mak..ayah..adik-adik..tuk duit raya..

Tapi bila buka tempat aku simpan duit tuk aidilfitri baru-baru ni...errr...eh kenapa tak sampai RM1200 ni!!!?

Oooo aku ada terambil tuk bla bla bla hari tu...

Oooo...aku guna tuk servis kereta...

Oooo... aku kasi kat bla bla bla..

Ambil tapi tak ganti balik kan?

Hurmm..budget lari ni. Kalau macam ni, nampak gayanya kene kasi duit raya 50 sen sorang je la nanti..errrr amacam?... kuikuikui..

18 comments:

Abd Razak said...

Salam sdri afida...

Moga sdri sihat hendaknya dalam meniti hari-hari terakhir bersama Ramadhan..

Tersenyum saya baca cerita sdri ni, kalau nak simpan duit tentukan duit memang kita boleh nak ambik barulah ianya tak terambik dan sebagainya..

Maklumlah duit sendiri ambik pun tiada sapa nak marah..:):)

Bro Bayu said...

nih kene wat dua akaun bank gayanyer..hehe, anak buah brobayu pun ramai gaknih..lebih sedozen..taktau nak bagi berpa lagih..bagi skit ...kene komplen plak...bagi lebih skit..lari budget nak kahwin plak..huhu

Kehelan said...

kay main kutu...

Pn Kartini said...

salam dear:):)

....tak pe..sekurang2nya ambil tu duit kita gakk..hehe.
Lain kali kena catat lam buku 3 lima nihh..

Afida Anuar said...

@Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak.. alhamdulillah saya sihat2 di sini. Moga saudara di sana pun begitu jua..

hehe..itu la saudara. Menyimpan di tempat yang senang tangan dicapai. Nak menyimpan di bank, nanti takut tak terkeluar pulak. hehe..tapi takpe la..duit sendiri;)

@Bro Bayu-->akaun bank kat bank..satu lagi kat..err..hehe.. tu yang suka hati pi amik tu bro bayu. Kalau kat bank sah tak ambik dah..

Fida punya anak saudara tak keluar lagi..bakal keluar lepas raya ni InsyaAllah. Yang lain anak-anak sepupu yang ramai dah keluar...huhu...

sila2 utamakan kahwin..tu lagi penting dari duit raya kat budak2..hehehe ..kasi 50sen sorang je...beres..kuikuikui..

@Kay-->Oooo...dapat seblum rya ke kay? ok la...at least takde la terambil mcm fida kan? hehehe

@Kak Tinie-->salam my dear kak tinie..hehe itu la. Kononnya ambil tu nak ganti balik..tapi tak terganti2..kehkehkehek...

Tirana said...

Fida, lain kali letak dalam tabung yang tak boleh dikorek. Tunggu sampai masa, pecahkan tabung tu. Tak pun letak dalam peti besi. Kunci peti besi tu bagi orang lain yang pegang..hehehe

sahromnasrudin said...

salam..sila ambil kad raya dr sy utk sdri di entri terbaru sy ari nie

aideeb said...

50 sen pon jadila..huhu..

luahfikiran said...

Salam,
Kurang atau lebih, kita bersyukur. Allah akan menambah rezeki orang yang bersyukur.

niwtode said...

biasalah camtu, aku pun kalo menyimpan mesti mengelat pastu terlupa nk ganti balik :P hahaha.. xpe fida. berapa yang ada pun ok.

it's not how much u give count, it's the thought dat count (betoi ka ni?)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Itulah namamya kerja `makan gaji` dimana kalau digergaji papan sedikit demi sedikit, sudah tentu akan habis dan sukar utk buat simpanan. Apatah lagi keperluan dan perbelanjaan semasa melebihi pendapatan. Gunakan kemahiran yg sedia ada utk membuat kerja sampingan yg sesuai dgn minat dan kebolehan. Dlm ertikata lain, kenalah kerja `extra` kalau mahukan pendptan lebih. Kemudian beli keperluan yg penting2 saja w/pun semua penting. Tapi jgn risau, mungkin lama kelamaan ttn anjakan gaji akan naik apabila lulus PTK. Akhir, InsyaAllah mungkin kongsi penghidupan dpt merubah segala2nya....

alehkayong said...

salam,
teruskan menabung , satu amalan yang baik . :=) .kira ok dapat save banyak tu..

nahmy said...

okayle tu...asal ada gak menyimpan dah kira oklah tu. bab beri duit raya...cakap kat adik2 tu hutang tahun depan boleeeyyy??

Afida Anuar said...

@Kak Tirana==>Itu la kak tirana, ingat balik ni nak cari tabung buluh la..nak guna baru kapakkan buluh tu..eheheh

@sahrom-->Salam sahrom..terima kasih, nanti ada masa saya ambil yer..aduhh banyaknya kad raya yang tak terambil ni..eceh mcm banyak sangat je..

@Aideeb-->Kan? kan? aku dulu2 kalau orang kasi 50sen tu dah rasa banyak sangat dah..

@LuahFikiran-->SAlam LF...alhamdulillah...saya redha dan syukur atas segala nikmat yang DIa kasi..mudah-mudahan diberkati..

@Edot-->hehe..mengelat..tapi bagus gak la...err... betoi2.. correct!

@Tajnur-->Assalamualaikum wbt!..Tajnur..bukan nak kata gaji saya banyak, gaji pun ciput je. Tapi rasanya kalau nak buat kerja lain tu, takut nanti tak dapat kasi komitmen kat dua2 keje.. Takpe la gaji ciput pun, asalkan saya dapat kasi komitmen kat satu ni pun dh cukup bagus...tu pun tak menang tangan nak handle yang satu ni..rasanya la..

Opss, Kalau Tajnur nak tahu, saya tak pernah buat PTK. Saya keje dengan syarikat swasta, bukan makan gaji dengan kerajaan. Kat kampeni saya, ada la cara dia nak nilai.. tapi naik pun, ciput jugak..huhu..apa pun syukur.. at least naik kan?

ahaaa..kongsi hidup, insyaAllah kalau dah sampai masanya nanti;)...waAllahualam..

@Alehkayong-->Salam..alehkayong..ehhe..alhamdulillah, cukup la nak tampung musim perayaan ni..tapi tak sampai angka tu pun sebenarnya..huhuhu

@Nahmy-->haha..klu hutang, tahun depan kene kasi seringgit:P...

Khairi said...

50 SEN PUN 50 SEN LA HUHU JANJI ADA. DRIVE LEKLOK YA.

Afida Anuar said...

Hehe..khairi, macam pasrah je dapat 50sen..ekeke.. insyaAllah, ada jodoh kita jumpa di highway karak.. saya pun bertolak petang rabu..eh petang ni la..lepas keje.. harap2 highway karak tu tak jem teruk:(

penjejak maya said...

salam,

kalau ade roti elok juga kan boleh sapu dengan jem tu hehe..

selamat hari raya..

Afida Anuar said...

Salam PM..

ni jem lain PM..kalau jem roti tu,lain kira jugak..heheh

 

Browse