Yang Ditinggalkan dan Yang Dicari...

Saturday, December 11, 2010
Semua berjalan mengikut tadbirNya...
Kita, bulan, bintang, matahari, awan, hujan, nafas, cinta...segala...

Kebetulan pada satu hari, saya menemani adik lelaki saya Badin yang mempunyai sedikit urusan di Putrajaya, selepas urusan dia selesai, dia ajak saya lunch. Memandangkan dia 'buta' tentang jalan apatah lagi tempat makan di Putrajaya, maka saya mengajaknya makan di food court Precint 9.

Sedang kami makan, mata saya tiba-tiba tertumpu kepada seorang orang buta yang dipimpin oleh seorang perempuan yang berkunjung dari meja ke meja tidak jauh dari meja kami untuk meminta sedekah. Menyedari hakikat yang mereka bakal berkunjung ke meja kami, saya terus mengeluarkan sedikit wang dari handbag dengan tangan kiri memandangkan tangan kanan masih digunakan untuk menyuap nasi. Jadi nanti, tak perlulah mereka mengambil masa yang lama menunggu saya, mengeluarkan wang dari dompet yang berada di dalam handbag.

Tepat tekaan saya, selang beberapa ketika, mereka sampai ke meja kami.

"Kalendar 2011 dik, ikut suka adik nak kasi berapa sebagai sedekah", kata akak yang memimpin orang buta tersebut.

Rupanya mereka menjual kalendar kecil sebagai usaha orang buta tersebut mencari rezeki.

Sambil tangan orang buta tersebut menghulurkan sekeping kalendar kecil, saya membalasnya dengan memberi sedikit wang.

"Terima kasih", kata orang buta tersebut lalu berlalu ke meja sebelah.

Tak lama selepas itu, adik saya bersuara.

"Kak Nor tak kasi pun pun tak pe, sebab mereka sebenarnya dah kaya. Bayangkan lah kalau mereka dapat RM100 sehari hasil minta sedekah. Sebulan dah RM3000!"

Saya senyum kat adik saya.

"Kalau Badin fikir macam tu, sampai bila-bila kita takkan kasi sedekah kat orang yang meminta, sebab dalam fikiran kita, mereka dah kaya, cuma luaran je yang nampak miskin. Sedangkan kita digalakkan bersedekah ikhlas kerana Allah, betui dak? Alaa, setakat beberapa ringgit tu...bla bla bla bla bla bla..."

"Ye la..ye la", mengalah akhirnya Badin, ke mengalah sebab dia tak nak dengar syarahan dari 'ustazah' yang tak bertauliah ni? hehehehe.....

PS: Berada di rumah Badin di Shah Alam. Mak ayah adik-adik semua berkumpul di sini...Mereka tiba dari Terengganu petang semalam. Cuti sekolah la katakan.

15 comments:

Khairi said...

betul tu badin hehe. itu dikira sangka baik tu. diorang kaya. :)

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari Afida...:)

Moga kitak sihat sejahtera hendaknya, serta sentiasa dalam rahmat~Nya..

Takper fikir baik jer, tangan yang di atas itu lebih mulia dari yang di bawah. 2-3 hari lepas saya pun jumpa peminta sedekah seperti yang sdri sebutkan tu masa makan sate kat Bangi. Orang lain kot..:)

nahmy said...

salam..
gitule bila nak bersedekah...beri je dptle pahala. tak payah nak pikir panjang duit tu pi mana dan berapa kaya org yg dpt sedekah tu. Allah tahu..

sahromnasrudin said...

assalam ziarah fida...insyaAllah ikhlas akan membuang sifat prasangka kita

alexa yussida said...

betol tu..yg pntg niat kita ikhlas..terserahla mereka tipu atau tak..

once,my bro also said the same thing to me...

aliff muhammad said...

Afida,

Aliff selalu berdoa agar dimurahkan rezeki kepada Allah SWT agar dapat memberi sedekah.

Pn Kartini said...

salam dear..:)

Kirim salam akak pada mak ayah fida yaa..mesti terubatlah rindu fida tuhh:)senyum sokmo dehh:)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Bagi saya kedua2 pun betul krn dlm keadaan sistem skrg, susah nak cakap. Manusia boleh berlakun dgn pelbagai watak krn tak ada sistem pembelaan nasib manusia setelah jatuhnya kerajaan Islam pada tahun 1924 diTurki. Manusia sudah hilang hak2 milik termasuklah keperluan asas manusia secara percuma iaitu rumah, air, api, garam dan tempat tinggal yg mesti disediakan oleh pemerintah. Wallahualam

nurkass said...

salam fida..kass pun ada gak kena camtu..yg penting hati kita ikhlas nak sedekah..yg lain2 tu urusan dia dgn allah kan..

p/s:ari nih cuti bg selangor..so,kass menghilang sekejap..hehe..

IMANSHAH said...

bagus kakak badin

Afida Anuar said...

@Khairi-->Nama dia Afnanuddin, Badin ni di kira mcm nama singkatan bagi Bang din.. jadi badin... err...itu la, badin suka assume semua orang ni, kaya2..hehe

@Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt... Alhamdulillah sihat2 je di sini. Moga saudara di sana pun begitu juga..

Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah... insyaAllah besar balasannya.. owhh, saudara berada di semenanjung, menikmati sate di bangi...mungkin orang yang sama, mungkin orang lain saudara... WaAllahualam..

@Nahmy-->Salam nahmy.. 100% setuju!.

@Sahrom-->Salam sahrom... yer Sahrom, kalau dah ikhlas tak pkir apa dah.

@Alexa-->ikhlas..yes itu yang penting...kalau depa nak tipu, tu depa dengan Allah, janji kita ikhlas kasi kan? thanks dear..

@Aliff-->Aminn.... insyaAllah, moga dimurahkan rezeki Alip untuk memberi

@Kak Tinie-->Salam my dear kak tinie.. alhamdulillah, terubat sket rindu, tu pun tak puas rasanya.. kejap sangat masa berlalu..mereka dah pun bertolak balik ke terengganu petang tadi..moga selamat sampai malam nanti...

ahaa, fida senyum ni, baca akak punya sleng ganu;)

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt... ahaa, kadang-kadang bila fikir2 yang adik saya ckp tu pun betul juga. Tapi jangan pula disebabkan itu, kita tak mengeluarkan sedekah langsung, bimbang2 takut nanti yang meminta itu adalah yang benar-benar memerlukan pertolongan.

Itu la Tajnur, kita berada di pemerintahan yang mementingkan poket pemerintah. Air, api, minyak...free tuk pemerintah, bukan utk rakyat..Rakyat, depa cekik darah..pemerintahan berteraskan "rakyat kebuluq takpa, asal depa mewah"..errr..

@Kass-->salam kass... itu la, ikhlas yang penting, kalau peminta tu tipu ke apa, Allah Maha mengetahui. ahaaa, senin kan? fida cuti senin sempena besday sultan selangor

@Imanshah-->kakak badin memang bagus shah...eceh, (dan dan kembang)..hehe

Fairulazmi said...

Assalamualaikum Puan,

Terima kasih atas perkongsian. Kalau kita nak sedekah ni dalam pelbagai bentuk pun boleh kan. Paling kurang pun senyuman :)

Afida Anuar said...

Fairulazmi...

Waalaikumusalam wbt... opss..saya masih berstatus cik, apa pun saya anggap itu sebagai doa..thanks..

iyer, sedekah yang paling senang, tapi tak ramai buat. Senyum..

Anonymous said...

dalam memberi....kita juga menerima...

meski ada ketika...atas kelemahan sebagai seorang hamba....begitu sukar untuk berbaik sangka dengan makhluk....namun hati tetap bisa tenang pabila memilih untuk berbaik sangka dengan Allah....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Afida Anuar said...

Thanks atas kata nasihat anon...

Terima segala pemberian Allah dengan sabar dan redha, walaupun payah, insyaAllah...pasti ada hikmahnya..

Ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

 

Browse