Kene 'Reject'...

Wednesday, September 30, 2009
Banyak peristiwa besar yang berlaku sepanjang aku tidak menulis, dari akhir ramadhan sehinggalah kepada sambutan Aidilfitri baru-baru ni.

Hakikatnya, bilamana aku berada di kampung aktiviti menulis terpaksa aku kurangkan. Bukan kurangkan sebenarnya, tapi terhenti terus baru-baru ni. Adehhh... dan untuk kembali menulis itu sedikit memakan masa. Ambil mood orang kata. Ini lah kekurangan aku. Harap dimaafkan.

Alhamdulillah, tahun ni kami sekeluarga dapat menyambut Aidilfitri bersama-sama lagi. Dimeriahkan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami iaitu adik ipar aku, Aisyah. InsyaAllah moga aidilfitri yang datang akan bertambah lagi ahli keluarga kami:D

Tahun ni juga, selepas tiga tahun, aku dapat menunaikan solat sunat aidilfitri di surau kampung di tepi sungai tu. Lama benar dah aku tak dapat berbuat demikian. Bukan tidak mahu, tapi tidak dapat. ABC orang kata.erkk..

Kisah raya.....aduhh banyak yang nak diceritakan. Tapi....... owhh yer, tahun ni aku dapat lagi duit raya. Alhamdulillah. Terima kasih kat hambaAllah yang sudi kasi. Dah kerja pun dapat lagi duit raya...sonokknyerr!!!

Sempat pulak dia membisik kat telinga aku.

"Haaa ni duit raya untuk orang yang tak kawin lagi. Tahun depan Kak Nor tak dapat dah tau!!",

Aku sengihh jek. Mekasihhh!! InsyaAllah tahun depan tak dapat dah:D

Tapi dia sorang je la yang kasi. Orang lain dah lama dah reject aku dari senarai penerima duit raya...huhuhu

Apa pun aku harap masih belum terlambat untuk aku mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua pembaca yang sudi berkunjung ke blog aku yang serba naif ni. Maaf Zahir dan Batin sekiranya aku ada terkasar bahasa atau bahasa aku di sini ada menyinggung sapa-sapa. Mohon diampunkan segala kekhilafan.

Wasalam..

10 comments:

Tirana said...

Hehehe..kak tirana nampaknya kena tunggu tua bangka la baru dapat duit raya semula. Itu pun kalau anak-anak ingat nak kasi..hehehe

Afida Anuar said...

hehehe..insyaAllah. Anak-anak kak tirana semua bagus2..pasti dia takkan lupakan mak ayah dia.

Mak ayah fida pun, tua-tua ni la baru dapat duit raya... dulu2 kala asyik diaorang jek yang kasi duit kat anak-anak....dah tiba masanya..

Kehelan said...

Fida... thn depan tak dpt duit raya dh eh? knp? dh ada ura2 berdua ke?

:D

Anonymous said...

dalam hati ada cinta... di jari ada c...

Afida Anuar said...

Kay-->erkk..waAllahualam kay... kay, terima kasih atas msg syair arab tuh...tersentuh..sungguh!. fida pn nak baiki diri sebaik mungkin, spt dia baiki diri dia..insyaAllah...

Anonymous--> c apa? hurmm..... (ayah su ke ni?)

:.Yus.: said...

wah dh bg hint tu..xlama dh tu..jgn lupa jemput kami ye

Khairi said...

aiya komen semalam sy tak kuar penye huhu.

Kay, insyaAllah xlama lagi ler tu cik fida ni hehehehe.

Afida Anuar said...

Yus-->insyaAllah....
alamak...lain pulak orang tafsir entry ni dr yang akak maksudkan....abes la...hehehehe

Khairi-->insyaAllah..
x tekan submit button kot..hehehehe

fndrocka said...

entri selepas lama tak menulis kena lebih heh-bat lagilah..hehe

Afida Anuar said...

InsyaAllah fndrocka;)

akan cuba..hehehe

 

Browse