Kau Masih Lagi Bukan Manusia Budiman Yang Layak Dijadikan Sandaran..

Thursday, November 19, 2009
Siapa kata aku boleh melupakan semua rasa yang pernah aku rasa. Rasa masin, manis, pahit, tawar dan masam semuanya aku tak boleh lupa. Rasa-rasa yang bisa mengindahkan hidup dan kadang-kadang bisa mendukakan. Ah, tiada apa lah dengan duka itu. Hanya perkara biasa yang sekali sekala memberi makna kepada erti hidup. Kan?

Memandangkan aku seorang perempuan dan hidup di kota besar..seorang diri tanpa penjaga, mak ayah selalu pesan, kalau aku bawa kereta sorang-sorang dan ada orang yang tak dikenali tahan kereta aku di tengah jalan minta tumpang, jangan sesekali aku berhenti. Tak kisah la pakcik tua ke yang tahan, orang mengandung ke...bahaya! Aku ingat pesan mak ayah tu. Tuntutan dunia sekarang, memang menuntut aku menjadi kejam....Alhamdulillah, sepanjang aku drive sorang-sorang, tiada lagi mana-mana hambaAllah yang tahan kereta aku minta tumpang. Phewww, nasib baikk!!..

Mak ayah juga ada berpesan, kalau pi jalan mana-mana dan ada orang tak dikenali minta tolong, tak payah la kak nor nak tolong. Biar orang lain aje yang tolong. Kata mereka. Bukan mak ayah tak kasi aku berbuat baik, tapi aku tahu, mereka bimbang takut ada udang di sebalik mee. Aku akur dan aku faham.

Tapi tengahari tadi, aku tahu tiada kesempatan langsung untuk dia ambil atas kebaikan yang patut aku lakukan, namun aku masih kaku berdiri tidak membantu. Menyesalnya aku rasa!! Lepas tu baru la hati duk membebel sorang-sorang, marahkan diri yang tak buat apa-apa untuk membantu. Walaupun dia tak bersuara minta tolong, tapi..... pandai-pandai la aku tolong dia kan??

Aku rasa la, time tu ketua syaitan duk bisik kat telinga aku..

"Tak payah tolong la dia. Nanti orang kata kau nak tunjuk baik. Depan orang ramai pulak tu. Tak pun orang kata kau nak tolong dia sebab dia lelaki, ada rupa. Biarkan je la dia.."

Aku ikut bisikan ketua syaitan tuh..

Adehhhh...rupanya aku masih lagi bukan manusia budiman yang layak dijadikan sandaran:(

9 comments:

Kehelan said...

Fida nak tlg apa Fida?

saizulhafiz said...

ringankan tgn hulurkan bantuan...tp aku kdg2 susah gak nk tolong org..dunia skrg ni susah nk cr org yg leh d percayai..kwn2 jela yg leh kita percaya...

Tirana said...

dunia sekarang ni kadang-kadang buat kita jadi serba salah..

ammat grimlock said...

u big enough....dah boleh berfikir dgn bijik dan buat keputusan yg bijak,klu awk rasa pertolongan awk akan merubah sesuatu dlm erti kata kebaikan why dont kan?klu awk rasa tidak selesa utk memberikan pertolongan itu terpulang....

p/s: baca pasal rasa merasa ni tersasa pulak nk lepak kedai rasa mas
heheh syokkkknyaaa rasa mas

Afida Anuar said...

Kay-->masa beratur nk bayar mkn tengahari kay...tak pasan pun dia short duit..masa dia kansel pesanan 5 milo ais tu br lah fida pasan....pastu still tak buat apa2..padahal klu amik tindakan segera tlg bayarkan pun takpe kan?tp takpe la..benda dah berlaku..

Saizul-->hulurkan tangan,ringankan beban..heheeh...tlg orang2 yang dikenali..tp kesian jgak kan kat orang2 yang tak dikenali tu..

Kak TIrana-->betul tu kak tirana, kalau dia betul2 susah dan memang takde niat nak amik kesempatan ats pertolongan kita,tengok2 kita pulak tak tolong dia...kesiann..

Afida Anuar said...

Ammat-->kedai rasa mas?mcm penah dengar jek...hehehehe...

MaizaC'Joe said...

salam sis

sekarang nie pening kepala mcm2 nak fikir.. susah betul nk cari org yg bleh di percayai.. ada tp tak ramai.. alangkah bestnya jd kanak2 tak yah bnyk fikir.. enjoy ja.. huhuhu...

-maiza-

Afida Anuar said...

Salam maiza..hehe..betul2..jd kanak2 best..tp skrang kanak2 pun kene hati2..kene berfikir jugak mana yang baik n buruk..

have a nice dayy!!

Zamrud said...

Berkunjung dan salam sahabat, semoga kabar baik yah !

 

Browse