Memetik Bintang Kebahagiaan...

Thursday, December 31, 2009
Ada yang dah buat 'wrap up' untuk tahun 2009, maklumlah dah nak masuk tahun baru. Ada juga yang sudah siapkan list resolusi untuk tahun baru. Tak kurang masih ada juga manusia yang belum punyai apa-apa resolusi, seperti aku contohnya, erkk..

Sesungguhnya tahun 2009 terlalu banyak duga dan duka jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni. Dari awal tahun sehinggalah ke saat-saat penghujung tahun pun masih ada sekelumit duka yang sempat menjengah. Dugaan betul!! phewww...

Tapi Alhamdulillah, Dia bagi aku kekuatan untuk mengharungi segala liku dan paku yang ada di sepanjang jalan hidup aku. Tanpa Dia, mana mungkin aku sekuat ni. Tanpa Dia, mana mungkin aku setabah ni. Aku memang tabah kan?erkk..(^-^)

Namun tak kurang banyak juga perkara yang membahagiakan hidup yang datang menyinggah. Perkara yang bisa buat aku tersenyum dan ketawa. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Kadang kala selepas turunnya ribut petir yang begitu meresahkan jiwa, rupanya ada pelangi yang Dia nak hadiahkan. SubhanaAllah.

PS: Asyik benor mimpi bab panjat bulan pastu petik bintang. Apa kata 1st resolusi aku untuk tahun baru ni....aku buat jejak kaki ke bulan.. erkk..

Selamat menempuh tahun baru buat semua...

9 comments:

en_me said...

salam tahun baru cek afida teww..

syahza said...

uwaaaa.. i wish today is not 31st dec

Tirana said...

Ku petik bintang-bintang yang bergemerlapan lalu ku rangkai jadi kalungan..hehehe..nanti kalau Fida nak naik ke bulan, jangan lupa bawak kak tirana sekali..kak tirana pun teringin juga nak petik bintang. Dari bulan agak-agak kita boleh jolok bintang-bintang yang bertaburan tu kot..hahaha

:.Yus.: said...

selamat tahun baru akak..

mg setiap apa yg berlaku mematangkan kita dalam kehidupan :)

MaizaC'Joe said...

Salam

Selamat tahun baru 2010..
semoga berbahagia dan ceria selalu. maiza pun tak da resolution list.. hee... eh.. ada2 lupa.. dan juga terpaksa carry forward la...

pheewitt.. nak naik ke bulan jng lupa call maiza tau.. kita terbang sama2.. alangkah bestnya.. yuhhuu...

aideeb said...

mimpi bulan2 ni ada kaitan dgn sebuah parti politik nih...xpon ada kaitan ngan angkasawan negara..mmmmmmmmm...

nahmy said...

"tidakkah dijadikan jin manusia hanya utk beribadah kpd-Nya?". mmg gitule....jadikan segala2nya hanya kerana-Nya. salam masehi 2010.

Afida Anuar said...

En_Me--> salam tahun baru en-me..

Cik toin--> dah 2 hb jan 2010 dah arini cik toin...salam tahun baru..

Kak Tirana-->insyaAllah, sampai bulan ni fida bagitau kak tirana. nanti fida bawak kak tirana naik sama-sama. Kita sama-sama jolok bintang eh..wahh seronoknya..

Yus-->salam tahun baru. InsyaAllah setiap yg berlaku mmg berjaya mematangkan diri sndiri..cheewah

Maiza-->akak punya pun ada yang kene redo resolution 2009..hehe..
insyaAllah ajak maiza sekali nnti. kita pi sama2 eh.

Aideeb-->hehe,takde kaitan ngn sapa2 la...aku sendiri jek:P

Nahmy-->betul2..salam masihi 2010..

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛

 

Browse