Kerana Hitam..

Wednesday, July 22, 2009

Dari pagi, alam kelihatan muram. Mentari pagi entah menyorok di celah mana. Langit pula mendung semacam, seolah sedang bersedih akan sesuatu. Namun kesedihan alam seolah tidak mengganggu gugat akan senyuman yang bakal aku ukir. Senyuman di pagi hari. Seperti kata Dr Fadilah Kamsah, senyuman di permulaan hari itu akan membuatkan sepanjang hari anda indah. It's true!!

erkkk..well, sometimes not...huhu

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani", aku melangkah keluar.

Mendung pagi ini dirasakan agak berlainan. Sepanjang perjalanan, titis-titis hujan yang halus setitik dua turun menimpa Incik Hitam. Walaupun titis hujannya agak sedikit, namun kesan kekotoran yang bakal dirasakan Incik Hitam amat memedihkan mata-mata yang memandang. Owhh Incik Hitam, bersabarlah kerana dikau hitam. Namun usah dikau risau kerana kehitamanmu itulah yang menggugat kalbuku.....eceh, sempat bermonolog!

Hujan renyai-renyai mengiringi pagi hingga ke petang hari. Hari yang sungguh beku! Beku yang pantas memamah kulit gelap ini hingga ke belulang. Menggigil-gigil rasanya, namun gigil itu hanya sementara. Ia hilang tatkala ketua memanggil aku bagi mengkhabarkan satu berita.

Minggu depan kemungkinan besar aku akan pergi dari sini. Pergi untuk mengutip setitip pengalaman di tempat baru. Moga aku bisa belajar. Moga aku bisa tabah untuk mengharungi jem setiap hari pagi dan petang. Dan moga aku tetap jadi aku....memulakan senyuman di permulaan hari dan saban waktu sentiasa mengharap rahmat dari-Nya.

PS: Masih lagi bermimpi terbang ke Antartica, mengintai bintang nan satu. huh!

8 comments:

~~Noly said...

alaa..dh xdpt nk lepak kat tmpat akak..sume dh pegi tggalkn noli..waaaaa~

Tirana said...

Fida nak pergi mana?

Khairi said...

Fida nak pergi mana?

:.Yus.: said...

welcome to the club kak.tp selagi belum tb hrnya belum tentu lg akak akn pergi ke tmpt itu..huhu

noly jomla dtg cni..hehe..aci dak tlg reply..erk

niwtode said...

fida nk p mana?? singa-pura?

Faridrashidi.Com said...

Oh, suatu cerita yang agak menimbulkan persoalan.

Apa yang telah berlaku?

yoro okino said...

aminn...=)

Afida Anuar said...

Noli-->kat umah kan leh jmpa...heheh
(konon)

Kak Tirana-->pas ni pojek kat client site kat MAS subang lak..adehh hari2 pegi keje balik keje harung jem bagai..sabar jek la..

Khairi-->pegi subang jek khairi..hari2 balik keje lalu jalan nk gi umah awak tu..adehh jem gak sket ctu..huhuhu

Yus-->besok masuk hari ke empat dah..huhu.

Edot-->takde maknenye singapura edot, subang tu jek..huhu

Faridrashidi-->:persoalan sudah terungkai..hehehe

yoro okino-->Aminn..

 

Browse