Tol Terbakar..

Thursday, July 30, 2009
Rutin hidup aku 100% berubah sejak seminggu yang lalu. Pagi hari tidak lagi sedamai dulu, petangnya pula agak haru biru dan lesu. Mungkin salah aku kerana menerima tawaran untuk memasuki projek yang menuntut aku untuk berada di client site ni. Tapi, dalam lesu biru dan tiada kedamaian itu, mungkin ini peluang aku untuk belajar sesuatu yang baru. Baru dalam haru..heh!

Arghhh...hidup, takkan selamanya damai, takkan selamanya tenang. Pasti ada badai gelora yang akan melanda...Dan bagi aku, perjalanan pergi dan balik dari Putrajaya ke Subang dan Subang ke Putrajaya setiap hari itulah badai gelora yang terpaksa kami harung. Mana taknya, sebelum Tol Sunway lagi kereta sudah mula merangkak-rangkak. Tambah teruk lagi kalau hari hujan. Dem!! Sampai lambat kami ke tempat kerja pada suatu pagi yang hujan itu. Dugaannnnn...

Apa pun, kami cuba untuk mengurangkan kos dan mengurangkan jumlah kereta di atas jalan raya dengan berkongsi kereta. Baguskan kami menyahut seruan kerajaan ni? Yus, Azeze dan Aida menjadi teman pergi dan balik kerja. Teman harung jam bagai. Teman sembang dan berangan. hehe.

Bercerita serba sedikit dengan apa yang aku buat di sini dalam seminggu pertama ni, aku dilatih dengan ilmu-ilmu penerbangan yang sepatutnya. Bukan ilmu untuk bawa kapal terbang boeing atau firefly atau helicopter, atau ilmu baiki enjin kapal terbang atau selidik kerosakan kapal terbang, tapi ilmu untuk menguji sistem penerbangan yang diluar pengetahuan aku sebelum ni. Agak bagus. Dan bermula minggu depan, aku akan mula ditugaskan dengan tugas yang sebenar. Tugas yang agak bosan, kata seorang kawan. Aku mengiyakan jek.. mungkin;)

Dah 10:45mlm!! Till then...

PS: Rasa macam nak bakar jek Tol Sunway tu. Tapi kalau suatu hari ditakdirkan tol tu betul-betul terbakar.....jangan cari aku eh.. gagagagaga...erkkk

lariiiiiiiiiiiiiiiiii....hehe

7 comments:

It4Ch1 said...

jap2. tol sunway ke tol PJS? dedua tak sama. sebab aku hari2 lalu tol sunway tak sesak. yang selalu sesak tu tol PJS.

tol sunway -rm2.20
tol pjs -rm1.60
harga kesesakkan rm0.60

nahmy said...

tol ni sbnrnya cam halangan di tgh jalan. sapa2 yg mengenepikan halangan tu kan dpt pahala. setakat ketepikan dia le...jgn sampai dibakar pulak. :)

Anonymous said...

naik la motor..idak le kena tol..jd minah rempit huhuhu

Afida Anuar said...

Muspa-->owhh tol pjs kut, aku pun tatau nama sbenar tol tu..orang pakat sebut tol sunway..aku pun sebut la tol sunway..tp mmg ctu gile jem...1.60 rege tolnye..huhuh

nahmy-->hehe..nk bakar tu main2 jek la incik nahmy..dalam hati la selalu sungut, klu takde tol tu kan bagus..huhuhu

anon-->huh..pulak, klu takde lesen moto cemane??moto pn tak pandai bwak..hehehe

Rashid said...

adoii kalau hari-hari kereta duk merangkak rangkak boleh kena tekanan darah tinggi.. ishh..
Nasib baik kat sini..tenang damai je.

Khairi said...

orang tak bakar dah sekarang fida, orang letupkan ajer hehe.

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid-->itu la pasal...nk sangat balik kerja kat kg ni..tenang aman damai..tp Dia dia dah tetap dah skrang rezeki kat cni...huhuu... bile entah dapat keje kat sana ni..huhuhu

Khairi-->gune C4 aci eh? erkkk..hehehe..lariiiii

 

Browse