Antara Takdir dan Harapan..

Tuesday, June 23, 2009
Semakin celaru dan keliru aku dibuatnya. Tidak aku sangka, akhirnya aku boleh terjebak dalam persimpangan hidup yang betul-betul menyesakkan dada, betul-betul membingungkan kepala. Apakah aku terlalu naif untuk membuat satu keputusan arah mana yang patut aku pilih? Atau aku takut untuk mengecewakan dan terkecewa?

".....Ya Allah, tunjukkanlah hambaMu yang lemah ini jalan yang sebenarnya, Amin ya RabbalA'laminn....."

Usai patah terakhir doa itu dilafazkan, kedengaran daun pintu bilik aku dikuak. Aku berpaling. Ummi melangkah menghampiri sejadah tempat aku melabuhkan seribu pengharapan buat Yang Maha Kuasa. Lalu ummi duduk bersimpuh di sebelah aku. Ummi usap kepala aku yang masih berlapik telekung sembahyang yang belum aku tanggalkan. Aku jadi sebak.

"Nur, terima lah jodoh yang ummi dan ayah pilihkan untuk Nur ni. InsyaAllah, ummi yakin Adam dapat membahagiakan hidup Nur"

"Tapi ummi, macam mana dengan cita-cita Nur, Nur tak sanggup nak hancurkan cita-cita Nur ummi", aku cuba meyakinkan ummi buat terakhir kali.

"Nur, InsyaAllah suami Nur akan menyokong cita-cita Nur. Nur, ummi tidak pernah meminta apa-apa dari Nur, cuma kali ni ummi minta, Nur terimalah Adam untuk menjadi suami Nur. Terimalah Adam demi ummi. Ye nak?"

Mata ummi sudah bergenang dengan air. Lidah aku pula jadi kelu dan kaku. Aku tunduk membisu memandang tempat sujudku.

Ya Allah, apakah ini takdir yang telah Engkau tetapkan untukku? Jika ini takdirnya,aku pasrah ya Allah. Aku pasrah. Lantas tubuh tua ummi aku rangkul erat. Enggan aku lepas...

PS: Nur kasih punya pasal. Sekadar coretan merapu. hehe.. layannnn...

13 comments:

Kehelan said...

realiti ke Fida? ekekeke...

ni mesti ada kaitan ngn entri bawah nih...


huhuhu...

misi nk mengorek ni...

Afida Anuar said...

takde kaitan apa2 pun kay..serius..

klu ada apa2..insyaAllah Fida khabarkan pada kay..tak payah korek2 la kay...erkk...

Kehelan said...

berdebor ke? :p

Afida Anuar said...

dok debor pun...mmg takdok apa2 kaitan pn kay..serius, saje buat mcm novel sket berkenaan citer tuh...hehehe...

kay, soal kawin..bukan soal pilih baju... kene pilih betul2;)

syahza said...

ish ish cik pida.. posting lain mcm sungguh lately ni..

nota kaki: jgn langkah bendul cik toin ya! =P

natni said...

hohoho
igt btol da td ni
ur time will come kfid

>.<

miezi said...

dah agak dah ;P

Tirana said...

Di persimpangan itu dia terpaksa memilih...
ke kanan mencapai impian
ke kiri bertemu jodoh

Tak payah pilih Fida..ambik aje kedua-duanya...ehehehe

Afida Anuar said...

Cik Toin-->InsyaAllah...klu Allah dah tetapkan Cik Pida tak langkah bendul cik toin, cik pida takkan langkah;)

Intan-->InsyaAllah Intan..doa2 eh;)

Miezi-->apa yg kamu agak?hehehe:P

Kak Tirana-->owhh....betul betul betul..dua2 dapat..hehehe

Khairi said...

looooooorrrrrrrrr....

angatkan awak sendiri .. huhu

Afida Anuar said...

Khairi-->hehe;)

jemarisepi said...

HYE HYE HYE....DAH DEKAT NAMPAK...MCM YG DI ATAS NAK MENGUJI JER...
HUHHHHHHHHHH....APA PUN TIPAH TERTIPU NOKKKKKK

Afida Anuar said...

Kak Laila..hehehehe

 

Browse