Nasi Menangis..

Thursday, August 13, 2009
Masuk jek jam 12 tengahari, perut sudah mengada-ngada minta diisi. Kreekk kruukk kreeek krukkk bunyinya. Pagi tadi hanya sekeping roti kosong je mengisi perut, patut la bunyi geroncongannya agak gedik dari biasa. Aduhh...

Alhamdulillah, tidak lama menunggu, ketua rombongan makan tengahari kami iaitu Lels datang mengajak kami semua beramai-ramai untuk mentapau lunch di cafe di hujung bangunan. Terus aku menghentikan kerja copy meng'copy' script dan mencapai dompet lusuh di tepi meja.

Tatkala menuruni tangga, kelihatan team member dari projek lain yang berpengkalan di tingkat bawah sedang bersiap-siap untuk jamuan makan tengahari. Ada juga kedengaran kami dijemput. Akan tetapi, memandangkan kami kurang yakin dengan jemputan itu, maka kami bertekad juga untuk ke cafe. Kang kalau depa tak jemput kang, malu kami...huhu.

Walaupun kelaparan hebat melanda diri, namun ia sama sekali tidak mengaburi mata dalam pengambilan jumlah makanan. Diet la konon, eceh..heheh. Nasi separuh, sedikit sayur goreng ,seekor ikan dan kuah sup secukup rasa. Cukup.

"RM3.50", kata Pakcik penjaga cafe.

Sejurus siap proses tapau menapau, kami bergegas pulang ke opis. Kebiasaannya kami makan di dalam opis jek. Senang. Sampai jek di opis, kami disuruh menghadiri jamuan yang berlangsung di tingkat bawah. Aduhhhh, nasi berlauk ikan aku ni macam mana?? Sapa nak makan??

Sesudah ucapan pendek dari ketua yang belum aku kenali, maka upacara makan-makan pun berlangsung. Ada nasi minyak. Lauk pauk pun banyak. Ayam goreng, filet ikan, daging masak kurma, acar, puding, buah-buah yang pelbagai. Memang makan besar la kami tengah hari tu. Makan sambil bergossiping. Opsss... bukan bergossiping, tapi bernetworking yer. hehehe.

Balik ke meja, tengok nasi tapau masih setia menanti untuk dimakan. Sedih pulak nengok. Nak bawak balik untuk makan malam, masalahnya aku makan nasi sekali sehari jek. Offer kat member-member, diaorang awal-awal dah menolak. Nak tak nak, aku terpaksa jugak bawak balik nasi berlauk ikan yang aku beli tengahari tadi. Rancangnya untuk dibuat makan malam. 2 kali la aku makan nasi hari ni...huhuhu

Tapi sayang, sayur goreng tu tidak tahan lama rupanya. Sudah berbau semacam. Butir-butir nasi yang tidak terkena sayur, aku gagah untuk disuapkan bersama ikan. Tapi yang sudah tercemar dek sayur itu, aku terpaksa buang. Kang dibuatnya perut meragam.... tak ke naya. Tengok nasi-nasi yang dibuang, dan dan teringat kat budak ni. Pasti dia akan mengutip dan makan nasi yang aku buang tu walaupun ia sudah tidak elok. Kan?

'Ya Allah.....ampunkan aku kerana membuang rezeki kurniaanMu. '

Aku rasa semacam bila buang nasi semalam. Tak pernah-pernah aku buang nasi. Kalau kat kampung, ada ayam tolong habiskan. Kat sini mana nak cari ayam?? owhhhh

Sejak kecil mak aku selalu kata, nasi akan menangis kalau kita tak makan dia walaupun sebutir. Semalam dah berapa puluh butir dah aku buang. Aduiii..

Sebab tu la, setiap kali sesudah makan, aku akan melicinkan pinggan dan tangan dari nasi yang hanya tinggal beberapa butir. Aku tak nak nasi-nasi tu menangis. Bukan kerana kelaparan, atau nak tunjuk aku memang suka habiskan makanan sampai licin, tapi aku tak nak nasi tu menangis.

Serius!

11 comments:

natni said...

aaaa gmbo yg dgunakn sedih la...
sob3

sebutir nasi ibarat setitik peluh petani~

Tirana said...

Fida..memang sunnah Nabi tu makan sampai kicin pinggan.. Suami kak tirana makan sampai menjilat jari..hehehe..pinggan dia kalau ikutkan tak payah basuh...bersih..cuma tinggal tulang-tulang yang tak boleh di makan aje

Rashid said...

a'ahh. Cuba dan kena habiskan.. tapikan ada juga kalanya tak habis. hehe. Kalau masuk juga alamak pecahle perut..

Rashid said...

a'ahh. Cuba dan kena habiskan.. tapikan ada juga kalanya tak habis. hehe. Kalau masuk juga alamak pecahle perut..

Kehelan said...

uihs... fida makan ansi sekali sehari jek.. :)

Khairi said...

kdg2 org tekujat tgk sy makan,

"mak ai licin?"

so?

kalau pinggan itu sejenis makan pasti akan saya habiskan.

sakit hati tgk org arab yg ngaku Islam sejati itu makan. mereka2 itu yg makan separuh buang separuh adalah makhluk Allah yang paling jahanam atas muka bumi.


sbb itu kat kg sy bela kucing. cam awk la fida. tp kat sini, Allah, kdg2 basi nasik tu, semalam lauk ikan pedas basi. Nak makan, nnt sakit plak. terpaksa juga buang. nnt kena stadi balik, bajet jgn bagi basi.

keon said...

setuju2.. makn hingga 'butir' yg terakhir.. :)

Afida Anuar said...

Intan-->sje letak gambo sedih..tp sedih kan??

Kak Tirana-->hehe,ayah kata,kita tatau mungkin sebutir dua nasi yang kita tinggal tu la ada berkat kat ctu...sbb tu dia suruh amalkan makan sampai licin...mcm suami kak tirana..

Cikgu Rashid-->erkk..cuba terai...tak pecahnya perut, lg mengembang ada la...heheheh

kay-->hihi...lalalalala..

Khairi-->haa, mcm awak la, selalu gak mmber2 tegur, 'makk aiii licin pinggan'...hehhe.. itu la, nk bela ayam kat cni nk letak kat mana pulka...huhuhu

Keon-->butir ke biji?hurmmm...mungkin butir terakhir itu lah terdapat keberkatannnya:D

Faridrashidi.Com said...

Sepatutnya macam tulah.. nasi menangis simbolik kepada jangan membazir. Islam juga melarang kita membazir kecuali dalam hal-hal tertentu saja.

Afida Anuar said...

Hal tertentu tu, kalau bole dielakkan pembaziran, baik jangan membazir;)

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

 

Browse