Selagi Masih Bernafas..

Tuesday, September 08, 2009
Balik kampung ketika cuti baru-baru ni begitu mendamaikan jiwa. Balik semata-mata untuk berpuasa bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah Dia kasi aku peluang berpuasa, berbuka sekaligus berterawih di surau di tepi sungai itu. Kalau ikutkan, minggu aku pulang ke kampung itu merupakan minggu aku 'cuti'. Mungkin berkat kesungguhan doa aku di bulan yang mulia, sungguh-sungguh mahu merasai nikmat berpuasa, berbuka serta berterawih di kampung, maka dia tangguhkan 'cuti' aku. Terima kasih ya Allah...

Hari pertama di kampung, walaupun penat memandu hampir 5 jam tanpa henti, aku tetap gagahkan diri untuk berterawih di surau. Surau yang terletak betul-betul di tepi sungai Terengganu. Adik kecil aku Huda dan Nabilah pun turut serta. Seronok mereka memimpin tangan aku sambil berjalan ke surau. Sejak aku balik, langsung mereka tidak berenggang dengan aku. Even time berbuka pun berebut-rebut mahu duduk di sebelah aku. Alahaii adik...adik...

Agak penuh ruang muslimat pada malam itu. Namun pada awal kedatangan aku, agak kurang yang memenuhi saf hadapan. Ramai yang berebutkan saf yang ketiga dan keempat. Entah mengapa.

Sempat juga makcik-makcik merangkap jiran-jiran kampung menegur akan kepulangan aku hari itu. Tidak kurang ada juga makcik-makcik yang bercerita tentang kepulangan anak masing-masing. Ada ceria dalam cerita mereka. Begitu jua dengan cerita aku. Ibu dan ayah mana yang tak gembira dengan kepulangan anak-anak mereka iyer dak?

Surau kampung aku masih menjemput imam terawih yang sama sejak 4 tahun yang lalu. Seorang hafiz muda yang mempunyai gaya dan lenggok bacaan al-Quran yang sangat mantap. Itu yang bagus. Bukan niat mahu membandingkan imam yang sedia ada. Tapi rata-rata, makmun di kampung aku agak lega dengan kedatangan beliau bagi mengimamkan terawih di surau itu.

Selesai saja imam mengaminkan doa usai rakaat ke-8 solat terawih. Berduyun-duyun lah golongan muda (baca: termasuk aku) yang mengangkat punggung untuk pulang. Yang tinggal hanya 2 saf dan semuanya aku tengok terdiri daripada golongan-golongan tua. Aduhh terasa begitu malu dengan sifat 'muda' yang aku miliki, namun aku tetap melangkah pulang. Letih sangat... pujuk nafsu.

PS: Kalaulah terawih tahun ni merupakan terawih terakhir dalam hidup.....

(alamak...dah dekat kul 10!!!....)

3 comments:

Tirana said...

Padanlah lama tak nampak Fida..rupanya balik kampung..Seronok kan berpuasa di kampung.. Aduhai..kalau la dunia ini boleh diputarkan kembali ke masa lalu..ingin ku rasai detik-detik manis itu sekali lagi..hehhe

Kehelan said...

lamanya Fida cuti!
tanak pikir lain laa, pikir stret jek...

kay insyaAllah balik raya nnt hari rabu depan... jom ler konvoi smpi Gambang...

Afida Anuar said...

Kak tirana-->salam..balik kg tu minggu lepas..cuma sejak dua mnjak ni...kesibukan sedikit..kat opis pulak mmg tak dpt berblogging langsung....blog pulak yang jd masa disbbkan kesempitan masa... Kak tirana, balik kg x raya ni?balik mana?

kay-->hehe...cuti minggu lepas la kay...larr..awalnye balik raye..bestt arrr balik rabu..tak jem..fida balik ari jumaat mlm tu kut..insyaAllah..sah sah jem gile kat karak..huhuhu

 

Browse