Air Mata Jatuh Lagi...

Tuesday, October 27, 2009
Semalam aku telefon kampung. Walaupun baru hari Sabtu yang lepas aku telefon, tapi selepas mendengar satu forum di tv9 berkenaan 'Si Tanggang' pada hari sebelumnya, aku jadi tergerak hati nak telefon kampung lagi.

Huda adik bongsu aku yang darjah 1 angkat.

"Kak Nor!!!" Ceria suara Huda macam biasa. Namun ada kelu di hujungnya.

"Hari ni Huda kene cucuk. Kat lengan. Sakittt sangat!!!", adu Huda.

"Alolololo ciannya Huda",

Pot pet..pot pet... selesai sembang dengan Huda. hehe..banyak citer Huda ni.

"Panggil mak. Kak Nor nak cakap ngan mak", pinta aku.

Mesti mak aku pelik. Tak sampai 2 hari dah telefon balik. Biasa dalam seminggu 2 kali jek aku telefon. Pasti ada sesuatu, mungkin itu yang bermain di benak mak. Aku biarkan apa jua andaian yang datang. Suara aku ceria macam biasa. Masih bertanya khabar semua orang di kampung, ayah...ayah baru jek ke surau. Adik-adik semua sihat. Tok pun sihat. Orang kampung semua. Kemudian cerita pasal kerja. Cerita pasal makan. Pasal rancangan kami sekeluarga untuk masa akan datang. Dan cerita-cerita biasa, bla bla bla....

Cuma bezanya pada penutup perbualan kami.

"Mak maafkan Kak Nor kalau Kak Nor ada tersilap kata atau perbuatan yang buat mak terasa hati. Kak Nor tahu, Kak Nor banyak susahkan hati mak. Ampun ye mak.Tolong bagitau ayah sekali", dengan nada ceria walaupun pada hakikatnya setitik demi setitik manik jernih mulai jatuh ke pipi.

Entah mengapa itu yang terhambur keluar dari mulut aku. Yer, selama aku berjauhan dari keluarga, jarang sekali aku mengucapkan kata maaf kepada orang tua aku. Kebiasaannya cuma pada hari pertama aidilfitri. Tu pun selalunya lidah aku kelu cuma air mata yang menzahirkan kemaafan kepada kedua orang tua. Hari-hari lain, kalau aku ingin bertolak balik ke kota, setakat peluk cium minta restu. Cuma kadang-kadang kalau tersilap perlakuan, cuma 'ampunnn mak' ...'ampunn ayah' tu pun dalam nada yang tidak serius. Kata maaf yang sebenar, jarang sekali aku ucap. Aku baru aku sedar itu. Ya Allah....

Kata Ustazah Sharifah Hayati dalam forum Si Tanggang tu,

"Bagi yang duduk jauh dari mak ayah, telefon mereka sekerap mungkin. Takpe habiskan duit untuk telefon mak ayah. Ucap kata sayang buat mereka. Minta maaf dari mereka sementara mereka masih ada. Nanti mereka dah tiada......"

Air mata aku jatuh lagi.....

9 comments:

ammat grimlock said...

setiap yg baik tidak nmpk dgn mata ia akan jelas dgn hati.....sy rasa ramai yg tgk cerita tv9 tuh tapi x ramai yg ambil kisah mcm tu.psl xsemua pemerhati dia melihat dgn hati psl tu msg dia xsampai dlm diri (pd pndapat sy la)

apa pun tindakan itu amat bernas sekali,jadi kerap2 minta ampun dan maaf sekerap yg mungkin utk kebaikan semasa idup

Kehelan said...

:)

Tirana said...

Sayu pulak..tiba-tiba teringat kat mak di kampung. Nanti raya haji insyaAllah nak balik..

Afida Anuar said...

Ammat-->mendalamnya komen..hehehe

kay-->;)

Kak Tirana-->InsyaAllah, raya haji ni pun Fida balik...lama dah tak balik..tak sabarnyerr....

ammat grimlock said...

minta maaf la klu ada sesiapa yg tersinggung dgn komen sy,tapi apa yg saya utar kan adalah kebenenaran disebalik kehidupan seharian kita yg kadang2 melalaikan kita melupakan aspek yg paling penting...

renung2kan dan selamat beramal

ammat grimlock said...

minta maaf la klu ada sesiapa yg tersinggung dgn komen sy,tapi apa yg saya utar kan adalah kebenenaran disebalik kehidupan seharian kita yg kadang2 melalaikan kita melupakan aspek yg paling penting...

renung2kan dan selamat beramal

Afida Anuar said...

Incik Ammat-->betul..sokong apa incik ammat kata tuh.. renung2kan..;)

ammat grimlock said...

bukan minta disokong , tapi mintak diperbaiki apa yg salah dan kurang , kita idup sesama kita tegur menegur ihat menasihati 1 amalan , terpulang utk menerima atau tidak.jgn simpan di dalam peti v(",) peace!

Afida Anuar said...

Yang betul...kita sokong la kan? heheh....

^__^ peace

 

Browse