Kalau Dah Terpaksa Pergi..

Wednesday, July 08, 2009
Sepi pagi tadi berjaya merangkum semua rasa yang ada di hati. Rasa yang sukar dirungkai oleh kata, apatah lagi tinta. Entah bila akan terungkai...biarlah..

Projek 'pecah penjara' akhirnya sampai ke penghujung. Alhamdulillah. Hari ni kami bebas dari sebarang 'defects' untuk diuji. Apatah lagi bebas untuk bergaduh mesra dengan para pembangun. Atau dalam erti kata lain, kami sudah bebas dari 'penjara' itu. Namun kebebasan itu seolah tiada makna. Entah mengapa rasa sedih itu datang bertapa.

"Aku sudah tiada defect lagi untuk diuji!!!!". Kedengaran macam haru jek bunyi.

Namun keharuan itu dicelarukan lagi dengan berita yang ketua kami khabarkan. Projek 'penerbangan' yang sedang berjalan di 'client site' di Subang memerlukan lagi penguji perisian. Kemungkinan besar kami terpaksa berpindah ke sana! Berpindah ke SUBANG!!

Kenapa Subang???Kenapa bukan Cincin atau pun Rantai???!!! Kenapa??? kenapa??? Adehhhh...

Kalau dah terpaksa pergi...

PS: Fida, Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya? Kan?

12 comments:

Kehelan said...

ekekekee.... selamat dtg ke Subang!

Afida Anuar said...

Kay,tatau lagi konfem pegi ke idak...klu konfem...erkkk
nnti fida bagitau eh..hehehe

Tirana said...

Dari penjara pergi ke subang..hehehe..jauh perjalanan banyak pengalaman..tentu ada sesuatu yang baru boleh dipelajari di sana

~~Noly said...

alaa..nnt rindu la kat akak!!

putrixue said...

HE knows the best. :-)

natni said...

beh pe kt sni
wahahahahahaha

:.Yus.: said...

setiap yg berlaku ada hikmahnya..jom ramai2kan subang..hehe

Khairi said...

"Lapangan Terbang Cincin"

Xsesuai ler fida.

Anyway, Subang lagi dekat dengan rumah saya meh cari rumah sewa area sini... :)

AL-BIMA SAKTI said...

salam
sebab subang aje yg sesuai di telinga. he he he he...

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->InsyaAllah,kalau kene pergi sana,moga2 dapat sesuatu baru...adehh jauhhnyer..

Noli-->Alaaaa..rindu kat noli jugak..eceh,mcm dah pi sana jek..hikhikhik

Putrixue-->yeap...HE Knows best!

Intan-->sini pun beh gok intan..wuhuhuhu

Yus-->sian puak2 cyber..sunyi..huhuhu

Khairi-->hihi... tengok la macam mana,rasa tak pindah kut khairi..lgpn projek kejap jek..
lapangan terbang cincin..mcm best pulak bunyinye..ahaksss..

Incik Al-Bima-->hehehehe

baanu said...

sapakah n bilekahh??

Afida Anuar said...

Saya baanu..tatau lagi..kate Incik itu, mungkin akhir bulan 7 ni, atau awal bulan 8 saya akan pergi sana..huhuhu

mungkin juge tidak..erkk

 

Browse