Perut Menjerit!

Wednesday, December 31, 2008
Lepas magrib tadi, perut tiba-tiba menjerit-jerit kelaparan. Tapi tuan empunya perut buat-buat tak dengar dengan jeritan perut. Biarlah dia nak menjerit. Tuannya kata dia malas nak pergi dapur, kupas bawang, goreng daging, bla bla bla. Entah kenapa hari ni kemalasan begitu membelenggu dirinya. Perut pun satu, biasanya ia jarang menjerit-jerit. Hari ni bukan main yer.... sabar..sabar... kita baca Al-Quran dulu eh....pujuk tuan empunya perut.

Belum sempat Surah Al-Qamar dihabiskan, perut menjerit lagi. Haihh, petang tadi kan roti, biskut dah masuk, mengada ek menjerit-jerit begitu!.... ngomel tuan empunya perut.

"Aku nak biarkan kau kosong untuk malam ni, amacam? Satu malam je pun", kata tuan empunya perut kepada perut. Menangis perut mendengar kata-kata tuannya. Tidak pernah tuannya membiarkannya kosong di malam hari. Paling koman pun, pasti disuapinya dengan roti kosong atau paling tidak dengan oat campur.

Tiba-tiba tuan empunya perut menerima satu SMS dari orang dekat.

-Malam ni dalam pukul 11.30, jemput arr turun tingkat 6, ada jamuan sikit. Kitaorang nak sambut besday yus-

"Kansel la nak merasai keindahan kelaparan dan kemerduan jeritan kau perut. Mungkin sudah rezeki kau untuk malam ni"

Perut kegirangan mendengar khabar dari orang dekat tu. Alhamdulillah, moga Allah murahkan rezeki mereka. Bisik perut dalam diam.

Malam ni, pizza, roti-apa-entah-nama dan kek coklat digalurkan ke dalam perut tuan empunya perut yang kempis itu. Hampir penuh terisi menjadikannya sedikit buncit, erkkk...dan jeritan itu sudah tidak kedengaran lagi.

Perut..perut.....

p/s: Yus, selamat ulang tahun hari lahir, moga Yus sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Wan, terima kasih atas pizza dan roti yang best itu. Naz, Ifah dan Noli, terima kasih... terima kasih kerana sudi menjemput. Moga persahabatan yang tulus ini kekal hingga ke akhirnya.

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

Infosys Flashback (Part 4)

Tuesday, December 30, 2008
Hari Jumaat yang ditunggu akhirnya tiba. Pagi tu, sarapan nasi goreng yang dibuat bibik di rumah sepupu ku terasa tawar semacam walaupun kelihatan semua orang begitu berselera sekali memakannya. Tekak aku seolah tidak bisa menelan sebarang makanan. Tiada selera kata tekak. Tiada selera bilamana mengenangkan perpisahan dengan keluarga yang bakal menjelma. Aku sempat menelefon dan meng'sms' beberapa kenalan rapat memberitahu berita keberangkatanku ke negara yang mashyur dengan taj mahal itu. Ada sedu di hujung talian, ada kedu di akhir SMS. Ya Allahh....

Doakan aku selamat pergi dan kembali sahabat-sahabat! Itu pinta terakhir aku pada teman-teman aku yang sehingga kini mereka tidak pernah sekelumit pun luput dari ingatan dan sanubari aku.

Pukul 2.30pm aku dan peserta-peserta lain dikehendaki melaporkan diri di Hotel Pan Pacific KLIA. Dalam pukul 12, kami bertolak dari rumah sepupu aku di Gombak.Adik aku Afnan yang memang arif dengan selok belok jalan di Kuala Lumpur seperti biasa ditugaskan menjadi pemandu.

Dalam perjalanan ke KLIA, MPV milik ayah itu seolah tiada penumpang langsung. Sepi dan sunyi sungguh perjalanan. Dengan adik-adik aku yang biasa riuh di belakang tu pun seolah bisu.

Kebisuan dan kesunyian ini menyebabakan bermacam-macam perkara berputar ligat di minda sepanjang perjalanan ke KLIA. Macam mana kah aku di sana? Tabahkah aku? Keluarga aku, kawan-kawan disini pula macam mana nanti sepanjang ketiadaan aku? Yer la, 4 bulan bukannya sekejap. Macam-macam boleh berlaku. Macam-macam....

Ya Allah... betapa hati aku terasa teramat berat untuk meninggalkan mereka. Ku pohon, selamatkan lah perjalanan aku pergi dan balik, agar aku bisa bertemu dengan insan-insan yang aku sayang lagi.

"Dah tak de apa-apa yang tertinggal dah kan Kak Nor?", pertanyaan bonda tersayang menghentikan terus segala perkara yang ligat berputar.

Aku geleng kepala. Entah kenapa terasa susah benar untuk aku bicarakan jawapan dengan kata-kata. Aku menyambung pemandangan ke luar. Entah jalan mana yang adik aku lalu ini. Sedar-sedar, terpampang di signboard, simpang ke KLIA lagi 5 kilometer!

Kami sekeluarga memutuskan untuk berhenti di Masjid KLIA bagi membolehkan ayah dan adik lelakiku menunaikan solat jumaat. Sementara aku, mak, dan adik beradik perempuan lain berehat sebentar di perkarangan masjid sementara menunggu kaum adam menyelesaikan perintah Allah yang cuma diwajibkan seminggu sekali itu.

Ramai jugak kaum hawa yang bersolat zohor di masjid KLIA pada hari itu. Mungkin juga mereka seperti keluarga aku. Mahu menghantar anak-anak atau keluarga mereka ke India, seperti aku. Mungkin. Atau mungkin ke tempat lain selain India. Mungkin juga..

Alhamdulillah, dalam 2.30pm, aku dan famili memasuki ballroom Hotel Pan Pacific KLIA. Mata aku melilau-lilau memandang kiri dan kanan, berharap agar dapat berjumpa dengan rakan seuniversiti, Siti Afizah dan Ikram yang juga sama-sama berpeluang menjalani software engineering training di Infosys. Namun hampa, kelibat mereka langsung tidak kelihatan. Aku lekas mengeluarkan henpon cap samsung yang separa mantap itu. Aku sms keduanya. Alhamdulillah, mereka hampir sampai. Lega!

Mata aku meronda-ronda lagi sekitar ballroom Pan Pacific KLIA yang pertama kali aku jejaki itu sambil memimpin tangan adik bongsu aku yang berusia 5 tahun waktu tu. Cantik sekali perhiasan dan binaan dalamannya. Peserta-peserta pun sudah agak ramai yang tiba membawa bagasi masing-masing. Ada yang menggalas bag pack, ada yang mengheret beg beroda. Bermacam-macam ragam termasuk ragam adik aku yang tolong membawa beg besar aku. Tapi dalam ramai-ramai peserta tu, tidak ada seorang pun yang aku kenal. Gi mana ni?

"Ala, awal-awal ni memang la tak kenal, nanti lama-lama kenal lah", pujuk mak yang seolah memahami kerisauan aku.

Sedang aku beromong-omong sendirian, beromong memikirkan kisah perjalanan aku pada hari itu, tiba-tiba bahu aku disentuh lembut dari belakang...

p/S: Dan tiba-tiba juga tangan aku terasa sedikit kaku untuk membiarkan keyboard ini terus diketuk-ketuk, uhuh! Keep reading my entry then, i'll be here again for part 5, InsyaAllah..

WaAllahualam
Wasalam.

Aku Di Dalam Pandanganmu.

Monday, December 29, 2008
Pagi-pagi hari otak aku terasa tersangat beku dengan kesejukan aircond opis yang terasa tersangat pelik kesejukannya hari ni. Oh yer, hari ni 1 Muharam 1430H, hari cuti untuk kebanyakan orang yang bekerja. Tapi bukan hari cuti untuk kampeni aku. Nape entah kampeni aku tak ambil cuti untuk 1 Muharam ni. Depa nak tengok kami semua rajin datang opis di hari semua orang bercuti kut!

haihhhh...dugaan...dugaan...

Sedih kan, bila orang lain seronok bercuti, tapi kita bekerja. Takpe la Fida, kerja itu kan ibadat (saja nk sedapkan hati). Padahal datang opis pagi tadi, bukannya banyak kerja pun. Semua kerja yang sepatutnya siap, dah disiapkan hari ni. Cuma nak setelkan satu document ni jek lagi yang masih menunggu kewujudan design document yang tak wujud-wujud tu. Bila entah design doc tu nak wujud. Alhamdulillah, yang lain semua dah setel.

Mantapkan aku? eheh. (perasan!!)

Jadi apa lagi yang patut aku lakukan di saat ini? Purak-purak bizi di hadapan screen komputer 12 inci ni sambil mengerutkan dahi 14? (Mungkin itu yang sedang aku lakukan sekarang ni,heh!).

p/s: Gamaknya la, apa la yang orang-orang tak bekerja tu fikir tengok aku siap-siap nak gi kerja. Rajinnyer dier gi kerja time-time cuti cengginiii.... (Mungkinkah?) huh!

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam.

Salam Maal Hijrah..

Sunday, December 28, 2008
Salam Maal Hijrah untuk semua...

Nak letak doa akhir tahun kat sini dah terlepas waktunya. Apa kata aku share doa awal tahun.

Perlu dibaca pada waktu selepas solat maghrib (28 Disember 2008)

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

p/s: Israel membedil lagi palestin. Lebih kurang 245 warga palestin telah terkorban Mari kita sama-sama mendoakan agar saudara2 kita di Palestin di berikan kekuatan oleh Allah.

"Allahu man'sur mujahiddin fii palestin.."
"Allahu man'sur mujahiddin fii palestin.."
"Allahu man'sur mujahiddin fii palestin.."

WaAllahualam
Wasalam..

Mereka yang Baik-Baik..

Dalam hidup ini, aku selalu ditemukan dengan orang yang baik-baik..

Ya Allah, betapa syukurnya aku padaMu...

Moga aku pun jadi orang yang baik-baik, seperti mereka... orang yang baik-baik itu.

Amin..

Perut Nasi..

Friday, December 26, 2008
Lunch time tadi, member-member opis ajak aku pergi lunch dekat resipi rahsia. Tapi aku menolak, nape entah aku tak mahu pergi lunch kat sana. Sebab tempat tu berahsia sangat tentang resipinya kut, heh! Tapi Alhamdulillah, rezeki untuk lunch hari ni, Baanu yang baik hati telah belanja aku kebab. Terasa sedap sangat kebab yang aku makan tadi. Hari-hari lain makan macam biasa jek rasanya. Mungkin sebab free kut..hahahaha, Anyway Baanu, thanks for the kebab. Lain kali belanja lagi eh. erkk..

Dah makan kebab tengahari, maknanya petang nanti, sah aku akan cari nasi jugak untuk mengisi ruang lingkup perut aku yang agak kempis (perasan) ni. Entah la, tapi kalau satu hari aku tak bertemu dengan nasi, rasa macam tak sah je hidup ni. Rasa macam something is missing somewhere.huh! Dah perut aku perut nasi, nak buat macam mana kan?

p/s: Kalau la suatu hari nanti aku ditakdirkan tercampak ke obersi sana, yang menuntut aku mungkin makan roti jek hari-hari...gimana la ek? Konfem hidup aku setiap hari tak sah jadiannya. erkk...

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

Angkat Bakul Buatan Sendiri..

Thursday, December 25, 2008
Sebaik saja keluar dari lif di tingkat ** blok A pangsapuri rumah sewa aku, bau orang tengah menumis lada menusuk-nusuk hidung, bercampur pulak dengan bau gorengan ikan, menggelupur perut aku dibuatnya. Kan best kalau bau masakan itu datangnya dari rumah aku. Balik rumah ada orang tolong masak, tolong kemas, tolong basuh baju, sidai baju, lipat baju, tolong bla bla bla bla, setel. Tapi sapa nak tolong?? Hurmmm... erkk bibik???

Teringat kisah mak aku suatu masa dahulu. Mungkin terlalu penat dengan kerja-kerja rumah yang berlambak. Mana kene pergi kerja lagi, balik nak kena masak, kemas rumah, basuh baju, layan adik-adik aku bla bla bla. Memang tak menang tangan lah dibuatnya. (Time aku balik bercuti, memang aku bantu jugak la apa yang patut. Kira aku lah bibik waktu tu, erkkk. Tapi time aku tiada?) Suatu hari mak bersungut depan ayah untuk mengambil seorang bibik bagi membantu meringankan beban kerja-kerja rumah mak. Tapi apa kata ayah?

Ayah kata, ayah tak selesa kalau ada bibik. Tak pe la rumah selerak sikit pun, ayah tolong kemaskan. Baju-baju ayah tolong mesinkan, pastu sidai. Kalau mak masak satu lauk je pun ayah tak kisah. Alhamdulillah, bab makan ayah aku tak cerewet orangnya. Moga jodoh aku pun begitu juga nanti, tak cerewet bab makan, Aminn..

Lantas hasrat mak aku tu terpaksa dibatalkan. Sehingga hari ni, mak aku tak pernah bersungut lagi depan ayah aku perihal nak ambil bibik. Tapi jarang pulak aku tengok ayah aku mesinkan baju, sidai baju, kemas rumah. Time anak-anak takde kat rumah kut. Yer la, time aku ada kat rumah, aku yang buat semua tu, eheh. (Angkat bakul sendiri Fida nih! erkk..)

Tapi betul gak cakap ayah aku. Tak selesa satu. Lagi satu, semua benda bibik buat, makan pun dari air tangan bibik. Macam mana hubungan keluarga itu bisa utuh? kan?

"BIBIKKK, Buatkan susu panas satu. Mau tido ini"

PANGGGG!!!!

"Owhh, aku berangan ada bibik rupanya", heh!

Until next entry semua. Selamat malam.

WaAllahualam
Wasalam.

Menjauhi Salju...

Tuesday, December 23, 2008

Baru aje aku nak bermesra-mesra dengan teman seopis yang baru aku kenal di tempat baru ni, mereka pulak terpaksa shift ke tempat lain. Aduiii... Aku dengar ada orang-orang baru pula yang akan mengambil alih tempat mereka, dan again...proses untuk membiasakan diri dengan orang-orang baru ni mungkin akan mengambil sedikit masa. Tapi tak mengapa, whether i like it or not..., it's life then...huh! Just go on with it. Caiyokkk...

Pagi tadi, kerja untuk team kitaorang tidak begitu menggunung seperti minggu lepas. Cuma menunggu reviewer untuk review all the test case and then make some corrections, kalau ada then we can proceed to...erkk, buat apa lak pasni ek? heeeee.. .. lepas ni kerja mungkin akan jadi setinggi gunung kinabalu. Dan mungkin lagi tinggi dari itu. Setinggi gunung everest maybe, hahahahaha. Kerja..kerja...kerja..again..it's life.

Owhh yer, aku sudah membeli 'Salju Sakinah'. Dah baca sampai bab 6., semua sekali ada 43 bab. Kalau ikutkan, ingin saja aku habiskannya novel hebat itu malam itu juga. Tapi, aku sayang nak habiskan, heeee. Cuti krismas lusa, aku nak buat apa? Jadi aku tahan diri aku dari mendekati 'Salju Sakinah'. Lusa baru akan aku dekatinya semula. Boleh kan salju?

Huh! Kejamkah aku menahan diri aku dari mendekati salju?hehehehe

Until then..

WaAllahualam
Wasalam..

Tika Lautan Hilang Gelora..

Monday, December 22, 2008
Sudah lama rasanya kaki ini tidak memijak pasir pantai yang lembut dah halus. Sudah berkurun lamanya hidung ini tidak menghirup oksigen yang bercampur udara dari air laut yang masin itu, dan sudah berabad pula saatnya diri ini tidak dibiarkan dihempas angin pantai yang terkadang ganas dan terkadang lembut itu.

Arghhh rindunya aku untuk berada di sisi ombak pantai itu. Ombak yang tidak pernah sekalipun mengadu lelah dan penat merebahkan dirinya ke pasir pantai, saban saat, saban ketika.

Dulu, waktu aku mula-mula dapat lesen kereta lepas abis SPM, waktu ayah aku dah lepaskan aku drive sendiri tanpa perlu dia ada di sisi, aku sudah mula meminta izin kedua orang tua ku untuk bawa adik-adik aku berjalan-jalan dengan kancil milik mak aku. Kataku, nak bawa mereka jalan dekat-dekat sini jek. Padahal dalam perjalanan, aku membelok stereng bawa mereka ke pantai, ada la dekat 10km pantai itu dari rumah aku. Melonjak gembira adik-adik mendengar plan aku nak bawa mereka ke pantai. Sampai aje di sana, berkejaran kami semua ke gigi air, tak sabar-sabar nak sentuh air laut yang masin beralun di dada pasir. Kalau tahu dek mak dan ayah.... habis lah kami waktu tu. (p/s: Ayah su, jangan bagitau mak eh, citer lama ni..heeeee)

Kepergian aku ke pantai tidak berhenti setakat itu. Kadang-kadang, tatkala pulang ke kampung ketika cuti semester, sekali sekala aku pasti menjengah ke pantai itu. Nasib baik pantai yang biasa aku kunjungi itu tidak ramai muda-mudi yang bercengkerama (aku pun muda mudi gak waktu tu, eheh). Jadi tidak lah begitu mengganggu pandangan mata ini yang ke sana untuk menatap ombak, merasa angin dan menikmati keluasan lautan ciptaan Yang Maha Kuasa.

Teringat satu iklan di televisyen. Seorang budak kecil menjerit di tepi pantai.. "Ombak Jahatt!!". Kalau tak silap aku, ayahnya yang bekerja sebagai nelayan tidak pulang-pulang. Lemas di tengah lautan mungkin...erkk betul ke telahan aku ni? Apa-apa je la.

Memang benar, ombak nampak ganas bila memukul-mukul pantai. Gelora nampak menakutkan ketika memporak perandakan laut yang tenang. Namun, apalah ertinya pantai...andai ombak itu tidak memukul-mukul... apalah ertinya laut, jika gelora itu tidak menari-nari. Kerana hakikatnya, di situlah letaknya kecantikan dan keindahan pantai ciptaan Sang Pencipta Yang Maha Agung.

Dan begitu juga dengan sebuah kehidupan. Sudah pasti tidak akan pernah berjauhan dengan dugaan dan ujian walau secebis cuma. Kerana di situlah letaknya kemanisan dalam kehidupan. Bersabar dan hadapinya dengan senyuman. InsyaAllah.... ianya pasti akan jadi manis.

p/s: Sebentar tadi media elektronik sibuk memainkan isu hudud. Kempen untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu juga mungkin. Walau apa pun, hukum Tuhan walau sebesar zarah, jangan berani kita persenda. Apatah lagi hukum hudud yang seolah-olah dipermain-mainkan sesuka hati oleh sesetengah pihak. Takut nanti bala Allah yang datang menimpa. Patutnya umat Islam bersama-sama bersatu padu menegakkan hukum Allah dibumi yang tercinta ini. Bukan main kutuk mengutuk dan kata mengata. haihh...

Dari ombak ke bab agama dan politik sebentar. Sekian, selamat malam...

Until next entry.

WaAllahualam
Wasalam.

Hati...Bertahanlah..

Sunday, December 21, 2008
Aku ingatkan aku tidak betah untuk menyarung sedikit kebisuan dalam diri ini, rupanya ianya tidak lah begitu payah seperti yang aku sangka pada awalnya, (maklumlah, aku ni kan pot pet pot pet orangnya, heee). Aku cuma perlu biarkan hati sendiri je yang berbicara tanpa melisankan di bibir (as easy as eating kacang! uhuh).

Kalau hati sendirian jek yang berbicara, sudah pasti tiada insan yang berdampingan yang tanpa kita sedari mungkin tidak suka dengan isi-isi yang berhambur keluar dari mulut kita, kerana hanya kita dan Yang Maha Kuasa yang tahu apa yang telah hati kita bicarakan. Ingatlah, bukan segala yang kita lisankan melalui bibir itu, semua orang boleh terima atau suka, ada kalanya ia dibenci, dikutuk, dicaci dan dihina. So...sometimes, some things are better left unsaid. Aren't they? huh!

Dan, sampai di suatu tahap, dunia menuntut kita menjadi bisu. Ada kalanya dunia menuntut kita untuk berbicara. Dunia owhh dunia... kadang-kadang apa yang kita inginkan terasa amat mustahil untuk dikecapi, dan apa yang kita impikan tak semestinya akan kita gapai. Kawan menjadi lawan, lawan menjadi kawan. Semua itu mungkin dikata adat dunia. Tapi itulah dugaan dari Yang Maha Kuasa untuk menguji iman di hati.

Berbalik kepada cerita hati, rupanya hati yang berbicara sendiri itu ada kalanya mendamaikan. Ada waktunya menenangkan. Dan ada masanya, ia juga meletihkan. Itu lah hati.. hati aku, dan mungkin juga hati-hati kamu...

p/s: Hati itu boleh ibaratkan seperti kaca. Sekali ia retak, walau ia ditampal atau dilekat dengan gam atau pelekat yang paling canggih dalam dunia sekali pun, sudah pasti ia tidak akan cantik seperti yang asal. Oleh itu jagalah hati-hati yang kamu dampingi dari retak. Walau retaknya cuma satu.

Until next entry, selamat malam semua..

WaAllahualam
Wasalam..

Orang Tengah dan Orang Tepi..

Jadi orang tengah bermakna anda dikehendaki berada di tengah-tengah di satu-satu kawasan atau tempat, manakala jadi orang tepi pula bermakna anda terpaksa berada di sebelah tepi kawasan atau tempat tersebut. Definisi yang amat mudah untuk difahami oleh semua orang tanpa mengira usia. Tapi baby yang berusia sebulan, aku tatau arr depa paham ke idak..erkk. Untuk baby-baby, mungkin ada pengecualian sedikit kut dalam pemahaman maksud orang tengah dan orang tepi ni, heeeee...

Tahun lepas, tanpa angin, tanpa hujan, ada seorang sahabat baik minta tolong aku jadi orang tengah. Terkejut dan terkedu aku. Maklumlah, tugas menyatukan dua hati bukannya tugas yang mudah. Apatah lagi jika dua hati itu memang bukan ditakdirkan untuk bersatu. Aku gagal dalam misi penyatuan itu setelah mendapat balasan email dari pihak lelaki menyatakan dia mendoakan sahabat baik aku itu akan berjumpa dengan insan yang lebih baik darinya. Mungkin bukan jodoh mereka. Sahabat baik aku redha. Aku pun redha.

Tahun ni, tugas jadi orang tengah tu diamanahkan lagi di bahu aku yang makin kurang isi ni. Bahu aku ni, kalau pegang mesti rasa ada tulang (erkk..perasan kurus la tuh!). Aku pun tak tahu sebab musabab orang boleh kasi amanah jadi orang tengah tu kat aku. Nak kata aku biasa dengan tugas jadi orang tengah ni...tidak. Nak kata aku ni pernah menyatukan dua hati... pun tidak. Hati aku ni pun tak bersatu lagi. Walau apa pun, insyaAllah aku akan jalankan tugas itu dengan sebaik mungkin. Kalau dah jodoh mereka takkan ke mana jugak. Jodoh itukan rahsia Tuhan. Doakan aku berjaya ek!

Ada tips dak nak jadi orang tengah yang berjaya?

p/s: Bile ek aku boleh jadi orang tepi pulak? erkk... ~lalalalalalala~

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

Dunia Ini Penuh Dengan Pura-Pura dan Kura-Kura..

Saturday, December 20, 2008
Pada zaman dulu kala, waktu aku masih muda remaja. Tak silap aku dalam darjah 1 atau 2. Aku hanya berjalan kaki ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 600meter-700 meter dari rumah. Berjalan merentasi Jambatan Manir dan sekaligus merentasi Sungai Terengganu. Tiap-tiap hari, pergi dan balik sekolah. Rajinkan aku? Patut arr dulu body cergas semacam jek. Sebab banyak jalan kaki. Banyak exercise. Kecik-kecik dah pandai exercise. huh!

Dan masa tengah atas jambatan, aku pasti akan melilau-lilau melihat Sungai Terengganu tu. Mana la tau kan, kut-kut ternampak buaya ke, 'Bujang Susah' ke, baru terasa gempak sikit hidup! Pernah suatu hari satu kepala reptilia muncul dipermukaan sungai. Kecoh mata aku memerhatikan haiwan tersebut. Ingatkan buaya. Tapi kepala bukannya kepala buaya. Bila diamati betul-betul.. ceh, biawak rupanya. Buat saspen jek..

Tiba-tiba bila dah sampai kat tengah jambatan sikit. Nampak satu kepala timbul di permukaan. Ya Allah binatang apa pulak ni?? Mula-mula nampak kepala. Pastu timbul cengkerangnya pulak.

"KURA-KURA!!!" (Anggaplah ini hari pertama aku merentasi jambatan tersebut. Nampak jakun sikit sebab tengok kura-kura pun dah kagum. huh!)

Kemudian, ada sekor lagi muncul di sebelahnya. Macam menghirup udara gitu gaya kedua-dua ekor kura-kura tu. Eh, ada lagi sekor kat hujung situ, dan sekor lagi, dan lagi, muncul di permukaan. Wahhhh.....banyaknya kura-kura.

"Mak..mak..tadi Kak Nor tengok banyak sangat kura-kura dalam sungai", aku.

"Tu tuntung la Kak Nor, bukannya kura-kura", mak aku.

"Owhhhhhhhhhh", iyerkan je la, walaupun pada masa tu aku tetap rasa binatang-bintang tu adalah kura-kura. Degil! Bila umur dah meningkat sikit, barulah tahu banyak jenis rupanya 'kura-kura' ni.huh!

Boleh kata tiap-tiap hari aku akan terserempak dengan kura-kura, eh tuntung-tuntung tu. heeeeeeeee.

Tu masa kecik-kecik asyik terserempak dengan kura-kura..erkk eh tuntung-tuntung....Tapi bila dah besar ni, banyak terserempak dengan pura-pura pulak. Sana sini pura-pura. Haihhhhh..... banyaknya pura-pura...

Until then... nak pura-pura tido arr kejap, eheh.

WaAllahualam
Wasalam..

Satu Perjalanan Dalam Kehidupan..

Thursday, December 18, 2008
Alhamdulillah, dalam kesibukan menyiapkan test case yang berlambak,aku, Dilla, Intan,Naz dan Wa sempat ke Hospital Pusrawi hari ni untuk buat some medical check up. Ada orang nak tolong bayarkan kosnya, so kitaorang pun apa lagi. Buat jek la.

~Darah aku ada dekat satu cawan kene ambil.
~Dada di Xxx-Ray.uhuh
~Abdomen dan payudara diultra sound.
~Pastu kene berjalan-jalan atas treadmill. Untuk stress test.
~Urine test lagi.
~Test mata tengok rabun ke idak.
~Test apa lagi ek? erkkk...

Resultnya, alhamdulillah, semua organ dalaman, ginjal, pankreas, hati semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Darah, hemoglobin, normal, dan disahkan bukan pembawa thalassemia memandangkan hemoglobin aku juga berada dalam keadaan yang begitu bagus. Jantung juga dalam keadaan baik, salur-salurnya tidak mengalami sebarang kesumbatan. Mata pun cool, tak rabun. Alhamdulillah, baik-baik belaka organ dalaman dan sel-sel dalam badan aku ni rupanya. Terharu pulak aku. huh!

Cuma... walaupun aku ni nampak kurus (perasan kurus tuu), doktor kata aku kene kurangkan sedikit tahap kolesterol dalam badan. 5.08 mengikut yang tercatat di situ. Doktor nasihatkan sebaik-baiknya tahap kolesterol kita patut berada di bawah 5.00. Aku rasa ni kes makan daging lembu banyak sangat ni time raya haji minggu lepas, erkkk..mebe. heh! nak salahkan daging lembu pulak, haihhh.

Dalam banyak-banyak test yang aku buat hari ni, ada satu test tu aku fail .Test apa tu, let it be with me je la. Siap kene lecture dengan doktor lagi sebab aku ni degil. Ingat lagi entry aku ni? (Aku dan doktor yang hensem)? Kira aku kene lecture sebab ada kaitan dengan tak pi buat follow up check up ni la, dan doktor tadi tu kata aku lagi pentingkan kerjaya dari kesihatan, huh! Yer ke? Sengih je la aku dengar lecture beliau. Lagipun ada benarnya apa yang dilecture doktor tersebut.

Yang paling best, kakitangan Hospital Pusrawi semuanya peramah-peramah dan baik-baik belake. Mekasih buat Kak Normah dan Kak Liza yang banyak menguruskan hal kami hari ni. Lepas ni kemungkinan besar kene buat follow up lagi..erkk...

Doktor 1: Puan Afida, sila masuk.

Aku: erkk..

Doktor 1: Puan ke cik?

Aku: Cik.

huh!

Until then. Nak tido dah. Penat sangat kut berlari atas treadmill tadi, ceh!

Selamat malam semua.

WaAllahualam
Wasalam.

Kosong...

Wednesday, December 17, 2008
Jam 5.25 petang. Suasana opis sudah mula terasa sedikit tenang. Mungkin teman-teman sudah mula untuk khusyuk menyiapkan kerja masing-masing memandangkan waktu untuk pulang sudah hampir. Yang jelas kedengaran sekarang hanyalah ketukan-ketukan lembut dan keras ke atas keyboard computer di sana sini, dan sekali sekala kedengaran suara sembangan teman-teman seopis yang kurang jelas diproses dek telinga.

Walaupun begitu, ada juga yang sudah mengangkat punggung untuk berlalu pulang. Tapi aku… aku masih setia di hadapan screen HP L1706 berwarna silver ni. Nak kata aku pun sama khusyuk menyiapkan kerja yang hampir berlambak tu, bole la jugak, walaupun sebenarnya tak, eheh. … Cuma time-time hampir pulang begini, aku lebih suka membiarkan fikiran aku kosong. Kosong buat sementara. Kosong agar selepas pulang nanti, ia bakal terisi dengan benda lain pulak, dan bukannya asyik terisi dengan kerja dan kerja dan kerja je. Jadi aku biarkan ia kosong sekosong-kosongnya. huh!

Aku juga suka pakai baju kurung kosong. Kalau ke kedai nak pilih kain untuk dibuat baju kurung, aku pasti ke bahagian yang menjual kain kosong. Pastu beli kain kosong untuk dibuat kurung. Nampak simple, tapi aku suka. Pernah suatu hari,aku ke kedai kain, mak aku tegur aku suruh cari kain yang berbunga-bunga pulak. Dia kata tak nak tengok dah aku cari kain kosong untuk dibuat baju. Katanya dah banyak kurung kosong yang aku ada. Aku bukannya apa, aku tak pandai sangat la pilih kain yang berbunga-bunga untuk dibuat baju kurung ni. Nanti dah siap jadi baju mesti tak cantik! heh!

p/s: Hari ni aku ke pejabat menyarung salah satu daripada koleksi kurung kosong aku. Kosong lagiii.. haihhh...

Jika makan di kedai pulak,aku suka order air kosong atau lebih tepat lagi air suam kosong. Kosong tanpa sebarang pewarna atau perasa. Kosong tanpa sebarang bau atau isi. Kosong. Murah pun murah. Bukan kerana aku kedekut atau nak berjimat. Tapi kerana aku menyahut seruan untuk jadi sihat,jadi kene banyak minum air kosong. Cheewah, kekononnya la nak kasi ayat mantap sikit, tapi sebenarnya aku memang pelahap air kosong pun. Tanya arr member-member baik aku betapa aku minum air kosong yang banyak untuk mengisi ruang badan ini dalam satu hari. Lagi satu, air kosong adalah air yang paling murah dan paling bagus untuk kesihatan badan..uhuh.

"Fresh Orange satu dik", kawan A

"Jus tembikai satu", kawan B

"Ice Lemon Tea satu", kawan C

"Air suam kosong satu dik", aku.

"Air suam kosong jek kak?", adik tukang ambik order.

Huh!

Apa lagi perihal kosong ek? Hurmmmmmmmmmm ... ummmmmmm... erkkkkk...

p/s: Kan best kalau gaji aku ditambah dengan satu lagi angka kosong kat sebelah kosong yang paling last tu...kan?kan? eheh.

Keep reading my entry. I'll be here. Again, the same me. Until then.
(Tenet kat rumah masih k.o lagi..dah repot dah..dia kata amik masa 2 hari untuk fix. Whuaaaaaaaaa)

WaAllahualam
Wasalam.

Kaku dan Beku.

Tuesday, December 16, 2008
Kenapa sejak dua menjak ni, tangan aku terasa agak kaku untuk menari di atas keyboard separuh mantap ciptaan dell ini ek? Seolah sebelum ini, ia tidak pernah menari langsung.

Walhal suatu ketika dulu, bermacam-macam jenis tarian sudah dipersembahkannya. Dari tarian tanggo hinggalah ke tarian inang. Menari dari kutub utara hinggalah ke kutub selatan. Tapi kini, ia seolah kaku,beku, kekok dan layu membisu.

.............................................................. Eh, masih kaku lagi nampaknya.

Until kaku itu hilang.... selamat malam semua..

WaAllahualam
Wasalam.

Antara Sel Manusia dan Molekul Aloi

Sunday, December 14, 2008
Alhamdulillah, hari ni cuaca agak redup, mendung. Tiada sinaran matahari yang galak memancar seperti semalam. Buat sementara,untuk hari ni tiada kesilauan yang tajam yang bisa mensepetkan kedua mata bulatku ini. Belah petang pulak, hujan turun dengan lebat menyimbah bumi. Perfect! It's tido time for me..eheh...

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan berita kemalangan seorang teman baik. Alhamdulillah, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Cuma 'sayang' dia yang cedera. Parah jugak dengarnya. Dan dan aku teringatkan kisah kemalangan aku suatu ketika dulu kala di bulan yang mulia. Kisah kemalangan kami mungkin berbeza, tapi perasaan yang kami rasa sewaktu berjauhan dengan 'si dia' sewaktu 'si dia' dirawat di bengkel mungkin boleh disamakan. Aku rasa lar..Kan a***n Kan? kan? uhuh..

Tiga atau empat hari lepas, aku dikhabarkan yang 'sayang' dia telah menjalani pembaikpulih dan telah selamat dikeluarkan dari bengkel. Alhamdulillah. Cuma katanya, 'sayang' dia tak sama seperti dulu.Tak boleh nak drive laju-laju. Rim 'sayang' dia macam ada problem.

"It's ok. It takes time to heal. Sama cam kaki, bila dah patah, dah operate, mana boleh berlari terus, kene jalan slow-slow. Lepas tu baru boleh berlari", aku.

"Kaki memang boleh sembuh, sebab ia terdiri dari sel-sel. Sel-sel manusia. Nanti sel-sel yang rosak tu diganti dengan sel-sel yang baru. Rim aku diperbuat dari molekul aloi. Bukannya sel manusia. Macam mana ia nak sembuh. Nak sembuh atau nak ganti sel baru alamat kene angkat yang baru lar", dia.

Huh!

Cerita TAMAT.

p/s: Drive carefully then, ingatlah 'si dia' yang tersayang. Seksa wooo time 'si dia' masuk bengkel. Siang malam rindu memanjang. Asyik teringat-ingat 'si dia' jek. Umpama orang kata, mandi tak basah. Tidur tak lena. Makan tak kenyang. Heh!

Until next entry.

WaAllahualam
Wasalam.

Pecah Penjara..

Friday, December 12, 2008
Ibadah korban telah dijalankan. Cuti-cuti di kampung juga telah dilaksanakan. Hari ni tibanya hari yang paling tidak dinanti-nanti..jeng jeng jeng...iaitu datang kerja. Haihh..ni la akibatnya kalau dah lama sangat balik kampung. Tapi takde la lama sangat pun. Setakat 5 hari jek;(

Hari ni pulak, aku terpaksa melaporkan diri di opis utama bagi projek terbaru iaitu projek 'prison break'. Aku mungkin akan berada di sini untuk next few months bagi menyelesaikan projek 'prison break' atau 'pecah penjara ni. Lepas ni mungkin agak susah sikit untuk aku adakan aktiviti blog jumping or blog commenting time office hours memandangkan projek untuk memecahkan penjara ini menuntut aku untuk memberi 100% tumpuan ketika bekerja, dan bukannya 99% atau 98% saja. Kalau tidak 100%, manakan mungkin penjara itu bisa aku pecahkan.

Datang opis utama ni pulak, aku terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Segala-galanya serba baru bagi aku. Workstation lama terpaksa aku tinggalkan, pc aku yang separa mantap itu pun terpaksa aku lepaskan buat sementara, diberinya aku workstation dan pc baru yang suku mantap. Apa pun aku menerimanya dengan hati yang terbuka. Benda yang diberi orang tidak boleh dikomplain-komplain. Nanti apa kata tuan yang memberi. Dah la free, nak komplain pulak. Haihhh...

Sama juga dengan kehidupan yang dihadiahkanNya di atas dunia ini, apa saja yang dikurniakanNya, apa saja yang telah Dia tetapkan, aku terima dengan redha. Kerana aku tahu, segala-galanya yang telah Dia aturkan pasti ada hikmah yang terkandung di sebaliknya.

INTERMISSION

"Murid- murid, sapa yang suka tengok prison break angkat tangan", cikgu

"Kami cikgu", semua anak-anak murid cikgu mengangkat tangan.

"Huh!! Ramainyerr", cikgu..

eheh.

Until next entry semua.

WaAllahualam
Wasalam...

Doa Menghalau Zombie.

Monday, December 08, 2008
Alhamdulillah..lembu yang disangka tidak bangun akibat keracunan rumput itu akhirnya bangun juga lepas subuh. Bukannya akibat keracunan atau apa-apa penyakit yang menyebabkan lembu itu kelihatan langsung tidak membangunkan dirinya. Tetapi lembu tu pun rupanya ada timing bangunnya yang tersendiri.. aisehhh, cenggitu rupanya. Buat cuak semua orang jek;)

Cuaca yang dari pagi memang agak mendung kadang-kadang hujan merisaukan kami sekeluarga untuk menjalankan ibadat korban. Maklumlah, sekarang musim tengkujuh tengah menggila di sini, dan seboleh-bolehnya daging lembu korban ni tidak boleh terkena air hujan, nanti akan rosak dagingnya. Maka kami sekeluarga amatlah berharap agar cuaca pada hari ni mengizinkan kami untuk menjalankan ibadah korban ni dengan lebih tenteram dan aman.

Alhamdulillah, rahmat Allah itu amatlah banyak. Dari time sembelih, sampai la ke petang, tiada setitik hujan pun yang turun. Cuma cuaca redup-redup mendung mengiringi perjalanan majlis korban kami pada hari ini.

Tengah-tengah kekecohan majlis korban, tengah-tengah kesibukan memproses daging untuk diagih-agihkan, tiba-tiba anak sepupu aku, Syahmi menanyakan aku soalan yang membuatkan aku agak tergamam buat seketika.

"Kak Nor tau tak doa menghalau zombi?", Syahmi.

"Hah? Mana la Kak Nor tahu. Nak baca apa tuk menghalau zombie ni Mie?", aku sambil mengerutkan dahi. Maklumlah, first time dengar soalan cenggini. huh!

"Lar, senang jek la Kak Nor"

Dia pun membuka mulut memulakan bacaan doa tersebut. Terkumat kumit dalam nada pelat nya membaca doa. Rupanya, doa yang dibacanya merupakan ayat kursi. Hahahaha..tergelak besar aku.

p/s: InsyaAllah, dengan izin Allah walaupun dengan sepotong ayat kursi; jin, hantu, syaitan, makhluk halus, zombie dan segala macam mak neneknya akan dapat dihindari dari terus mengganggu hidup kita.

~Erkk..tak tengok pun lagi Zombie Kampung Pisang... lalalalalalala~

Till then....

Wallahualam
Wasalam.

Lembu Keracunan..

Salam Iduladha diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Tengkujuh tak tengkujuh, ibadah korban tetap akan dilaksanakan...

p/s: Lepas subuh tadi, aku dengar ayah aku cakap lembu yang bakal dikorbankan itu takmo bangun. Termakan rumput yang diracun. Nak gi tengok la ni cemane... haihhh...

~SALAM IDULADHA~

Until next entry

WaAllahualam
Wasalam..

Kehidupan Di Sini.

Friday, December 05, 2008
Menguap-nguap ngantuk aku mendengar v-share dari India ni. Dah la baru lepas lunch. Memang waktu yang amat sesuai untuk taking 10-15 minutes nap atau tidur sekejap. Tapi disebabkan ada 'bos' baru yang asyik ke hulu dan ke hilir menyuruh kitaorang melayan v-share petang ni. Maka nap atau tidur sekejap itu terpaksa aku abaikan .. whuaaarghhh ngantukkknya. (Rajinkan aku mendengar v-share,eheh).

Lunch time tadi aku berkesempatan pecut ke Alamanda untuk membeli sedikit hadiah untuk adik-adik kecik aku; Huda dan Nabilah dan juga anak mak sepupu aku, Auzai,Hariz dan Shahmi yang tinggal di belakang rumah. Adat jadi budak-budak. Dapat gula-gula sebiji pun sudah cukup gembira apatah lagi kalau benda-benda lain. So balik kampung kali ni, aku belikan kelima-lima budak kecik tu buku. Lama jugak aku bertapa dalam MPH Alamanda tadi untuk memilih buku-buku yang sesuai untuk depa. Naik kejang kaki dibuatnya. Namun tak mengapa, kegembiraan pada wajah mereka yang terbayang-bayang di ruangan mata sudah cukup untuk mengubati kekejangan itu. (Tokoh kakak mithali kan aku? Sapa sokong angkat tangan...eheh)

Namun bukanlah kerajinan atau kemithalian yang ingin aku highlightkan pada entry kali ni. Kerana itu hanyalah sekecil-kecil perkara dalam kehidupan seorang insan. Ada lagi perkara yang tersangat besar, yang patut kita semua ambil endah, tapi pada hakikatnya, rata-rata kita semua hanya memandang sebelah mata, termasuk aku. Walaupun aku dikurniakan dua mata. Mengapa yer?

Hari ni bukan lah kali pertama aku keluar waktu lunch time, atau lebih tepat lagi pada waktu orang lelaki bersolat Jumaat. Mungkin yang kebeberapa kali. Namun pemandangannya tetap sama, baik yang tua atau yang muda, masih ramai orang lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat. Keuzurankah? Adakah mereka mempunyai sebarang kemaslahatan? Atau... sememangnya mereka merupakan golongan yang tidak menunaikan solat Jumaat. Hurmm....

Nak kata uzur, mereka masih mampu meronda-ronda, membeli belah di dalam Alamanda tersebut. Ada yang mengiringi anak dan isteri membeli keperluan dapur. Ada yang baru keluar daripada pejabat, terus berjalan-jalan dan makan-makan bersama kawan-kawan di Alamanda itu. Tidak kurang juga pekerja-pekerja yang bekerja di restoran makanan segera, kedai-kedai buku, dan sebagainya yang terpaksa bekerja ketika solat Jumaat berlangsung.

Bukanlah aku nak bersangka buruk pada lelaki-lelaki itu. Mungkin ada yang musafir. Tapi yang selebihnya? Yang tidak bergelar musafir tu? Mereka tak tahu kut yang meninggalkan solat Jumaat tanpa sebarang sebab termasuk dalam salah satu dosa besar? Hurmm...mungkin...

Hadis :Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:"Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?" (Muslim)

p/s: Sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati. Mintak maaf yer bagi sesiapa yang terasa atau yang pergi solat Jumaat ikut mood. Tapi aku hanya menyatakan kebenaran. Hanya itu dan tidak lebih dari itu.

"Lepas ni jangan tinggal Jumaat lagi ek!"

Until next entry.

WaAllahualam
Wasalam.

Wanita dan Lelaki..

Thursday, December 04, 2008

Jom, jawab tag dari Cik Kehelan..

7 Ciri Wanita atau Lelaki Idaman Anda

  • *Beriman.
  • *Boleh mengimamkan solat.
  • *Intelligent.. but not too intelligent. erkk...
  • *Tak merokok
  • *Pandai masak.., sikit-sikit pun jadi arr..eheh
  • *Penyayang
  • *Bertanggungjawab
  • *Family-Man
  • *Ada sense of humour.. like what they said, 'laughter is the best medicine':D
  • *Menerima segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada aku ni.. huh..
  • *(Kay nak 7 jek, tapi aku kasi 10. Lantak la..eheh)
7 Wanita/Lelaki yang tak pernah anda minati sepanjang hidup
  • *Hurmm...Mana-mana lelaki yang memukul isteri tanpa sebab.

7 Perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang minati

  • *Erkk...perasaan??..Musti rasa teramat gumbira kan? Rasa berbunga-bunga. Keluar 5 jam pun terasa macam 5 minit jek. Uhuh.. Aku reka jek ni. heeeeeeee.. (Tak pernah keluar pun sebenarnye)

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda

  • *Mekah, buat Haji bersama-sama (Tiru kay, eheh).
7 barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia
  • *Kalau dia dah sah jadi suami aku suatu hari nanti, aku akan hadiahkan dia putera puteri yang soleh dan solehah. InsyaAllah;)
7 Tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda..
  • *Lagu? hurmm...aku tak pandai nyanyi arr. Nyanyi lagu negaraku je la..ngeh3. ~Negaraaakuuuu..tanahh tumpahhnya darahkuuuu..~ Heeeeeeee
  • *Sutera Kasih:)
7 Wanita atau Lelaki yang kene jawab tag ni

p/s: Bile la nak sambung Infosys Flashback (Part 4) ni hah??haihhh... <--Kata seorang peminat fanatik aku.. (Fida perasan ada peminat...dan fanatik...eheh)

"Sabar..sabar...", kata aku.

heh!

Until next entry.

Wasalam..

Baru..

Wednesday, December 03, 2008
Aku tidak betah menjadi seperti ini. Namun aku akan cuba, dan terus mencuba..

Tuhan..berilah aku kekuatan untuk aku menjadi aku yang baru ini..

huh!

p/s: People change. So do i.. eheh...

Until next entry....

WaAllahualam
Wasalam..

Dalam Hati Manusia..

Dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt.

Dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.

Dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

Dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.

Dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya

~Copy paste mana entah..heeee~

p/s: Jom gi lunch:D

WaAllahualam
Wasalam.

Kalau La Cinta Itu Milik Aku..

Tuesday, December 02, 2008
Pagi-pagi hari lagi budak-budak DBA sebelah buat jamuan makan-makan makaroni. Aku yang pada mulanya nak breakfast dengan oat terpaksa membatalkan niat setelah di sound untuk join sekali.

"Afida Anuar jom arr", sound Apet. Siap sound nama penuh aku lagi tuh! huh! Terkejut den. eheh..

Rajin pulak diaorang siap bawak periuk besar lagi masuk pantry. Apa pun mekasih la Apet as ketua chef dan Ijan as tukang masak yang sudi buat makaroni tu. Sodaapp, aku siap tambah 3 kali dengan tak malunya, heeeeeeeeeeeeee. Sah tak gi lunch la aku tengahari ni.

Semalam aku berangan. Berangan untuk terbang tinggi dan gapai bulan, kejora dan musytari yang membentuk smiley face di langit tu. Huh..subhanaAllah.. keajaiban alam ciptaan Yang Maha Kuasa. Namun semalam angan-angan aku tu aku kira lagi tinggi dari gapaian ciptaan Allah itu. Aku rasa la. Haihh, aku ni degil la. Orang utaqra kata 'ketegaq'. Hari tu dah terbang tinggi. Dah jatuh gedebak gedebuk apa bagai. Dah rasa sakit yang amat!!! Tapi ni nak terbang lagi.. haihhhh.

Tapi.... best arr terbang tinggi-tinggi ni.. eheh!

p/s: Kalau aku ditakdirkan jatuh lagi kali ni, aku kene prepare payung terjun arr awal-awal. Baru la tak rasa sakit sangat, kan? kan?
huh!

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam.

Infosys Flashback (Part 3)

Monday, December 01, 2008
Selepas solat isyak, aku buat keputusan untuk kemas balik semua baju-baju dan barang-barang aku yang telah diletak dalam 2 biji beg. Sehelai demi sehelai baju kurung aku letak di hanger dan gantung di dalam almari. Bedak badan, bedak muka, losyen badan, deodorant dan segala bagai tu aku susun balik atas almari solek. Terasa usaha mem'packing' segala barang-barang aku semalam sia-sia je, sebab hari ni, aku unpack semua nya balik. Tapi itu tidak mengapa, tak menjadi masalah bagi aku.

Dalam aku tidak sedar, rupa-rupanya mak aku sudah lama terpacak di hadapan pintu bilik aku memerhati segala kerja-kerja unpack yang aku lakukan. Sengih sayu je pandangannya. Aduhh.. tak sanggup rasanya aku nak tatap wajah mak aku lama-lama dalam keadaan begitu.

Mak aku melabuhkan punggungnya di bucu tilam. Kami dua beranak masih lagi tidak berkata apa-apa. Sejurus selepas itu ayah aku pulak ikut masuk. Baru balik dari surau gamaknya. Duduk di sebelah mak, betul-betul mengadap aku yang sedang tersimpuh di lantai.

"Betul Kak Nor tak mahu pergi sana besok ni?"

Aku mengangguk kepala sambil tunduk memandang lantai. Terasa seolah ada riak kecewa pada raut kedua orang tuaku setelah melihat reaksi aku dan juga kerja-kerja aku meng'unpack' segala barang-barangku.

"Baik lah, mak dan ayah tak mahu halang kehendak Kak Nor. Kak Nor dah besar, dan Kak Nor berhak buat keputusan hidup Kak Nor sendiri. Mak dan ayah cuma mampu beri nasihat dan teguran kalau ada apa-apa yang tidak betul",ayah.

Mak cuma tersenyum..paksa. Aku rasa la.

Dengan kata-kata green light dari ayahanda itu, maka aku telah membuat satu perubahan besar dalam hidup aku. Iaitu melepaskan apa yang telah aku genggam, dan kembali mencari-cari sesuatu yang lain. Yer la, ikutkan adat, kalau buat pendidikan selama setahun tu, keluar nanti insyaAllah akan terus jadi cikgu. (Alhamdulillah, kawan-kawan yang menerima tawaran tersebut, ada yang dah posting kat mana-mana sekarang ni).

Tapi kalau aku menerima tawaran untuk buat job training kat India tu, kerjanya belum tentu lagi dapat, kerana job training tu hanya bertujuan untuk prepare peserta-pesertanya from IT industry persecpective dan market demand. Lepas tu kene attend interview apa bagai balik untuk mendapatkan kerja dalam bidang tersebut.

Tapi aku tetap nak pergi sana. Sebab aku memang minat dalam bidang tu. Takpe, insyaAllah, aku yakin dengan ketetapan dariNya, rezeki aku telah Dia tetapkanNya sejak azali. Cuma yang penting, aku berusaha, dan tidak putus asa bertawakkal padaNya.

Dalam minggu tu jugak, aku reply keputusan aku untuk menerima tawaran tersebut kepada pihak MOHE (Ministry of Higher Education). Lega rasanya berbuat demikian. Hari-hari seterusnya, aku memang sibuk dengan persiapan untuk ke India. Alhamdulillah, perbelanjaan ke sana memang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, Multimedia Development Corporation dan Infosys Technologies Limited.

Bahkan kami peserta-peserta yang seramai 100 orang dari serata universiti di Malaysia ni diberi pulak elaun sebanyak Rm700 sebulan selama 4 bulan di sana. Walaupun Rm700 tu nampak sikit, tapi bila ditukar ke matawang India, kitaorang dapat lebih kurang Rs8000 sebulan. Erkk.. cam banyak jek. eheh. Tapi memang banyak pun, memandangkan kat sana, segala makan, minum, peralatan dan apa bagai yang berkaitan dengan training ditanggung oleh pihak Infosys Technologies Limited sepenuhnya. So duit elaun yang diberi boleh la digunakan untuk membeli barang-barang keperluan dan juga cenderamata untuk dibawa balik ke Malaysia. (Wahh dah bercerita perihal cenderamata untuk di bawa pulang. Padahal sampai ke India pn idak lagi ni, eheh!)

First time aku pergi ke Pejabat Pendaftaran Negeri untuk buat passport (ke kat mana buat passport ek? tak ingat dah, hahahah). Maklumlah, ini pertama kali aku terbang ke luar daripada Malaysia. Sebelum ni mana pernah aku ke obersi. Negeri-negeri dalam Malaysia ni pun ada lagi yang aku tak pergi. uhuk..

"Nak pergi India buat apa?", tanya pegawai imigresen yang menguruskan urusan passport aku.

"Errk, ada job training kat sana", aku.

"Owhh, nanti jangan lupa bawak balik sari banyak-banyak ek", pegawai tu lagi.

Aku sengih. Alhamdulillah, hari tu tak ramai orang yang berurusan di kaunter pembuatan passport. Kira proses pembuatan passport itu tidak mengambil masa yang terlalu lama. Setel passport, setelkan akaun Maybank, lepas tu pergi buat travellers cheque. Tapi rata-rata bank yang aku pergi di bandar Kuala Terengganu tu, tiada stock travellers cheque tu. So nak tak nak, aku kene booking dulu. Pastu lebih kurang seminggu atau 2 minggu baru dapat. Aku pergi tanya di tempat pengurup wang pulak. Pun tiada. Macam mana ni?? Tak sampai seminggu lagi aku akan bertolak ke India. Semua yang lain-lain, visa, passport, akaun maybank, erk, apa lagi ek..kira semua yang dalam list tu dah setel, cuma tinggal travellers cheque jek.

Ditakdirkan suatu petang, Ayah Cik Man, sepupu aku yang hampir sebaya dengan ayah aku datang ke rumah. Dia yang selalu travel ke mana-mana menasihati aku supaya bawak US dollar jek. Tak payah buat travellers cheque .

"Bawak US dollar lagi senang", katanya.

Maka aku pun menukarkan semua duit elaun ke dalam US dollar. Ada lebih kurang US850 yang aku akan bawak untuk aku hidup sepanjang 4 bulan di sana. InsyaAllah cukup...

Dipendekkan cerita, tiba hari keberangkatan, semua beria-ria nak menghantar aku ke Kuala Lumpur, ke KLIA. Walaupun mak ayah macam berat nak lepaskan aku pergi, tapi bila tengok keterujaan aku, mereka pun seolah turut gembira dengan rezeki aku dapat buat job training di sana. Kami bertolak ke KL pagi Khamis tu. Flight aku ke sana dijadualkan keesokan harinya. Jumaat malam, pukul 10 lebih. 10 berapa entah.

Pagi-pagi hari sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, aku ke rumah nenek sedara dan juga mak su aku yang terletak di belakang rumah je. Aku ingin mintak restu ampun dan maaf, jika aku ada terbuat salah dan silap. Mungkin sudah menjadi kebiasaan aku, bukan waktu nak ke India je, tapi sebelum-sebelum tu, jika aku balik bercuti dan akan pulang ke universiti balik, rumahnya pasti akan aku kunjungi. Dia pun, aku dah anggap seperti nenek aku sendiri.

Aku salam peluk cium mak su aku. Kami berpelukan. Doanya, moga aku selamat sepanjang aku di sana. Terharu rasa jiwa. Tiba masanya untuk aku memohon restu nenek saudara yang telah membesarkan aku dari kecil. Sayu pandangan matanya. Air matanya mengalir tanpa kata melihatkan aku bakal pergi jauh. Aku memang tidak suka saat ni, ia buat aku rasa seolah jiwa aku direnggut kesedihan berpisah dengan orang yang aku sayang. Perlahan-lahan aku cium tangannya, aku cium pipinya yang sudah dimamah usia itu. Aku rangkul tubuh tuanya, lama..seolah aku enggan meleraikan pelukan itu. Tiada kata, hanya air mata yang bercucuran.

Ni baru dengan nenek saudara, dengan mak ayah aku besok macam mana?? Adik-adik aku?? Argh, tak sanggup rasanya aku nak hadapi saat perpisahan dengan diaorang besok. Kalau la dalam hidup ini tiada istilah perpisahan, air mata dan kesedihan.. kalau la.

~to be continued~

Keep reading my entry then, i'll be here again, the same me, just different story of Infosys Flashback. Eheh...

WaAllahualam
Wasalam..

Infosys Flashback (Part 2)

Friday, November 28, 2008
Tawaran untuk ke India ni boleh ditolak kalau aku tidak mahu pergi, dan aku kene beri kata putus kepada pihak MOHE sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut. Tapi time aku terima tawaran tu aku dah nekad. Aku tetap mahu ke sana. Peluang ni hanya datang sekali dalam hidup. Takkan aku nak biarkan peluang ni berlalu begitu saja. Takkan... aku takkan.

"Kalau kamu dapat pergi sana, insyaAllah peluang untuk kamu improve diri kamu dalam software engineering ni luas. Walaupun trainingnya sangat tough, tapi saya betul-betul beri sokongan dan galakan untuk kamu kalau kamu dapat pergi. Infosys ni bukan calang-calang IT company Fida", kata-kata Bro Nizam kembali bermain-main di kotak minda aku.

Takkan aku nak terus beri kata putus kepada pihak MOHE yang aku bersetuju dengan tawaran tersebut (reply email) tanpa mendapat restu mak dan ayah aku. Anak derhaka pulak aku nanti. Hidup pulak tak berkat, haihhh...Aku kene pulang dulu. Aku kene mengadap mak ayah aku. Aku kene beritahu mereka keinginan aku yang sebenar.

"Dua ringgit", kata abang penjaga CC yang agak serabai. Serabai ke? bagi aku la, eheh..

Aku tergesa-gesa keluar dari CC di pinggir jalan itu. Kereta kenari merah milik mak aku, aku hidupkan. Lama aku termenung di dalamnya sebelum pedal minyak aku tekan. Termenung memikirkan bait-bait kata yang bakal aku luahkan di hadapan orang tua aku. Kalau boleh, aku harap sangat apa yang bakal aku beritahu itu tidak akan merosakkan kegembiraan mereka yang sememangnya dari dahulu mahu lihat aku jadi cikgu.

Tatkala kenari merah mak aku memasuki halaman rumah, kelihatan motosikal milik ayah tersadai di garaj rumah. Awal ayah pulang hari ni. Getus hati aku.

"Assalamualaikum", aku tatkala melangkah masuk (macam baik je kan? eheh).

"Waalaikumusalam", kedengaran suara ayah dari dalam.

Mak dan ayah berada di ruang tamu. Ayah ralik membaca selembar surat khabar. Mak pula khusyuk menjahit seluar ayah. Koyak barangkali.

"Awal ayah balik hari ni?", aku memulakan bicara, sambil meletakkan barang-barang yang baru dibeli di atas meja.

"Yer la, besokkan nak berjalan jauh. Balik awal boleh la ayah berehat-rehat sikit", jawab ayah. Terkedu aku dengan jawapan yang keluar dari mulut ayah.

Ayah aku yang bekerja sebagai peniaga baju di Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu membolehkan dia bebas pergi atau pulang dari kerja sesuka hati. Tidak terikat dengan sesiapa. Sejak dari aku kecil tak silap aku, ayah aku berniaga. Mungkin sudah keturunan keluarga belah ayah aku mencari rezeki melalui perniagaan. Kalau tak silap dari cerita ayah aku, arwah datuk aku dulu pun merupakan seorang peniaga. Peniaga kecil-kecil.

Mak masih ralik menjahit seluar ayah. Aku duduk di sebelah mak.

"Mak, tadi Kak Nor singgah CC kejap. Ada email dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Kak Nor dapat offer buat job training dekat India tu mak, ayah. Kalau boleh Kak Nor nak pergi",

Mak tiba-tiba berhenti menjahit. Ayah terus meletakkan lembaran surat khabar itu di pehanya. Dari raut wajah mereka aku tahu, mereka tidak suka dengan apa yang aku kata.

"Habis tu, besok macam mana? Takkan Kak Nor tak nak jadi cikgu. Semua dah sedia nak pergi sana. Barang-barang baju semua dah kemas. Tiba-tiba Kak Nor tak nak pergi. Nak pergi India pulak!", mak aku sedikit terkejut dengan berita yang diterimanya.

Aku jadi bersalah. Macam mana aku nak terangkan pada diaorang yang training di India ni sangat bagus, dan InsyaAllah dengan kehendakNya akan memudahkan aku untuk mendapat kerja dalam bidang yang aku minati itu.

Ayah masih mendiamkan diri. Mak aku pandang ayah aku. Mengharapkan ayah aku akan berkata-kata. Berkata-kata yang akan menyebabkan aku akan membatalkan hasrat aku untuk pergi India.

"Pliss mak, kali ni jek. Lagi pun lecturer Kak Nor cakap training sana sangat bagus. Mendedahkan kita pada alam pekerjaan dalam bidang IT yang sebenar", aku membela lagi niat aku.

Tiba-tiba ayah aku bersuara.

"Ayah bukan nak halang apa yang Kak Nor mahu. Cuma ayah rasa..", kata-kata ayah terhenti di situ.

"Cuma ayah rasa, Kak Nor fikir la dulu betul-betul. Kalau boleh malam ni buat solat istikharah, mintak petunjuk dari Allah. Lepas tu Kak Nor bagitau ayah keputusan Kak Nor. InsyaAllah ayah boleh terima", kata ayahku dengan tenang.

Mak memandang ayah tidak membantah. Mungkin sebagai ketua keluarga, mak tahu yang ayah lebih berhak ke atas apa jua yang akan berlaku kepada anak-anaknya.

"Maknanya ayah tak kisah kalau besok Kak Nor tetap dengan keputusan Kak Nor nak pergi India jugak?", tanya aku hampir tersenyum.

Ayah diam tidak terkata. Dia hanya tersenyum. Tersenyum balik membalas senyuman aku yang seolah teruja mendengar kata-kata darinya itu. Senyum yang dalam maksudnya dan hanya ayah aku saja yang mengerti erti senyumannya itu.

"Kak Nor fikirlah dulu dalam-dalam", ayah.

~to be continued~

p/s: Haihh fikir weh, fikir...eheh..

Until next entry

WaAllahualam
Wasalam.

Infosys Flashback (Part 1)

Thursday, November 27, 2008
Semalam, aku belek file-file lama yang aku simpan dalam hardisk. Terjumpa gambar-gambar dan video-video yang diambil sewaktu kami training di Infosys,India awal tahun lalu. Dah lama tak tengok gambar-gambar atau layan video-video ni. Lantas kenangan waktu lalu kembali mengisi ruang lingkup minda ini(kasi background music sket..eheh)

Dulu,time aku baru habis belajar. Aku tidak terus dapat kerja tetap. Mungkin sudah ketetapan yang ditetapkanNya untuk aku. Aku menganggur dulu,sambil-sambil jaga mak aku yang sakit. Lepas tu aku jadi cikgu sementara kejap dekat Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam selama 2 bulan. Lepas tu aku kerja dengan sepupu aku dekat kedai emas dia selama 5 bulan. Masa kerja dengan sepupu aku ni, hebat juga dugaan yang aku terima. Maklumlah, habis belajar, ada ijazah.

"Kerja dekat kedai emas jek??", kata seorang makcik yang datang singgah nak membeli gelang tangan untuk cucunya.

"Anak makcik habis belajar terus dapat keje kt kolumpo nung", kata seorang makcik lain dengan bangganya

Aku senyum. Yer la, senyum je la. Depa semua bukannya tahu penat lelah usaha yang telah aku lakukan untuk mendapatkan kerja tetap. Mungkin bukan rezeki aku. Maka aku redha buat sementara jika aku kerja di kedai emas kepunyaan sepupu aku itu. Tolong-tolong dia buat akaun, tolong-tolong dia kira stock barang-barang kemas, kadang-kadang pernah jugak tolong dia jual emas. Kira banyak yang aku belajar pasal emas dan berlian sepanjang aku bekerja dengan dia. Tapi yang paling best, aku dapat kenal dengan ramai orang. Dapat kenal dengan tokei-tokei emas, dan dapat pengalaman dalam mengendalikan perniagaan barang kemas. (Lepas ni boleh dah la nak bukak kedai emas sebijik..eheh!!)

Tiba-tiba suatu hari, teman senegeri yang juga sedang bekerja sementara di Terengganu tu mengajak aku ke kareer karnival yang diadakan di UIA. Aku mengikut. Mana tahu, rezeki aku disitu. Banyak resume yang aku copy untuk diserahkan di booth-booth yang telah mengambil bahagian dalam kareer karnival tu. Dalam kesibukan melihat tawaran dan job spec yang ditawarkan dengan kawan-kawan yang juga sedang mencari kerja, aku terserempak dengan lecturer aku. Bro Shahrul Nizam.

"Kamu nak pergi India tak? Ada job training in software engineering selama 4 bulan kat sana, kalau berminat pergi kasi nama dekat kuliyyah. Nanti dioarang panggil untuk interview dan ada test kalau tak silap saya, nanti balik belek-belek arr balik apa yang kamu dah belajar dulu", Bro Shahrul.

Waktu tu, aku memang blur-blur lagi dengan butiran training yang dicakapkan oleh Bro. Nizam tu. Walaupun begitu, aku, Ajet, Didi dan beberapa orang lagi pergi la bagi nama dekat Kuliyyah kitaorang; Kuliyyah ICT. Orang kata saja nak terai test. Walaupun waktu tu aku tak mengharap pun dapat pergi. Apatah lagi dengan test dan interviewnye.

Dipendekkan cerita, seminggu lepas tu, aku dapat call dari pihak Universiti menghendaki aku datang untuk interview dan test. Kalau lepas test dan interview tu, dapat la pergi job training dalam software engineering kat India sana selama 4 bulan yang dikendalikan oleh Infosys Technologies Limited, sebuah company IT yang sangat mantap, huh! Interview tu kalau tak silap aku dikendalikan oleh MDEC (Multimedia Development Corporation), ramai jugak yang datang. Kebanyakannya semua student ICT yang power-power tak silap aku. Tapi aku..hurmm.. takpe, cuba je la.

Lepas interview dan test....aku memang tawakkal je. Soalan esei, mungkin tidak menjadi masalah. Tapi soalan-soalan IQ yang banyak-banyak tu, aku yakin cuma satu je betul.

"Ada rezeki, ada la", kata hati. Macam putus asa. Tapi memang putus asa pun.

Dalam pada masa tu, aku pergi lagi interview dekat kampeni-kampeni yang aku kasi resume sewaktu kareer karnival tu. Bank Negara, lepas 1st stage. Kantoi masa 2nd stage. Lepas tu sebuah kampeni software development dekat Damansara, pun gagal! Lepas tu pergi interview di sebuah kolej swasta dekat Seremban. Tak lulus jugak, sebab dia kata kelayakan aku terlampau tinggi jika nak dibandingkan dengan kerja yang ditawarkan. Dia cadangkan aku cuba lagi cari kerja lain. hurmm.. baiknya dier. Ikhlas memberitahu aku.

Cuma banyak yang nak ambil bekerja bahagian insurance. Means kene jual insurance. Aku dah la tak pandai nak berhadapan dengan orang. Aku tolak! Memilih kerja pulak aku nih!

"Haihh susahnya nak dapat kerja yang sesuai! Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini"

Tiba suatu hari, aku dapat tawaran buat pendidikan di salah sebuah Universiti di Utara Malaysia, means jadi cikgu. Ambik bahasa inggeris. Gembira bukan kepalang mak aku sebab itu lah juga cita-citanya. Nak tengok aku jadi cikgu. Ikut jejak langkah dia. Waktu tu aku tidak punyai pilihan. Mengikut je kata bonda dan ayahanda. Walaupun, aku suka mengajar budak-budak, tapi aku tidak berminat nak jadi cikgu. Kalau jadi cikgu, bermakna apa yang aku belajar selama ni di universiti selama 4 tahun adalah sia-sia. Aku nak mantapkan ilmu aku tu. Kalau boleh... Tapi mungkin sudah tersurat aku jadi cikgu, nak cari kerja lain pun macam payah. Maka aku menerima tawaran untuk sambung belajar dalam pendidikan pulak.

Aku ingat lagi. Hari tu hari Sabtu. Pagi-pagi hari lagi aku dah ke bandar untuk membeli segala kelengkapan bagi menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan di salah sebuah universiti awam di utara tanah air. Kalau ikutkan, besok yakni hari Ahad aku akan bertolak ke sana kerana pada hari Isnin tu aku perlu melaporkan diri. hurmm, just follow the flow lah... Balik dari bandar, terdetik hati aku untuk singgah di Cyber Cafe.

Maka aku pun membelok la stereng kereta mak aku ke Cyber Cafe yang selalu aku singgah. Email aku dah terbengkalai 2, 3 hari. Perlu diupdate! Tiba-tiba mata aku terpaku dengan satu email yang aku terima dari MOHE (Minister of Higher Education).

Aku dapat pergi India!!! Alhamdulillah aku dapat pergi India. Terketar-ketar aku waktu tu. Seolah macam mimpi dapat tawaran tu. Aku perasan pengunjung-pengunjung CC tu pun perasan akan keterujaan aku. Tapiiiiiiiiiii....

Tapi besok aku dah nak bertolak ke utara sana. Mak aku dah siap amik cuti. Ayah aku pun dah bagitau rakan-rakan sekerjanya yang dia akan bercuti selama beberapa hari bagi menghantar aku ke utara. Tapi aku nak pergi India, aku nak pergi Infosys. Aku tak nak pergi utara sana. Macam mana niii??

~to be continued~

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

Nasi Lembik dan Nasi Keras..

Wednesday, November 26, 2008
Kalau aku tanak nasi, kebiasaannya end result nasi tu akan jadi sedikit lembik. Tatau nape. Walaupun aku dah kurangkan air apa bagai, tapi still, lembik. Tapi tak ada la sampai tahap jadi bubur.heee..

Berbanding dengan adik perempuan aku, kalau dia tanak nasi, nasi tu selalu jek keras. Sebab tu nenek saudara aku pernah cakap, aku dilihatnya sebagai seorang yang mempunyai hati yang lembut berbanding adik perempuan aku. (Dia pernah rasa ke hati aku ni lembut?huh!)

Memang la aku akui, adik perempuan aku tu, dia keras hati sikit berbanding aku. Kira hati aku ni tak sekeras dia la. Mungkin di sebabkan title anak sulung tu yang menjadikan hati aku sedikit lembut kut. Aku rasa la. (Erkk masuk bakul angkat sendiri sattt..eheh).

Tapi kadang-kadang, hati aku yang lembut ni la yang selalu buat aku makan hati. (Hati ayam, hati lembu, habis semua aku makan, sodaaapp...heh!). Bukannya apa, aku seorang yang tak pandai nak bertikam lidah atau nak lawan kata. Perangai aku dari dulu kut. Biar la apa orang nak kata. Suka hati la apa orang nak hentam. Sepatah dua boleh dilepaskan, tapi lepas tu, aku akan diam.

Diam mendengar segala cacian atau makian yang kadang-kadang berasas dan kadang-kadang ada yang dilepaskan mengikut nafsu amarah semata. Aku tidak suka bertikam lidah, kerana aku tahu keadaan akan jadi makin parah. Sebab tu lah aku lebih suka mendiamkan diri. Dan diam tidak semestinya kalah!! Cheewah. Kadang-kadang diam tu pun memakan diri sendiri, kadang-kadang buat diri rasa damai. It depends. Tapi aku kira, itu yang terbaik demi tali persaudaraan atau persahabatan.

Hurm.. nama pun manusia, manakan ada yang sempurna..

Cuma kadang-kadang, aku sedih jika nasihat aku sebagai kakak yang sepatah itu dianggap sebagai bebelan 24 jam. Aku tahu semua adik-adik aku sudah besar panjang lebar. Sudah tahu menilai baik dan buruknya dalam kehidupan. Tapi ada masanya, tidak semua yang kita lakukan itu betul. Even aku sendiri pun kadang-kadang tersasar dari landasan kebaikan. Dan kadang-kadang aku juga terpaksa menahan telinga mendengar bebelan nasihat adik-adik aku. Sebab aku tahu, mereka sayangkan aku..Huh!

Haihh Kak Nor.. Kak Nor...

Teringat kata-kata adik lelaki aku sewaktu aku mula-mula mengenakan sedikit 'eye shadow' di hadapannya.

"Macam hantu polong Badin tengok Kak Nor ni pakai benda-benda tu"

Aku begitu malu dengan kata-kata yang terpacul dari mulutnya. Tapi aku hanya diamkan diri. Lepas tu aku tak pakai dah eye shadow polong tu. Huh!..

p/s:Boleh ke lembut hati atau keras hati itu dinilai melalui nasi yang ditanak? hurmmm.. nak kene buat survey ni, eheh..

Erkk...Macam entry luahan perasaan la pulak. Hurmm.. apa-apa je la. Yang penting, apa yang baik diambil pengajaran dan yang tidak baik itu dijadikan iktibar.

Keep reading my entry then. I'll be here again, the same me. Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

Aduhh, sakitnyer..

Tuesday, November 25, 2008
Dalam hidup aku tidak pernah rasa sesakit ini. Aku sakit, yer aku sakit. Tapi selama ini aku diamkan kalau aku sakit. Aku tidak tahu jika sikap mendiamkan diri aku itu membawa kebaikan atau pun keburukan. Kali ni, sakit itu menyerang aku lagi, teruk.. Entah di mana penawarnya yang harus aku cari.

Peluh halus yang dingin menitik-nitik membasahi dahi. Namun badan aku terasa amat sejuk sekali. Menggigil-gigil aku menahan sakit itu. Sakitnya hanya Kau yang Maha Tahu. Ya Allah tabahkan lah hati hambaMu yang lemah ini.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya terjatuh juga. Mak ayah dan keluarga aku mendapat tahu tentang penyakit aku setelah aku pengsan di ruang tamu pada suatu hari. Aku terus di bawa ke hospital pada waktu itu juga.

Terbaring sepi aku di katil besi itu. Tiada kata-kata yang terucap hanya air mata yang banyak mengalir melihatkan keresahan kedua orang tuaku. Dari jauh kelibat doktor muda yang kehensemannya aku kira boleh mengalahkan Tom Cruise itu menghampiri tempat baringku dengan sebatang picagari yang sangat besar. Di ambilnya tangan kananku, lantas dicucuk lenganku dengan picagari itu.

Creeettttttttt....

"Ya Allah, sakitnya"

Kemudian, perlahan-lahan suara aku seakan dibisukan. Mata aku seolah dirapatkan. Semuanya menjadi gelap dan pekat.

Tiba-tiba..

"Kak Nor... Kak Nor... bangun", mak aku

"Dah pukul 6 ni. Cepat nanti tak sempat subuh pulak", mak aku lagi.

Aku buka mata perlahan-lahan. Ya Allah aku bermimpi rupanya. Haihh...

p/s: Orang kata jika kita bermimpikan seseorang, mesti sebelum tidur tu kita asyik teringatkan dia. Memang aku teringatkan mak ayah aku sebelum tidur. Tapi aku tak pernah pulak teringatkan orang yang lagi hensem dari Tom Cruise sebelum tidur. Macam mana aku boleh bermimpikan dia ni?? heh!

Sekadar coretan di waktu lapang..
Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

Weekenders dan Proton City.

Monday, November 24, 2008
Idea-idea yang mahu diluahkan di sini seolah direnggut oleh keletihan sepanjang 2 hari hujung minggu. Memang agak meletihkan sabtu dan ahad aku baru ni. Namun aku kira, keletihan itu telah dibayar dengan kepuasan dan kegembiraan yang jelas terpancar pada wajah-wajah orang yang aku sayang.

Hari Sabtu, seawal pukul 8 pagi kami bertolak ke Grik bagi menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Aizat dan Farhana. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan dengan kehadiran Sufian Othman sebagai penunjuk jalan. Seawal 11.30 pagi kami sudah sampai ke tempat Majlis. Lupe dah nama kampung tu. Apa pun, yang kami tidak sangka, kami sempat untuk menghadiri majlis akad nikah di masjid bersebelahan dengan rumah pengantin perempuan. Siap dengar khutbah perkahwinan lagi. Boleh arr dipraktikkan nanti, InsyaAllah :D


Selesai bergambar dengan pengantin dan kawan-kawan, kami singgah di rumah Sufian yang terletak di hujung kampung yang sama dengan kampung pengantin perempuan. Sempat solat jamak di situ, makan-makan lagi:D. Terima kasih buat Sufian sekeluarga atas layanan yang begitu mesra diberikan.

Lepas tu kami singgah jap di Taiping dalam perjalanan nak balik KL. Nak kenal-kenal dengan bandar Taiping pulak kata 'Incik Kembang dan Hitam'. So me'round-round' bandar Taiping la 'Incik Kembang dan Hitam' petang tu. Siap singgah tepi tasik apa entah nama. Hurmm..cantik taman tu. Sejuk je rasa duduk situ. Makan-makan lagi kat situ (haihh, berape kali makan daaa:P) , lepas solat jamak magrib dan isyak, dalam pukul 8mlm, kami bertolak balik ke KL. Alhamdulillah, pukul 11.30 kami selamat sampai di Putrajaya.

Malam tu tak yah cakap la. Letak kepala atas bantal je....Zzzzzz. Penat sangat kut. Eheh.

Hari ahad nya pulak. Pagi-pagi hari aku dah ke Shah Alam. Bonda sama ayahanda sama adinda-adinda tercinta datang ke KL ni. Dia orang dah sampai petang hari Sabtu tu, tapi disebabkan hari Sabtu tu aku ke Grik. Maka hari Ahad la aku berkesempatan berjumpa mereka.

"Ronda-ronda cuti sekolah", kata ayahanda.

Seharian pulak hari Ahad tu aku habiskan masa bersama mereka. Pi lawat rumah saudara mara dan segala bagai la. hurmm. Cuma aku terkilan tidak dapat hadir ke kenduri member UIA aku Azliza di Kuala Kangsar semalam, yakni hari Ahad. Moga bahagia ke akhir hayat hendaknya perkahwinan Azliza dan Zaki.

p/s: Aku ingatkan Honda je yang ada City. Rupa-rupanya Proton pun ada City jugak. Aku discover benda ni dalam perjalanan aku ke Grik. Proton City.. hurmm.. mantapp gak bunyinye.

Itu je la kut untuk entry kali ni. Harapnya aku diberi kekuatan untuk mencoret-coret lagi di masa akan datang. InsyaAllah.

WaAllahualam
Wasalam.

Photo-Tag Oleh Bakal Bapa dan Pemain Ragbi Negara.

Friday, November 21, 2008
Incik Mustafa Bahrudin yang bakal menimang cahaya matanya yang pertama tidak lama lagi telah menge'tag' aku. Begitu juga dengan rakan sekerja aku yang merupakan seorang pemain ragbi negara iaitu Incik Saizul juga telah mengkhabarkan bahawa aku telah di 'photo-tag' olehnya. Huh! Antara peraturan-peraturan yang terkandung dalam photo-tag dari kedua-dua pihak adalah:

1. Take a recent pictures of yours OR take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair..just take the picture.
3. Post that picture with no editting.
4. Post these instruction with your picture.
5. Tag people to do this.

Taaadaaa...Mekdi kata aku poyo. Heh!

1. Okay, sebaik saja aku mengetahui yang Incik Mustafa telah menge'tag' aku, terus aku menggunakan inspiron 1420 biru gelap aku ni untuk mengambil gambar aku. Maklumlah, telefon aku terlampau canggih, engineer yang tukang buat telefon aku tu lupa nak letak kameranye function gamaknye, huh! Apa pun, tengok dekat screen pc aku tu, blog Incik Mustafa kan? kan? eheh.. Dan disebabkan Incik Saizul si pemain ragbi negara juga telah menge'tag' aku, maka aku menggunakan gambar yang sama yang digunakan bagi menjawab 'tag' Incik Mustafa. Jimat sket, 2 dalam 1. Heeee

2. Aku tak tukar baju, tudung. Apatah lagi nak betulkan rambut. (Tudung dia tak cakap tak leh fix, kira aci arr kalau kepilkan sedikit tudung tu...ehehe) Klick..terus gambar diambil. heh!

3. Okay, picture dah post. Tak edit langsung. Cuma aku rasa dalam gambar ni, akunye skin kaler nampak sedikit cerah arr. Mungkin disebabkan pencahayaan yang begitu mantap menerusi web cam lappy aku ni. Tapi yang sebenarnya, kulit aku gelap sikit, eh gelap banyak..ahaksss..

4. Ok, instruction-instruction pun dah diletak kat atas.

5. Time untuk tag orang la pulak. Hurmm..Okay, the winner goes to..

Palie - (Sebab dia berada jauh di perantauan dan aku ingin lihat gambarnya di perantauan sana. Yang terbaru! eheh)

Kay- ( Dah lama tak jumpa dia, rindu. Sebab tu mau tengok gambarnya yang terbaru)

Khairi - ( Nak tengok wajah bakal bapa, time jumpa dulu tak ada title bakal bapa lagi..heeeeee)

Arif Omar- (Orang senegeri dengan ku yang namanya bekerja di satu kampeni, tapi susah nak jumpa. huh!)

Muni - (Housemate yang mengapdet blognya once in a blue moon. At least, kalau aku tag dia, hopefully dia akan apdet blognye..eheh)

Edot-( Kerana ari tu dia bagitau dia pakai masker charcoal. Nak tengok keberkesanannya setelah sekian lama. Hee, kalau berkesan, aku nak pakai jugak. Nak buang parut-parut kat muka aku ni. Eheh)

Hurmm.. dah la kut noo.

WaAllahualam
Wasalam.

Dia Kaki Botol..

Thursday, November 20, 2008
Semua orang tergesa-gesa masuk ke bilik meeting. Ada meeting tergempar. Kata bos (baca Incik Aizat). Segala 'file' bagai yang diperlukan di dalam meeting kelihatan di hadapan masing-masing. Semuanya sudah sedia.

Tiba-tiba kelihatan Zuly tergesa-gesa masuk berbekalkan sebotol air masak penuh satu botol.

Habis larr...Zuly lambat lagi! Bos(baca Incik Aizat) dah nampak mula nak meradang. Namun aku rasa, disebabkan aura bakal pengantin bos( baca Incik Aizat), dia nampaknya kool, dan mampu lagi mengukir senyuman yang dipaksa-paksa untuk Zuly.

"Hah! Duduk Zuly, bawak botol air mineral jek masuk bilik meeting?", bos (baca Incik Aizat) seakan memerli kelambatan dan ketidakbawaan apa-apa dari Zuly, walau sebatang pen.

Zuly mengangguk tunduk dan terus mengambil tempat di hujung meja. Meeting berjalan lancar, alhamdulillah. Selepas hampir sejam meeting berlangsung, bos (baca Incik Aizat) kasi kitaorang break 10 minit. Semua tergesa-gesa keluar. Ada yang nak melepaskan 'hajat', ada yang nak basahkan tekak. Aku cuma, erkk...abaikan apa yang aku buat ketika break 10 minit itu, eheh..

Meeting kembali bersambung. Kali ni, Zuly nampaknya lambat lagi... dan tengah bos( baca Incik Aizat) sedang sibuk menyelak-nyelak 'file', tiba-tiba Zuly masuk. Gayanya seperti tadi , berbekalkan sebotol air masak di tangannya. Tapi kali ni agak berlainan botolnya itu. Bukan botol air mineral yang dibawa sebentar tadi, tapi botol separa kecil berwarna hitam yang mempunyai tangkai. heh!

Bos( baca Incik Aizat) mungkin perasan akan ketidaksamaan botol tersebut dengan botol yang pertama tadi.

"Aikk, tadi botol lain, ni botol lain, kamu ni kaki botol la Zuly!!!" komen bos(baca Incik Aizat).

Semua yang hadir dalam bilik meeting itu agak tercengang-cengang dengan kata-kata yang keluar dari mulut bos(baca Incik Aizat).

Zuly kaki botol? Heh!!

p/s: Nasib baik aku hanya setia pada satu botol jek, huh!

(Zuly, ampunkan aku kerana menggunakan separuh nama kamu jek. Kepada bos( baca Incik Aizat) yang akan memulakan cutinya besok sempena majlis perkahwinannya hujung minggu ni dan hujung minggu depan, selamat bercuti dan selamat menjadi bakal pengantin. Kami semua pasti akan rindukan bos(baca Incik Aizat) sepanjang ketiaadaanmu)

~Sekadar mengubahsuai sedikit peristiwa. Enjoy your reading!!!~

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam.

Penakut!

Wednesday, November 19, 2008
Pintu bilik aku bukak perlahan-lahan. Aku lihat jam dinding luar melalui lampu malap di tengah rumah. Baru pukul 12.30 pagi. Aku mahu ke tandas, tapi aku takut nak ke dapur sorang-sorang. Rumah lama aku dulu, tandasnya terletak di sebelah dapur. Itu aku tak kisah lagi, masalahnya, di belakang dapur aku tu pulak, terletaknya tanah perkuburan. Ada banyak kubur-kubur lama di tanah perkuburan tersebut, dan juga kubur-kubur saudara-mara aku yang terdahulu, adik aku yang meninggal pun di kebumikan di situ.

Akhirnya aku ketuk pintu bilik mak aku. Termangu-mangu mak aku bangun.

"Kak Nor...Kak Nor, apa nak ditakutnya, nanti bila kita mati, kat kubur jugak kita tinggal", mak aku.

"Kak Nor tahu mak, cuma.... cuma... mak cepat mak, Kak Nor dah tak tahan ni", heeee..

Dan dulu, bukan aku sorang yang punyai sifat penakut untuk ke tandas sorang-sorang pada waktu malam. Adik-adik aku pun sama. Kalau nak ke tandas ke, ke dapur ke, mesti berteman. Aku rasa sebab adanya tanah perkuburan tu la kut. Tapi sepanjang aku hidup di rumah pusaka tinggalan arwah nenek belah ayah aku tu selama 22 tahun, tak pernah pulak aku dengar atau aku nampak apa-apa dari tanah perkuburan tersebut.

Cuma itu lah, perasaan... perasaan takut. Itu waktu dahulu kala la. Waktu kecik-kecik. Waktu yang pakcik-pakcik aku asyik usik macam-macam.Jadi kami adik-beradik ni selalu terbayang-bayang la benda alah bagai tu semua. Cerita pasal hantu la, itu la, ini la...

"Kak Nor, cuba Kak Nor tengok sape yang tengah lambai-lambai Kak Nor kat atas kubur tu," Pak Su aku.

Haihhh...

Padahal tak ade apa-apa pun:D

Kini bila dah besar lebar, perasaan takut tu dah sedikit sebanyak hilang. Tengok kubur malam-malam pun steady jek. Kalau zaman dulu-dulu seingat aku, nak tengok kubur malam-malam pun tutup mata. Takuttt..eheh...Padahal kat situ la jugak suatu hari nanti kita akan berada siang dan malam sehingga tiba hari kiamat. Bila direnung-renung, bahagiakah kita di alam kubur tu suatu hari nanti ek, hurmmmmmmm?

p/s: Erkk, bunyi apa pulak tu dari tingkat atas? erkk..gagagagagagaga..

PENAKUTT!!

Until next entry.. Selamat malam semua..

WaAllahualam
Wasalam..

Ular Sawa Masuk Rumah..

Tuesday, November 18, 2008
Orang tua-tua zaman dulu kala pernah berkata, bagi perempuan, kalau mereka bermimpi kene patuk dengan ular, tak lama lagi akan ada orang masuk meminang. Aku pernah jugak dulu-dulu dengar kata-kata sedemikian rupa. Tapi aku rasa macam tak betul jek.

Kenapa aku berkata demikian?

Sebabnya, aku memang tak percaya. Dan lagi satu, kalau tak silap aku, sepanjang aku hidup ni, dah banyak kali aku mimpi aku kene patuk dengan ular,siap mimpi kene kejar dengan ular besar lagi. Tapi takde sape pun masuk meminang aku, huh!

Okay, abaikan mimpi orang masuk meminang yang tak masuk-masuk itu, heh!

Tadi masa tengah bersembang dan beramah mesra dengan rakan sekerja, Saizul tiba-tiba mencelah. Direkanye cerita mengatakan bahawa aku telah bermimpi bahawa seekor ular sawa telah memasuki rumah aku dan mengiakan bahawa aku akan menamatkan zaman bujang aku tidak lama lagi. Heh! (Pandai-pandai jek direkanya mimpi dan kata-kata itu. Budak-budak zaman sekarang ni, macam-macam, adehh..)

Saizul sebenarnya mahu mengikut kata-kata orang tua, mimpi kene patuk dengan ular yang menandakan akan ada orang masuk meminang. Tapi yang terpacul keluar dari mulutnya ular sawa memasuki rumah, adehh lawak betul ( ampun Saizul, terjadi entry pulak lawak itu, ngeee).

Apa pun, bagi aku mimpi hanyalah sekadar mimpi. Eh yer ke? Tapi pernah jugak sekali sekala mimpi itu jadi kenyataan, hurmm.. Kan? Kan?

p/s: Kalau la mimpi aku malam tadi jadi kenyataan, perghhh.. aku bilang kalau, heh!

Keep reading my entry then, i'll be here again, the same me, just different story. Until next entry...

WaAllahualam
Wasalam.

Melodi Seram..

Monday, November 17, 2008
Di suatu malam di hujung minggu, dalam pukul 1.30 pagi, Mekdi yang kebetulan pada ketika itu bermalam di rumah aku tiba-tiba mengejutkan aku dari tidur aku yang tersangat lena.

"Fida bangun Fida, dengar tak tu suara orang perempuan menangis?", Mekdi

Aku yang pada waktu itu tengah mamai membuka mata perlahan-lahan. Terus memasang telinga yang sedang kesejukan dimamah dingin malam sambil badan masih lagi berbaring enak berselimutkan comforter biru gelap.

Agak menakutkan suara perempuan menangis itu kalau diikutkan. Tapi aku buat tidak endah sebab aku mengantuk, dan mungkin juga pada ketika itu roh aku tidak sepenuhnya berada di alam nyata. Walaupun begitu aku masih lagi boleh mendengar dengan jelas melodi tangisan perempuan itu. Serammm wooo..... Tidak hairanlah sejurus Mekdi mendengar suara perempuan tersebut, terus dia masuk ke bilik aku dan meminta izin untuk tidur di sebelahku. Takut katanya.

Kalau aku pun takut! Tapi untuk menyedapkan hati, ada la tu sapa-sapa yang sedang bergaduh laki bini ke tengah-tengah malam buta, pastu bini tu menangis sorang-sorang. Laki dia tak pujuk pun. Haihhh...

Kan? Kan?

Heh!

MORAL OF THE STORY: Sebelum tidur jangan lupa berwuduk dan baca doa.

p/s: Kalau bini menangis ke, teriak ke, suami tolong la pujukkan. Takde la bini tu nak menangis panjang sambil mengalunkan melodi-melodi yang sangat seram didengar dek telinga. Huh!

Until next entry.

WaAllahualam
Wasalam.

Aku Makan Pork!! OMG!!

Sunday, November 16, 2008
kebiasaannya, malam-malam aku jarang mengadap tv. Apatah lagi kalau tiada langsung citer atau rancangan tv yang best-best. Maka malam ni pun, macam biasa la, inspiron biru gelap ni aku dampingi, seperti selalu.

Dan aku sempat chatting dengan dua tiga orang teman karib. Cerita demi cerita diapdet, hal demi hal di dengar dan diadu.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka......

"Weh aku makan megi cup yang ada pork arr, OMG...", tetiba dia menggemparkan suasana chatting kami.

"OMG..OMG.. Ya Allah", dia.

Aku terkejut besar dengan kenyataannya. Masakan dia tidak memeriksa tanda halal sebelum membeli megi cup tersebut.

"Habis la aku, habis la aku", perkataan-perkataan itu yang terpampang di window ym kami.

Kaget dan terkejut dengan apa yang berlaku, aku cuba menenangkannya yang sudah takut dan sedih. Bermacam-macam emoticon yang menggambarkan dia sedih menghiasi window ym kami itu.

Aku cuba menenangkannya. Kata aku, dia tidak tahu dalam megi cup tu terkandung bahan najis tersebut. InsyaAllah, Allah akan mengampunkan kita, kalau kita terbuat salah dan silap dalam keadaan kita tak sedar atau tidak tahu.

Mungkin kata-kata aku melegakan sedikit keresahannya (chewah, perasannyaaa aku!). Atau dia sudah boleh menerima yang dia baru saja menelan bahan najis itu tanpa disedarinya.

"Tapi best jugak megi cup ni", dia

"Uikss..best pulak??? haihhh. Eh megi cup tu cap apa yer?", aku.

"Mamee", jawabnya ringkas.

"Tak pernah aku dengar pulak mamee ni ada pork. Ke ko terbeli dari pemborong thailand?" aku cuba menyiasat.

"Tak"

Window chatting kami kembali tenang. Tiada lagi reply dari aku, mahupun apa-apa reply lanjut dari dia.

Tidak lama selepas itu...

"Eh kejap- kejap", tetiba jek dia.

"Bukan pork la Fida, tapi fork. 'With fork and dried vegetables', tapi aku terbaca pork", dia lagi.

Aku dah gelak guling-guling dah:)). Boleh dia silap baca pork. Adehhh..

"Patut arr dia sertakan sekali 'fork' ni", dia.

Heh!

MORAL OF THE STORY: Sentiasalah memeriksa bahan-bahan makanan yang bakal masuk ke dalam perut kita, kerana apa yang kita makan itulah yang akan membina sekujur diri kita ini.

Akhir kata, sayangi diri. Hiasi peribadi. Keep reading my entry then. I'll be here again. The same me. Just different story.

p/s: Boleh teka dak siapa dia yang tersilap baca fork, pork tu?heeee

WaAllahualam
Wasalam.

'Mek Comel'

Saturday, November 15, 2008
Bila berjauhan dengan ibu bagi perempuan terutamanya, kadang-kadang nak masak atau buat sesuatu yang tak biasa dibuat sendiri akan jadi tergendala atau tertangguh atau terpaksa bertanya kepada sesiapa yang lebih pakar.

Aku bukannya tak pernah tengok mak buat kuih 'mek comel', cuma selama ni segala cara atau bahan itu terlalu diambil enteng. Maklumlah, mak kan ada di sisi. Nah sekarang, bila mak berada jauh di kampung, dan aku di sini, nak buat kuih 'mekcomel' yang begitu senang tu pun nak kene telefon mak.

"Mak, nak buat 'Mek Comel' ni pakai tepung gandum ke tepung beras?", aku

Tergelak besar mak aku dengar soalan aku tu. Yer la, selama ni bukan tak pernah tolong pun mak buatkan kuih 'Mek Comel', selalu je tolong. Cuma penggunaan jenis tepung tu kadang-kadang mengelirukan aku. Gagagagaga..

Rupanya kuih 'Mek Comel' dibuat menggunakan tepung gandum dan ubi setelle yang dilenyek-lenyek. Digaul bersama tepung dan diletakkan sedikit gula. Aku tak berapa sure pulak, kat sini kuih tu dipanggil dengan panggilan apa. Tapi kalau kat Terengganu memang kuih 'Mek comel' la.huhuhu..

Apa pun, nampaknya ubi setelle aku tu hampir masak. Boleh dilenyek-lenyek dan dibuat 'kuih Mek Comel'. We'll see then how comel my 'mek comel' will look like. Eheh;)

p/s : Kalau kat Terengganu, ubi tu dipanggil ubi setelle. Kalau kat KL ni ,ubi setelle tu dipanggil ubi apa ek?erkk..

Keep reading my entry. I'll be here soon. Until next entry.

WaAllahualam
Wasalam.

 

Browse