Dunia Ini Penuh Dengan Pura-Pura dan Kura-Kura..

Saturday, December 20, 2008
Pada zaman dulu kala, waktu aku masih muda remaja. Tak silap aku dalam darjah 1 atau 2. Aku hanya berjalan kaki ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 600meter-700 meter dari rumah. Berjalan merentasi Jambatan Manir dan sekaligus merentasi Sungai Terengganu. Tiap-tiap hari, pergi dan balik sekolah. Rajinkan aku? Patut arr dulu body cergas semacam jek. Sebab banyak jalan kaki. Banyak exercise. Kecik-kecik dah pandai exercise. huh!

Dan masa tengah atas jambatan, aku pasti akan melilau-lilau melihat Sungai Terengganu tu. Mana la tau kan, kut-kut ternampak buaya ke, 'Bujang Susah' ke, baru terasa gempak sikit hidup! Pernah suatu hari satu kepala reptilia muncul dipermukaan sungai. Kecoh mata aku memerhatikan haiwan tersebut. Ingatkan buaya. Tapi kepala bukannya kepala buaya. Bila diamati betul-betul.. ceh, biawak rupanya. Buat saspen jek..

Tiba-tiba bila dah sampai kat tengah jambatan sikit. Nampak satu kepala timbul di permukaan. Ya Allah binatang apa pulak ni?? Mula-mula nampak kepala. Pastu timbul cengkerangnya pulak.

"KURA-KURA!!!" (Anggaplah ini hari pertama aku merentasi jambatan tersebut. Nampak jakun sikit sebab tengok kura-kura pun dah kagum. huh!)

Kemudian, ada sekor lagi muncul di sebelahnya. Macam menghirup udara gitu gaya kedua-dua ekor kura-kura tu. Eh, ada lagi sekor kat hujung situ, dan sekor lagi, dan lagi, muncul di permukaan. Wahhhh.....banyaknya kura-kura.

"Mak..mak..tadi Kak Nor tengok banyak sangat kura-kura dalam sungai", aku.

"Tu tuntung la Kak Nor, bukannya kura-kura", mak aku.

"Owhhhhhhhhhh", iyerkan je la, walaupun pada masa tu aku tetap rasa binatang-bintang tu adalah kura-kura. Degil! Bila umur dah meningkat sikit, barulah tahu banyak jenis rupanya 'kura-kura' ni.huh!

Boleh kata tiap-tiap hari aku akan terserempak dengan kura-kura, eh tuntung-tuntung tu. heeeeeeeee.

Tu masa kecik-kecik asyik terserempak dengan kura-kura..erkk eh tuntung-tuntung....Tapi bila dah besar ni, banyak terserempak dengan pura-pura pulak. Sana sini pura-pura. Haihhhhh..... banyaknya pura-pura...

Until then... nak pura-pura tido arr kejap, eheh.

WaAllahualam
Wasalam..

6 comments:

Tirana said...

Kura-kura dalam perahu..
Pura-pura buat tak tahu..

Hehehe..

Apa beza kura-kura dengan tuntung?

Afida Anuar said...

Kura-kura dalam perahu...
Tuntung dalam dlm kantung..

heeee..

erkk...klu tak silap Kak Tirana, kura-kura cam bulat sket bentuk dia, tuntung ni bujur...tuntung ada tuntung sungai dan tuntung laut..kura-kura takde..heeee.. yg lain tu Fida kurang arif sangat, sbb tak explore habis2an psl makhluk Tuhan dua alam ni...
WaAllahualam.

~~Noli said...

tp kan kak..noli paggil 'kurre' je..ade sabdu sikit..

dok paggil kure-kure..hehe

Anonymous said...

cik fida...tolong ye
4 tak akan jadi 5
o pun belum jadi 1
ada orang akan jadi 1
19/12.....6/6
pura2 hanya sementara
esok-esok orang kampung tau juga..

mylife said...

yus ada bela kura2 kt umah..sepasang..nama dia max n luna..rindunye kt kura2 saye..heeee

Afida Anuar said...

Noli-->Heee..mmg arr panggil 'kurre'..dokkang lam ni nok letok 'kurre' lok noli..kang rama orang dok pahang..susoh pulok..uhuh...heeee

Anon-->Erkk..ayah su kah? Kak nor cuma sambung apa yg dtulis..mmg la kak Nor tahu 4 takkan terus jd 5...
19/12?? 6/6?...cam tau jek apa..heeee..

mana la Kak Nor ni penah pura2...org kg nok tau apa ek? gagagagaga

Yus-->Wahhhh ada kura-kura.. nama max n luna uu..nama mat salleh..nnti klu gi kelate nok usha la max n luna ni..heee

 

Browse