Aku Makan Pork!! OMG!!

Sunday, November 16, 2008
kebiasaannya, malam-malam aku jarang mengadap tv. Apatah lagi kalau tiada langsung citer atau rancangan tv yang best-best. Maka malam ni pun, macam biasa la, inspiron biru gelap ni aku dampingi, seperti selalu.

Dan aku sempat chatting dengan dua tiga orang teman karib. Cerita demi cerita diapdet, hal demi hal di dengar dan diadu.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka......

"Weh aku makan megi cup yang ada pork arr, OMG...", tetiba dia menggemparkan suasana chatting kami.

"OMG..OMG.. Ya Allah", dia.

Aku terkejut besar dengan kenyataannya. Masakan dia tidak memeriksa tanda halal sebelum membeli megi cup tersebut.

"Habis la aku, habis la aku", perkataan-perkataan itu yang terpampang di window ym kami.

Kaget dan terkejut dengan apa yang berlaku, aku cuba menenangkannya yang sudah takut dan sedih. Bermacam-macam emoticon yang menggambarkan dia sedih menghiasi window ym kami itu.

Aku cuba menenangkannya. Kata aku, dia tidak tahu dalam megi cup tu terkandung bahan najis tersebut. InsyaAllah, Allah akan mengampunkan kita, kalau kita terbuat salah dan silap dalam keadaan kita tak sedar atau tidak tahu.

Mungkin kata-kata aku melegakan sedikit keresahannya (chewah, perasannyaaa aku!). Atau dia sudah boleh menerima yang dia baru saja menelan bahan najis itu tanpa disedarinya.

"Tapi best jugak megi cup ni", dia

"Uikss..best pulak??? haihhh. Eh megi cup tu cap apa yer?", aku.

"Mamee", jawabnya ringkas.

"Tak pernah aku dengar pulak mamee ni ada pork. Ke ko terbeli dari pemborong thailand?" aku cuba menyiasat.

"Tak"

Window chatting kami kembali tenang. Tiada lagi reply dari aku, mahupun apa-apa reply lanjut dari dia.

Tidak lama selepas itu...

"Eh kejap- kejap", tetiba jek dia.

"Bukan pork la Fida, tapi fork. 'With fork and dried vegetables', tapi aku terbaca pork", dia lagi.

Aku dah gelak guling-guling dah:)). Boleh dia silap baca pork. Adehhh..

"Patut arr dia sertakan sekali 'fork' ni", dia.

Heh!

MORAL OF THE STORY: Sentiasalah memeriksa bahan-bahan makanan yang bakal masuk ke dalam perut kita, kerana apa yang kita makan itulah yang akan membina sekujur diri kita ini.

Akhir kata, sayangi diri. Hiasi peribadi. Keep reading my entry then. I'll be here again. The same me. Just different story.

p/s: Boleh teka dak siapa dia yang tersilap baca fork, pork tu?heeee

WaAllahualam
Wasalam.

17 comments:

Palie said...

ni mesti im nie.. kan? kan? kekekeke.. dr segi kegelabahan itu, aku rasa die.. kekeke..

Afida Anuar said...

salah. Bukan im palie. potong 1 markah. eheh.

Hint: Pakai spek dan merupakan seorang lelaki.

Teka..teka jangan tak teka..ngeh33

saizulhafiz said...

hahahaaa...apa la.fork dgn pork pn ttukar..isk2

a.r.e.|.a.n.z said...

Hint: Pakai spek dan merupakan seorang lelaki
err.. Narayanan Murthi? hahaha..

sarah said...

kak fida..sungguh kelaka ok.hahahaa.
seb bek bukan betol2

sitizero said...

hahahahahahahaha.
hahahaha.
hahahaha.

natni said...

ekekeke..kes sengal jugee nih

^____________^

Afida Anuar said...

Saizul-->trbaca ngn kalut la tu kut saizul..tu yg bleh tertukar..eheh. klu mung pn same aku rasa.eheh

Lan-->salah jugak. potong 2markah..eheh

Sarah-->mmg kelakar la..aku masa tengah ceting tu leh gelak sorang2 kt ctu. Adehh macam2..

Hid-->hahahahahahahahhahahaha

Intan-->Heee, kalut punya pasal la kut..ke sengal..tp poyo arr dia tu Intan..eekeke..jangan marah *z*** ek..Ampunnn kata ko poyo..eheh.

unicorn said...

biar aku teka..pakai spek, lelaki..pian???

Afida Anuar said...

yoe..salah jugak.Potong 5 markah..heeeeeeee.

hint lain: klu kt opis, dekat dengan mung, klu kat rumah dekat ngn aku. eheh..

klu x dpt teka jugak tak tau arr:D

NaZRaHKu =) said...

ha...saye tau..saye tau..AZEZE ek? hehe..lawak arr..mula2 baca, dh riso dah..mamee tu..tkut2 pnh termakan ke ape ke..rupe2nyer fork..apekah la..huhu..

Afida Anuar said...

Heee.. 10markah untuk naz;)

Itu la, masa mula2 dia ckp tu riso gak..kut2 de termakan. last2..eheh..

Qica@Noli said...

haha..noli knl azeze itu..haha..
mmmg klaka...

zezes said...

:p la dah mlm tu i pakai spek kedua yg rabun2 ayam gitu..soreelaa....hahaha :p

Afida Anuar said...

Qica-->Heee, aku pn kenal dia. tp mmg klakar ar.. guling2 jadinye gelak.

Zeze-->Akhirnya empunya diri buat pengakuan. ehehe..ada spek kedua uu..

agHoo said...

senjal..!!

Afida Anuar said...

Apakah yang dimaksudkan dengan senjal itu Arif?gagagaga

 

Browse