Orang Tengah dan Orang Tepi..

Sunday, December 21, 2008
Jadi orang tengah bermakna anda dikehendaki berada di tengah-tengah di satu-satu kawasan atau tempat, manakala jadi orang tepi pula bermakna anda terpaksa berada di sebelah tepi kawasan atau tempat tersebut. Definisi yang amat mudah untuk difahami oleh semua orang tanpa mengira usia. Tapi baby yang berusia sebulan, aku tatau arr depa paham ke idak..erkk. Untuk baby-baby, mungkin ada pengecualian sedikit kut dalam pemahaman maksud orang tengah dan orang tepi ni, heeeee...

Tahun lepas, tanpa angin, tanpa hujan, ada seorang sahabat baik minta tolong aku jadi orang tengah. Terkejut dan terkedu aku. Maklumlah, tugas menyatukan dua hati bukannya tugas yang mudah. Apatah lagi jika dua hati itu memang bukan ditakdirkan untuk bersatu. Aku gagal dalam misi penyatuan itu setelah mendapat balasan email dari pihak lelaki menyatakan dia mendoakan sahabat baik aku itu akan berjumpa dengan insan yang lebih baik darinya. Mungkin bukan jodoh mereka. Sahabat baik aku redha. Aku pun redha.

Tahun ni, tugas jadi orang tengah tu diamanahkan lagi di bahu aku yang makin kurang isi ni. Bahu aku ni, kalau pegang mesti rasa ada tulang (erkk..perasan kurus la tuh!). Aku pun tak tahu sebab musabab orang boleh kasi amanah jadi orang tengah tu kat aku. Nak kata aku biasa dengan tugas jadi orang tengah ni...tidak. Nak kata aku ni pernah menyatukan dua hati... pun tidak. Hati aku ni pun tak bersatu lagi. Walau apa pun, insyaAllah aku akan jalankan tugas itu dengan sebaik mungkin. Kalau dah jodoh mereka takkan ke mana jugak. Jodoh itukan rahsia Tuhan. Doakan aku berjaya ek!

Ada tips dak nak jadi orang tengah yang berjaya?

p/s: Bile ek aku boleh jadi orang tepi pulak? erkk... ~lalalalalalala~

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

13 comments:

Tirana said...

Kalau Fida jadi orang tepi, biar kak tirana jadi orang tengah..hehehe..

Jadi orang tengah ni pun ada risiko. Orang tepi sama orang tepi berjuang, orang tengah semput tersepit..hehehe..

Afida Anuar said...

Heee,okay2...dan kalau kak tirana jadi orang tepi, biar fida jd orang tengah ek? kita gilir2..hehehe..

semput tersepit tu salah satu risiko. Banyak gak lagi risikonye akak. huhuh.

miSs dee 4 dino said...

salam fida~
hahaha..ade job baru eh..jadi org tengah..boleh ah jadi org tengah tuk aku lak..hehehe..kidding...
saje singgah bace blog nie..cm dah lama xsinggah...bes bace entry2 fida tulis..im enjoyed it! hehehe

xoxo,
~ida~

Kehelan said...

ehehehe... pernah gak jadik org tgh... alhamdulillah... dh kawin ada anak sorg pun...

AL-BIMA SAKTI said...

salam,
org tengah adalah org yg dipercayai, yg tak makan di tengah atau gigit di tepi...

Afida Anuar said...

Alhamdulillah kay..jadi orang tengah yang berjaya....nk jd orang tengah tuk fida dak?heeeeee

Afida Anuar said...

Salam..
Incik Al-Bima...harapnya sy tak gigit atau makan mana-mana bahagian yang tak sepatutnya sy makan atau gigit..uhuh..

Anonymous said...

nice post. :-)

Afida Anuar said...

Masehhh;-)

Afida Anuar said...

Alamak, ida tertinggal..heeee

nk jd tengah tuk ko ida? bole2..sape orang tepinyer? eheh..

huh..karangan merapu2 jek ida..heee..mekasih la ko enjoy bc..heeeeeeeee

weh bile nk lepak sesame nih?heeeee

agHoo said...

nak jadik org tgh kena dgr dua2 pihak pastu pancing sikit2..

Afida Anuar said...

Wahhh arif..cam ada pengalamn jd orang tengah jek ni..eheh

agHoo said...

huhu experience luas dalam bidang nih ekekeke..

 

Browse