Weekenders dan Proton City.

Monday, November 24, 2008
Idea-idea yang mahu diluahkan di sini seolah direnggut oleh keletihan sepanjang 2 hari hujung minggu. Memang agak meletihkan sabtu dan ahad aku baru ni. Namun aku kira, keletihan itu telah dibayar dengan kepuasan dan kegembiraan yang jelas terpancar pada wajah-wajah orang yang aku sayang.

Hari Sabtu, seawal pukul 8 pagi kami bertolak ke Grik bagi menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Aizat dan Farhana. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan dengan kehadiran Sufian Othman sebagai penunjuk jalan. Seawal 11.30 pagi kami sudah sampai ke tempat Majlis. Lupe dah nama kampung tu. Apa pun, yang kami tidak sangka, kami sempat untuk menghadiri majlis akad nikah di masjid bersebelahan dengan rumah pengantin perempuan. Siap dengar khutbah perkahwinan lagi. Boleh arr dipraktikkan nanti, InsyaAllah :D


Selesai bergambar dengan pengantin dan kawan-kawan, kami singgah di rumah Sufian yang terletak di hujung kampung yang sama dengan kampung pengantin perempuan. Sempat solat jamak di situ, makan-makan lagi:D. Terima kasih buat Sufian sekeluarga atas layanan yang begitu mesra diberikan.

Lepas tu kami singgah jap di Taiping dalam perjalanan nak balik KL. Nak kenal-kenal dengan bandar Taiping pulak kata 'Incik Kembang dan Hitam'. So me'round-round' bandar Taiping la 'Incik Kembang dan Hitam' petang tu. Siap singgah tepi tasik apa entah nama. Hurmm..cantik taman tu. Sejuk je rasa duduk situ. Makan-makan lagi kat situ (haihh, berape kali makan daaa:P) , lepas solat jamak magrib dan isyak, dalam pukul 8mlm, kami bertolak balik ke KL. Alhamdulillah, pukul 11.30 kami selamat sampai di Putrajaya.

Malam tu tak yah cakap la. Letak kepala atas bantal je....Zzzzzz. Penat sangat kut. Eheh.

Hari ahad nya pulak. Pagi-pagi hari aku dah ke Shah Alam. Bonda sama ayahanda sama adinda-adinda tercinta datang ke KL ni. Dia orang dah sampai petang hari Sabtu tu, tapi disebabkan hari Sabtu tu aku ke Grik. Maka hari Ahad la aku berkesempatan berjumpa mereka.

"Ronda-ronda cuti sekolah", kata ayahanda.

Seharian pulak hari Ahad tu aku habiskan masa bersama mereka. Pi lawat rumah saudara mara dan segala bagai la. hurmm. Cuma aku terkilan tidak dapat hadir ke kenduri member UIA aku Azliza di Kuala Kangsar semalam, yakni hari Ahad. Moga bahagia ke akhir hayat hendaknya perkahwinan Azliza dan Zaki.

p/s: Aku ingatkan Honda je yang ada City. Rupa-rupanya Proton pun ada City jugak. Aku discover benda ni dalam perjalanan aku ke Grik. Proton City.. hurmm.. mantapp gak bunyinye.

Itu je la kut untuk entry kali ni. Harapnya aku diberi kekuatan untuk mencoret-coret lagi di masa akan datang. InsyaAllah.

WaAllahualam
Wasalam.

13 comments:

saizulhafiz said...

g cuci kereta nuh...habis kotor jalan jauh,hahahaa

Afida Anuar said...

Elek arr saizul..kasi lasak sket. baru mantappp!! eheh..

Kay said...

proton city dh bertahun dh kat situ! :)

humaimee said...

Ehekhek ... kak fida ... sorry ek ... bawak jalan2 kat Taiping ... sampai sesat 2 kali :P kihihi .. ntah berbaloi ke tak kak fida pi round2 hari tuh :D

Afida Anuar said...

Kay--> Hee, fida baru nampak kay.Besar pulak signboard tu..eheh..Sebenarnya hari tu 1st time lalu kut highway tu.

Seblum ni,klau nk ke utara tanah air dari Trg, fida biasa lalu ikut Jeli pastu highway grik.Tak pernah lagi ke utara dari KL ni:D

Faheem-->Eh berbaloi2. apa pulak tak berbaloinye. SubhanaAllah, cantik tempat tu..lain kali kalau ada masa ingt nk pi lagi. Hari tu tak pus, sbb sekejap sangat:D

Itu lah, kesian kt faheem. Sampai sesat2 tunjuk jalan kt kitaorang...
heeee

theblabber said...

proton city?
(tetibe tersa aku cam dok dlm gua..macam2 benda tatau) Erk

Afida Anuar said...

Erkk..aku pn baru tau ada proton city tu... kira aku kuar gua dulu dari ko la..eheh..

Noli said...

aah la kak...noli pon pasan proton city tuh..hihi..

Afida Anuar said...

heee.. kan kan? eheh..

Husna said...

hmm..proton City tu dh lamer kak ia menetap kt ctu..kikiki

namer kg Ana adlh Kg Tg Rambai..hehe

Afida Anuar said...

Eheh..dah akak first time baru lalu citu ari tu. tu yg baru tau tu husna..ehe, nk kene selalu pi utara ni..heeeee...

owhh tanjung rambai..baru ingt.. mekasih...

Anonymous said...

Incik Kembang dan Hitam'
uihh... sejak bila plak ko ada boyfren macha ni? LOL!!

Afida Anuar said...

lan lan...tipu arr klu ko tak kenal incik kembang dan hitam tu.. n sejak bile pulak incik kembang n hitam tu macha..adehhh...
macang-macang..

 

Browse