Infosys Flashback (Part 1)

Thursday, November 27, 2008
Semalam, aku belek file-file lama yang aku simpan dalam hardisk. Terjumpa gambar-gambar dan video-video yang diambil sewaktu kami training di Infosys,India awal tahun lalu. Dah lama tak tengok gambar-gambar atau layan video-video ni. Lantas kenangan waktu lalu kembali mengisi ruang lingkup minda ini(kasi background music sket..eheh)

Dulu,time aku baru habis belajar. Aku tidak terus dapat kerja tetap. Mungkin sudah ketetapan yang ditetapkanNya untuk aku. Aku menganggur dulu,sambil-sambil jaga mak aku yang sakit. Lepas tu aku jadi cikgu sementara kejap dekat Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam selama 2 bulan. Lepas tu aku kerja dengan sepupu aku dekat kedai emas dia selama 5 bulan. Masa kerja dengan sepupu aku ni, hebat juga dugaan yang aku terima. Maklumlah, habis belajar, ada ijazah.

"Kerja dekat kedai emas jek??", kata seorang makcik yang datang singgah nak membeli gelang tangan untuk cucunya.

"Anak makcik habis belajar terus dapat keje kt kolumpo nung", kata seorang makcik lain dengan bangganya

Aku senyum. Yer la, senyum je la. Depa semua bukannya tahu penat lelah usaha yang telah aku lakukan untuk mendapatkan kerja tetap. Mungkin bukan rezeki aku. Maka aku redha buat sementara jika aku kerja di kedai emas kepunyaan sepupu aku itu. Tolong-tolong dia buat akaun, tolong-tolong dia kira stock barang-barang kemas, kadang-kadang pernah jugak tolong dia jual emas. Kira banyak yang aku belajar pasal emas dan berlian sepanjang aku bekerja dengan dia. Tapi yang paling best, aku dapat kenal dengan ramai orang. Dapat kenal dengan tokei-tokei emas, dan dapat pengalaman dalam mengendalikan perniagaan barang kemas. (Lepas ni boleh dah la nak bukak kedai emas sebijik..eheh!!)

Tiba-tiba suatu hari, teman senegeri yang juga sedang bekerja sementara di Terengganu tu mengajak aku ke kareer karnival yang diadakan di UIA. Aku mengikut. Mana tahu, rezeki aku disitu. Banyak resume yang aku copy untuk diserahkan di booth-booth yang telah mengambil bahagian dalam kareer karnival tu. Dalam kesibukan melihat tawaran dan job spec yang ditawarkan dengan kawan-kawan yang juga sedang mencari kerja, aku terserempak dengan lecturer aku. Bro Shahrul Nizam.

"Kamu nak pergi India tak? Ada job training in software engineering selama 4 bulan kat sana, kalau berminat pergi kasi nama dekat kuliyyah. Nanti dioarang panggil untuk interview dan ada test kalau tak silap saya, nanti balik belek-belek arr balik apa yang kamu dah belajar dulu", Bro Shahrul.

Waktu tu, aku memang blur-blur lagi dengan butiran training yang dicakapkan oleh Bro. Nizam tu. Walaupun begitu, aku, Ajet, Didi dan beberapa orang lagi pergi la bagi nama dekat Kuliyyah kitaorang; Kuliyyah ICT. Orang kata saja nak terai test. Walaupun waktu tu aku tak mengharap pun dapat pergi. Apatah lagi dengan test dan interviewnye.

Dipendekkan cerita, seminggu lepas tu, aku dapat call dari pihak Universiti menghendaki aku datang untuk interview dan test. Kalau lepas test dan interview tu, dapat la pergi job training dalam software engineering kat India sana selama 4 bulan yang dikendalikan oleh Infosys Technologies Limited, sebuah company IT yang sangat mantap, huh! Interview tu kalau tak silap aku dikendalikan oleh MDEC (Multimedia Development Corporation), ramai jugak yang datang. Kebanyakannya semua student ICT yang power-power tak silap aku. Tapi aku..hurmm.. takpe, cuba je la.

Lepas interview dan test....aku memang tawakkal je. Soalan esei, mungkin tidak menjadi masalah. Tapi soalan-soalan IQ yang banyak-banyak tu, aku yakin cuma satu je betul.

"Ada rezeki, ada la", kata hati. Macam putus asa. Tapi memang putus asa pun.

Dalam pada masa tu, aku pergi lagi interview dekat kampeni-kampeni yang aku kasi resume sewaktu kareer karnival tu. Bank Negara, lepas 1st stage. Kantoi masa 2nd stage. Lepas tu sebuah kampeni software development dekat Damansara, pun gagal! Lepas tu pergi interview di sebuah kolej swasta dekat Seremban. Tak lulus jugak, sebab dia kata kelayakan aku terlampau tinggi jika nak dibandingkan dengan kerja yang ditawarkan. Dia cadangkan aku cuba lagi cari kerja lain. hurmm.. baiknya dier. Ikhlas memberitahu aku.

Cuma banyak yang nak ambil bekerja bahagian insurance. Means kene jual insurance. Aku dah la tak pandai nak berhadapan dengan orang. Aku tolak! Memilih kerja pulak aku nih!

"Haihh susahnya nak dapat kerja yang sesuai! Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini"

Tiba suatu hari, aku dapat tawaran buat pendidikan di salah sebuah Universiti di Utara Malaysia, means jadi cikgu. Ambik bahasa inggeris. Gembira bukan kepalang mak aku sebab itu lah juga cita-citanya. Nak tengok aku jadi cikgu. Ikut jejak langkah dia. Waktu tu aku tidak punyai pilihan. Mengikut je kata bonda dan ayahanda. Walaupun, aku suka mengajar budak-budak, tapi aku tidak berminat nak jadi cikgu. Kalau jadi cikgu, bermakna apa yang aku belajar selama ni di universiti selama 4 tahun adalah sia-sia. Aku nak mantapkan ilmu aku tu. Kalau boleh... Tapi mungkin sudah tersurat aku jadi cikgu, nak cari kerja lain pun macam payah. Maka aku menerima tawaran untuk sambung belajar dalam pendidikan pulak.

Aku ingat lagi. Hari tu hari Sabtu. Pagi-pagi hari lagi aku dah ke bandar untuk membeli segala kelengkapan bagi menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan di salah sebuah universiti awam di utara tanah air. Kalau ikutkan, besok yakni hari Ahad aku akan bertolak ke sana kerana pada hari Isnin tu aku perlu melaporkan diri. hurmm, just follow the flow lah... Balik dari bandar, terdetik hati aku untuk singgah di Cyber Cafe.

Maka aku pun membelok la stereng kereta mak aku ke Cyber Cafe yang selalu aku singgah. Email aku dah terbengkalai 2, 3 hari. Perlu diupdate! Tiba-tiba mata aku terpaku dengan satu email yang aku terima dari MOHE (Minister of Higher Education).

Aku dapat pergi India!!! Alhamdulillah aku dapat pergi India. Terketar-ketar aku waktu tu. Seolah macam mimpi dapat tawaran tu. Aku perasan pengunjung-pengunjung CC tu pun perasan akan keterujaan aku. Tapiiiiiiiiiii....

Tapi besok aku dah nak bertolak ke utara sana. Mak aku dah siap amik cuti. Ayah aku pun dah bagitau rakan-rakan sekerjanya yang dia akan bercuti selama beberapa hari bagi menghantar aku ke utara. Tapi aku nak pergi India, aku nak pergi Infosys. Aku tak nak pergi utara sana. Macam mana niii??

~to be continued~

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

17 comments:

Kehelan said...

salam...

cerita yg segar!!!

tak sabar nak tunggu update!

Afida Anuar said...

Eheh..
salam kay..cerita segar ke??hahaha.

insyaAllah nanti apdet lagi:D

7@n 5Tr!f3 said...

damn!! ada cliffhanger tu!! pergh mantap sungguh ko nyer entry kali ni.. aku rasa mcm tgk drama bersiri plak.. kalo blog ko ni ada kuar bunyik mesti ko letak soundeffect "jeng jeng jeng" hahaha..

miezi said...

berdebar-debar menanti "next entry". Eheh

Afida Anuar said...

@Lan-->hahhaa..lawak arr pulak aku bc komen ko ni lan. eh klu entry aku ni leh kuar bunyi..takkan aku nk letak sound effect "jeng jeng jeng"..tak mantap arr... letak sound effect yg mantap sket arr..cam apa ek?? erkk...apa2 je la..eheh..

@Miezi-->uhuh..berdebar2 ke, mcm kisah seram pulak..eheh..

Palie said...

giliran ko plak wat entry pasal kenangan infosys ek? aku punye sampai bahgn 2 jek.. pastu dah malas.. sbb nye? byk sgt benda nk cerita.. huhuhu...

Afida Anuar said...

Hahaha..ko memang palie. Tapi cerita aku ni tak semantap citer ko tu arr. Aku citer biasa2 jek ek..gagagaga..

mylife said...

huhu..tgh2 syok bc tb2 bersambung lak..pandai betul tarik perhatian pembaca ye..suspen je :P

Khairi said...

sudah ditakdirkan dia berjumpa kita kay.. hehehe..

kalau dah ke utara jadi cikgu, mana la ada masa nak berblog..

Afida Anuar said...

Yus-->huhu..nnti kang klu taip panjang2 malas lak org nak baca..kasi saspen sket, mcm ayat-ayat cinta versi Khairi..heee...

Khairi-->uhuh, itu lah..Dia dah tetapkan kita berjumpa di sini, klu tak, tak dapat la sy nk bc ayat-ayat cinta versi awk tu..uhuh..

sy tngok ramai jek cikgu2 yg berblog.. ngeeeeeee

Hafeeny said...

kak fida...sambung cepat..suspen jek baca...eh, first time comment nih...teruja! gagaga

unicorn said...

aku dah tau dah sambungan die cmne....aku tau dah..hahaha

Afida Anuar said...

@Khafifah--> Hahaha, sabar-sabar ifah..nnti klu dah time publish second part akak publish..eheh..

@Yoe-->hahaha..mungkin apa yg kamu tahu tu tak sama dengan apa yang bakal aku publish..eheh.. kita sama-sama nantikan..hahahahahha

putrixue said...

i miss infy mysore!!! huhu

Afida Anuar said...

rindu jugak infy mysore..rindu sesangat..uhuh...

eh tetiba rindu kt u pulak ari ni..eheh

maslina said...

aku terlambat la bace post ni.. fida, aku pun menggeletar ms dpt email dr mohe tu. email tu sampai kol 3 pagi tautak.. aku tak tido lagi time tu.. aku klik2 mouse tu pun bergegar.. terus kol johanna bgtau berita gumbira itu.. hahaha.. memories.. aku selit2 kat cni je la citer pengalaman aku.. nak wat entry mcm ko n palie mmg tak terbuat.. kenangan dah lama sangat.. hihih..

Afida Anuar said...

huhu..tak terlambat lagi mas... menggeletar jugak ek. Aku ingt aku sorang je..ngeeeeeeeee

 

Browse