Tika Lautan Hilang Gelora..

Monday, December 22, 2008
Sudah lama rasanya kaki ini tidak memijak pasir pantai yang lembut dah halus. Sudah berkurun lamanya hidung ini tidak menghirup oksigen yang bercampur udara dari air laut yang masin itu, dan sudah berabad pula saatnya diri ini tidak dibiarkan dihempas angin pantai yang terkadang ganas dan terkadang lembut itu.

Arghhh rindunya aku untuk berada di sisi ombak pantai itu. Ombak yang tidak pernah sekalipun mengadu lelah dan penat merebahkan dirinya ke pasir pantai, saban saat, saban ketika.

Dulu, waktu aku mula-mula dapat lesen kereta lepas abis SPM, waktu ayah aku dah lepaskan aku drive sendiri tanpa perlu dia ada di sisi, aku sudah mula meminta izin kedua orang tua ku untuk bawa adik-adik aku berjalan-jalan dengan kancil milik mak aku. Kataku, nak bawa mereka jalan dekat-dekat sini jek. Padahal dalam perjalanan, aku membelok stereng bawa mereka ke pantai, ada la dekat 10km pantai itu dari rumah aku. Melonjak gembira adik-adik mendengar plan aku nak bawa mereka ke pantai. Sampai aje di sana, berkejaran kami semua ke gigi air, tak sabar-sabar nak sentuh air laut yang masin beralun di dada pasir. Kalau tahu dek mak dan ayah.... habis lah kami waktu tu. (p/s: Ayah su, jangan bagitau mak eh, citer lama ni..heeeee)

Kepergian aku ke pantai tidak berhenti setakat itu. Kadang-kadang, tatkala pulang ke kampung ketika cuti semester, sekali sekala aku pasti menjengah ke pantai itu. Nasib baik pantai yang biasa aku kunjungi itu tidak ramai muda-mudi yang bercengkerama (aku pun muda mudi gak waktu tu, eheh). Jadi tidak lah begitu mengganggu pandangan mata ini yang ke sana untuk menatap ombak, merasa angin dan menikmati keluasan lautan ciptaan Yang Maha Kuasa.

Teringat satu iklan di televisyen. Seorang budak kecil menjerit di tepi pantai.. "Ombak Jahatt!!". Kalau tak silap aku, ayahnya yang bekerja sebagai nelayan tidak pulang-pulang. Lemas di tengah lautan mungkin...erkk betul ke telahan aku ni? Apa-apa je la.

Memang benar, ombak nampak ganas bila memukul-mukul pantai. Gelora nampak menakutkan ketika memporak perandakan laut yang tenang. Namun, apalah ertinya pantai...andai ombak itu tidak memukul-mukul... apalah ertinya laut, jika gelora itu tidak menari-nari. Kerana hakikatnya, di situlah letaknya kecantikan dan keindahan pantai ciptaan Sang Pencipta Yang Maha Agung.

Dan begitu juga dengan sebuah kehidupan. Sudah pasti tidak akan pernah berjauhan dengan dugaan dan ujian walau secebis cuma. Kerana di situlah letaknya kemanisan dalam kehidupan. Bersabar dan hadapinya dengan senyuman. InsyaAllah.... ianya pasti akan jadi manis.

p/s: Sebentar tadi media elektronik sibuk memainkan isu hudud. Kempen untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu juga mungkin. Walau apa pun, hukum Tuhan walau sebesar zarah, jangan berani kita persenda. Apatah lagi hukum hudud yang seolah-olah dipermain-mainkan sesuka hati oleh sesetengah pihak. Takut nanti bala Allah yang datang menimpa. Patutnya umat Islam bersama-sama bersatu padu menegakkan hukum Allah dibumi yang tercinta ini. Bukan main kutuk mengutuk dan kata mengata. haihh...

Dari ombak ke bab agama dan politik sebentar. Sekian, selamat malam...

Until next entry.

WaAllahualam
Wasalam.

12 comments:

Tirana said...

Gelora di lautan nampak di pandangan...gelora di hati siapa yang tahu...hehehehe...

Kehelan said...

dh tua rupanya Fida nih... berabad lamanya tak ke pantai... huhhuhu

~~Noli said...

huuuu..nak balik kg..akak nihh!!

agHoo said...

maner towww???batu burok ke?
xmboh g juper tom memon ker??haha

saizulhafiz said...

jom g laut!!!!!!! nanaaananannananan ganu kiterrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Khairi said...

hudud tu polemik diorang guna time-time pilihanraya.

cucuh api kat kat ketiak kawan, bila kawan marah, barulah kita boleh marah balik. hehe

tggu calon kita plak. takmo la mat sabu.

Afida Anuar said...

@Kak TIrana-->Hee, hanya Dia Yang Maha Tahu akak....kejap tenang, kejap gelora..:D

@kay-->Itulah, dah masuk suku abad lebih doh umur nih..huhuhuh

@Noli-->Jom noli kita balik..nnti kita gi pantai airport sesame nok? hahahahha

@Arif-->Atas sket dr batu buruk..batu buruk ramai orang arif.. tok memom?hahahahhaha...
Arif, balik ngundi dok kekgi? gagagagga

@Saizul-->Weh wak test case nun..jadi baca blog..hahhaha

@Khairi-->..sakit woo cucuk api..bwoh tiok lok tu..hahhaha.. Dr Syed Azman okey gok kan?..heee
Ramai pulok amik calon kali ni..haihhh.. AKIM la, Tok Memom la..huh!

miSs dee 4 dino said...

again..aku terbuai bukan dgn gelora pantai tp dek kerana kta2 ko menulis blog nie...kagum sih aku!

nhanania said...

hiii fida...ku terjumpa blog kamu..

Afida Anuar said...

@Ida-->Alamak, takde pe la Ida..tak yah kagum. cikgu BM baca pn mebe dapat C karangan aku nih..eheh..

@Nani-->Naniiiiiiiiii... salam..ya Allah dalam blog rupanye kita berjumpa..eh nape aku x leh kasi komen kt blog ko ek? btw, aku dah add blog ko kt blog aku..heee

Tihara said...

Teringat kenangan2 mase kat pantai Tok Jembal,Mengabang Telipot,Batu Buruk,Sutera beach,penarik..Terengganu..misss u

Afida Anuar said...

Tihara..miss them jugak;)

 

Browse