Doa Menghalau Zombie.

Monday, December 08, 2008
Alhamdulillah..lembu yang disangka tidak bangun akibat keracunan rumput itu akhirnya bangun juga lepas subuh. Bukannya akibat keracunan atau apa-apa penyakit yang menyebabkan lembu itu kelihatan langsung tidak membangunkan dirinya. Tetapi lembu tu pun rupanya ada timing bangunnya yang tersendiri.. aisehhh, cenggitu rupanya. Buat cuak semua orang jek;)

Cuaca yang dari pagi memang agak mendung kadang-kadang hujan merisaukan kami sekeluarga untuk menjalankan ibadat korban. Maklumlah, sekarang musim tengkujuh tengah menggila di sini, dan seboleh-bolehnya daging lembu korban ni tidak boleh terkena air hujan, nanti akan rosak dagingnya. Maka kami sekeluarga amatlah berharap agar cuaca pada hari ni mengizinkan kami untuk menjalankan ibadah korban ni dengan lebih tenteram dan aman.

Alhamdulillah, rahmat Allah itu amatlah banyak. Dari time sembelih, sampai la ke petang, tiada setitik hujan pun yang turun. Cuma cuaca redup-redup mendung mengiringi perjalanan majlis korban kami pada hari ini.

Tengah-tengah kekecohan majlis korban, tengah-tengah kesibukan memproses daging untuk diagih-agihkan, tiba-tiba anak sepupu aku, Syahmi menanyakan aku soalan yang membuatkan aku agak tergamam buat seketika.

"Kak Nor tau tak doa menghalau zombi?", Syahmi.

"Hah? Mana la Kak Nor tahu. Nak baca apa tuk menghalau zombie ni Mie?", aku sambil mengerutkan dahi. Maklumlah, first time dengar soalan cenggini. huh!

"Lar, senang jek la Kak Nor"

Dia pun membuka mulut memulakan bacaan doa tersebut. Terkumat kumit dalam nada pelat nya membaca doa. Rupanya, doa yang dibacanya merupakan ayat kursi. Hahahaha..tergelak besar aku.

p/s: InsyaAllah, dengan izin Allah walaupun dengan sepotong ayat kursi; jin, hantu, syaitan, makhluk halus, zombie dan segala macam mak neneknya akan dapat dihindari dari terus mengganggu hidup kita.

~Erkk..tak tengok pun lagi Zombie Kampung Pisang... lalalalalalala~

Till then....

Wallahualam
Wasalam.

10 comments:

Anonymous said...

good...cerita kampung,org bandar mau dengar...cerita bandar? sapa mau dengar ek...

Afida Anuar said...

cerita bandar? orang kampung la mau dengar. tak caye? tanya sama orang kampung ku..eheh

natni said...

kak fida cptla blk sni
uwaaaaa

miezi said...

btl kata anon tu.
sy selalu jeles dgn org2 kg. Erk

Afida Anuar said...

Intan-->hwuaa..rasa cam nk duk kg lagi, tamo balik sana dah la intan, gagagaggaga....opis cemana? dah ngadap PM ek ari ni??huhuhu..

Miezi-->huhuhu..takde pe nk dijeles ngn orang-orang kg miezi.. bukannya ada bangunan besar2, tower tinggi2, or jalan raye bertingkat2 pun kt kampung ni. Ada sungai, denai jek.... takde pe pun miezi... heeeeeeeee.. tapi..tiap kali balik kampung, musti rasa cam tamo balik bandar lagi dah....huhuhu

DarabDua said...

lembu saja buat² mengantuk tuh!
gua syak dia cuak nak kena sembelih.
heh!

Afida Anuar said...

aku pun syak camtu gak arr darab dua..nampak sangat muka dia pn cam cuak semacam jek..tak pernah lagi aku tengok lembu berupa sedemikian rupa..eceh pepandai jek aku ni:)

miezi said...

afida ni org ganu gak kan? saya suka ar ganu..rasa kalau posting sy, saya berani memvolunteerkan diri :D

AL-BIMA SAKTI said...

KALAU KITA TUNJUK BERANI, HANTU LAGI TUNJUK BERANI. KALAU KITA PENAKUT PUN, HANTU LAGILAH TAK TAKUT. MAKA HIDUP BIARLAH SEDERHANA... JANGAN KACAU SESIAPA... TERMASUKLAH HANTU... INSYA -ALLAH SELAMAT...

Afida Anuar said...

Miezi-->eheh..yup, sy orang ganu..nanananana ganu kiter..heee..wahhhhh mevolunteerkan dirii uuu..bagus arr miezi...ke ade awek duk ganu ni??eheh..mana la tau kan...heeee

Al-Bima Sakti-->heee,gitu ek? InsyaAllah akan dipraktikkan.

 

Browse