Antara Sel Manusia dan Molekul Aloi

Sunday, December 14, 2008
Alhamdulillah, hari ni cuaca agak redup, mendung. Tiada sinaran matahari yang galak memancar seperti semalam. Buat sementara,untuk hari ni tiada kesilauan yang tajam yang bisa mensepetkan kedua mata bulatku ini. Belah petang pulak, hujan turun dengan lebat menyimbah bumi. Perfect! It's tido time for me..eheh...

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan berita kemalangan seorang teman baik. Alhamdulillah, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Cuma 'sayang' dia yang cedera. Parah jugak dengarnya. Dan dan aku teringatkan kisah kemalangan aku suatu ketika dulu kala di bulan yang mulia. Kisah kemalangan kami mungkin berbeza, tapi perasaan yang kami rasa sewaktu berjauhan dengan 'si dia' sewaktu 'si dia' dirawat di bengkel mungkin boleh disamakan. Aku rasa lar..Kan a***n Kan? kan? uhuh..

Tiga atau empat hari lepas, aku dikhabarkan yang 'sayang' dia telah menjalani pembaikpulih dan telah selamat dikeluarkan dari bengkel. Alhamdulillah. Cuma katanya, 'sayang' dia tak sama seperti dulu.Tak boleh nak drive laju-laju. Rim 'sayang' dia macam ada problem.

"It's ok. It takes time to heal. Sama cam kaki, bila dah patah, dah operate, mana boleh berlari terus, kene jalan slow-slow. Lepas tu baru boleh berlari", aku.

"Kaki memang boleh sembuh, sebab ia terdiri dari sel-sel. Sel-sel manusia. Nanti sel-sel yang rosak tu diganti dengan sel-sel yang baru. Rim aku diperbuat dari molekul aloi. Bukannya sel manusia. Macam mana ia nak sembuh. Nak sembuh atau nak ganti sel baru alamat kene angkat yang baru lar", dia.

Huh!

Cerita TAMAT.

p/s: Drive carefully then, ingatlah 'si dia' yang tersayang. Seksa wooo time 'si dia' masuk bengkel. Siang malam rindu memanjang. Asyik teringat-ingat 'si dia' jek. Umpama orang kata, mandi tak basah. Tidur tak lena. Makan tak kenyang. Heh!

Until next entry.

WaAllahualam
Wasalam.

7 comments:

Tirana said...

Amboi Fida..ingatkan 'sayang' tu siapa..rupanya kereta..hehehe..

Anonymous said...

laa... kereta ke.. kecoh la member ko tu.. soh dia kawin ngn kete dier aar muahahaha!!!

Kehelan said...

dh dua hari tak jumpa si hetam legam manis menawan... kena tinggal kat batu 3... 3 malam 2 hari kay 'bercuti' kat bandar seri permaisuri...

ptg semalam jalan2 kat alamanda putrajaya... ekekeeke

baanu said...

apa la kak fida ini..
i thought its 'som1 special'..
aiyayayayyaaa..
:p

LeLs said...

gambar tu cam agar2 je..

teringin nak makan agar2..

macam sushi pun ade..

emmm...

Palie said...

a***n?? AZLAN? kkekekeke.. sorry.. ter'reveal' plak..

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->Heee, kereta jek la akak buat masa skrang. Sayang satu lagi tu..erkk...gagaga..anggap lah tak ketemu lagi..heeeeee

Anon-->aku dah suh dah aritu, dia takmo.. Nak tunggu puteri dr kayangan katenyer...gagagaga.. ampun A***n, saje reka cerita..uhuh.

Kay-->Musti rindu kan kay sama Incik Hitam itu, eheh..
wahhhhhhhhhh nape tak cakap mai alamanda. Boleh ajak singgah umah. Leh rasa sira pisang fida buat semlm..besttt wooo..eheh. angkat bakul sndiri satt...huh~

Baanu-->mmg la..but not someone..it's something..eheh.. jangan marah arr baanu..


Lels-->Agar2 ker lels..aku tengok makhluk asing bermata satu pun ada..eheh..

Palie-->ko mmg...Lan marah aku tatau...abis lar ko palie...ekekekeke

 

Browse