Aduhh, sakitnyer..

Tuesday, November 25, 2008
Dalam hidup aku tidak pernah rasa sesakit ini. Aku sakit, yer aku sakit. Tapi selama ini aku diamkan kalau aku sakit. Aku tidak tahu jika sikap mendiamkan diri aku itu membawa kebaikan atau pun keburukan. Kali ni, sakit itu menyerang aku lagi, teruk.. Entah di mana penawarnya yang harus aku cari.

Peluh halus yang dingin menitik-nitik membasahi dahi. Namun badan aku terasa amat sejuk sekali. Menggigil-gigil aku menahan sakit itu. Sakitnya hanya Kau yang Maha Tahu. Ya Allah tabahkan lah hati hambaMu yang lemah ini.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya terjatuh juga. Mak ayah dan keluarga aku mendapat tahu tentang penyakit aku setelah aku pengsan di ruang tamu pada suatu hari. Aku terus di bawa ke hospital pada waktu itu juga.

Terbaring sepi aku di katil besi itu. Tiada kata-kata yang terucap hanya air mata yang banyak mengalir melihatkan keresahan kedua orang tuaku. Dari jauh kelibat doktor muda yang kehensemannya aku kira boleh mengalahkan Tom Cruise itu menghampiri tempat baringku dengan sebatang picagari yang sangat besar. Di ambilnya tangan kananku, lantas dicucuk lenganku dengan picagari itu.

Creeettttttttt....

"Ya Allah, sakitnya"

Kemudian, perlahan-lahan suara aku seakan dibisukan. Mata aku seolah dirapatkan. Semuanya menjadi gelap dan pekat.

Tiba-tiba..

"Kak Nor... Kak Nor... bangun", mak aku

"Dah pukul 6 ni. Cepat nanti tak sempat subuh pulak", mak aku lagi.

Aku buka mata perlahan-lahan. Ya Allah aku bermimpi rupanya. Haihh...

p/s: Orang kata jika kita bermimpikan seseorang, mesti sebelum tidur tu kita asyik teringatkan dia. Memang aku teringatkan mak ayah aku sebelum tidur. Tapi aku tak pernah pulak teringatkan orang yang lagi hensem dari Tom Cruise sebelum tidur. Macam mana aku boleh bermimpikan dia ni?? heh!

Sekadar coretan di waktu lapang..
Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

11 comments:

diana said...

walaweh..dr ensem bakal menjelma nih..dh mimpi ular sawa patuk dah haritu..heheh

saizulhafiz said...

sblm tido sila basuh kaki br xde mimpi

Afida Anuar said...

Diey-->hahaha..macam2 kamu ni. Takde kaitan la tu diey..

Saizul-->basuh doh..siap amik air smyang lagi..huhu..

Kehelan said...

ehehe... sudah kuduga kau bermimpi lg...

naz ilyn said...

Salam...

alahai...mimpi dr hensem...kalau mimpi dipatuk ularkan lagi best...untung-untung boleh makan nasi minyak...hehehe

Afida Anuar said...

Kay-->eheh. sebenarnye bukan nk buat pasal mimpi..tapi entah macam mana idea tu terkonar arah mimpi jugak. Tak boleh nk wat real..uhuh..

Kak Naz Ilyn-->hehehe..itu lah, mimpi jmpa dr.hensem. tapi mimpi mainan tidur je Kak Naz.Salam singgah kak naz..

a.r.e.|.a.n.z said...

petanda :-
1. ular sawa patuk
2. incik kembang dan hitam
3. dr. hensem > tom cruise
hmm... aku dah ter-bau nasik minyak nih.. eh, ke nasik dagang? hmmm..

Afida Anuar said...

hurmmm....
petanda-petanda yang bukan petanda:P

ko terbau nasi minyak? perghh ada budak opis ko memasak nasi minyak ke kat dlm opis?
mantappp...

agHoo said...

kalo sakit makanla ubat..mintak ngn doctor huhu..

Khairi said...

err.. fida silap tu.. sy engineer bukan doktor.. wakakaka..

ye ye sila ketuk kepala saya..

:p

Afida Anuar said...

Aro--> dah dah..dah mintak dah. dah siap makan dah.

Khairi-->hahaha..lawak-lawak.. meh nk ketuk sket kepala tu..eheh

 

Browse