Menyayangi dan Disayangi, Mencintai dan Dicintai...

Friday, December 30, 2011
Si isteri bertanya kepada suaminya, “Bang, apa yang abang fikirkan pada saya, jelaskan dalam ABCD ya?”

Lalu suaminya menjawab, “Hmmm… awak ABCDEFGHIJK!”

Isterinya terkejut dan bertanya, “Apa itu ABCDEFGHIJK?”

Suaminya menjawab, “Adorable, Beautiful, Cute, Delightful, Elegant, Foxy, Gorgeous & Hot!”

Isterinya tersipu-sipu malu namun ada sedikit kekeliruan. Kemudian dia bertanya lagi kepada suaminya..

“La… itukan baru ABCDEFGH, so .. IJK tu apa bang?”

Suami menjawab…..“I’m Just Kidding!!!

kehehehee..:p



PS: Entry terakhir tahun 2011, entry santai-santai. Saya copy paste dari sumber yang tidak diketahui, errr. InsyaAllah, ada usia, ada kesempatan, kita jumpa lagi tahun hadapan, atau sehari sebelum tahun hadapan! ^_^

Apa Yang Datang Dari Hati Akan Menyentuh Hati Nurani...

Wednesday, December 28, 2011
Manis senyummu,
Cantik pekertimu,
Dalam hati siapa aku?


Petang tadi, masa balik kerja. Dalam lif, ada pakcik yang bawa baki kuih muih yang tidak habis dijual, offer saya dan Mardhiah akan kuih-kuihnya. Sebenarnya dia offer kami keropok lekor!

"Ada bekas dak?", dia tanya.

Amboiii, cepat je saya keluarkan bekas kosong, bekas nasi goreng pagi tadi.

"Ada pakcik...ada!"

Mardhiah kata saya ni gelojoh.....dan sangat kalut! Aduhh bila diingat-ingat malu pula rasanya, tanpa segan silu terus je saya tadah bekas kosong tu. Dah la dalam lif tu juga ada seorang jejaka melayu terakhir yang malu-malu kucing tak nak terima keropok lekor pakcik tu. (oh!)

Saya kasi alasan kat Mardhiah, nak menolong permudahkan dan percepatkan pakcik tu buat kebaikan! Atau sebenarnya saya eksaited nampak keropok lekor? he he.

Dinner kami, keropok-lekor-sedekah-pakcik dan cempedak goreng! (Mardhiah bawa balik 1 biji cempedak dari Dungun). Alhamdulillah, dinner tuk orang-orang diet kononnya.


PS: Diet apanya cheq oii, semua makanan berminyak ni:P..

Menunggu Cinta Tuhan...

Monday, December 26, 2011
Tudiaa... dengan spek hitam Ustaz Don melangkah masuk Masjid An-Annur. Tak berkelip jap mata saya memandang... err

Kuliyah pada hari Ahad tu bermula lebih kurang 9.45 pagi. Ustaz Don lambat 15 minit. Tapi takpa, sebab Ustaz Don saya maafkan. Kalau Ustaz lain saya tak maafkan kot! (pulak!) he he.

Tajuk pada haritu umum, banyak juga yang Ustaz Don perkatakan; bab aurat wanita, bab tudung, bab Al-Quran, bab dajjal pun ada, bab minta maaf, senang cerita macam-macam la.

Tapi bab yang paling melekat di hati saya...adalah bab nak jadi mukminat. Salah satu ciri-ciri seorang mukminat adalah menjaga pandangan.

Allah.... rasanya kena mujahadah sungguh-sungguh nak jadi mukminat ni, mana tak nye... tengok Ustaz Don masuk dengan spek hitam pun mata dah tak berkelip...haihh!


PS: Buku kedua untuk hari ketiga, Menunggu Cinta Tuhan, checked!

Kepada Sekeping Hati Yang Sepi...

Saturday, December 24, 2011
Kak Sal balik kampung semalam. Mardhiah pula masih di kampung. Tinggallah saya seorang diri,bertemankan sunyi dan sepi, berkasih dengan buku dan lappy.. sepanjang hujung minggu ni.. ohh.

(Tv tak masuk senarai pasai Kak Sal dah rosakkan tv 2 minggu lepas, tak boleh nak on langsung. Pastu kami malas nak baiki, nasib la.. Haha, tetiba salahkan Kak Sal...ampunn Kak Sal!)

Sebelum balik semalam, Kak Sal sempat tanya kat saya, "Fida tak plan nak pi mana-mana ke wiken ni?"

Saya sengih.....

"Besok tak pi mana-mana kot, tapi hari Ahad Fida ada date.. he he. Date dengan Ustaz Don dekat Masjid An-Annur!!".

"Amboi-amboiii!!..."

Kuliyah Wanita, Masjid An-Annur, Bandar Baru Bangi. 9.30am.
Jom!


PS: Sendiri...tapi sentiasa ada Pemerhati....

Demi Dhuha...

Wednesday, December 21, 2011
Lapangan terbang, secara natijah adalah tempat di mana manusia bertemu dan berpisah. Tempat air mata dan senyum ketawa mencari arah. Tempat mencurah segala rasa yang bersarang dalam jiwa yang lelah... Ececece, tetiba pulak tempat mencurah rasa:P

Seawal 7.30am, pagi tadi, saya sudah menapak di balai ketibaan antarabangsa KLIA. Menunggu seseorang yang baru pulang dari Auckland. Seseorang yang lebih 4 tahun tidak saya sua, Kak Nass....

Alhamdulillah, Kak Nass sihat walafiat, cuma saya tengok Kak Nass kurus sedikit dari dulu. Tekun sangat belajar kut! InsyaAllah lepas ni Kak Nass dah boleh bergelar Doktor Falsafalah!

Selepas bertemu Kak Nass di ruang ketibaan, lepas sembang-sembang, Kak Nass ajak saya ke surau. Saya ingatkan Kak Nass nak solat subuh lagi sekali pasai tak yakin solat dalam kapal terbang, rupanya Kak Nass nak solat dhuha!

Ya Allah, tiba-tiba saya jadi malu kat diri sendiri. Malu kat Allah. Malu kat Kak Nass. Saya yang tak 'jet lag', yang tak pening-pening selepas penerbangan selama 11 jam boleh terfikir solat dhuha saya 'burn' sebab pi KLIA awal-awal pagi, tak sempat solat kononnya. Sebab tu je..Tapi Kak Nass yang baru tiba dari Auckland tetap istiqamah tuk tunaikan solat dhuha walau di mana saja, tak kira keadaan. Allahuakbar!

Selesai solat dhuha, Nooril dan Muni pun tiba. Depa lambat sedikit pasai depa dari Gombak. Kak Nass mati-mati ingat saya sorang je yang datang, he he. Kak Nass....surpriseee!

Alhamdulillah, pagi tadi Kak Nass belanja kami Big Breakfast Mcd! Kak Nass kata dah 4 tahun 3 bulan dia tak makan Mcd!. Selesai makan, cepat-cepat Kak Nass suruh kami pulang. Katanya bukan nak halau, tapi takut kami lambat masuk opis! Kak Nass, bos kami kata dia tak kisah kami masuk opis pukul berapa pun...asal kerja siap! Flexi hour kan;)

Senyumlah Dari Hati, Bukankah Dari Situ Cinta Kan Bersemi?...

Monday, December 19, 2011
Sudah tahu perut alah dengan makanan yang terlalu pedas, tapi masih berdegil mahu makan juga si pedas itu. Kan perut sudah masuk angin! Padan muka! Sendiri cari nahas!

Habis, kalau tak dimakan, siapa yang akan habiskan? Tak ke syaitan-syaitan akan bertepuk tangan kegembiraan.... "Yeayy, aku ada saudara baru!!...aku ada saudara baru!!". Ishh takkan nak biarkan syaitan kegembiraan pulak.

Tapi perut yang jadi mangsa....

Takpe jika perut yang jadi mangsa. Jangan syaitan yang gembira. Sumjhe?

Kami adik beradik berkampung di Shah Alam wiken baru ni pasai adik bongsu saya Huda mai sini tuk habiskan cuti sekolahnya. Plan adik beradik saat-saat akhir, macam ni la. Sebagai kakak sulung, saya layankan aje. Walaupun mak ayah tak ikut sekali, tapi kehadiran adik-adik sudah cukup tuk mengurangkan rindu pada keluarga yang sudah lama menghuni hati.

Orang yang paling seronok saya tengok adalah anak menakan saya, Umar Khaalish. Ramai mak menakan dia yang duk layan kerenah dia sepanjang wiken tu. Tak pasai-pasai time kami nak balik, Umar menangis nak ikut kami! Comel sungguh Umar menangis. Budak-budak menangis memang comel.

Mak menakan Umar yang sorang tu pula menangis sebab Huda dah nak balik Terengganu (menangis pasai nak berpisah...sedih). Tapi mak menakan Umar menangis mestilah sangat tak comel, ha ha.


PS: Asbab perancangan adik beradik ni, tak dapat lah saya join gathering blogger yang diadakan di kediaman LF di Bandar Baru Bangi tu. Pohon ampun dan maaf LF, aral muncul di saat-saat akhir. Kita merancang, Allah juga merancang, namun Allah jualah sebaik-baik perancang. Harap LF tak serik tuk jemput saya lagi jika ada next gathering. Wasalam;-)


Dia Mertuaku...

Thursday, December 15, 2011
Yang jauh, mahu tapi tak sungguh.
Yang depan mata, buat tak endah saja...isk

Saya amat bersyukur kerana mak sangat positif dengan percaturan jodoh anak gadis sulungnya ni. Balik kampung baru ni kami berbicara pendek soal yang saban hari orang duk tanya-tanya. Senyum panjang saya mendengar bisik semangat dan kata-kata tabah mak. Lega pun ada dalam hati. Syukur ya Allah....Kau anugerahkan daku seorang ibu sepertinya.

Petang tu, sedang duk silau-silau buah durian belanda depan laman, entah mengapa tiba-tiba saya cakap kat mak.. best kan mak, Aisyah dengan Fizah dapat mak mertua macam mak. Mak senyum je. Kembang kot kena puji dengan anak gadis sendiri, he he. Mak kata, kalau nak mak mertua yang macam mak, doa la banyak-banyak, mintak kat Allah sebab semuanya Allah yang bagi. Saya angguk. Ok mak..

Tak dinafikan, saya agak cemburu dengan adik-adik ipar saya kerana mendapat mak mertua yang sangat baik. Setakat cemburu je la. Cemburu dari jauh orang kata. (Aisyah, Fizah..jangan risau, ni cemburu yang membina..hehe).

Dalam hati, saya tak putus berdoa, bukan doa nak dapat mak mertua macam mak mertua adik-adik ipar saya, tapi doa tuk dapat mertua yang lagi bestttttt dari mak mertua mereka..heh~! InsyaAllah jika diberi kesempatan usia dan jodoh. Robbana Wataqobbal Du'aa.


PS1: Mak, jangan marah!
PS2: Siapa pun mak mertua yang Allah dah anugerahkan atau akan anugerahkan kat kita, dia tu la yang paling bestttt!
PS3: Amboii advance ni, terus bab mertua!



Bercerita dengan mu,
Berkongsi denganmu,
Mendengar celoteh jiwa,
Aku rindu semua rasa yang ada...

Penutup...

Tuesday, December 13, 2011
Sekali laut bah, sekali pantai berubah....
Kalau dua kali laut bah... dua kali kah pantai berubah?

Balik kerja petang tadi, rumah sunyi. Sepi. Biasanya kalau saya balik dari kerja, Mardhiah sudah berada di rumah. Rumah meriah la sikit dengan suara dia, tak pun suara lappy dia. Tapi sekarang sepi. Kata Mardhiah, dia akan bercuti sampai 27hb kot. Tak sampai hati nak tinggalkan ayahanda yang tua seorang diri di rumah. Tambah lagi masih baru kematian isteri. Sapa yang nak jaga makan minum pakai?

Adik beradik lain semua dah ada komitmen dengan keluarga dan anak-anak. Jadi nak harapkan sapa lagi iyer dak? Mardhiah kata, by hook or crook, dia kena cari kerja kat Dungun la lepas ni, nak temankan ayahanda yang duk sorang-sorang kat rumah. Allah baik sungguh hati Mardhiah..... moga Allah permudahkan urusan pencarian kerja Mardhiah di sana.. Ameen. (Kekasih Cik P, kot-kot la ada kerja kosong kat Kerteh tu war-warkan deh kat ambe, dekat dah dengan Dungun tu..)

Sebelum ni, bukannya saya tak tahu yang mati tu boleh menjemput kita bila-bila masa, tapi dalam kereta nak jugak lagho-lagho dengar fly, red. Nak jugak tengok movie, tengok X-files. Tapi sejak pemergian mak Mardhiah hari tu, alhamdulillah, tangan ni dah mula tukar channel, pasang ikim pulak. Tak pun dengar je cd bacaan Al-Quran dari Maher Al-Muaiqly. X-files pun dah tak tengok dah. Ya Allah...saya pohon agar perubahan yang sedikit ni berpanjangan ya Allah.

Nak buat apa-apa sekarang kena fikir, macam mana kalau saya tengah tengok wayang, cerita lagho-lagho Allah ambil nyawa saya? Macam mana kalau saya duk melambat-lambatkan solat, tiba-tiba Allah ambil nyawa saya? Macam mana kalau saya tengah mengumpat, Allah ambil nyawa saya? Macam mana kalau saya mati tak sempat nak bertaubat? Macam mana saya kat 'negeri abadi' nanti?


Ya Allah
Tutupkanlah untuk kami akhir yang baik
ketika tiba saatnya umur kami Engkau tarik.

Daripada Allah Kita Datang, Kepada Allah Jualah Kita Akan Kembali...

Wednesday, December 07, 2011
Assalamualaikum.

Maaf kerana lama tidak berkhabar cerita, lama juga tidak menyapa sesiapa. Bukan niat untuk memendam segalanya,cuma masa tidak mengizin untuk mencoret rasa.

Berita lewat petang, di hujung minggu itu amat menyedih rasa. Ibu Mardhiah telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya pada hari yang sama. Allah..... betapa berat untuk Mardhiah jua saya menerima berita ini.... Innalillahii Wainna Ilaihi Roojiunn...

Selepas mendapat kebenaran dari bos besar untuk cuti panjang mengejut, saya mengikut mardhiah pulang ke kampung halamannya di Dungun, Terengganu pada malam tu juga. Tambah-tambah Mardhiah perlukan saya di sisi pada detik itu. Lagipun, manakan mungkin saya tidak melawat jenazah ibu Mardhiah yang saya sudah kenal rapat semasa arwah masih hidup.

Bagi saya, inilah perjalanan paling panjang pernah saya tempuh untuk ke Terengganu. Ini jualah malam yang paling panjang pernah saya lalu. Malam yang diiringi air mata, air mata hati, jua air mata dari langit. Hujan mengiringi kami sepanjang perjalanan dari Putrajaya hinggalah ke Dungun. Alhamdulillah, Kami tiba di Dungun lebih kurang pukul 2 pagi.

Sampai di rumah Mardhiah, sudah ramai sanak saudara Mardhiah yang tiba. Adik beradik beliau pula sedang membaca Al-Quran di sisi jenazah ibu tersayang. Bila penutup muka jenazah ibu beliau di buka.... Allah.... saya seolah melihat ibu Mardhiah sedang tersenyum. Tenang sungguh raut wajahnya. Saya kata kat Mardhiah, "InsyaAllah...ahli syurga dah mak mu Mardhiah..ahli Syurga."

Saya tahu Mardhiah tabah, saya pun tidak tahu lah macam mana saya kalau di tempat Mardhiah. Mungkin saya tidak setabah itu. Saya doakan moga Allah tempatkan roh ibu Mardhiah di tempat yang terbaik di sisiNya beserta hamba-hambaNya yang soleh dan beriman. Ameen.


Bila menghadapi keadaan sedih macam ni, barulah saya sedar, saya bukanlah seorang sahabat penenang yang baik. Tiap kali Mardhiah menangis, saya turut sama menangis. Sepatutnya saya menenangkan beliau, mengucap kata kuat dan tabah. Bukannya menangis bersama. Bukannya menambahkan lagi kesedihan beliau. Saya harap jika beliau baca ni satu hari nanti, beliau maafkan saya atas kelemahan saya ni.

Wasalam.

Meniti Suratan...

Wednesday, November 30, 2011
Disember hampir mengetuk jendela...
Dan saya, masih belum berganti rasa...



Kak, kenapa kak jual mahal?

Jual apa?

Hati...



Eh!..

Hatinya Tertinggal Di Utara...

Monday, November 28, 2011
Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di balik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.. -Abu Aufa-


Kalau kita kejar pada pangkat, kita akan bergantung kepada pangkat.
Kalau kita bersandar pada tiang, kita takut tiang tu jatuh.
Tapi kalau kita bersandar pada Allah, Allah sentiasa ada.. -Prof Dr Muhaya-


PS: Salam maal hijrah 1433H. Apa azam tahun baru?

Penat dan Maksiat...

Tuesday, November 22, 2011
Alhamdulillah... semakin kita buat kerja, semakin kita belajar. Belajar dari kesilapan....

Minggu ni kerja agak hectic. Kena setelkan kesemua 7 FRS (Functional Requirement Specification) untuk internal review. Lelah tak bernyawa rasanya, tapi dalam lelah tak bernyawa tu, masih terpahat seribu rasa kesyukuran atas segala anugerah yang Allah dah beri. Kerja itu anugerah, sibuk itu pun anugerah. Segala-galanya anugerah. Moga-moga kerja yang kita lakukan sehari-hari dinilai sebagai ibadah oleh Allah...insyaAllah.

Memetik kata Ustaz Pahrol dalam Mukmin Professional... "Beribadahlah kita, sehingga kita penat untuk melakukan maksiat".....

Allahualam

Till then...




PS: Payah jugak kan, bila jari dan otak tak sync. Nak cerita benda lain sebenarnya...

3 Papan 4 Ringgit...

Saturday, November 19, 2011
Sejak dua tiga menjak ni, saya sudah agak pandai makan petai. Mardhiah yang ajar. "Baik untuk kidney" kata Mardhiah. Dulu-dulu memang saya tak makan. Famili saya pun bukan jenis yang makan petai. Entah.

Balik dari kampung sempena raya haji baru-baru ni Mardhiah bawa banyak petai, berbelas-belas papan. Seronok kami makan dengan nasi panas-panas. Tapi saya tak semantap Mardhiah la nak makan petai banyak-banyak. Saya cuma makan 3,4 biji lagu tu untuk sepinggan nasi. Sesuai la untuk beginner kot!

Semalam kami mengidam nak makan petai lagi. Balik dari kerja kami singgah kat pasar tani Putrajaya. Nak beli petai punya pasai.

Terkejut sungguh dengan harga petai kat situ. 3 papan, 4 ringgit!! Nasib la sebab kami dah ambil dulu, patutnya tanya la dulu harga dia berapa kan? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bayar, redha aje la. Tapi dalam hati..grrrrr..

Hari ni makan nasi dengan sup daging korban, ada bendi celur, sengkuang, fresh tomato dan petai 3 papan 4 ringgit!



PS: Minggu depan sumpah tak beli petai kat situ lagi dah.

Allah Suka...

Tuesday, November 15, 2011
Sabtu ni ada plan dak Huda?

Hmmm, kenapa Ana? Huda plan nak pi Warta jap, cari tudung. Pasai kat situ je ada jual tudung spesis akel ni.

Ana nak ikut ... boleh?... Ana ingat nak cari baju labuh 2,3 helai la, Ana tak nak pakai dah baju-baju singkat ni......

Eh boleh..boleh sangat-sangat.

PS: Alhamdulillah...... kadang-kadang, berdakwah juga boleh dilakukan dengan menunjukkan contoh yang baik...kan?


Allah suka kepada orang yang bertaubat,
Tetapi Allah lagi suka kepada orang muda yang bertaubat,
Allah suka kepada orang yang pemurah,
Tetapi Allah lagi suka kepada orang miskin yang pemurah....

Allahualam.

Till then...

Bahagianya Musibah...

Sunday, November 13, 2011
Jadi orang perempuan bujang, hati kena cekal sungguh! Ada masa, ada ketika, pandangan serong manusia sesekali menyapa. Kalau tak cekal yang sungguh-sungguh, alamat berabak la air mata.



Tapi boleh pulak lepas rabak air mata, dia tersenyum. Senyum panjang pulak tu!

Adoiii membazir air mata je..

Kerana Rasa Ini...

Thursday, November 10, 2011
Bila tengok mak yang kita sayang sakit.... rasa pilu sangat dalam hati. Kalau la saya ada kuasa untuk memindahkan sakit mak tu kat saya, kalau la saya ada kuasa..... Saya extend cuti sampai ke hari ni, tengah-tengah malam saya email bos besar bagitau saya nak ambil emergency leave. Tak sampai hati saya nak tinggalkan mak dalam keadaan mak sakit lagu tu. Biarlah dengan kerja tu... biarlah dengan client tu...biarlah dengan requirements tu...biarlah. Dalam kepala saya cuma ada mak.

Kawan saya kata, kerja berlambak, boleh dicari lagi... tapi mak ada sorang jah kat atas dunia ni. Demi mak, nyawa pun anak-anak sanggup pertaruhkan. Anak mana yang tak sayangkan mak kan?

Eiduladha kami tak berapa ceria. Ada senyum tapi dalam hati menangis. Ada tawa tapi dalam jiwa merana.





Alhamdulillah.....pagi tadi mak dah boleh bangkit memandang dunia.
Alhamdulillah.....pagi tadi mak dah boleh makan dengan selera.
Alhamdulillah.....pagi tadi mak dah semakin ceria.
Terasa dunia kembali bahagia.

Cuma yang tak suka.... kaki terpaksa melangkah keluar meninggalkan segalanya..... sigh~

Bila Titis Hujan Menyimbah Hati...

Friday, November 04, 2011
Time is ticking so fast. Sedar tak sedar umur sudah nak menginjak ke angka 3 di hadapan. Padahal baru je lagi meraikan ulang tahun hari lahir yang ke 29, lambat lagi la fida nak masuk 30! hati duk pujuk..hehe. (Padahal mati tak kira pun angka berapa kat depan kan?).

Sebelum subuh tadi hujan dalam sunyi. Lebat. Hebat sungguh! SubhanaAllah... antara waktu hujan yang saya suka, waktu ni la. Sebelum ke bilik air menyucikan diri sempat saya menatap wajah hujan dari tingkap hati. Allah..... besarnya rahmatMu. Luasnya kasih sayangMu. Tetapkanlah hati kami pada jalanMu sehingga akhir hayat kami ya Rabbal alamin.

Orang-orang Pulau Rusa dan lembu yang satu tu, tunggu ya kepulangan ku petang nanti!;)


Tag dari Titisan Hujan saya selit kat sini;)

1. Sampai hari ni bape kali dah kapel..hahaha
Jap nak kira...1,2,3,4,5,6,7...0.... Alhamdulillah, tak pernah kapel.

2. tadi bangun subuh kol bape?
Kul 5....

3. bila marah buat apa?
Diam. Tak cakap. Grrrrr dalam hati. Tapi buat-buat cool.. haha

4. banyak-banyak cite kartun,kartun pe paling best?
Naruto.. eh tu anime. Spongebob la.. haha

5. biasa lepas maghrib buat apa erk?
Lepas solat magrib ke? kalau lepas solat baca tafsir Al-Quran, pastu.. depends, makan ke, iron baju untuk kerja besok ke.

6. seminggu bape kali jogging?
Sekali or dua kali.

7. suka minum susu?
Sangat suka!

8. cuti raya haji balik?kenapa?
Balik lerr.. Wajib!! Sebab lembu tengah tunggu nun.. hehe

9.sebab apa ada blog?
Sebab...sebab... sebab apa eh? Sebab suka menulis kot!..;)

10. pegi kerja/belajar naik apa?
Naik Incik Hitam;)

11. suka hujan???
SubhanaAllah... suka sungguh-sungguh kat hujan

Ok dah cukup 11. Bye TH!

Mana Cinta Semalam Pergi?...

Tuesday, November 01, 2011
Ingatkan dia penyelamat di petang hari,
Rupanya hadir dia cuma untuk mengambil kerusi,
Mengapa tidak di ambil hati sekali?

Minggu ni, 2 hari berturut-turut saya terpaksa berulang alik ke tempat client. Ada rumit, ada sakit. Ah biasalah.. kerja. Tidak pernah tidak rumit, tidak pernah tidak sakit. Permulaannya memang selalu begini, tambah lagi saya baru je menceburi bidang yang agak berlainan dari apa yang biasa saya buat sebelum ni. Adat la tuh.. Bila dah biasa nanti mudah-mudahan, rumit dan sakit akan hilang di bawa angin semalam, insyaAllah.

Saya memilih untuk menggunakan ERL dari Putrajaya Central seterusnya menaiki bas untuk ke tempat client. Begitulah perjalanan ulang alik saya setiap kali ke tempat client. Sebenarnya saya malas nak drive jauh-jauh, tambahan charge parking kat sana tersangatlah mahal.

Bila menggunakan perkhidmatan awam ERL dan bas ni, perjalanannya jadi sedikit panjang. Bila panjang, saya ada masa untuk bersendirian. Bersendirian baca buku, bersendirian memerhati alam, bersendirian memerhati kehidupan. Cuma sekali sekala ada juga suara yang bertegur rasa, ada juga mata yang menggapai cerita. Sekali sekala la..

Part sedih... kalau terlepas ERL, terpaksa la menunggu 28 minit lagi untuk train seterusnya muncul. Haru!!

'Senyap Tuppah'...

Sunday, October 30, 2011
Masa Terengganu menang menentang Kelantan dalam Piala FA baru-baru ni, cepat je tangan update blog pada malam kemenangan tu. Tangan pantas merangka satu persatu kisah kemenangan. Namun berbeza pula semalam, bila Terengganu kalah lawan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, sunyi sepi je rasa. Sampai tak terkata. Orang Terengganu kata 'senyap tuppah'.. ha ha. Tu la, yakin sangat kan Terengganu menang!

Saya rasa kebanyakan daripada kita semua ada 'tendency' yang sebegitu kan, kalau dapat benda baik contohnya, atau pasukan pilihan menang ke, dapat naik pangkat ke, nak kahwin atau dapat tau isteri mengandung ke... rasa dalam hati tu nak jerit bagitau satu dunia kan? Tapi kalau sebaliknya......'senyap tuppah' la kita. Eh kita ke? Ke saya je yang ada tendency lagu tu? errr.

Ok fine, saya je kot!!

Teringat pula saya akan 'Suratan atau Kebetulan' Tuan Fuad berkenaan solat adalah kunci penting dalam keberhasilan gol sesuatu perlawanan. Sila rujuk sini. Saya rasa bila kita dah dirikan solat, kita dapat lakukan apa jua pekerjaan dengan tenang selepas tu. Passing dan tangkap bola pun insyaAllah mantap! Buat sapa-sapa yang dah solat di awal waktu sebelum perlawanan, tahniah! Buat yang solat lepas perlawanan, atau solat di pertengahan atau akhir waktu, lepas ni insyaAllah boleh amalkan solat di awal waktu pula.

Nak lagi cantik, seluar kasi panjang sikit, tak pun pakai inner...errr.




"Tak payah la duk layan bola sangat Kak Nor!" mak.

Tapi Kak Nor layan jugak!....adehhhh..

Banjir di Hati...

Wednesday, October 26, 2011
Mardhiah kata kalau tak hujan, dia nak ajak saya joging petang ni. Kat atas bukit sana, tempat biasa. Tapi nampak dari cuaca macam Allah tak kasi joging je. Walaupun hujan turun tak hebat, tapi hujan tetap hujan.

Hmmm....kita buat roti la Mardhiah. Makan roti panas-panas waktu hujan turun, nikmat!



Gambar diambil pada petang Jumaat yang lepas, ingatkan jalan raya kat Thailand je yang dipenuhi air banjir, rupa-rupanya kat Putrajaya pun ada jugak! Nak pembangunan sangat kan! Saya saspek banjir ni disebabkan oleh projek perumahan 1 malaysia (PRIMA) Precint 11 yang sedang berjalan kat sebelah ni.

Dulu, hujan lebat sekalipun, takde la sampai jadi lagu ni. Ni nak kena report kat Tok Jib ke ..kat Kak Ros? errr

Doa...

Sunday, October 23, 2011
Aunty Ana (aunty dari Kedah yang saya kenal ketika buat umrah tahun lepas) call malam tadi, bagitau dia nak berangkat menunaikan Haji pada hari Selasa ni. Allahuakbar...Alhamdulillah... Allah kasi Aunty Ana kesempatan agung untuk menunaikan Haji pula tahun ni.

Aunty Ana tanya kat saya,

"Nak minta aunty doakan apa untuk Fida depan kaabah nanti? Aunty tengah buat list ni".

Rasa sebak tiba-tiba.

"Aunty, tolong doakan Fida dijemput Allah juga tuk jadi tetamu Dia",

"Tu je?"

"A'aa, tu je"



Ya Allah, anugerahkan Aunty Ana haji yang mabrur!

Jodoh Baru...

Friday, October 21, 2011
Kadang kala...terasa lelah dengan kehidupan, kehidupan di sini, di kota yang mereka selalu agung-agungkan. Semua orang berlumba-lumba, mengejar waktu, mengejar wang, mengejar pangkat, atau lebih tepat mengejar dunia! Kadang mengejar, kadang dikejar, kadang tertinggal. Begitulah adat. Ada keluhan, tapi tetap diteruskan.

Jangan terlalu asyik dengan dunia, sampai akhirat terabai yer sayang...



"Rani, tak terfikir ke nak tukar kerja? Rasanya dah lama dah Rani kerja kat situ, mana la tau dengan tukar kerja baru, dapat jumpa orang baru, dapat jumpa jodoh baru.. eh ada ke jodoh baru?", mak Rani satu hari.

"He he, mak... mak"

"Kena cari dulu la kerja nya mak. Tengok la.."

"InsyaAllah mak, kalau dah sampai masanya, jumpa lah 'jodoh baru' tu. Yer mak", Rani dalam hati....yakin!

Wordless Wednesday: Buah Hati Dari Serdang...

Wednesday, October 19, 2011

PS: Mekbu suruh habiskan sebelum kawin....

Big Bad Wolf...

Sunday, October 16, 2011
Balik dari Bangkok terus pi serang Maeps, Serdang. Rasa macam orang gila tengok harga buku kat pesta buku Big Bad Wolf tu. Bayangkan buku yang harga RM40, RM50 dijual dengan harga RM8, RM5, RM3. Rasa nak sambar semua buku yang ada. Nasib baik la Allah kasi kekuatan boleh angkat sampai 10 biji je buku yang tebal-tebal ni. Kalau tak, tak tahu lah saya.

Ruginyerrr tak bawak troli!!! (macam la ada troli :P)




Bangkok..... nak cerita apa ye? (telefon dah la cap ayam, kamera pula tertinggal. International adapter tak bawak. Tu la..kalut sangat nak ke Bangkok!)

Saya tiba di Airport Suvarnabhumi tepat jam 10.30 pagi waktu Bangkok. Tiba aje di Airport, setelah selesai urusan imigresen dan luggage, terus kami ambil teksi untuk ke opis. Alhamdulillah, opis tak sampai 10 minit pun dari airport. Saya ingatkan jauh pasai bos atas saya kata hari tu perjalanan dari airpot ke opis dalam 40 minit. Rupanya masa dia pergi first time hari tu, dia dah kena tipu dengan pemandu teksi! Alahaii..

Waktu lunch, saya minta izin dengan bos tak nak keluar lunch. Saya kata saya dah bawa bekal megi cup dan roti. Tambah lagi kalau saya ikut depa, saya risau saya tak sempat nak solat jamak. Waktu solat kat sana sejam awal dari Malaysia, pukul 12.04pm sudah masuk solat zohor, sementara pukul 6 petang sudah masuk solat magrib! Opis di Bangkok tu tak silap saya memang takde surau. Ada bilik-bilik meeting dan training. Saya solat jamak kat bilik meeting yang depa tak guna. Alhamdulillah...solat memang takde masalah kat sana.

Kami menginap di Kantary House, Bangkok. Lebih kurang 15 minit perjalanan dari opis. Hotel dia memang superb. Lengkap dengan dapur, dengan peti ais, dengan meja tamu, meja makan. Duduk pulak sebilik seorang! Rasa macam bercuti sambil bekerja pun iyer. Pendek kata, kalau next time ada rezeki saya ke sini lagi, yang menarik saya bukanlah orang dia, atau pun makanan dia, atau pun kerja dia...tapi......hotel dia;)

Bab makan, alhamdulillah saya tiada masalah walaupun hari-hari terpaksa makan megi cup dan mushroom sup/roti butterscotch. Breakfast free depa ada la sedia kat hotel tu, tapi saya sekadar makan cornflakes dengan buah je. Yang lain, walaupun ada nasi goreng vege, tapi saya tak ambil. Bos atas saya ada juga tanya kenapa saya tak makan itu, tak makan ini. Sejujurnya saya bagitau bos atas saya, saya takut diaorang letak arak dalam masakan. Lepas tu bos atas saya tak tanya dah.

Sepanjang 3 hari saya menetap di sana, 3 hari itu lah mendung, selang seli hujan. Bila tengok international news, rupanya teruk juga banjir di Bangkok eh? Tapi alhamdulillah, bukan tempat yang saya pergi tu. Ya Allah lupa pula nama tempat yang saya pergi, cuma yang saya ingat , hotel tempat saya menginap tu di Ramkamheng road. Daerah mana, Allahualam la.

Bulan Yang Sama...

Tuesday, October 11, 2011
Besok dah nak bertolak, travel plan tak boleh nak raise pun lagi. Saya cakap kat bos atas saya,

"Entah-entah bos besar tak kasi saya pi kot!"

Bos atas saya geleng kepala. Tanda tak setuju. Tapi saya tak kisah pun. Kalau pi...pi la. Kalau tak pun, syukur alhamdulillah. Memandangkan situasi yang masih tiada bertepi, saya memang dah assume saya tak jadi pi. Tapi...

Wamakaru WamakaraAllah... WaAllahu Khairul Maakiriinnn...

"Mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik perancang"

Lepas zohor tadi travel plan dah boleh raise. Approval dari semua pihak terbabit selesai dalam masa 30 minit!! Bos atas saya kata, inilah travel plan approval yang paling pantas sepanjang yang dia tahu. Sebab biasanya approval lagu tu biasanya makan masa berhari-hari. Bukan setengah jam. Alhamdulillah... tengah dalam duk ingat susah nak dapat approval saat-saat akhir ni, rupanya Allah mudahkan.

"Kak Nor.... Kak Nor nak pi Bangkok nak main banjir ke?",

Boleh pulak Huda tanya kat saya lagu tu. Tau la Thailand dilanda banjir sekarang. Mungkin tempat yang saya bakal pergi tu tak terjejas kot noo, kalau tak mesti pihak sana dah bagitau tak payah datang iyer dak? Apa pun kita tengok la besok lagu mana. Pi sana 3 hari je pun.

Harap-harap hotel tempat saya menginap ada perkhidmatan 'tanpa wayar'. Kalau tak...lagi 3 hari kita jumpa la kot!.. insyaAllah.




PS: Walau kita jauh di mata, kita tetap memandang bulan yang sama kan?

Hari Lahir...

Friday, October 07, 2011
Terima kasih ya Allah... menghadiahkan aku segala....di usia yang genap 29 tahun ni.
Menghadiahkan aku usia dan ruang untuk terus bertaubat di atas segala dosa.
Moga diberi kekuatan untuk membetul segala silap dan khilaf yang masih berjela.
Merubah segala kelemahan dan kedhaifan diri yang ada.
Sebelum maut datang menyapa.
InsyaAllah...




Fidaaaa... happy sweet 19th birthday my dear!.. oppssss silap..29!!.. he he

Perli la tuh!

Tau..tau.. Saya ni dah tua dah:P

Ok then, Selamat Hari Tua!

heh~

Allah Kan Ada...

Thursday, October 06, 2011
Tugas baru memerlukan saya berinteraksi dengan client untuk gather requirement dengan tepat, mantap dan memenuhi kehendak client. Sepatutnya hari ni dan besok saya perlu ke tempat client, tapi semalam depa email bagitau, untuk hari ini meeting postpone. Syukur.

Barulah saya tahu, rupanya tugas saya ni bukan saja memerlukan saya untuk ke tempat client yang jaraknya 45km dari opis, tapi 1500km dari opis juga! oh! (Kalau jadi la, minggu depan kot! Kalau tak jadi..alhamdulillah..err.. hehe)

Untuk travel 2,3 hari memang tiada masalah bagi saya, cuma yang jadi masalahnya, saya seorang je wakil kuli yang terpaksa travel dengan bos-bos seramai 3 orang, dan kesemuanya bukan beragama islam dan bukan sebangsa...errr. At least kalau ada teman sekuli/seagama/sebangsa, mungkin rasanya berbeza. Orang kata seronok la sikit kan. Cuma saya syukur bos atas saya perempuan.


Dah siap pinjam kompas arah kiblat dengan Ija, dah cari waktu solat di negara sana, cuma makanan kering tak beli lagi macam megi ke..roti ke. Pasai kawan kata kat sana susah nak dapat makanan halal bagi yang tak biasa. Tapi bab makan saya tak kisah sangat, pasai bekalan roti atau megi pun dah ok. Pendek kata, keperluan fizikal tu insyaAllah semua dah sedia.

Cuma keperluan lain.... saya bercerita kat Wan akan kerisauan di hati...


Wan nasihat kat saya..



"Jangan risau Kak Fida... kawan takde takpe. ALLAH KAN ADA."



Allah ada...

Lemah Dipuji...

Monday, October 03, 2011
Hujung minggu, kemas-kemas rumah sikit. Sudut tu kena lap, sudut ni kena mop. Mardhiah jadi tukang kemas bekas ubat. Sambil-sambil dia duk kemas...

"Ubat Kak Sal paling banyak dalam bekas ni, pastu ubat aku... eh mu punya ubat takdop langsung eh. Baru aku perasan, mu susah nak demam kan? Tahun ni mu macam dok demam lagi yer dop?"

"A'aa, rasanyer kut"

"Wahh caya lah.. Mantap antibodi mu deh"

Lepas kena puji dengan Mardhiah sikit, terus demam, errr (Takde la terus pun, dalam 2,3 hari jugak kot!). Barulah saya tahu, rupanya antibodi saya ni tak tahan dengan pujian orang.
Ha ha.



Pergunakan waktu sihatmu, sebelum tiba waktu sakitmu... dan
pergunakan waktu hidupmu, sebelum tiba..... matimu.

Kacak Dan Tua...

Thursday, September 29, 2011
Rindu. Rindu kat banyak benda. Tengok tasik Putrajaya pun dah boleh 'generate' rindu dekat sungai lesu di kampung. Rindu dekat mak ayah adik-adik tu tok sah nak citer lah.. Rindu jugak dekat tokki dengan tokwan yang dah lama 'pergi'. Rindu zaman kecik dulu-dulu, rindu kawan-kawan jauh dekat. Rindu sungguh-sungguh semua orang!

"Kak Fida.. EOL tu apa?.. Kak Fida!", Azmin, jiran sebelah cubic.

Eh, eh! Astarghfirullahala'zimmmm......

"End Of Life, kenapa?"

"Takde, saje tanya. Terima kasih kak!"

Kembali memijak realiti.
Rindu yang semestinya akan menjengah lagi...saya letakkan di tepi hati.
Bunga semangat sedikit berkembang riang.
Senyum di bibir pun bertandang...

Rupanya teringat kat orang-orang yang kita sayang pun boleh kasi semangat jugak kan?

Besok first time nak ke tempat client. Macam nak suai kenal la kot. Bos kata ada satu department tu, semua lelaki kacak-kacak! Tapi semua yang akan join meeting besok yang tua-tua la.. haha.

Iyo la tuh bos!



Ya Allah..permudahkanlah segala urusan kami...

Dalam Hati Si Bujang...

Tuesday, September 27, 2011
10.00 malam, mulut dah start menguap-nguap. Mata pun rasanya dah layu semacam. Travelog Wartawan Islam yang saya susuri sejak dua hari lepas masih berbaki separuh untuk dihabiskan. Malam ni saya sempat habiskan 2 bab je, tak larat nak baca lagi pasai mengantuk yang amat. Buku nipis je, tapi entah apa yang menghalang untuk saya habiskan terus.

Bila dah makin tua ni..err..maksud saya makin berusia, masa tidur jadi makin awal eh? Dulu-dulu mata boleh lagi bertahan sampai pukul 11, 12. Sekarang masuk pukul 10 je dah fikir nak tidur. Takpe la, sementara ada peluang untuk tidur awal ni, tidur je la kan?.. lagipun insyaAllah pagi-pagi besok boleh bangun awal^_^


"Seronok la awak, jeles akak tengok... balik rumah tak payah sibuk-sibuk nak layan kerenah anak-anak dan suami dah, akak ni, mana nak masak lagi, nak kemas lagi, nak rehat lagi, nak layan anak-anak lagi....haihh..."

Saya cakap kat dia, suami dan anak-anak, dan kesibukan menguruskan rumah tangga itu adalah anugerah yang patut dia syukuri...Buat apa la dia nak jeles dekat si bujang yang serba serbi kurang ni.




Tapi saya cakap dalam hati je la...

Lagu Nelly...

Monday, September 26, 2011
Pada satu hari, ada seorang ustazah, ingin menumpang saya untuk mendengar tazkirah di salah sebuah masjid sekitar sini. Sewaktu memandu, saya memang suka dengar fly dan red fm, jadi sebagai tanda hormatkan ustazah tu, tambahan saya sedang dalam perjalanan menuntut ilmu Allah, saya offkan je radio. (Kalau diserabutkan dengan hiburan dunia, tak ke kacau jiwa jadinya kelak. Iyer dak?)

Pung pang pung pang selesailah sesi tazkirah ringkas pagi tu, Alhamdulillah. Tazkirahnya adalah berkenaan peranan wanita dalam menyebarkan dakwah kalau tak silap saya. Usai tazkirah, ustazah tu masih lagi memerlukan khidmat saya untuk menghantar beliau pulang ke rumah.

Masuk je kereta, start enjin kereta, automatik tangan ni terus tekan butang aircond, tekan butang radio (sebab dah biasa begitu kan). Berkumandang lah lagu Nelly, Just a Dream. Maka ustazah yang menumpang saya pun sedikit tersentak dan saya pun agak terkejut dengan tindakan separa sedar saya itu (yakni meng'on'kan flyfm). Perlahan-lahan tangan saya memperlahankan radio.

Lagu Nelly pun berkumandanglah dalam volume yang sangat perlahan tapi masih kedengaran sipi-sipinya. Allah......dah la baru balik dari sesi tazkirah, nampak sangat apa yang ditazkirahkan tak meresap masuk dalam jiwa sepenuhnya, isk... sedih betul.





Dia kata, biarlah dalam Incik Hitam ada lagu Nelly, tapi janganlah lagu Nelly ada dalam hati. Dalam hati biarlah hanya ada... DIA.



PS: Abiwan, akak pinjam ayat akhir tu eh! (Dah amik baru cakap ni..huhu)

Bila Allah 'Cubit'...

Thursday, September 22, 2011
17 September baru ni, genap lah 4 tahun saya bekerja di company milik orang India ni. Pejam celik pejam celik sudah 4 tahun rupanya saya di sini. Woww... time flies so fast ladies and gentlemen...so fast.

4 tahun... entah apa yang saya capai selama saya bergelar pekerja di sini... saya pun tak tau la, errr. Rating appraisal yang sama setiap tahun, skill pun masih yang sama, macam tak berkembang je skillnya, huhu. Itu lah, time idle tak nak buat self learning betul-betul. (padan muka!)

Masa buat appraisal, bukan main cakap nak improve development skill la, supaya dapat join development team pula nanti, nak learn as many as new technologies supaya senang nak adapt bila ada requirement. Tapi sampai masa, bla bla bla not prepare la, don't have enough experience la, ah alasan semata...

Tu la,bila bos tanya haritu, how do you see yourself in 5 years, cakap lagi nak jadi full time housewife, cakap lagi Fida. Jadi sekarang apa jua yang berlaku memang tak nampak jalan lain dah...nampak jalan housewife jer..isk.. Kadang-kadang payah jugak nak tune apa yang kita dah set dalam minda kan?

Masuk bulan depan yakni bulan kelahiran.. projek baru akan bermula. Bermula dengan skill baru yang perlu saya belajar. Wajib belajar sebenarnya. Ada keperluan, mungkin juga saya terpaksa ulang alik ke tempat client yang letaknya hampir 45km dari opis!! (oh,tarik nafas sekejap, huhu). Sesak rasa dada, tapi seperti kata Wan, apa jua yang Allah rencanakan dalam hidup kita, pasti... pasti ada hikmahnya.

Saya terima tawaran ini dengan hati terbuka, sebab saya pun yakin begitu. Moga-moga Allah bagi saya kekuatan dan ketabahan untuk hadapi hari-hari mendatang... serta kemudahan dan kelapangan untuk melaksanakan suruhan Allah di awal waktu tatkala di tempat asing kelak.



PS: Ya Allah, sempurnakanlah kesudahan segala urusan kami ini, dan jauhkanlah kami daripada hina di dunia dan di akhirat. Amin.. ya Rabbal alamin..

Mencari Sayap...

Tuesday, September 20, 2011
Nampaknya adik saya, Mekbu sudah berpindah tempat kerja. Dari Kuantan ke tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Mak dan ayah datang sini minggu lepas pasai nak hantar Mekbu dan kereta Mekbu (sebenarnya bukan kereta Mekbu pun, tapi kereta yang mekbu pinjam dari mak, hehe). 2 bulan je dia bertahan kerja kat Kuantan, lepas tu dia berhenti bila masuk awal Ramadhan baru ni. Asbab berhenti, biarlah saya simpan sendiri. Cuma.. tak dapat la saya nak merasa ikan bakar kat Tanjung Lumpur tu lagi, hu hu hu.

InsyaAllah, minggu depan lagi satu mak, ayah dan adik-adik akan datang lagi ke sini, sebab Mekbu nak konvo, sebab Mekbu lagi.. hehe. Kerap pula keluarga bermusafir ke sini tahun ni. Moga-moga Allah beri kesejahteraan dan keselamatan sepanjang perjalanan nanti.

Hmmm, nak beli hadiah apa sempena konvo Mekbu nanti eh? Kalau saya kasi buku aci dak? Nak kasi bunga macam membazir (walaupun bunga sangat sinonim dengan konvo). Dah la mahal, pastu tak sampai 2 minggu bunga pun kering, mati. Pastu buang. Kalau bagi buku, walau mahal sekali pun...tapi usia dan ilmu dia sepanjang hayat yer dop? Nasib la, saya memang tak minat kasi bunga kat orang, nak buat macam mana. Tapi kalau saya dapat bunga free, besar tapak tangan, seluas lautan saya tadahkan, ha ha ha.

Buat sementara ni Mekbu menumpang di rumah adik lelaki saya di Gombak. Dia berulang alik pergi kerja balik kerja naik train Putraline tu. Merasa la dia jadi warga kota yang tak lekang dari kesibukan, keseliratan dan kebingitan. Moga-moga dia kuat, tabah dan dipelihara Allah selalu dari segala keburukan dan niat jahat orang.

"Kak Nor, cari lah kerja kat KL ni, boleh kita sewa rumah sama-sama. Kita berdua je. Nak tak? Jom la.. Pelissss.."

Allah.... nak cari kerja kat tengah KL tu satu hal? Tenang kat Cyberjaya ni macam mana, takkan nak tinggalkan macam tu je? Ni pun satu hal. Hati membebel sendiri.

"Hmmm... tengok la, kalau Kak Nor rajin"





PS: Mahu terbang tinggi, tapi sayapnya tiada... Allah...

Teh Berteknologi Maklumat...

Monday, September 19, 2011
Cuti sempena hari Malaysia baru-baru ni, saya berkesempatan ajak mak dan ayah makan nasi arab di Restoran Saba, Cyberjaya. Orang kata, alang-alang dah sampai Cyberjaya, tak sah kalau tak singgah di Restoran Saba. Iyer dak?

Tatkala ayah selak menu minuman...


"Teh O segelas 2 ringgit!!???", ayah

"Teh Cyberjaya ayah... teh berteknologi maklumat depa kata"

"Teh Terengganu pun teh berteknologi maklumat jugak, tapi 60sen je"

errr~

Tak Cantik Di Mata...

Sunday, September 18, 2011


Cubaan kali ke lima. Baru ada rupa roti dan rasa roti. Gagal berkali-kali, tak semestinya selamanya tak berjaya iyer dak? Yang penting usaha.

Mentang-mentang roti dah kembang cantik elok, saya pi modify jadi roti coklat separuh, roti biasa separuh. Lepas ni tatau la nak modify jadi roti apa pulak. We'll see... we'll see.. he he. ^_^

Oh,sila abaikan rupa dia yang tak berapa nak cantik tu, insyaAllah in future i will improve. Rupa tak cantik tak pe, asal rasa dia sedap. Kan?

Jemput makan semua..... errr jemput makan Mardhiah dan Kak Sal...hehe;)




PS: Mardhiah dan Kak Sal kata sedap... yosh!

Melawak...

Thursday, September 15, 2011
Petang tadi ada Rumah Terbuka untuk warga Cyberjaya yang bertempat di Kelab Komuniti Cyberjaya. Macam-macam ada... beriyani kambing, soto, ketupat, lemang, sate, char kue teaw, laksa, nasi dagang pun ada, bubur jagung, ais krim, cendol, buah-buahan tempatan dan banyak lagi..eheh. hu. ha..hi..hehe.

Tengah-tengah rambang mata nak pilih juadah untuk di ngap, tiba-tiba...

"Eh, sahabat lama!!"...

"SubhanaAllah... Kamariah!!"

Bla bla bla..bla bla bla bla...lamanya tak jumpa. Bla bla bla..keje. Bla bla bla, duk kat Putrajaya.

Tengah seronok bersembang, mata saya pantas menangkap perut dia yang semakin membesar.

"Ni anak yang ke berapa Kamariah?"

"Anak yang kedua"

"Ko?"

"Aku pun ada dua."

"Eh ye ke?"

"A'aa, anak mata dengan anak tekak"..

"Pandai ko buat lawak eh sekarang"

he he..

Yakitate...

Tuesday, September 13, 2011
Masa balik kampung dulu-dulu kala, saya masih ingat lagi keghairahan ketika mencuba kali pertama membuat roti. Ala roti senang-senang je yang dicuba, roti paun. Kat Terengganu memang terkenal dengan roti paun. Jadi untuk cubaan roti pertama, saya mencuba roti paun. Alhamdulillah... menjadi, ketika dibiarkan, adunan naik 2 kali ganda. Bermakna roti saya menjadi!!!! Ya Allah excitednyer!! Lepas dibakar, mak dan tok jadi orang pertama yang rasa....depa kata sedappp. Saya tersenyum.. bangga la juga. First try kan, he he.

Kali kedua cubaan membuat roti, entah mana silap, adunan roti tidak naik langsung. Salah yis gamaknya. Dibiarkan lagi adunan tu sehingga 2,3 jam tetap tidak naik. Last-last bila dibakar, roti jadi keras, oh! Saya kira, roti yang keras ni kalau dibuat baling kat buaya pun, buaya boleh mati...errr..

Saya tetap tidak putus asa (cheewah angkat bakul kejap, hehe)..... saya cuba lagi buat kali ketiga. Siap baca doa minta dengan Allah, suruh roti saya menjadi. Tapi Allah tetap tak kasi roti saya menjadi hari tu. Ada la hikmahnya tu. Tapi saya rasa sedih dan kecewa juga pasai roti saya tak jadi dan tak pasai-pasai saya kena paksa rela makan roti keras...huhu.

Memandangkan yis pun masih berbaki tu... saya rasa besok atau lusa, saya nak cuba lagi la buat roti. Kalau tak jadi juga kali ni, rasanya boleh la saya baling jauh-jauh angan-angan nak jadi pembuat roti terhandal macam dalam anime yakitate tu......hahaha


Kembali...

Sunday, September 11, 2011
Sedang bersiap untuk solat magrib petang Jumaat yang lalu, tiba-tiba saya mendapat sms dari Ina, "Dah dengar pasal anak Aizat?"

Ya Allah... dengar pasal apa pulak ni? Getus hati. Lantas nama Ina saya cari. Saya telefon Ina. Dada sebak tatkala mendengar berita yang Ina sampaikan.

Innalillahiwainna IlaihiRojiuunn... Anak Aizat Yaacob dan Farhana Fadzil, Faris Aiman, 3 bulan telah meninggal dunia kerana tersedak susu di rumah pengasuh. Berat sungguh ujian yang Allah kasi kat Aizat, baru 2 bulan lepas dia kehilangan ayahanda tersayang, sekarang anak lelakinya pula yang menyusul. Moga Aizat dan Ana sabar dan tabah hadapi ujian Allah ni.

PS: Cemburu dengan Aizat dan Ana, sebab Faris Aiman tengah tunggu ibu dan ayah dia, kat depan pintu syurga tu....Allah....


Umar...

Thursday, September 08, 2011
Baru je duk cakap pasal anak menakan saya, Umar Khaalish, Umar suka terbang macam superman la, Umar suka panjat tangga la, tup tup lewat petang tadi saya menerima pesanan ringkas dari ayah Umar. Umar masuk DEMC pasai batuk tak henti,lelah... Allah....

Tiada apa yang mak long dapat lakukan sekarang kecuali titipkan doa, mohon pada Allah semoga Allah berikan kesembuhan buat Umar. Besok Mak Long datang.... cepat sihat yer sayang...


Umar, macam siap sedia nak pergi terawih je Mak Long tengok ni...tapi terawih tahun ni dah habis la Umar, kita tunggu tahun depan eh, kalau dipanjangkan umur...insyaAllah

Anak Menakan...

Tuesday, September 06, 2011
Bercuti raya sepanjang 10 hari terasa berlalu macam tu je. Cepat sungguh masa berlalu. Kalau ikutkan 10 hari tu lama, tapi hakikatnya..... sedetik cuma.

Anak menakan saya Umar Khalish dah nak masuk 11 bulan usia dia. Umar dah boleh berjalan dah sikit-sikit. Seronok sangat kami para mak sedara ni melayan karenah Umar. Walaupun penat, tapi puas. Puas tengok dia senyum, puas tengok dia gelak. Kalau dia nangis, kami berusaha walau apa cara untuk tengok dia senyum kembali. Umar suka panjat tangga!! Juga sangat suka kalau saya buat dia terbang....jadi Superman!! "Supermannnn...teng teng teng...teng teng teng teng tengg tengg.....". Begitulah lebih kurang sound track yang saya lagukan tatkala saya terbangkan Umar,hehe. Tengah-tengah dia menangis pun, kalau saya buat dia terbang, dia boleh ketawa....Umar..Umar.... rindu benar mak long pada kamu.

Anak menakan saya nombor dua pula, Aniq Mujahid, baru masuk 2 bulan. Aniq tiada dalam gambar raya kami ramai-ramai haritu pasai Aniq beraya dengan datuk dan nenek dia kat Tanjung Karang. Aniq suka menangis, suka minum susu. Juga suka tidur. Kalau picit hidung Aniq sambil agah dia, dia dah pandai senyum. Saya tak pandai sangat melayan kerenah Aniq. Kalau Aniq menangis, saya tak pandai nak pujuk kasi Aniq berhenti menangis. Buat superman terbang pun tak jalan..hehe. Ubat menangis Aniq hanya satu, susu. Bila pula la mak long boleh berjumpa Aniq ni.

Asbab kelahiran mereka ke dunia, raya tahun ni rasanya sangat-sangat meriah buat kami sekeluarga. Walaupun penat melayan bermacam kerenah budak-budak kecil dua orang tu, tapi jauh kat dalam sana... alhamdulillah, gembira tak terkata.

"Kak Nor...anak saudara dah 2 orang... bila pula Kak Nor nak ada anak sendiri?"

errr....errrr......

Allahualam...


Jatuh itu tidak salah sayang,
Tapi tidak bangun itu yang salah.

Bye!

Duit Raya Si Bujang...

Monday, September 05, 2011
Tahun ni saya dapat duit raya RM10 dari sepupu saya. Adehh, malu juga saya nak terima, maklumlah saya dah bekerjaya, tambah lagi dah ada 2 orang anak sendiri saudara, tambah lagi saya termasuk dalam golongan yang kena kasi duit raya. Tapi dah dia kasi dengan ikhlas, saya terima la dengan malu-malu kucing gitu... he he.

Kata sepupu saya yang baru menimang cucu pertamanya tu, dia kasi duit raya kat saya pasai saya tak kawin lagi...

oh!

ok.....

;-)

Tak Sedondon...

Friday, September 02, 2011


PS: dan tak cukup 3 orang dalam gambar ...

Semacam Baru...

Monday, August 29, 2011
Pepatah arab ada menyebut...

"Bukanlah eid itu untuk pemakai baju baru, tetapi untuk mereka yang taqwanya semacam baru"...




Salam eidulfitri buat semua sahabat taulan, jauh dekat... Saya mohon maaf jika ada salah dan silap.

Taqabbalallahu minna wa minkum...


PS: Kalau ke Kuala Terengganu, jemputlah datang beraya di Pulau Rusa;)

Kekasih Yang Bernama Ramadhan...

Thursday, August 25, 2011
Saya copy paste dari facebook adik saya.

Aku lihat Ramadhan dari kejauhan, lalu ku sapa. "Nak ke mana?". Ia berkata lembut. "Aku harus pergi. Mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang bernama Mukmin. Syawal akan tiba sebentar lagi. Ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya. Peluklah ISTIQAMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan TAQWA..."

Ramadhan dah nak pergi.... :(






PS: Terima kasih saudara Abdul Razak, atas kad ucapan eidulfitri dan bait-bait doa yang indah ni.


Dia Yang Kunikahi...

Tuesday, August 23, 2011
Tahniah adik Iqbal Syarie atas novel sulung beliau yang sudah pun berada di pasaran. Tengah-tengah bajet untuk persiapan raya, sempat juga saya sambar novel beliau sebiji, Dia Yang Kunikahi dan sebiji lagi novel karya A. Ubaidillah Alias, Cinta Kembali Bertasbih.

Saya berbisik kat adik perempuan saya yang juga kebetulan mahu mencari buku di MPH Alamanda hari tu. 'Tengok, orang lain duk sibuk cari baju raya, kasut raya, kuih raya..kita duk sibuk cari buku raya. Bagus kan kita?'. (Ceh, suka angkat bakul masuk sendiri, he he)

Adik saya sengih.

"Eh bukan lepas ni kita pun nak cari kasut raya jugak ke?", adik.

Haaa, kan dah kantoii!



Alhamdulillah, petang tadi dah habis baca Dia Yang Kunikahi. Garapan sangat menarik. Jalan cerita pun mantap. Bab ending dia.... jeng jeng jeng, kena baca dulu baru tau. Bila baca Dia Yang Kunikahi, buat saya terfikir... pemuda-pemuda yang soleh-soleh ni, memang nak cari 'produk yang siap' ke untuk dijadikan teman hidup? Macam mana dengan 'produk yang baru nak siap' atau pun 'produk yang tak siap langsung'? Memang takdak dalam list mereka yang soleh-soleh eh? Terfikir je...err


Ah, jodoh itu kan rahsia Allah...

Redha...

Sunday, August 21, 2011
Tika juang menghampiri menang.
Tika langkah maju meninggal belakang.
Namun takdir Tuhan tiada siapa dapat bangkang.
Dia...tersungkur di petang yang tenang....

Mungkin Tuhan nak suruh berehat.
Yer, mungkin Tuhan nak suruh berehat.
Tuhan nak suruh berehat ni.
Pujuk hati.
Pujuk segala.
Redha dengan aturan Dia.
Kerana itulah sebaik-baiknya.




"Untuk juadah berbuka, Kak Nor nak masak apa kat bazar nanti?" mak.

Amboi mak... macam perli, tapi macam memahami anak dara dia ni..

he he..

Hati Perlu Sentiasa Senyum...

Thursday, August 18, 2011
Waktu awal-awal puasa dulu, tekak saya ni rasa susah sangat nak telan makanan sewaktu sahur, hatta sebiji kurma. Melihatkan situasi terbabit (skemanyer ayat dia, he he), ada sahabat yang mencadangkan saya mandi dahulu sebelum bersahur.

Alhamdulillah, sejak hari tu (7 Ramadhan kot), sehinggalah hari ni (18 Ramadhan), saya dapat bangun sebelum 4.30 pagi dan terus mandi. Awal-awal tu payah juga la sebenarnya sebab tak biasa kan pukul 4.30 dah mandi. Tapi alhamdulillah, Allah bagi kekuatan. Lama-kelamaan, bila dah terbiasa mandi sebelum sahur tu, rasa seronok, rasa segar. Selera waktu sahur pula datang berganda-ganda.

Sahabat saya tu juga ada bagitau, selain membantu membangkit selera waktu sahur(which is saya baru tahu, oh), mandi waktu dinihari ni juga boleh buat kita jadi awet muda. (Dah lama tahu tapi tak amal, isk)

Saya rasa, ada umur panjang, lepas bulan Ramadhan ni... kalau Allah kasi saya kekuatan dan istiqamah untuk mandi pagi pada pukul 4.30 pagi setiap hari sampai bila-bila.. insyaAllah, tak mustahil orang yang tak kenal saya ingat saya ni baru je masuk universiti .. kot. Orang putih kata sweet 19 gitu (perasan!)

hik~


PS: Jadi sapa-sapa yang rasa tak dak selera nak makan sahur tu, boleh la mandi dulu yer..InsyaAllah, selera pasti ada. Muda pun kelihatan sama;)

Perempuan Agung...

Tuesday, August 16, 2011
Bos tak approve lagi cuti raya. Padahal dari minggu lepas lagi dah apply. Tak kira, tak approve pun, saya tetap nak cuti jugak. Raya...mana boleh tak balik. Yer dop?

Alhamdulillah, mak saya sudah jadi full-time housewife sejak tahun lepas. Mak minta pencen awal. Dengan kerenah pelajar-pelajar yang semakin menyesak dada mak saban hari tambah dengan penyakit mak, mak minta pencen awal. Kalau diikutkan, 2 tahun lagi sepatutnya mak baru boleh pencen.

Saya bersyukur, sejak mak duk kat rumah. Saya nampak mak bertambah sihat. Tidak lagi pening-pening, sakit-sakit seperti waktu mak masih lagi bergelar pendidik dulu. Hatta teman-teman mak yang datang melawat pun kata mak bertambah sihat berbanding dulu. Alhamdulillah...syukur sangat-sangat saya tengok perubahan mak kini.

Cuma..saya tahu mak sunyi tatkala semua anak-anak mak merantau keluar. Tinggal budak-budak kecil Nabilah dan Huda saja di rumah. Time mereka ke sekolah. Sorang-sorang la mak di rumah. Alahaii kesian mak.

Saya rasa Allah dah makbulkan doa mak dulu-dulu. Mak kata, time anak-anak besar nanti, mak nak anak-anak mak semua keluar. Rasa dunia luar. Biar tinggal mak dengan ayah je berdua kat rumah.

Sekarang saya rasa doa mak dah berubah. Nak suruh anak-anak semua tinggal berdekatan dengan mak. Walaupun mak tak cakap direct, tapi saya tahu, sebab mak sunyi...kalau anak-anak dan cucu-cucu balik, boleh tengok sangat raut gembira yang amat kat wajah mak.

Selalu juga, waktu tidak terlalu sibuk di pejabat saya telefon mak. Kadang-kadang boleh dikatakan tiap-tiap hari. Sebab saya tahu waktu tu la mak duk sorang-sorang. Saya fikir, kalau dah jasad tak boleh berada dekat, sekurang-kurangnya ada suara yang boleh dijadikan ubat.

Ada satu hari tu, saya cadangkan mak buat blog, boleh share cerita masak ke, cerita anak-anak ke, cerita apa saje pasal kehidupan macam Kak Tirana, Kak Kamsiah, Kak Tinie dan blog-blog ibu-ibu yang lain. At least, mak takde la bosan sangat kat rumah sorang-sorang. Ada kawan-kawan yang boleh bertukar cerita, walaupun di alam maya cuma. Tapi....mak cakap mak tak pandai. Mak cakap, mak pandai Word dengan PowerPoint je.


Mak....
I love you mak...wherever you are..

Kari Telur Masin...

Sunday, August 14, 2011
Petang semalam, Putrajaya dilanda ribut. Kuat sangat. Baru je plan nak gi 'masak' kat bazar sebelah rumah ni, tapi kalau dah ribut macam ni, macam mana nak 'masak' kat sana ..kan?

Nak masak kat rumah, stok barang basah pulak takde. Telur masin yang saya bawa bekal dari kampung hari tu, ada la.

Tetiba dapat idea nak buat kari telur masin, tapii... housemate pula tak setuju pasai dia kata macam sedih je berbuka dengan kari telur masin sahaja, errr.

"Takpe, ribut berhenti nanti ni. Ribut berhenti nanti", pujuk housemate saya.

Kalau saya, tak kisah la makan telur masin saje ke... asalkan kenyang. Bila lagi nak merasa makanan sesimple macam ni kan?

Nampaknya Allah makbulkan doa housemate saya. Ribut berhenti lebih kurang sejam lagi sebelum waktu berbuka. Sempat la kami mentapau apa yang patut. Kalau tak, sah sah kari telur masin jadi santapan berbuka saya semalam.


PS: Tetiba...nak buat kari telur masin la petang ni.. ngaa

Demi Terawih...

Thursday, August 11, 2011
Tadi, tiba kat surau bawah tuk solat terawih agak lambat. Bilal dah iqamat, saya baru sampai kat depan pintu surau. Tapi Alhamdulillah, lambat pun, rezeki saya dapat duk saf paling kanan, depan sekali.

Imam kami, walaupun suara tak macam Sheikh Mishary, tapi bacaan mantap. Seronok juga saya berterawih kat surau bawah ni. Saya syak, dia hafiz yang diimport oleh AJK surau.

Siap bacaan doa 8 rakaat solat terawih, saya berpaling kat orang yang duk belah kanan,hulur tangan, salam, senyum. Berpaling kat orang yang duk belah kiri, hulur tangan, salam, senyum. Dia, jemaah yang duk belah kiri saya, seorang makcik yang lagi tua dari mak saya rasanya tegur saya....

"Aiik, buat 8 je?",

Saya sengih.

Angguk.

Maluuuuu.


Baju Raya...

Tuesday, August 09, 2011
Masih ada bisu,
Masih ada malu,
Apakah hari masih setia menunggu....


"Baju raya berapa pasang? Saya dua pasang je..."

Aduhhh puasa baru 9 hari dah tanya bab baju raya. Pening kepala sekejap, he he.

"Saya tak jahit lagi..errrr... eh tak beli lagi, ngee"

"Oh"



PS: Kalau tanya Al-Quran dah baca juz berapa, kurang-kurang ada semangat sikit nak khatam Al-Quran bulan Ramadhan ni...yer dok?




Awak...dah sampai juz berapa?

dan dan tanya ni..ngaa..

Single is Simple;-)

Sunday, August 07, 2011
Hampir menginjak waktu asar, dah terbau orang rumah atas memasak. Sedap sungguh bau dia. Macam masak nasi lemak. Tak pun dia buat sambal bilis kot! Allahualam..

Kami.... masak kat bazar je kot petang nanti! Tambah-tambah ada bazar ramadhan yang baru dibuka kat sebelah rumah ni. Pergi pun jalan kaki je..alhamdulillah. At least, time malas nak masak, ada bazar yang terhidang, errr. Ala...orang bujang macam ni la. Kalau masak pun campak-campak je. Kalau malas nak masak, beli. Simple kan? Ah, single tu kan simple ^-^ ngeee.

Mak kata, time bujang-bujang ni boleh la nak bermalas-malasan lagi bab masak ni. Time dah kahwin nanti, jangan harap! Mau kena umpat dengan mertua 7 hari 7 malam kalau tau menantu dia malas memasak.. errr

Huda...

Wednesday, August 03, 2011
Tok kata saya 'sihat'..tok senyum panjang. Alhamdulillah..kali ni drama air mata tok tak terbit, saya bersyukur sungguh, he he

Huda, adik bongsu saya.. makin kurus. Tangan dia macam dah tinggal tulang. Mak kata Huda makan sikit sangat. Hari pertama puasa, Huda tak sahur nasi. Pinggan nasi dah bertenggek depan mata, tapi tangan Huda macam tak boleh nak suap nasi ke mulut. Padahal ada ayam bakar feberet Huda. Last-last Huda makan milo balls dengan susu je.

Balik sekolah tengah hari, Huda dah lembik. Muka pucat, muka lapar, muka letih semua dapat tengok kat muka Huda. Ingatkan Huda tak nak pi sekolah petang, tapi hati Huda masih lagi cekal nak pi. Selepas mandi dan solat, tengah siap-siap nak pi sekolah petang, tiba-tiba Huda tanya kat saya.

"Kak Nor tau dak ada apa dalam imaginasi Huda sekarang?"

"Apa dia?"

"Huda berimaginasi tengah makan tomyam, sedapnyer"

Aduhaii Huda, ada ke berimaginasi lagu tu. Tu maknanya Huda dah lapar la tu. Apa pun, sebagai kakak, saya bangga dengan Huda, bermula dari umur 6 tahun lagi Huda dah puasa penuh sebulan. Kalau dah lapar sangat, Huda merengek-rengek. Tapi bila disuruh berbuka Huda tak nak.

Balik dari sekolah petang hari pertama puasa tu, tak disangka-sangka Huda boleh merengek-rengek macam budak kecik, padahal dah masuk darjah 3. Saya tahu dia merengek sebab lapar. Sambil duk usap perut kempis dia, saya pujuk dia. Huda, kalau Huda mati sebab puasa, nanti Huda terus masuk syurga. Huda nak tak? Huda senyap sekejap, lepas tu merengek lagi. Last-last Huda tertidur.

Huda...Huda... petang tu, kakak mithali ni buat tomyam yang Huda duk imaginasi sedap tu. Alhamdulillah, bermangkuk-mangkuk Huda makan lepas balik terawih.

"Sedapnyer Kak Nor...Sedapnyer". Itu yang Huda duk ulang-ulang sambil makan.

Tapi bila ditanya Huda, tomyam Kak Nor ke..tomyam mak yang paling sedap. Tomyam mak jugak jawabnya...

Alahai~..

Kesempatan...

Friday, July 29, 2011
Semalam, time balik kerja, nampak macam ada konvoi kereta dari jauh kat jalan Precint 10 ni. Ada van kat depan, dan kereta berjujuk-jujuk kat belakang. Hmmmm ada acara apa pulak ni? Bila dah dekat, baru perasan. Rupanya van jenazah. "Innalillahiwainnailaihirojiuunn".

Tak sempat dia nak merasa puasa tahun ni. Tak sampai 3 hari pun lagi. Tiba-tiba hati berdetik laju. Kita pulak..agak-agak sempat dak? Allahualam..



InsyaAllah, kalau takdak aral, petang karang sebelum magrib sampai la Incik Hitam dan tuannya di Terengganu. Balik sebab nak sambut 1 Ramadhan dengan keluarga. Nak puasa sama-sama ayah bonda adik-adik semua. Moga-moga Allah bagi kesempatan masa dan rasa, rahmat dan keampunanNya buat kita semua..

PS: Ada sapa-sapa nak pesan keropok lekor?;-)

Prolog...

Tuesday, July 26, 2011
"Syifa, akak tanya satu soalan boleh?"

"Apa dia kak?

"Syifa, dah ada calon suami?", Kak Ina.

"Kenapa Kak Ina tiba-tiba tanya pasal calon suami ni, Kak Ina ada calon untuk Syifa ke?", bulat mata Syifa menanti jawapan Kak Ina

"Kalau Kak Ina cakap, Kak Ina ada... Syifa sanggup setuju dengan pilihan Kak Ina?"


Panjang Syifa berfikir, sejak mengenali Kak Ina, tidak pernah Kak Ina bercakap sebegini serius dengannya. Lebih-lebih lagi bila melibatkan soal kahwin. Syifa mengenali Kak Ina di salah sebuah majlis alumni anjuran Universiti Islam Antarabangsa pada tahun lepas . Rupanya suami Kak Ina senior dan satu kuliyyah dengan Syifa. Tapi, Syifa tidak perasan pun sewaktu belajar dulu.

Dia ditemukan lagi ketika jamuan hari raya di Taman Perumahan Saujana. Kak Ina dan suami membeli rumah di situ rupanya. Syifa pula baru menyewa di perumahan tu setelah berpindah tempat kerja.


"Allah Kak, siapa pulak la yang akak nak kenalkan kat saya ni, lagi pun kak, sapa la yang hendak kat saya ni. Dah la tak lawa macam Natalie Portman, he he"

"Tak baik Syifa cakap macam tu. Jodoh ni, Allah dah tetapkan. Cuma tunggu masa je, tunggu usaha!", Kak Ina tegas.

"Akak nak kenalkan Syifa dengan Abang Solehudin", Kak Ina, tiba-tiba menyambung ketegasan.

"Abang Solehudin mana pula ni kak?"

"Suami akak. Akak serius ni Syifa. Tolong akak..."



"Allah.... dugaan apa yang Kau timpakan ni"

Dia meraup mukanya dalam kegelapan. Peristiwa petang tadi benar-benar menghumban dia ke dalam kegelisahan. Bayu kuat masih lagi menemani ingatannya terhadap peristiwa petang hari.

Kenapa Kak Ina boleh terfikir untuk menjodohkan suami sendiri, sampai sanggup hendak bermadu dengannya. Allah...mati hidup balik pun dia rasa dia tak sanggup nak bermadu, lebih-lebih lagi dengan Kak Ina. Bukan dia tak bersetuju dengan poligami, dia menyokong poligami yang membantu janda-janda yang kesusahan, dan perempuan yang memerlukan pertolongan. Malah dia suka tengok wanita-wanita terpelihara elok asbab poligami. Tapi kalau boleh, biarlah bukan dia yang terlibat dengannya. Bukan dia yang menjadi sebahagian unit poligami itu. Apatah lagi hendak berkongsi kasih suami dengan Kak Ina. Dia tak sanggup. Sungguh.

Deras ditoleh ke arah jam mejanya. Sudah pukul 3 pagi. Bermakna sudah hampir 5 jam juga dia disambut lena. Gelap malam diluar dikerling sekilas sebelum ditutup bingkai tingkap. Irama bayu yang kuat kini terhenti di luar. Irama di dalam, irama sunyi sepi. Yang ada hanya irama derap kakinya yang mula melangkah. Melangkah bagi menyuci diri untuk menghadap ilahi. Teringat pesan bonda tercinta. Apa pun masalah yang singgah dalam hidup, solat lah minta petunjuk Tuhan. Solatlah untuk bina benteng kekuatan. Solatlah agar ketenangan sentiasa menjadi teman. Solatlah...solatlah.

Dia nekad untuk mengadu segala resah kepada Yang Maha Pemberi Mudah. Akan diluahkan gelisah di hati buat yang Maha Mengerti. Resah setelah dikhitbah, gelisah usai mengetahui isi hati seorang isteri.

Dalam kelam malam yang berangin kuat diluar dan tenang di dalam, dihampar sejadah hijau tuanya menghadap kiblat yang satu. Telekung solat yang putih suci dipakai lagi waktu dinihari. Dua tali disimpul kemas mengikat kepalanya yang kecil. Dengan ombakan yang dilepaskan di dada, dia memulakan.

"Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"....



PS: Agak-agak, boleh masuk pertandingan menulis cerpen dak kalau buat permulaan cerita lagu ni? errr....

 

Browse