Anak Menakan...

Tuesday, September 06, 2011
Bercuti raya sepanjang 10 hari terasa berlalu macam tu je. Cepat sungguh masa berlalu. Kalau ikutkan 10 hari tu lama, tapi hakikatnya..... sedetik cuma.

Anak menakan saya Umar Khalish dah nak masuk 11 bulan usia dia. Umar dah boleh berjalan dah sikit-sikit. Seronok sangat kami para mak sedara ni melayan karenah Umar. Walaupun penat, tapi puas. Puas tengok dia senyum, puas tengok dia gelak. Kalau dia nangis, kami berusaha walau apa cara untuk tengok dia senyum kembali. Umar suka panjat tangga!! Juga sangat suka kalau saya buat dia terbang....jadi Superman!! "Supermannnn...teng teng teng...teng teng teng teng tengg tengg.....". Begitulah lebih kurang sound track yang saya lagukan tatkala saya terbangkan Umar,hehe. Tengah-tengah dia menangis pun, kalau saya buat dia terbang, dia boleh ketawa....Umar..Umar.... rindu benar mak long pada kamu.

Anak menakan saya nombor dua pula, Aniq Mujahid, baru masuk 2 bulan. Aniq tiada dalam gambar raya kami ramai-ramai haritu pasai Aniq beraya dengan datuk dan nenek dia kat Tanjung Karang. Aniq suka menangis, suka minum susu. Juga suka tidur. Kalau picit hidung Aniq sambil agah dia, dia dah pandai senyum. Saya tak pandai sangat melayan kerenah Aniq. Kalau Aniq menangis, saya tak pandai nak pujuk kasi Aniq berhenti menangis. Buat superman terbang pun tak jalan..hehe. Ubat menangis Aniq hanya satu, susu. Bila pula la mak long boleh berjumpa Aniq ni.

Asbab kelahiran mereka ke dunia, raya tahun ni rasanya sangat-sangat meriah buat kami sekeluarga. Walaupun penat melayan bermacam kerenah budak-budak kecil dua orang tu, tapi jauh kat dalam sana... alhamdulillah, gembira tak terkata.

"Kak Nor...anak saudara dah 2 orang... bila pula Kak Nor nak ada anak sendiri?"

errr....errrr......

Allahualam...


Jatuh itu tidak salah sayang,
Tapi tidak bangun itu yang salah.

Bye!

23 comments:

menusuk hati said...

Hehe...jangan jemu minta jodoh dpecepatkan dpd Allah.Gudluck na..

nur aisya humaira said...

Mende paling best layan anak buah, tambah2 klu yg suke melekat dgn kite...kan2??

akak, aisya doakan akak cepat2 kahwin...:)

~PENCHENTA~ said...

:)

Kita kawen sama2 lah kak. Haha. :P

shameel Iskandar said...

Melayan karenah budak2 kecik mmg menyeronakkan w/pun adakalnya memenatkan.

Heidi Shafiq said...

ngaaa~ (ternganga)


soalan tu mmg menikam kalbu kalau umur dh mcm aku ni..

Tirana said...

Anak sendiri akan menyusul satu hari nanti..InsyaAllah.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Okey la tu, kalau kemahiran mak long keperingkat itu saja. Kalau nak pergi jau lebih dari itu, perlu ada pengalaman yang matang sebagai seortang ibu. Untuk menjadi ibu pula, bukan ada karisma pada semua orang w/pun pada bapa tunggal yg merangkap sebagai ibu sementara. Perlu lalui sebagaimana Maryam a.s. lalui seperti dlm Surah Maryam:23 فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَـٰذَا وَكُنتُ نَسْيًا مَّنسِيًّا (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
Maknanya saya `tabik spring`lah pada ibu2 yang berjaya melahirkan anak2 mereka dan melalui fasa b/mana sakitnya mengandung dan melahirkan anak. Barulah layak (qualified) menjaga anak dengan penuh kesabaran, kalau mahulah. Apakah sudah bersedia? . Wallahualam.

IMANSHAH said...

saya anak sedara 17 semuanya..

pengsan!!

Norsha said...

InsyaAllah, nanti ada......

sahromnasrudin said...

relax..jangan jadikan soalan itu sbg tekanan sebaliknya jadikan ia motivasi dalaman

senyumSOYA said...

doakan jodoh cepat ya akak...insyaAllah.. t bley tgok akak post pasal babay akak..heheheh

aliff muhammad said...

Anak saudara Aliff sudah 12 orang. Paling tua sudah tingkatan 4. Palinf muda berumur 4 bulan.

Terkenal sebagai orang yang paling garang dengan anak saudara.

:D

juanita said...

Hai,

Selamat hari raya & salam kenal :)

Kakzakie said...

Kami doakan mak long dapat insan yg paling sempurna untuk duduk di sisinya.... itulah doa aniq dan Umar kalau Fida nak tahu....

Mak-abah pun sama juga itulah doa mereka. Gembira melihat kerenah anak-cucu tapi masih berharap mesti satu hari kak longnya balik dgn seseorg....

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida...

Moga saudari sihat hendaknya..

Pergi dan datangnya orang dalam keluarga kita semuanya atas kehendak Yang Maha Pencipta..

fuad ansari said...

saya lepas ada anak baru semakin berani nak pegang budak2 kecik (terutama yg baru lahir) dan semakin faham kerenah budak2..

kesimpulannya, kalau maklong aniq dah ada anak nanti, mungkin akan jadi lebih pandai melayan kerenah aniq.. insyaAllah.. (",)

Afida Anuar said...

Menusuk Hati-->Cheq tak pernah jemu..doa2la moga dipermudahkan

Aisya-->Thanks aisya, baru ada 2 orang, satu lagi jarang jumpa depa, so takde la yang melekat terlekat atau sengaja dilekatkan..hehehe

Penchenta-->dengan sape? hehee...

shameel-->hehe..kalau lenguh sangat layan,pas kat orang lain pulak..kekeke

Heidi-->errr..umur dah berapa? kita baru 19 tahun..wakakkakak

Kak Tirana-->Amin...Aminn..Aminnn.. INsyaAllah kak tirana..

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Tajnur! Tak cukup bersedia lagi kot saya ni Tajnur, pasai tu Allah tak kasi lagi. Allah kan tahu kemampuan kita, apa yang terbaik tuk kita. Kan? Saya pun tabik spring dekat ibu2..dekat kawan2..dan adik2 ipar yang melahirkan anak-anak sekalian. Ya Allah..moga2 diberi kesempatan utk merasa sakitnya bersalin tu...

Shah-->oh..memang harus pengsan!..hehe

Kak Norsha-->InsyaAllah... moga2..

Sahrom-->eh tak..tak..tak pernah rasa tertekan pun sahrom..senyumm je saya ni;)

SenyumSoya-->hahaha..Allahualam dik, kalau Allah kurniakan akak kesempatan utk bertemu jodoh dan punyai baby,entah punyai masa ke idak tuk buat post2 pasai baby semua tu. Harap2 ada..hik~

Aliff-->uishhh..takottnyer ada pakcik macam Aliff..kekekkee... kena cari makcik yang baik hati la. Kalau makcik garang jugak, kesian la anak menakan yang ramai2 tu..hehe

Juanita-->hai juanita, selamat hari raya dan salam kenal juga, tengs sudi ziarah sini..

Kak Zakie-->Amin... ya Allah. InsyaAllah kak zakie, berkat doa akak,anak2 menakan.. family semua..mana tau kan. nnti balik berdua...dia pulak yang tukang bawak Incik Hitam;)

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Semoga saudara juga begitu, Betul saudara, semuanya Allah yang anugerahkan. Sampai masa jika Allah nak balik, kita harus redha...

Fuad-->akak anak sulung la fuad,dari sekolah rendah lagi dah biasa pegang baby2..kebanyakan adik2 akak,berak pertama depa akak yang basuh!!oh!..hehe..
Aniq lain sket..entah..manja kot!..kuikuikui...

ummy UmarKhaalish said...

Umar rindu nk bersuperman ngn maklong kak nor die ni!! Biar lambat asal selamat kak Nor... ;)

Bijen M. said...

Berapa ringgit dah simpanan kahwen?

Afida Anuar said...
This comment has been removed by the author.
Afida Anuar said...

Ummy Umar Khaalish-->Alamak,salah eja nama Umar..hehehe.. berhati2 di jalanan..biar lambat,asal selamat... tengs Ummy Umar Khaalish;)

Bijen M-->ada la dalam 8 or 9 juta..err, hehe... kenapa?

Zul Fattah said...

anak buah aku, ada dalam 21 org.. mana banyak dgan anak menakam ko? haha..

Afida Anuar said...

hehe...kurang 1..pastu buang kosong...

ye la ye la..ko menang:P

 

Browse