Baju Raya...

Tuesday, August 09, 2011
Masih ada bisu,
Masih ada malu,
Apakah hari masih setia menunggu....


"Baju raya berapa pasang? Saya dua pasang je..."

Aduhhh puasa baru 9 hari dah tanya bab baju raya. Pening kepala sekejap, he he.

"Saya tak jahit lagi..errrr... eh tak beli lagi, ngee"

"Oh"



PS: Kalau tanya Al-Quran dah baca juz berapa, kurang-kurang ada semangat sikit nak khatam Al-Quran bulan Ramadhan ni...yer dok?




Awak...dah sampai juz berapa?

dan dan tanya ni..ngaa..

27 comments:

senyumSOYA said...

baju raya tengah jahit..kat kdai xda saia.. hehehe..lou saiz kanak2 muat la..^^!

err...dah sparuh quran dah akak.. alhamdulillah ^^"

akak?

said...

da mcm conversation di kalangan budak-budak kelas yg aku ajar, hehehe (ampun kalau ada yg terasa, tp betul ni, mmg ini antara topik budak2 sek rendah yg aku dengar secara x sengaja,, tak tipu)

fida aku recycle baju keje je kot hehe..

aliff muhammad said...

Mak Long Fida,
Baju raya berapa pasang beli untuk anak saudara? Duet
raya berapa ringgit sudah sedia? He!he!

Aliff perlahan dalam bab mengaji, baru sampai juzuk 5. Sedih betul.

Norsha said...

semangat raya vs semangat puasa....

Norsha said...

semangat raya vs semangat puasa....

Norsha said...
This comment has been removed by the author.
~PENCHENTA~ said...

Ewah. Saya takde baju raya punn. Sekarang dah segan nak pakai baju baru2. Taktaw kenapa. :|

Tyah aim khatam sebagai hadiah nuzul Quran. Amiiin. Amiin. Amiin.

fuad ansari said...

Dulu2 masa bujang, bukan beriya sampai ke kl, nak beli baju raya punya pasal..

Semenjak dua menjak dah kerja dan mendirikan rumah tangga, semangat nak beli baju raya dah kurang.. kenapa ye?? pelik jugak....

IMANSHAH said...

xterpikir lagi, bju last year masih elok

Rashid said...

Baju raya? ermm .. Dah siappun tempah. hehe. Mengalahkan bebudak ..

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga Allah terus kurniakan kesihatan yang baik buat saudari..

Saya belum lagi berkesempatan nak beli satu dan kat sini pun senang sebab setiap ziarahnya berpakaian baju melayu so baju tahun-tahun yang sudah boleh dipakai lagi..

nur aisya humaira said...

tak de baju raye, bace quran pun tak byk mne..huhu

Afida Anuar said...

Senyum SOya-->Uikss...sampai takdak saiz? dik ni kecik sangat eh? he he...Alhamdulillah..akak lebih kurang macam tu jugak la..kot. JOm..sambung ngaji:)

Dd-->ohh... anggaplah yang bertanya ni pun baya anak2 didik ko jugak didi.. he he;)

Aliff-->Aaaa..mak long fida tak beli baju raya pun tuk anak2 saudara. Baju tak raya ada la beli.. duit raya, kasi seposen sorang..keh keh keh... Aliff, perlahan takpe. Asalkan istiqamah;)

Kak Norsha-->he he...lagi semangat nak raya dari puasa.. hu hu

Penchenta-->InsyaAllah...Aminn.. Moga2 diberi kelapangan dan kesempatan...

Fuad-->Sebab semangat tu dah diturunkan kat anak=anak.. kot!:)

Shah-->Ohh..bagusnyer... ye ke ni shah? hehe:)

cikgu Rashid-->Wahh cikgu rashid, mesti cun ni;)

Abd Razak-->Waalaikumusalam saudara abd razak, Alhamdulillah moga Allah juga kurniakan kesejahteraan yang berpanjangan buat saudara. Ada lagi rasanya baju raya saya yang tahun lepas boleh dipakai lagi.. he he:)

Aisya-->takde baju raya lagi ke? takpe2, lepas ni kita pakat2 cari eh.. he he..tak banyak tu sebab ABC eh:)

NaeBlog said...

Kain dah ada, cuma semangat menjahit belum tiba... musim malas^^
Insyaallah mari kita khatam ramai2...

Kehelan said...
This comment has been removed by the author.
Kehelan said...

baju raya kay pun tak siap lg...

dan, khatam Quran tahun lepas punya pun blum... :)

sahromnasrudin said...

sekali dia jawabnya juz amma..camno tue huhuhhhh

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Wah! Dah ramai mereka yang dah bersedia utk menyambut hari raya dengan baju baru termasuk Afida. Tapi bagi kami lelaki ni, selagi pakaian sedia ada boleh digunakan, nak buat apalah membazir beli yang baru? Apa yang penting adalah pakaian diri kita. Surah Al`Araaf:26 يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِ‌ي سَوْآتِكُمْ وَرِ‌يشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْ Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.
Wallahualam.

Shy Syaz said...

kak fida, sy pon xde baju raya. tgkla kalau rajin pg la cari jubah2 yg menarik..dh besar panjang ni xkisah sangat kalau xde baju raya..kalau xrajin, pakai je baju mana yang masih muat.
sy baru juz 6 kak..hihihi..

Afida Anuar said...

Nae-->Wahh kagumnya nae jahit sendiri baju, fida bab jahit menjahit ni fail la.. huhuhu

Kay--->Kay, tahun lepas pun fida tak sempat khatam, tahun ni niat nak khatam jugak...insyaAllah..doa2. Baju raya..errr.

Sahrom-->he he, kagum la cheq kalau gitu..hik~

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Alhamdulillah, saya pun mungkin ada juga menggunakan baju yang sedia ada di samping baju baru...errr.. hehe. Orang lelaki sempoi je. Takpe;)...

Shy-->Shy, kalau buat baju raya (baju kurung) sekarang, tahun depan tak leh pakai, melainkan klu tahun depan pregnant jugak.. hehe;)takpe shy juz bape2 pun, asalkan istiqamah baca Al-QUran setiap hari...

Bijen M. said...

Kenapa Ramadhan cepat sengat berlalu?
Pejam celik dan 10 Ramadhang.
Isk.

shameel Iskandar said...

saya pun belum beli baju melayu utk raya thn ni. nak tempah tak sempat dah. beli yg siaplh nampaknya.

ummu said...

salam fida
hu hu,akak tak sempat nak tempah baju raya, tukang jahit tak mau terima dah,:)
kat sekolah a kak,ada prog tadarus quran,cikgu cikgi pun kena tadarus.
selamat berpuasa Fida

Afida Anuar said...

Bijen M-->tu la, rasa mcm baru semalang makang sahur hari pertama...hu hu (dan dan tambah g kat belakang tu bijen, mentang2 duk ganu yer..heh!)

Shameel-->yang dah siap pn ok kan shameel, selamat!;)

Kak Ummu--> salam kak ummu, lambat sangat kot kak pi tempah tu. Takpe, baju yang dah siap banyak..ngeee... Alhamdulillah, kat kampeni fida takde pun tadarus2 ni, cuma..inisiatif sendiri kalau nak buat..

luahfikiran said...

SALAM,
MALU NAK CERITA JUZ KE BERAPA ! TAPI YG JELAS, SI ISTERI DAH KE DEPAN !

Afida Anuar said...

Salam LF..Takpe LF, seperti kata pepatah, biar lambat. Asalkan selamat.

Balik kerja petang tadi, dengar satu slot dalam ikim, Allah..tak ingat pulak ustaz tu nama apa. Dia kata, jangan rush nak khatam quran, tapi makna semua tak faham. Baca salah bla bla bla.. Seeloknya, fahamkan makna. Takpe kalau lambat;)..

Selamat berpuasa buat LF dan keluarga.

Afida Anuar said...

Peringatakn untuk saya juga LF;)

 

Browse