Prolog...

Tuesday, July 26, 2011
"Syifa, akak tanya satu soalan boleh?"

"Apa dia kak?

"Syifa, dah ada calon suami?", Kak Ina.

"Kenapa Kak Ina tiba-tiba tanya pasal calon suami ni, Kak Ina ada calon untuk Syifa ke?", bulat mata Syifa menanti jawapan Kak Ina

"Kalau Kak Ina cakap, Kak Ina ada... Syifa sanggup setuju dengan pilihan Kak Ina?"


Panjang Syifa berfikir, sejak mengenali Kak Ina, tidak pernah Kak Ina bercakap sebegini serius dengannya. Lebih-lebih lagi bila melibatkan soal kahwin. Syifa mengenali Kak Ina di salah sebuah majlis alumni anjuran Universiti Islam Antarabangsa pada tahun lepas . Rupanya suami Kak Ina senior dan satu kuliyyah dengan Syifa. Tapi, Syifa tidak perasan pun sewaktu belajar dulu.

Dia ditemukan lagi ketika jamuan hari raya di Taman Perumahan Saujana. Kak Ina dan suami membeli rumah di situ rupanya. Syifa pula baru menyewa di perumahan tu setelah berpindah tempat kerja.


"Allah Kak, siapa pulak la yang akak nak kenalkan kat saya ni, lagi pun kak, sapa la yang hendak kat saya ni. Dah la tak lawa macam Natalie Portman, he he"

"Tak baik Syifa cakap macam tu. Jodoh ni, Allah dah tetapkan. Cuma tunggu masa je, tunggu usaha!", Kak Ina tegas.

"Akak nak kenalkan Syifa dengan Abang Solehudin", Kak Ina, tiba-tiba menyambung ketegasan.

"Abang Solehudin mana pula ni kak?"

"Suami akak. Akak serius ni Syifa. Tolong akak..."



"Allah.... dugaan apa yang Kau timpakan ni"

Dia meraup mukanya dalam kegelapan. Peristiwa petang tadi benar-benar menghumban dia ke dalam kegelisahan. Bayu kuat masih lagi menemani ingatannya terhadap peristiwa petang hari.

Kenapa Kak Ina boleh terfikir untuk menjodohkan suami sendiri, sampai sanggup hendak bermadu dengannya. Allah...mati hidup balik pun dia rasa dia tak sanggup nak bermadu, lebih-lebih lagi dengan Kak Ina. Bukan dia tak bersetuju dengan poligami, dia menyokong poligami yang membantu janda-janda yang kesusahan, dan perempuan yang memerlukan pertolongan. Malah dia suka tengok wanita-wanita terpelihara elok asbab poligami. Tapi kalau boleh, biarlah bukan dia yang terlibat dengannya. Bukan dia yang menjadi sebahagian unit poligami itu. Apatah lagi hendak berkongsi kasih suami dengan Kak Ina. Dia tak sanggup. Sungguh.

Deras ditoleh ke arah jam mejanya. Sudah pukul 3 pagi. Bermakna sudah hampir 5 jam juga dia disambut lena. Gelap malam diluar dikerling sekilas sebelum ditutup bingkai tingkap. Irama bayu yang kuat kini terhenti di luar. Irama di dalam, irama sunyi sepi. Yang ada hanya irama derap kakinya yang mula melangkah. Melangkah bagi menyuci diri untuk menghadap ilahi. Teringat pesan bonda tercinta. Apa pun masalah yang singgah dalam hidup, solat lah minta petunjuk Tuhan. Solatlah untuk bina benteng kekuatan. Solatlah agar ketenangan sentiasa menjadi teman. Solatlah...solatlah.

Dia nekad untuk mengadu segala resah kepada Yang Maha Pemberi Mudah. Akan diluahkan gelisah di hati buat yang Maha Mengerti. Resah setelah dikhitbah, gelisah usai mengetahui isi hati seorang isteri.

Dalam kelam malam yang berangin kuat diluar dan tenang di dalam, dihampar sejadah hijau tuanya menghadap kiblat yang satu. Telekung solat yang putih suci dipakai lagi waktu dinihari. Dua tali disimpul kemas mengikat kepalanya yang kecil. Dengan ombakan yang dilepaskan di dada, dia memulakan.

"Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"....



PS: Agak-agak, boleh masuk pertandingan menulis cerpen dak kalau buat permulaan cerita lagu ni? errr....

32 comments:

IMANSHAH said...

adakah ini kisah awak?? sila jawab!!haha

Afida Anuar said...

aduh..shah shah.. lupa nak letak kat situ..tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati.. hehe..

bukan kisah saya la Shah..Sungguh! Tak tipu:)

Cerpen ni..cerpen..baru masuk bab prolog.. hehe..

tropical_jingga said...

"mcm ni lah kak Ina.. kalau akak nak jodohkan Syifa' dgn abang Salehuddin... biarlah dia lepaskan akak dulu.. baru Syifa' setuju..."

ihihih.. anti-klimaks plak...

r.o.l. said...

Menarik. Tapi kalau boleh cubalah bercerita melalui sudut-sudut lain dan baru. Biarlah ada twist.

Ke ada twist? :-)

Pn Kartini said...

assalamualaikum dear..:):)..

kalau cikgu bio yang baca cerpen nii...ok pee!!memang superb olahan citer intro tuu..heheh;)

Norsha said...

cerpen? wow, hebat fida ni, ada bakat, tapi......bab2 poligami ni...

Norsha said...

cerpen? wow, hebat fida ni, ada bakat, tapi......bab2 poligami ni...

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sihat hendaknya..

Bagus penulisannya dan ada mesej yang hendak disampaikan sebagai peringatan..

nahmy said...

orrait tu! keep it on-the-go

~PENCHENTA~ said...

Ewah. Sambung lah. Okay dah tuu. ;)

nur aisya humaira said...

Aisya pernah bace cerita ni...

sungguh kagum engan isteri dia...ada tak wanita macam ni skang???hoho

Afida Anuar said...

Tropical jingga-->aaa, pulak dah khadijah ni, ada2 je..kekekek... takkan lagu tu kut..errr;)

Rol-->Akan dicuba rol..terima kasih sangat2;)

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie.. hehe..kalau cikgu sastera baca...hancus.. hehehe..terima kasih kak..

Kak Norsha-->Takde la berbakat sangat pun kak norsha, cuba2.. he he.. errr..kenapa dengan poligami kak? he he

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Alhamdulillah, moga saudara pun begitu jua..Terima kasih, moga ada yang mengambil pengajaran apa yang baik;)

Nahmy-->he he..thanks Nahmy;)

Penchenta-->Ewahh..sungguh ka? terima kasih dik;)

Aisya-->eh eh, cerita ni akak tak ciplak mana2 lagi ni..mcm mana aisya dah pernah baca? kekekek..ooo bab poligami tu eh. itu la..akak pun kagum kalau ada perempuan yang sanggup nak dimadukan.

Kehelan said...

cerita di mana-mana pun, tak byk, mesti sikit ada kena mengena dgn org sekeliling, yg kita kenal @ tidak kenali...

siapa tu Fida? hehehehe

Tirana said...

Sambung la Fida...kak tirana rasa mesti syifa setuju untuk bermadu dengan Kak Ina..hehehe

sahromnasrudin said...

saya berharap kisah ini bukan kisah awak..klu tak, saya tak dpt nak bayangkannya huhuhuhuhhh

aliff muhammad said...

Harap bukan kisahmu Afida, aku sedih kalau kamu kena berhadapan hal ini.

Aku doakan kamu dapat jodoh yang padan dan baik, insyaallah.

Shy Syaz said...

boleh kak..sy percaya bakat penulis akak sejak dari dulu lagi.
teruskan menulis...kalo dapat buat buku lagi bagus..

shameel Iskandar said...

salam afida.
Ni bukan setakat cerpen, buat novel pun boleh.

DAMAI SURIA said...

Jalan cerita dah menarik ni. Bolehlah hantar karya Afida ni. Manalah tahu esok-esok diterbit syarikat buku. Laris pulak di pasaran. he.. he..

NaZRaHKu =) said...

Kak Fid, apa kesudahannya? Sambunglah cerita..huhuhu..

Encik Khairi said...

Boleh tersangat. :)

Anonymous said...

menarik. kalau dibuat karya bersiri kat blog ni pun macam best.

mhj

fuad ansari said...

kan sy dah kata dulu..jadi penulis novel.. ni nak jugak jadi software tester.. (",) (gurau2 je..)
ada bakat.. teruskan buat sambungan.. (",)

Afida Anuar said...

Kay-->Allahualam kay, fida pun tak tahu kisah sapa ni, cuma ini lah idea yang datang mai..fida pun tulis;)...gitu lah kisahnya.. he he.. cuma UIA tu, mana la tau in case next time nak kena gambarkan UIA, at least fida dah ada gambaran. Kalau nak suh gambarkan USM, fida tatau kay.. he he;)

Kak Tirana-->insyaAllah kak..tengah cari kekuatan nak sambung ni.. haaa, syifa tak semudah tu nak terima kak..cheewah;)

Sahrom-->insyaAllah..bukan kisah saya sahrom..dun wori;)..harap2nya bukan kisah saya:D

Aliff-->he he...Bukan kisah aku aliff, kamu jangan risau.. insyaAllah moga2 Allah makbulkan doamu...moga kamu pun begitu juga sahabat!;)

Shy-->Aminn..Allah..akak takde la berbakat sangat shy, merapu2 je ada la..insyaAllah doa2kan eh;)

Shameel-->he he..harap2nya la shameel, ada kekuatan tuk buat sampai ke akhirnya;)

Damaisuria-->Terima kasih damaisuria, tak kata menarik tu, tak tahu la. InsyaAllah kalau ada rezeki nak tulis buku satu hari nanti, dan laris pulak tu..doakan..

Naz-->Kesudahannya? hehe..Allahualam.. baru prolog naz, sabar..sabar.. hehe

Khairi-->Doa2kan eh khairi... thanks..

Anonymous-->anon @ mhj? mhj stands for? he he.. Allahuakbar, tatau la mampu atau tidak saya nak buat karya bersiri kat sini. Kalau ada kelapangan dan idea..tengok la, insyaAllah..

Fuad-->he he..dah akak degil nak buat macam mana. Tengah2 jadi software tester ni baru boleh terminat benda lain pulak... he he.. insyaAllah..ada kelapangan, ada idea akan diteruskan. Doa2kan akak moga kisah ini ada kesudahan...

Kakzakie said...

Fida... kalaupun ianya sekadar intro untuk sebuah cerpen ianya sudah cukup menggegar nurani seorg wanita.

Kudus dan luhur impian Kak Ina mambuat Syifa terpana...

NaeBlog said...

Afida... aik... kisah siap ni???
Tapi, ada bakat tuuuu

senyumSOYA said...

menarik la akak..macam betul..hehehh ^^!

naim said...

"Syifa, terima sajalah calon akak tu. Dia baik dan padan dengan kamu." kata Kak Ina lagi.

Iera Daniera said...

hehe.. jiayo2 kak fida. akak dah revamp eh sket. nice...can't wait for ur first chapter :)

Afida Anuar said...

Kak Zakie-->menggegar pasai poligami ka kak? he he... itu lah, tatau syifa nak kata apa..

NAe==>takde kisah sapa2 pun nae.. oh, terima kasih nae.. harap2 dapat mengasah bakat dengan mengarang sedikit sebanyak mcm ni;)

Senyum SOya-->eh yer ke? hehehe..fulamak mcm real la pulak;)

Naim-->he he, belum tau lagi naim;_

Iera-->he he, revamp sket. Sebab yang atas mcm serabut. ohh... Allahualam bila boleh siap iera.. doakan akak diberi idea;)

Mutiara Bernilai said...

salam alaik my dear fida,
erm,,suke2,
xsabar bak tnggu sambungannya, :)

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam my dear mutiara...

Allah...tatau la bila boleh siap sambungannya ni. Doakan idea tu datang eh dear;)

 

Browse