Melawak...

Thursday, September 15, 2011
Petang tadi ada Rumah Terbuka untuk warga Cyberjaya yang bertempat di Kelab Komuniti Cyberjaya. Macam-macam ada... beriyani kambing, soto, ketupat, lemang, sate, char kue teaw, laksa, nasi dagang pun ada, bubur jagung, ais krim, cendol, buah-buahan tempatan dan banyak lagi..eheh. hu. ha..hi..hehe.

Tengah-tengah rambang mata nak pilih juadah untuk di ngap, tiba-tiba...

"Eh, sahabat lama!!"...

"SubhanaAllah... Kamariah!!"

Bla bla bla..bla bla bla bla...lamanya tak jumpa. Bla bla bla..keje. Bla bla bla, duk kat Putrajaya.

Tengah seronok bersembang, mata saya pantas menangkap perut dia yang semakin membesar.

"Ni anak yang ke berapa Kamariah?"

"Anak yang kedua"

"Ko?"

"Aku pun ada dua."

"Eh ye ke?"

"A'aa, anak mata dengan anak tekak"..

"Pandai ko buat lawak eh sekarang"

he he..

19 comments:

nur aisya humaira said...

hahaha...akak2,melawak plak die...

kalau aisya pun rambg mate nk makan ape...klu blh sume nak ngap kan???:)

Norsha said...

sekali sekala melawak, apa salahnya...tambah satu lagi,anak kucing !

DAMAI SURIA said...

Kalau raya je, rakyat sekarang rasa tak cukup kalau tak buat rumah terbuka. Macam dah jadi kewajipan pulak. Nasib baik kawan Afida, Kamariah perut dia membesar kerana mengandungkan anak. Dapatlah dia pahala.. Itu namanya bahagia. Ada orang lain susah nak 'control' makan. Perut dia pun besar juga.. itu nafsu makan namanya..ish..ish.

~PENCHENTA~ said...

Tu belum campur anak tangga. :P

NaeBlog said...

Afida, tambah lagi dengan anak rambut... anak lidah...
Haha :-)

IMANSHAH said...

buleh masuk maharaja lawak

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga Allah kurniakan buat saudari kesihatan yang berpanjangan..

Wah..banyaknya menu, terkejut anak tekak tu..:)

shameel Iskandar said...

sesekali terserempak member lama, banyak benar nak dibual bicara.

Tapi kadang2 sedih pula bila bertanya, kat mana ketua tingkatan kita dulu. Jawab si kawan lama, dah setahun dia meninggal

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Wah! begitu mewah sekali orang putrjaya a.k.a. orang kayangan menikmati hidangan. Baguslah jika mengeratkan silaturrahim sesama manusia disamping memberi peluang penduduk sekitar menambahkan sumber pendapatan. Tetapi bila terdengar pula dinding bangunan2 Putrajaya tersergam megah-indah berlaku serangan kulat menjadi satu tanda-tanya, walhal pondok2 kami disini w/pun usang namun setakat ini tak pernah berlaku, AlHamdulillah. Anyway, jangan risau, orang Putrajaya mungkin ada kaedah `fungi busters` ala `ghost busters` boleh selesaikan masalah tersebut.
Bila dah bicara sebegitu rupa perbualan mengenai anak, maknanya dah semakin dekat le tu...... Wallahualam

Bijen M. said...

Anak ikan takde?
Hu ha he hi!

Titisan Hujan said...

aii..akak bile lagi?

senyumSOYA said...

kak fida mmg slalu mlawak kan.. heheheh..

" anak mata ngn anak tekak" keh3... ^^"

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear sis..dik Fida:)

....tak salah kan..melawak menceriakan suasana..menambah kemesraan membahagiakan di hati...;)

Afida Anuar said...

Aisya-->a'aaa, awal tu semua rasa nak ngap pasai perut laparrr sangat..kekeke..tp lepas belasah sate beberapa cucuk dah kenyang dah. Perut dah tua aisya, makan sikit pun dah kenyang, hu ha hi..

Kak Norsha-->hehe...takdak anak kucing kat sini:P

Damaisuria-->he he...perut sapa tu damaisuria?;)

Penchenta-->oh...hahahha... anak tangga kat sini beratus2...gimana?:o

Nae-->aaaaa...ada lagi rupanya... hehe

Shah-->isk.. tak nak masuk raja lawak:P

Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt...Alhamdulillah, moga Allah juga mengurniakan saudara yang kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan.
hehe, memang terkejut pun anak tekak saudara. Sampaikan tangan tak tahu nak pilih yang mana..

Shameel-->Allahuakbar....kawan-kawan saya juga ada yang dah pergi.. nanti kita pula akan menyusul..

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt...Tajnur, ada juga dengar pasal serangan kulat tu, kat JPA Cyberjaya ni, so office terpaksa tutup, depa terpaksa work from home...alhamdulillah kat tempat saya tak kena. Hmmm, saya pun pelik, macam mana la boleh kena serangan tu, ada la tuh hikmahnya...kan?
Makin dekat? hmmm... no coment, cheewahh, jawapan macam selebriti gituww..huhu... Allahualam Tajnur, Hanya Allah Yang Tahu ketikanya.

Bijen-->ha hu hi...nauzubillahiminnzaalikk.. gua takde anak ikan...dah dah...lu nihh!!

TH-->errr...errr...entah:P

SS-->Tak selalu jugak dik;)

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak...Kak Tinie;)

hehe,tatau nak jawab apa sebenarnya kak, tu yang keluar jadi lawak tu;)

fuad ansari said...

kadang2 jawapan sebegitu diperlukan utk memujuk hati.. (",)...

cadangan jawapan sy utk soalan2 yg lain.. (",)

kalau orang tanya bila nak kawin.. akak jawab la.. mungkin akhir tahun kot.. kalau diorang tanya, tahun ni ke.. akak jawab, tak tahu lagi tahun yang mana.. mungkin tahun arnab kot.. (gurau2 je.. jgn amik hati eh) (",)

Tirana said...

Fida, anak jugak tu... Sayangilah anak-anak anda..hehehe...

Afida Anuar said...

Fuad-->akhir tahun ke? kalau awal tahun cemane? hehe... senang2 cakap ja cuti sekolah... insyaAllah...cuti sekolah semester yang mana satu, Allahualam... hehe..

eh eh, kalau akak amik hati,payah la pulak nak kasi balik nanti..hahah..gurau2 je..jangan marah noo..

Kak Tirana-->hehe...tepat sekali kak tirana, sangat sayang anak-anak fida ni;)

Pencari Cinta Sejati said...

Kadang-kadang kita perlu mengubah keadaan agar tidak menjadi lebih teruk.

Afida Anuar said...

he he..betul2. kalau teruk tu, kita jugak la yang buat.err..

 

Browse