Allah Suka...

Tuesday, November 15, 2011
Sabtu ni ada plan dak Huda?

Hmmm, kenapa Ana? Huda plan nak pi Warta jap, cari tudung. Pasai kat situ je ada jual tudung spesis akel ni.

Ana nak ikut ... boleh?... Ana ingat nak cari baju labuh 2,3 helai la, Ana tak nak pakai dah baju-baju singkat ni......

Eh boleh..boleh sangat-sangat.

PS: Alhamdulillah...... kadang-kadang, berdakwah juga boleh dilakukan dengan menunjukkan contoh yang baik...kan?


Allah suka kepada orang yang bertaubat,
Tetapi Allah lagi suka kepada orang muda yang bertaubat,
Allah suka kepada orang yang pemurah,
Tetapi Allah lagi suka kepada orang miskin yang pemurah....

Allahualam.

Till then...

27 comments:

Rashid said...

ermmm ..

Afida, saya nak ikut juga boleh? hehe .. boleh le ..

~PENCHENTA~ said...

Kat sini t shirt labuh tu RM18 jee. :D

fuad ansari said...

sabtu ni pun sy pergi warta gak. (",)

tak sangka warta ada commercial value..

dulu ada student baru ukm tanya kat sy, "kat bangi supermarkat ape yg best??"
sy dengan rasa ragu2 nak promosi warta dan kompleks pkns jawab, "gi la alamanda.. mungkin best sikit.. tak jauh pun dari bangi" (",)

Norsha said...

betul2 fida, tunjuk akhlak baik juga boleh buat orang terkesan....Selamat bershopping..!

shameel Iskandar said...

tingkah laku termasuk akhlak juga merupakan uslub dakwah yg berkesan. sebab kita adalah duta-duta agama.

Tirana said...

Fida, warta tu di mana?

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sihat hendaknya atas izin Allah Taala..

Dengan cara berpakaian pun jalan dakwah yang berkesan.

Saya pun gemar ke Warta sebab nak beli buah kurma

senyumSOYA said...

heheh..nak ikot akak bley..dtg amik saya ek..^^"

Titisan Hujan said...

nk ikut!!


weldun sis

Kamsiah said...

Alhamdulillah...semoga hari esok lbh baik dari hari semalam

sahromnasrudin said...

sesungguhnya taqwa juga yang membezakan sesama manusia disisi Allah...

menutup aurat dengan sempurna itu adalah salah satu jalan menuju ketaqwaan...

fathiahRAIHANA said...

Hmm nak ikut jugak bole ? :)

nur aisya humaira said...

betul2 kak...klu cakap org ckp kte nk tunjk alim plak....:)

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid-->hehe... cikgu bukan saya yang nak pi, Huda..kekekek

Penchenta-->Kat warta ka?;)

Fuad-->Alamak...nak pi jugak? oh, ada jodoh Huda boleh jumpa Husna!!..heheh

Fuad, alamanda best sebab ada MPH, Warta best sebab...sebab macam2..hehe

Kak Norsha-->hehe takde la shopping sangat pun kak norsha, cuma nak cari tudung baru, nak ganti tudung ni dah kena makan dengan iron..hehe

Shameel-->Benar shameel...ayuh

Kak Tirana-->Kak Tirana, kat bandar baru bangi

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Alhamdulillah, semoga saudara pun begitu jua.. Oh, saudara yang jauh di Sarawak pun tahu warta ya...kagum!...;)

Senyum Soya-->Alamak..kena tanya Huda ni..kekekek

TH-->eh Huda yang pi, akak tak..kekeke

Kak Kamsiah-->Ameen, insyaAllah kak kamsiah..

Sahrom-->InsyaAllah..sama2 kita..

FathiahRAIHANA-->eh cuba tanya Huda boleh ke idak..hehe

Aisya-->he he... apa pun, dun give up!

IMANSHAH said...

jom2 saya cuti dah

eita said...

tapi bile hati terlalu sedih nak gi shopping pun takde mood kan......

Bijen M. said...

Jangan lupa pergi taklim masturat juga.
Lama dah tak pergi tu.
;D

Yan said...

MASYALLAHHHH...

DAMAI SURIA said...

Alhamdulillah.

nahmy said...

syukran atas tazkirah. saya pun tgh 'menrevolusikan' pakaian isteri nii..mmg kena pki yg labuh2

NeoBalanoCarpus said...

mengajak ke arah kebaikan...:D

Zul Fattah said...

baguslah.. solehah masih ada

Afida Anuar said...

Shah-->jom2..huda ajak ni..heheh;)

Eita-->hmm.... tunggu hati baik dulu la kak...

Bijen-->Kalau tak pi yang tu, pi yang lain, boleh je kan;)

Kak Yan-->:)

Damai Suria-->Alhamdulillah..

Nahmy-->sama2... saya pun, pakaian sendiri,pakaian adik2...

Neo-->sama2 kita..

Zul-->;)

Kakzakie said...

Iman kena pupuk tak kira yg muda atau tua. Bila kesedaran ada di usia muda beruntung kerana iman bertambah kukuh bila tua kelak.

Mati tak tunggu usia tua. Ada yg muda dah dijemput dulu...

CikGu Ma said...

assalamualaikum kak...saya datang dengan sedekah paling mudah ---> (",)

eita said...

mak fida dah sihat ke?

Afida Anuar said...

Kak Zakie-->itu la kan kak, tapi ramai orang muda ingat mati ni lambat lagi..huhu

Cikgu Ma-->waalaikumusalam dik...hehe. Terima kasih...alhamdulillah, moga tak lekang senyuman dalam hidup kita;)

Eita-->2,3 hari lepas masih ada sisa2 lagi kak, entah la. Semalam telefon dah ok.

 

Browse