Banjir di Hati...

Wednesday, October 26, 2011
Mardhiah kata kalau tak hujan, dia nak ajak saya joging petang ni. Kat atas bukit sana, tempat biasa. Tapi nampak dari cuaca macam Allah tak kasi joging je. Walaupun hujan turun tak hebat, tapi hujan tetap hujan.

Hmmm....kita buat roti la Mardhiah. Makan roti panas-panas waktu hujan turun, nikmat!



Gambar diambil pada petang Jumaat yang lepas, ingatkan jalan raya kat Thailand je yang dipenuhi air banjir, rupa-rupanya kat Putrajaya pun ada jugak! Nak pembangunan sangat kan! Saya saspek banjir ni disebabkan oleh projek perumahan 1 malaysia (PRIMA) Precint 11 yang sedang berjalan kat sebelah ni.

Dulu, hujan lebat sekalipun, takde la sampai jadi lagu ni. Ni nak kena report kat Tok Jib ke ..kat Kak Ros? errr

27 comments:

menusuk hati said...

kita tunggu tuan bijen untuk setel masalah dunia ni..

senyumSOYA said...

bnjir tu akak...report2..
^^"

bak roti sini sket..lapa la kak..errr

luahfikiran said...

SALAM,
JAUH DRPD RUMAH KEDIAMAN KAK ROS KOT !

eita said...

assalamualaikum.....
kat kampung akak pun hujan jugak ni...
duk lepak kat umah je x leh gi mana2 pun.....
baik report kat tok kadi je...keh3...

Pencari Cinta Sejati said...

Rahmat dari Tuhan di luar pengetahuan kita.

budak penjara said...

thai kuat sngt bnjir smpaikn kerajaan thai ishtihar cuti..epot pn bnjir..tahun ni di jangka bnji besar melanda..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Kadang2 manusia tidak sedari bahawa banjir itu merupakan peringatan dari Allah SWT. Tak kisahlah samada kerosakan yang berlaku akibat dari tangan2 manusia. Pada zaman Nabi Nuh a.s. pernah berlaku banjir dunia yang memancut dari AtTannur (bukan tajnur) iaitu ditafsirkan tempayan yang digunakan utk membakar roti. Secara logiknya, siapa pun tidak percaya tempat panas boleh mengeluarkan air sehingga membanjirkan dunia! Surah AlMukminuun:27 فَأَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡهِ أَنِ ٱصۡنَعِ ٱلۡفُلۡكَ بِأَعۡيُنِنَا وَوَحۡيِنَا فَإِذَا جَآءَ أَمۡرُنَا وَفَارَ ٱلتَّنُّورُ‌ۙ Lalu Kami wahyukan kepadanya: Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari AtTannur.
Apa yang kita lebih bimbang bahawa manusia ini tenggelam dalam keadaan yang mereka tidak sedar dari kerja2 yang mereka selesa selama ini. Surah Almukminun:54-55 فَذَرۡهُمۡ فِى غَمۡرَتِهِمۡ حَتَّىٰ حِينٍ (٥٤) أَيَحۡسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُم بِهِۦ مِن مَّالٍ۬ وَبَنِينَ
Wallahualam.

Tirana said...

Kalau report kat tok najib, apa yang dia nak buat.. Patutnya banjir tu mau jadi depan rumah dia sampai dia tak boleh keluar rumah then baru dia tahu susah payah orang lain mengharung banjir..hehehe

Afida Anuar said...

Menusuk Hati-->tuan bijen nak bertanding calon PM ke? ;)

Senyum Soya-->alamak dik...roti dah habis, sekali ngap je..hiK~

LF-->salam.. jauh jugak la LF. rumah kak ros atas bukit, tinggi...

Eita-->Waalaikumusalam kak.. kak duk kat kg? saya duk pulau rusa je.. raya haji nanti jemput lah mai umah..eceh.. akak orang ganu kan?

ahaa, tak jumpa cari tok kadi:P

Pencari Cinta Sejati-->benar, mungkin kita nampak ianya bencana, tapi sebenarnya rahmat dari Allah.. Allahualam.

Budak Penjara-->epot suvarnabhumi yang akak pi baru ni tak banjir pun..

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt...benar, banjir itu peringatan buat mereka2 yang mengambil peringatan. Tapi buat mereka yang tak beringat...nauzubillah...

Tidak sedar dari kerja-kerja yang mereka selesa? Tok jib..kak ros...sedarlah..sedarlah.. peliss..peliss.. aduhh salahkan tok jib dengan kak ros pulak...hehe salahkan diri sendiri dulu iyer dak? sedarkan diri sendiri dulu fida!

Kak Tirana-->Rumah dia tinggi kak tirana, tatau la kuasa Allah satu hari nanti,rumah dia pun boleh banjir, Allahualam.....baru dia tau kan?

Norsha said...

salam fida,
kalau banjir kat tanah, lama2 air tu
surut juga tapi kalau banjir dihati,
agak2 surut tak banjirnya ?

teka-teki tu....hiks

p/s: kat ktn nipun, asyik hujan je akhir2 ni, hujan rahmat InsyaAllah..

fuad ansari said...

akak tunggu je banjir masuk tingkap bilik akak tu..kalau jadi macam tu, sy yakin, report akak tidak diperlukan.. (",)

p/s: ic.. projek prima.. berjiranlah kita nanti ye.. (tak siap lagi projeknya ye.. ingatkan dah siap..) (",)

CikGu Ma said...

assalamualaikum...salam ziarah...

**kadang2 banjir tu seperti muntahan air mata bumi sebab manusia rakus merobek gunung ganangnya, hingga maksiat berleluasa...

Zul Fattah said...

mak aii.. banjir kot.. malunye rasa.. putrajaya tu

eita said...

ha'ah...akak duk dungun....
jupe dungun dulu baru pulau rusa kan....jom singgah umah akak....
ikut jalan altenatif dungun-terenganu....pas pada politek sultan mizan.....
:)

aliff muhammad said...

Afida,

Banjir berlaku apabila paras air melimpahi tebing. Itu fizikal.

Banjir di hati? Air mata melimpahi tubir mata.

Banjir di hidung?
:P

Selsema! Siapa suruh main air hujankan? :D

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah Taala serta dikurniakan tubuh badan yang sihat dan hati yang tetap tunduk patuh kepada segala perintah dan larangan~Nya...

Siapapun kita, kita tidak punya kemampuan apa pun untuk menahan, mengelak dan sebagainya segala musibah yang datangnya dari Allah baik ianya merupakan banjir, gempa bumi atau kekacauan dalam hati. Hanya kita mampu berdoa, bersyukur dan bersabar dengan apa yang datang dalam hidup kita.

Kakzakie said...

Pak Jib & Kak Ros tu tak lalu sini Fida. Cubalah dia kena lalu sini, tak ada report pun semua dah kelam-kabut nak pi minum air banjir tu bagi surut...

Di JB pun sama Fida hujan memanjang.

sahromnasrudin said...

kat kak ros le..nnti dia roger2 kt abg jib hahahahahahaaa

p/s: lama tak singgah cini..sowi erk....bizi la huhuhhh

Afida Anuar said...

Kak Norsha-->InsyaAllah kak... banjir kat hati boleh surut. Tapi lepas surut, kena bersihkan lumpur2 yang melekat kat hati la... hehehe

Fuad-->baru nak ratakan tanah fuad, akak tak nampak rupa bangunan pun lagi.. ohh beli rumah kat precint 11 ni? insyaAllah, kalau panjang umur, ada rezeki kat sini lagi, ada jodoh kat sini, mungkin berjiran la kita..

cikgu Ma-->Waalaikumusalam.. thanks cikgu ma, sudi ziarah sini.. a'aaa, tengok dari keadaannya asbab tu la cikgu

Zul-->tak malu pun...:Pkekekek

eita-->alamak..segannyer nak singgah umah akak..kekkekeke.. kak,terima kasih sudi jemput mai umah, insyaAllah ada jodoh kita satu hari nnti, kita akan jumpa;)

Aliff-->oh..kenapa pi main hujan!? kan hidung dah banjir!...kekeke

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Ameen.. Didoakan saudara juga begitu jua hendaknya, insyaAllah..

Benar saudara, mungkin pada pandangan mata kita ianya adalah musibah, tapi sebenarnya pada pandangan Allah ianya adalah rahmat. Allahualam

Kak Zakie-->tu la kan kak.. kalau rakyat ni buat pejam mata je.. buat2 tak nampak... kat putrajaya ni pn kak tiap2 hujan petang, Incik Hitam dah takde rupa.. huhu

Sahrom-->eh abg jib ke tok jib? hahahha... lama eh tak singgah? rasa macam baru je lagi..hahaha.. kononnye

IMANSHAH said...

salam

wa pg lah mandi

Kamsiah said...

harga sebuah pembangunan...terpaksa dikorbankan salah satu,utk membina salah satu....

Naim said...

Fida, janganlah saspek begitu, nanti kan tidak siap PRIMA satu dalam waktu yang ditetapkan.

AdaNaz87 said...

wow! banjir sampai macam tu sekali. dahsyat tol. =."

salam perkenalan. ((;

Afida Anuar said...

Shah-->salam... bukan setakat mandi je..dah siap buat serba serbi dah shah:P

Kak Kamsiah-->itu la kak..skrang kami terpaksa hadapi bunyi bising setiap hari...sabtu ahad pun!!..sabar je la..

Naim-->saya saspek je naim, kalau tak siap bukan salah saya..:P

AdaNaz87-->salam perkenalan.. a'aa, pestime ni banjir kat cni..huhu

NaeBlog said...

hari ni pun ujan lebat sangat Afida ...
cuti + malas = culas

AdaNaz87 said...

oh, yeke? take care tau. ((; dalam keadaan banjir macam-macam leh jadi.

Afida Anuar said...

Nae-->he he, culas.. a'aaa.. sini pun culas2 nae, dah masuk musim hujan dah ni.

AdaNaz87-->insyaAllah takde apa2, banjir sikit je dik;)

 

Browse