Bulan Yang Sama...

Tuesday, October 11, 2011
Besok dah nak bertolak, travel plan tak boleh nak raise pun lagi. Saya cakap kat bos atas saya,

"Entah-entah bos besar tak kasi saya pi kot!"

Bos atas saya geleng kepala. Tanda tak setuju. Tapi saya tak kisah pun. Kalau pi...pi la. Kalau tak pun, syukur alhamdulillah. Memandangkan situasi yang masih tiada bertepi, saya memang dah assume saya tak jadi pi. Tapi...

Wamakaru WamakaraAllah... WaAllahu Khairul Maakiriinnn...

"Mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik perancang"

Lepas zohor tadi travel plan dah boleh raise. Approval dari semua pihak terbabit selesai dalam masa 30 minit!! Bos atas saya kata, inilah travel plan approval yang paling pantas sepanjang yang dia tahu. Sebab biasanya approval lagu tu biasanya makan masa berhari-hari. Bukan setengah jam. Alhamdulillah... tengah dalam duk ingat susah nak dapat approval saat-saat akhir ni, rupanya Allah mudahkan.

"Kak Nor.... Kak Nor nak pi Bangkok nak main banjir ke?",

Boleh pulak Huda tanya kat saya lagu tu. Tau la Thailand dilanda banjir sekarang. Mungkin tempat yang saya bakal pergi tu tak terjejas kot noo, kalau tak mesti pihak sana dah bagitau tak payah datang iyer dak? Apa pun kita tengok la besok lagu mana. Pi sana 3 hari je pun.

Harap-harap hotel tempat saya menginap ada perkhidmatan 'tanpa wayar'. Kalau tak...lagi 3 hari kita jumpa la kot!.. insyaAllah.




PS: Walau kita jauh di mata, kita tetap memandang bulan yang sama kan?

22 comments:

IMANSHAH said...

wee jauh tu..nak hadiah!! huhu

nur aisya humaira said...

waa, sambil2 blh makn angin skali kak...:)

Norsha said...

selamat berangkat fida, moga dipelihara sepanjang perjalanan dan dipermudahkan Allah segala urusan...

r.o.l. said...

saya aminkan doa Norsha. Amin.

Iera Daniera said...

hati2 kak fida, semoga Allah memudahkan segala urusan akak.

fuad ansari said...

jgn lupa bawak baju mandi.. bukan selalu leh mandi banjir kat thailand.. orang kata lagi syok dari mandi swimming pool kat hotel akak tu..

kalau ada pemberontak2 yg nak apa2kan akak, akak kata.. "jgn2.. saya tak kawin lagi"..

moga selamat ye.. oklah tu.. leh beli kek kat sana n sambut besday kat sana..

(",)

Titisan Hujan said...

da lma xjenguk nenek kt sn.huhuh

Pencari Cinta Sejati said...

Banyak-banyak ingat Tuhan, selalu lintaskan Dia dihati kita, mudah-mudahan InsyaALLAH semuanya selamat.

Kakzakie said...

Fida.. berhati-hati di sana. Kakak masih cuak dan bimbang keadaan di sana (bukan banjir - tapi fahaman mereka)apa lagi keadaan kita yg tutup litup ini. Moga Fida dilindungi Allah selamat pergi dan balik.

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sihat hendaknya atas izin~Nya dan moga Allah permudahkan perjalanan saudari nanti..amin

Kalau Nabi masa isra' dan mikraj ianya bermula dari masjidil haram ke majid al-aqsa, jadi kita umatnya bila nak bermusafir berhentilah di masjid utk solat sunat musafir dan sampai di sana pun sama juga. Buat kat surau airport pun boleh.

P/S : Esok 15 Dzulkaedah bulan penuh

shameel Iskandar said...

wah bestnya Afida. Saya belum sampai lagi bangkok. Teringin sgt nk gi sana.

NaeBlog said...

Afida,

pukul berapa nak pandang bulan tu...
saya pun nak pandang bulan tu bersama Afida... haha

Semoga semuanya berjalan lancar...

sahromnasrudin said...

yg penting, kiblat kita juga sama kan...

syahida said...

wah...pegi bangkok ker??
best nyer!!
air tin n buah(litle mnte etc) kt sna sedap..lbih kow.
jgn lupa bwk spoon n folks..and also wipes.
Smoga slamt smuanya :)

Tirana said...

Selamat bertolak Fida...jaga diri baik-baik.

budak penjara said...

nnti jgn lupa kim slm 1 malaysia kt taksin..haha

wan said...

nk ikut..bole la kita skali

aliff muhammad said...

jaga diri dan selamat kembali. ambil gambar banyak-banyak.

Rashid said...

psstt jangan nakal-nakal dah ek? Apapun moga segalanya baik-baik je buat fida.

Zul Fattah said...

semoga selamat sampai dan selamat kembali.

Afida Anuar said...

Shah-->Maaf shah, tak sempat2 nak shopping ole2 pun, insyaAllah next time kalau ada rezeki pi lagi..eh?;)

Aisya-->Makan angin kat hotel je la aisya, yang lain tu keje..keje...dan keje.. huhuhu

Kak Norsha-->Alhamdulillah..terima kasih atas doanya kak.. Allah permudahkan. Permudahkan solat jamak, permudahkan bab makan..nasib baik bawak banyak bekal megi cup..hehe

Rol-->Amin..terima kasih rol, saya hargai..

iera-->Alhamdulillah iera, selamat sampai kembali, berdebar jugak haritu nak pi..huhu

Fuad-->haha, mana ada banjir kat tempat akak pergi ni fuad, dekat dengan airport suvarnabhumi....tak banjir, cuma air bertakung sket2 tu ada la...oh, akak tak jumpa pemberontak jugak. Nak makan cinnamon roti pun was was, apatah lagi nak beli kek kat sana:P

TH-->oh, ada nenek kat sana? area mana?

Pencari Cinta Sejati-->Alhamdulillah, memang bergantung harap dengan Allah je kat sana, Alhmdulillah...Dia mudahkan segalanya..

Kak Zakie-->Alhamdulillah kak zakie, sepanjang 3 hari fida kat sana, seorang je fida jumpa wanita muslim yang bertudung, memang diaorang pandang pelik, tapi tak kisah lah kan. Cuma yang nampak sangat diskriminasi masa kat airport suvarnabhumi masa nak balik tu, ada ke orang depan fida tak disuruh pun buka kasut masa nak cek...tapi fida pakai sandal pun kena bukak. Mungkin nampak fida ni bertudung kot...biarlah dia..

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, semoga saudara juga sihat2 di sana, insyaAllah...

Thanks saudara atas peringatan solat sunat musafir tu,baru ni kalut2 nak bertolak sampai tak sempat nak solat sunat musafir, insyaAllah lepas ni tak nak kalut2 lagi..

Shameel-->kalau pi sebab kerja tak berapa best pun shameel...jeles tengok orang2 kat hotel tu pi bercuti, tapi kami2 ni pi kerja..huhuh

Nae-->nae, pukul 10 malam nanti nak? nae, thanks for the doa.JazakaAllahu khairan kathira..

Sahrom-->kiblat yang sama..bulan yang sama... bawak kompas arah kiblat, senang dan mudah;)

Syahida-->err..tak sempat rasa pun semua tu... makan bekfes kat hotel je... tu pun sekadar cornflakes dengan buah2 je.. yang lain makan megi cup dengan mushroom sup yang dibawa dari malaysia...;)

Kak Tirana-->Alhamdulillah kak tirana, dah selamat sampai ni;)

Budak Penjara-->tak jumpe thaksin ler dik:P

Wan-->larr..dah balik ni, pasai lambat sangat bagitau nak ikut... err..lain kali kita pi lagi eh;)

Aliff-->Tengs aliff...aaaaaa kamera tertinggal!!!..telefon fida tak canggih nak amik gambar mantap2..sayang betul... tengok la nnti kalau ada rezeki dapat pi lagi, mau amik gambar banyak2.. hehehe

Cikgu Rashid-->nakal sket2 je cikgu, takpe kan? hehehe..insyaAllah moga segalanya baik2 buat cikgu juga;)

Zul-->Alhamdullillah zul, akak dah selamat pergi..selamat kembalik;)

Pencari Cinta Sejati said...

Syukur..

 

Browse