Dalam Hati Si Bujang...

Tuesday, September 27, 2011
10.00 malam, mulut dah start menguap-nguap. Mata pun rasanya dah layu semacam. Travelog Wartawan Islam yang saya susuri sejak dua hari lepas masih berbaki separuh untuk dihabiskan. Malam ni saya sempat habiskan 2 bab je, tak larat nak baca lagi pasai mengantuk yang amat. Buku nipis je, tapi entah apa yang menghalang untuk saya habiskan terus.

Bila dah makin tua ni..err..maksud saya makin berusia, masa tidur jadi makin awal eh? Dulu-dulu mata boleh lagi bertahan sampai pukul 11, 12. Sekarang masuk pukul 10 je dah fikir nak tidur. Takpe la, sementara ada peluang untuk tidur awal ni, tidur je la kan?.. lagipun insyaAllah pagi-pagi besok boleh bangun awal^_^


"Seronok la awak, jeles akak tengok... balik rumah tak payah sibuk-sibuk nak layan kerenah anak-anak dan suami dah, akak ni, mana nak masak lagi, nak kemas lagi, nak rehat lagi, nak layan anak-anak lagi....haihh..."

Saya cakap kat dia, suami dan anak-anak, dan kesibukan menguruskan rumah tangga itu adalah anugerah yang patut dia syukuri...Buat apa la dia nak jeles dekat si bujang yang serba serbi kurang ni.




Tapi saya cakap dalam hati je la...

26 comments:

shameel Iskandar said...

Assalamualaikum Afida.
bujang dgn tanggungjawabnya dan org yg berkeluarga pula dgn tanggungjawabnya.

awalnya afida tidur.

cikguNae said...

setuju dengan cg.Shameel...
Masing-masing ada tanggungjawab, dan

juga setuju dengan Afida "Buat apa nak jeles dekat si bujang .... "

Jom Tidur!

Norsha said...

yup....semua org ada t/jawab masing2, betul tu , buat apa nak jeles ngan hidup org lain kan....nikmatilah hidup sebaik mungkin mengikut perintahNya...

~PENCHENTA~ said...

:)

Betul tuu! Merungut2 ni buat kurang pahala aih! :(

fuad ansari said...

hargailah..
syukurilah..
hayatilah...
gunakanlah..
nikmat bujang itu dengan sebaik mungkin....



yakni sebelum datang kepada kamu nikmat yg lebih besar iaitu nikmat perkahwinan... (",)

Khairi Mohd said...

awal nya tidur. kul 10? tgk la berita dunia dulu fida hehe.

Afida Anuar said...

Shameel-->Waalaikumusalam shameel, yeap.. nampak je bujang macam senang lenang, tapi banyak jugak kerjanya.. he he.. a'aa, sblum pukul 11 tu memang dah lena dah;) ..sejak dua menjak ni awal sket shameel, Nak kata penat, padahal keje duk ngadap skrin komputer je.. hu hu

Nae-->eh nae pun tidur awal? ingatkan sy je..jom:)

Kak Norsha-->Kan kak norsha? ayuh sama2 kita..

Penchenta-->Jom sama2 kita banteras rungutan;)

Fuad-->he he.. insyaAllah fuad, akak ingat tu.. akak ingat tu;)

Encik Khairi-->apa barang tengok berita dunia khairi, baca online news sudaa.:P

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Hai! Afida, baru 6 hari lepas bersemangat mengubah paradigma dan menyemarakkan inovasi utk memulakan projek dgn `client` berjarak 45 km. Come on, it`s still early for the sunlight to catches a wall! Well, we`ll see it tomorrow as you`ve said before, live today for tomorrow`.

Kay said...

hhihih...

kay pun tido awal jgk la skrg, pukul 10 dh nak pejam mata... tp byk cerita nak ditgk kat tv... byk buku nak dibaca...

org bujang jeleskan org yg berumah bertangga, org berumah bertangga nak hidup bujang balik kan?

sahromnasrudin said...

assalamualaikum fida...

betul tue..dah tua2 nie pun sy makin awal tido..dulu zaman study, kul 2 leh tahan lg la nie kul 11 mata pun dh kuyu huhuuhhhh

Tirana said...

bestnya Fida..banyak masa nak baca buku.. Fida, kak tirana tidur lagi awal..kadang2 time tak solat, pukul 8 dah tidur..hehehe

Kakzakie Purvit said...

Yg bujang mengintai yg dah berumahtangga manakala yg dah berumahtangga mengintai yg bujang. Semua ada tanggungjawab...

Fida, akan sampai masa ianya tiba dipundak Fida juga....

Faheem said...

Betul, betul, betul...

Kot mana pun ada saja dugaan.

Bila kahwin, kenalah terima hakikat - bukan setakat kahwin dgn pasangan sahaja, malahan ibu bapanya, adik-beradiknya, saudaranya,dan juga tempat kerjanya :D al-kisah malam tadi, habis satu keluarga ngan anak-anak sekali kena hangkut pergi saytam nak teman umminya video conference :)

Anonymous said...

sy len kak..makin bertambah usia,makin tido lwt..layan gusti or bola dlu sblom tido..hehe

Zul fattah said...

sape suruh dia kahwin..? klau banyak alasan baik x yah kahwin r..

Adliff said...

Orang bujang buat apa tiada sapa larang, hati senang, jiwa lara makannya seorang diri jua. :D

Afida Anuar said...

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Hai Tajnur..live today for tomorrow? think i never said that before. errr.. ke ada? hu hu.

Tidur awal bukan bermakna takde semangat, tidur awal bukan juga bermakna tidak menyemarakkan inovasi, tapi tidur awal la dapat kasi kita otak fresh untuk memulakan hari baru. Tidur awal la dapat kasi semangat untuk mengembara 45km+45km setiap hari!. Tidur awal, bangun awal.. solat subuh awal, kalau Allah kasi kekuatan lagi dapat buat tahajud..insyaAllah moga2.. tidur awal bangun awal...Allah permudahkan rezeki kita. Yer dak?

Kay-->Tv tak risau pasal dah berbulan2 tak tengok. Tapi ni la.. buku ada 2 biji nak baca. Dengan forum, blogging, tak masuk iron baju,sidai baju,basuh baju.. oh banyak jugak benda nak buat memalam ni.. hahaha

a'aaa, kita jeleskan depa, depa jeles kat kita pulak kan.. isk.. haru!

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom. Zaman study dulu paling busuk pukul 1 la kot.. tapi skrang jangan kata pukul 12. Pukul 11 pun dah tak tahan.. mungkin sindrom berusia ni kot!..heh~

Kak Tirana-->wahhh lagi awal kak! fida kalau tak solat tu la boleh tidur lambat sket. Tu pun sebelum pukul 12 la..

Kak Zakie-->Lumrah hidup kak.. apa pun bersyukur dengan apa yang kita ada kan? insyaAllah panjang umur, ada jodoh, ada rezeki nanti. Moga2 Allah bagi kekuatan tuk hadapinya.

Faheem-->Dan Allah takkan bebani kita dengan bebanan yang kita tak mampu kan faheem? oh.. VC malam2 hari.Layankan aje, projek tu memang kebizian sedikit. Takpe...lama2 nanti ok la tuh. Mesti seronok anak-anak bermain2 di lobby opis umminya!.. hehe

Sifu-->oh..lagu tu pulak.. Ni pun nak tunggu isyak dah berapa kali nguap ni. orang tua2 macam akak memang macam ni kot! haha

Zul-->husnu zann zul, mungkin dia gurau2 je kot cakap lagu tu..

Aliff-->senyum fida baca komen aliff ni. Tapi tak makan seorang diri aliff, teman2 ada di sisi ni;)

IMANSHAH said...

bujng pun bnyk keje woo

shy said...

akan tiba masanya kak...
sy doakan akak..

p/s: enjoy (berpada-pada) sementara masih bujang..dh kawen dan punya anak, makin byk tanggungjawab pulak...makin byk hutang..makin botak kepala...hihihihi

Mutiara Bernilai said...

salam akak sayang,,

wahh rindu amat!

hm..xpe2,,bujang akan mendapat pahala lain sesuai dgn ujian bujangnya, dan yg dah bernikah akan mendapat pahala lain yg sesuai dgn ujian bernikahnya..yg penting, lalui dgn ikhlas, mngomel jangan, cacat nati ibadah,,kan? :)

Adinda Amy Sensei said...

salam kak fida....rindu lah..

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sihat hendaknya..

Elok tidur awal dengan niat untuk bangun solat malam..

Afida Anuar said...

Shah-->entah2 lagi banyak dari orang yang dah kawin kan shah?;)

Shy-->terima kasih shy, insyaAllah.. he he, itu lah. Tp de la enjoy pun skrang shy, pasal ada benda lain lagi penting dari enjoy!..cheewah

Mutiara-->salam my dear mutiara.. haaaa, pi mana lama menyepi? a'aaa kan, syukur...sabar dan redha dengan apa yang Allah kasi ni.. tengs dik..

Amy-->salam..rindu sapa ni:)

Abdul RAzak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, semoga saudara juga pun begitu insyaAllah... InsyaAllah, begitulah niatnya saudara.

Anonymous said...

Harusnya, kita menikmati zaman yang kita tempuhi sekarang kerana bakal yang kita hadapi adalah berat untuk hari yang mendatang. Syukurilah apa yang telah diberikan. Amin..

Afida Anuar said...

Pencari Cinta Sejati, InsyaAllah...moga2 kelak kita diberi kekuatan untuk menempuhnya.

HateMeLoveMe said...

Suami, anak-anak, ibubapa tu satu anugerah yang allah bagi kat kita.. hanya orang2 yang senasib ngan kita jer yang faham...

 

Browse